Tengahari sabtu itu mama dan daddy menerima temamu yang
tidak di duga, kawan lama mama datang menziarahi mereka... hasrat aku dan abang
Andy terbantut seketika...
"hanni.. kita cakap petang ni lah.... mama sibuk sangat
layan tetamu dia tu..." bisik abang Andy apabila aku melintas di hadapan
dapur untuk menyiapkan hidangan tengahari itu..
" okey***... hanni ikut abang je.... lagi pun tamu lama
tak jumpa kot... abang tak kenal ke uncle yang kat depan tu?cantik anak dia kan
bang... kalau abang Eddy nampak ni mesti kelabu mata dia..." ujarku sambil
tersengih panjang...
" haah la***.. romeo tu kalau jumpa awek cantik je
pantang... nasib baik abang dah ada hanni... kalau tak***..." ujarnya
nakal sambil mengenyitkan mata kearah ku...
" berani buat la..." ugut ku...
lantas aku cepat-cepat ke dapur menyediakan hidangan makan
tengahari...aku memanggil mama serta tetamu yang ada ke meja makan... terdengar
soalan dari tetamu itu bertanyakan siapakah aku... mama menjawap aku adalah
anak angkatnye... senyuman senang hati menghiasi bibir tetamu mama itu...usai
makan tengahari, mama mengajak aku,ika serta abang Andy bersama-sama berborak
di ruang tamu... tuan haris nama tetamu mama, anak gadisnya yang comel itu
bernama izzati husna.. comel... pujiku dalam hati..
****
" kami ni nak tanya pada awak ni mazni... janji arwah
dulu pasal jodoh budak-budak ni... kalau anak kamu tu tak kisah, kami nak
jalankan majlis secepat mungkin... ye lah diorang ni dah bertunang dari kecik
lagi... tak elok lah kalau lama-lama..." mama tersenyum mendengar
kata-kata yang terluah dari bibir tuan haris tadi... aku mengerutkan dahiku...
ika pula memandang ku, agak pelik aksinya...
" anak saya ni tak ada masalah haris... setahu saya tak
pernah pulak dia angkut mana-mana anak dara sebelum ni... kalau ada tentu kami
dah tau..." ucap mama pula... aku semakin bingung... memandang wajah Abang
Andy meminta penjelasan... abang andy hanya menjungkitkan bahunya...
" Boleh Andy? tengah bulan depan majlisnya?"
soalan tadi benar-benar menyentak jantung aku... aku memandang wajah abang Andy
keliru... majlis??? majlis apa pulak ni??? kawin ke??? sapa??? abang Andy
dengan gadis manis tu ke?? jantung ku berdegup laju...menanti kata-kata
seterusnya...wajah abang Andy bingung... aku tahu wajah itu... pasti dia pun
keliru seperti aku...
"kamu lupa ke? mamakan pernah bagi tau masa kamu dah
habis belajar dulu... ni tunang kamu......." aku dah tak dengar ayat mama
yang seterusnya... aku tarik tangan ika meminta izin untuk keluar dari ruang
tamu... abang Andy memandang langkah kami dari ekor matanya....
*****
ika yang dari tadi diam tiba-tiba bersuara...
"Rissya... kau sanggup ke?"
soalan itu betul-betul menusuk terus kedalam hatiku... aku
masih kaku mengingatkan bait-bait kata mama serta tuan haris tadi... tak terduga
dalam masa yang sama air mata ku menitis... laju... aku tak tahu apa yang perlu
aku lakukan... dadaku sebak.. berat sekali..
"ika... aku tak salah dengarkan?" soalku yang mula
menangis.. ika pantas memeluk bahuku...
"apa salah aku ni? kenapa tiba-tiba muncul tunang abang
Andy? mama tak pernah cerita kat aku pon.." ujar aku lirih... menahan
sebak yang semakin menjadi-jadi...
"kau tak salah dengar Rissya... aku pun dengar benda
yang sama... kau tabahkan hati... jangan nangis macam ni... mesti mama dengan
yang lain pelik... nanti kau bincang baik-baik dengan abang Andy... mesti ada
penjelasan yang munasabah... kau jangan ikutkan emosi... kita tak tahu hujung
pangkal cerita.."
" kalau aku tau dia ada tunang ika... aku takkan terima
dia... kenapa ni ika***??" soalan itu terluah di bibirku... ya Allah..
apalagi ujian mu... aku memandang wajah ika... sayu... hati ku seperti di
belah-belah... degupan jantungku pantas.. nafasku tersekat-sekan menahan
sendu...
" jom masuk bilik... tak elok kita kat dapur ni...
nanti ada yang nampak...tadi aku nampak hazmi dengan eddy dah balik... kecoh
kalau tahu kau menangis macam ni..." ika memapah aku ke arah bilik kami...
sampai di bilik aku terus terjelapok di lantai... tak larat nak bergerak...
lututku terasa lemah sekali untuk meneruskan langkah...
" ya Allah.. Rissya... kau ok ke?" risau sungguh
ika dengan keadaan ku... aku terus sahaja menyembamkan wajah ku ke lantai bilik
yang di lapisi dengan karpet.. aku tak dapat menahan sebak didada... esakanku
kuat sampai seluruh tubuhku lemah... ika mengusap-ngusap kepala ku sambil cuba
menyabarkan aku....
******
" kau pasti ke Rissya?" soalan ika itu ku pandang
sepi... aku nekad meneruskan niatku... walau apa pun yang terjadi tiada siapa
yang boleh tahu kami pernah berkasih... walaupun hatiku pedih menanggung
derita, tetapi aku tak sanggup menjadi penghalang nya...
" kau tolong rahsiakan semua ni... aku taknak rasa
bersalah dengan mama... mama tak salah... ni semua wasiat arwah papa abang Andy
yang inginkan izzati menjadi menantu keluarga mereka... Abang Andy tak boleh
nak tolak dia, ika... inikan wassiat terakhir arwah... aku tak nak
porak-porandakan keluarga mereka..."
" tapi kau macam mana? takkan la Abang Andy sanggup
lepaskan kau macam tu je...biar la abang Andy berterus terang ika... sampai
bila kau nak mengalah je... dulu dengan keluarga kau pun kau mengalah... kali
ni keluarga dia pun kau nak mengalah?"
" dulu lain ika***... dulu aku muda lagi nak
bertunang... tapi sekarang aku paham kalau dulu tindakan keluarga aku betul...
tapi sekarang aku tak nak abang Andy mengalami nasib yang sama... Eddy tak
boleh ganti dia ika... Eddy anak daddy... bukan anak arwah papa abang
Andy..."
aku dah tahu kisah di sebalik pertungan itu... dan aku tak
sanggup memutuskannya hanya kerana kemahuan aku terhadap abang Andy... pastinya
abang Andy menolak mentah-mentah cadangan ku untuk dia meneruskan perancangan
kedua belah pihak yang telah di tentukan...
" tapi.. kau sanggup ke nak tengok diorang
bersanding?"
aku melogo mendengar kata-kata ika tadi... memang itu bukan
impian aku... melihat lelaki yang telah mencuri hati aku bersanding dengan
orang lain... tapi macammana mungkin aku mengubah keadaannya... apa yang aku
mampu buat sekarang adalah melupakan kisah cinta kami... aku perlu
lakukannya... aku pergi meninggalkan ika yang masih termangu-mangu di dalam
bilik...
****
"haa... kat sini pun kamu Rissya... mama nak ajak beli
cincin ni... bagi cincin tunang dan cincin tanda untuk izzati... nak ajak
abang-abang kamu memang tak terbeli lah... nanti ajak ika sekali.... mama naik
bersiap... jangan lama-lama tau... marah daddy nanti..." aku betul-betul
tidak menyangka apabila mendengar ajakan mama tadi... nak menolak, apa pula
alasan yang perlu aku berikan?? ya Allah!!! tabahkan lah hati hambamu ini...
aku mengajak ika bersiap-siap untuk mengikut mama keluar...
cuma aku tak bagi tahu tujuan kami keluar... aku tahu ika tak mungkin akan
setuju kalau aku yang memilih cincin untuk perempuan yang akan berdampingan
dengan abang Andy... tetapi ajakan mama itu agak sukar untuk aku tolak... mama
tersenyum riang sambil berborak-borak mesra dengan daddy... kadang kala sahaja
aku dan ika menyampuk perbualan mereka...
*****
sampai sahaja di depan kedai emas, ika terus menarik ku
sambil meminta izin mama untuk bercakap sebentar... aku tahu ika dah tahu
tujuan kami...
" kau ni gila***???? nak cari cincin untuk perempuan
tu??" jergah ika garang...
" dia ada nama ika... nama dia izzati... bakal kakak
ipar angkat aku.." ujar aku sambil tersenyum... senyuman ku agak terpaksa
kalau nak di ikutkan.. tapi aku perlu teruskan lakonan ini...
" kau ni dah tak betul ke? sejak semalam petang lepas
tahu cerita sebenar, lagak kau dah jadi macam ni... kau okey tak ni...?"
aku masih tersenyum dan menarik ika kembali ke kedai emas tadi...
" jangan buat mama syak aku... kau jangan pecah
tembelang... aku relakan asal mama happy... diorang tak salah.." ujarku
sambil masuk kekedai emas tadi...
mama dan daddy Irman tersenyum gembira melihat kami...
setelah memilih cincin yang berkenan, mama dan daddy mengajak aku dan ika pergi
ke butik pengantin berhampiran... aku hanya menurut sahaja walaupun terasa
jantungku bagai nak gugur... memilih barang persandingan dan juga barang
hantaran... hancur hati aku apabila melihatkan persiapan-persiapan yang mama
pilih untuk majlis itu nanti... hati ku terlalu sayu memikirkan siapa yang akan
menjadi pasangan pengantin itu nanti...
bersambung.....
^__^ rindu onni
ReplyDelete