Thursday 23 May 2013

Misi Mencari 'Imam'! (20)



BAB 20

Kad jemputan untuk jiran-jiran dah aku siapkan. Khir kata petang ni dia hantar. Dan hari sabtu malam ahad ni aku akan buat majlis BBQ untuk jiran-jiran. Maksudnya ada dua hari sahaja lagi aku ada untuk menguruskan persiapan yang mana perlu. Dengan kerja pejabat yang menimbun, aku mula kalangkabut!

Handphone aku dah melalak-lalak minta di jawap. Aku pandang sekilas sahaja. Nama pemanggil tidak tertera. Private nombor. Dan macam biasa aku akan buat tak tahu kalau yang nama pemanggil tidak di paparkan!

Aku pantas menaip usul baru yang abang Am minta aku buat. Memasukkan produk baru setiap tahun adalah misi syarikat. Jadi terpaksalah aku bertegang urat, memerah otak, dan membuat penyelidikan tentang makanan yang ada potensi dalam industri sejuk beku di Malaysia.

Kalau nak di ikutkan, dah banyak jenis makanan sejuk beku yang dah di pasarkan dekat Malaysia ini. Jadi EFF kenalah buat product sejuk beku yang lebih berkualiti di dalam pasaran, kerana persaingan semakin sengit.

Rasanya sudah lebih tiga kali handphone aku berbunyi. Dan aku masih tak menghiraukannya, sehinggalah telifon pejabat pula yang berbunyi.

" Ellynash Frozen Food. Uzma speaking."

" Haris here."

" Assalamualaikum. Encik Haris mana ya?"

" Cik Uzma dah lupakan saya?" Suara di hujung talian seperti mengeluh.

Aku mengerutkan dahi, cuba menggigati sepotong nama itu.

" Maaf Encik Haris, bukan maksud nak sakitkan hati atau biadab, tapi saya tak kenal Encik. Maaf sekali lagi." Nada suara aku masih sama. Dan kali ini aku dapat mendengarnya mengeluh.

" Cik Uzma Zulaika, awak kata sudi berkawan dengan saya, tapi awak dah lupa siapa saya." Ujarnya sayu.

Aku terdiam. Cuba mengingati siapa Haris. Ya ALLAH! Mamat tu ke? Tiba-tiba sahaja aku di serang rasa bersalah.

" Err... Awak... Saya minta maaf. Terlalu banyak yang berlaku semenjak dua ni. Maaf sangat-sangat." Ujarku serba salah.

" Akhirnya ingat juga awak dekat saya. Apalah yang boleh saya buat untuk awak ingat selalu pada saya?"

Soalannya buat aku terkedu.

" Janganlah cakap macam tu. Saya betul-betul minta maaf. Tolong maafkan saya?" Ujar aku kesal. Mahunya dia tak maafkan aku. Haih! Kenapalah aku boleh tak terfikir dia yang call?

" Baiklah. Sebab awak bersungguh minta maaf, saya maafkan. Tapi, dengan syarat awak kena keluar dengan saya hari sabtu ni."

" Eh! Kenapa bersyarat pula? Saya tak dapat penuhi syarat awak kalau macam tu." Ujar aku terkejut. Sedap-sedap pula dia letakkan syarat. Tak tahu ke aku sibuk? Haish! Menyusahkan betul!

" Kenapa tak boleh? Awak ada janji dengan kekasih awak ke?"

Soalannya membuatkan aku teringatkan Fauzan. Entah apa yang dia buat sekarang? Kalau dia ada, tentu aku tak akan ada masaalah untuk menghabiskan hujung minggu aku. Entah kenapa keluhan berat yang terluncur di bibirku.

" Encik Haris, maaf ye, saya sibuk sangat minggu ni. Kalau Encik rasa saya tak dapat di maafkan terpulang. Tapi saya betul-betul tak dapat tunaikan. Ada benda lain yang perlu saya buat." Panjang aku bersyarah. Haris senyap di hujung talian.

" Saya rasa awak dah faham yang saya sibuk. Dan kejap lagi saya ada pertemuan dengan staff saya. Saya harap awak jangan desak saya lagi. Sampai jumpa lagi. Assalamualaikum."

Aku terus meletakkan ganggang telifon. Malas mahu berlama dan melayan kerenah Encik Haris. Aku pandang jam dah betul-betul tepat pukul 4petang. Cepat-cepat aku mencapai fail yang perlu di gunakan, dan menuju ke bilik rehat pekerja.

Bila aku melangkah masuk sahaja, staff aku yang seramai 28orang sudah berkumpul. Riuh dengan suara mereka yang sedang bercerita. Aku duduk di sebelah Khir.

Khir memulakan taklimat tentang pergerakan syarikat. Mengambil tahu semua pergerakan pekerja dan memberi jadual tugas yang baru kepada para pekerja.

Selesai semua, aku membuat pengumuman tentang majlis di rumah kami sabtu ini. Sengaja aku menjemput semua pekerja. Dapatlah kami mengeratkan silaturrahim.

" Kami ingat majlis tunang Cik Uzma tadi." Suara-suara nakal para pekerja aku sudah mula mengusik. Aku tergelak.

" Mana boleh, kalau majlis tunang saya buat di selangor."

Riuh rendah bilik rehat itu seketika. Suara-suara nakal giat mengusik aku. Cuba memadankan aku dengan Hudzaifah, akauntan syarikat.

Hudzaifah mempunyai penampilan yang agak ranggi. Mukanya lebih kurang dengan Hafiz dari AF. Dengan rambutnya yang kembang macam alfro dan berskaf besi di kepalanya membuatkan dia nampak rangi dan santai.

Bagi aku, asalkan penampilannya kemas, kerja yang di lakukan dengan sempurna, semua itu tak jadi masaalah. Bukan senang nak kawal 28 orang pekerja serentak! Dekat Shah Alam pekerja aku ada 15 orang saja. Agak terkial-kial juga nak sesuaikan diri dengan mereka pada mulanya.

Khir nampak mesra dengan semua staff. Ketegasan aku dan dia dalam mejalankan tugas tidak menjejaskan hubungan baik dengan pekerja bawahan. Aku melayan mereka seperti sebuah keluarga yang besar. Ini dapat memudahkan komunikasi antara aku dan pekerja. Taklah aku buat hal aku sendiri! 

Aku rasa agak menggelabah! Dekat depan pintu, bertimbun barang yang aku beli dekat tesko tadi. Jam dah pukul 10.30malam. Badan aku betul-betul kepenatan!

Aku duduk di bangku kayu yang di letakkan di garaj kereta. Barang dalam handbag satu-satu aku keluarkan. Tapi barang yang berbentuk kunci rumah tak juga aku jumpa.

Mana pergi kunci rumah ni? Khir pula pergi sport center malam ni. Kata nak main futsal. Kenapalah masa ni aku baru perasan, kunci rumah tak ada. Handphone pula dah kehabisan bateri. Adoi! Serabut! Penat!

Dah empat lima kali aku menguap. Nyamuk pula dah mula menyerang. Memang aku tak ada pilihan selain menunggu Khir! Hampeh betul! Kenapalah aku cuai sangat? Nasib baik aku tak beli lauk lagi. Kalau tak habis rosak! Haih!

***

" Kak... Oh kak... Bangunlah, apa tidur dekat luar ni?"

Sayup-sayup aku dengar suara Khir. Aku cuba mengangkat kepala. Berat sangat mata aku ni. Macam kena gam!

" Kak, bangun. Jangan tidur dekat luar. Masuk dalam, tidur dekat dalam." Khir dah menepuk bahu aku, lembut dia mengejut.

Luar? Dalam? Kenapalah masa aku mengantok dan letih ni Khir kejut? Aku tonyoh mata aku dua tiga kali. Aku pandang Khir yang berdiri di sebelah aku. Dia menarik aku untuk bangun dan mendorong aku masuk ke dalam rumah. Aku menurut sahaja.

" Kenapa tak masuk tadi?" Aku yang masih mamai duduk di atas sofa sambil melentokkan kepala.

" Masuk mana?"

" Masuk rumahlah, masuk mana lagi?"

Aku cuba berfikir, apa yang berlaku tadi. Aku pandang wajah Khir yang menanti jawapan aku. Tiba-tiba aku bingkas bagun. Teringat barang yang aku beli masih di depan pintu.

" Khir, barang akak beli mana?"

Khir yang mengekori aku tergeleng-geleng.

" Dah masuk. Sekarang ni dah pukul 1pagi akak tahu tak? Khir dah bawa semua barang dekat dapur. Khir kejut akak tadi tak jaga pun. Tidur tak ingat dunia betul."

Aku yang mamai tadi jadi segar sebab terkejut sebab tengok barang dah tak ada dekat depan pintu. Khir dah tergelak.

" Pukul 1pagi?"

" Yalah, akak kenapa tak masuk? Memang nak tidur dekat luar ke apa tadi?"

" Kunci rumah akak tak tahu bawa ke tidak. Nak call Khir, bateri handphone habis. Tu tunggu sampai tertidur."

Khir yang dengar penjelasan aku tergelak. Aku pula rasa badan dah sengal-sengal.

" Kalau abang Hairi tahu akak tertidur macam tu, habis Khir."

Serta merta Khir terdiam.

" Alaa... Mana Khir tahu. Akak janganlah cerita. Kalau Khir tahu akak tak ada kunci, Khir tak pergi lepak mamak tadi."

Aku menjelingnya.

" Kak... Jangan bagi tahu abang tau."

" Akak lapar la." Tiba-tiba itu yang terkeluar dari mulut aku. Khir tergelak.

" Akak ni. Kelakar betulla. Orang tengah pujuk dia, tiba-tiba cakap lapar."

" Dah tu, memang lapar. Apa yang boleh di makan ye? Khir masakkan apa-apa untuk akak boleh?"

" Pulak?"

" Tak nak tak apa, akak bagi tahu abang..."

" Okey, okey, okey! Akak ni suka mengugut tau. Tak baik betul." Potongnya pantas. Aku tersengeh! Yes!

" Akak naik, mandi dulu. Nanti akak dah siap, akak turun. Masak sedap-sedap." Aku dah menapak menuju ke tangga. Khir pula pandang aku macam tak puas hati. Dalam hati aku tergelak, suka dapat mengenakan Khir!

***

Aku menyanyi-nyanyi senang hati pagi tu. Kerja yang banyak dekat pejabat pun aku tak rasa macam banyak. Entah apa yang buat aku rasa senang hati pun aku tak tahu. Izzati, pembantu tadbir dari tadi dah pandang aku pelik. Tapi, aku tak ambil pusing pun!

Interkom aku berbunyi. Aku menjawapnya.

" Cik Uzma, ada orang nak jumpa Cik Uzma. Tapi dia tak ada temujanji. Cik nak jumpa dia atau tak?" Suara Murni kedengaran. Aku dah berkerut dahi.

" Siapa?"

" Encik Haris." Ujarnya ringkas dan padat. Aku pula telan air liur. Nak jumpa ke tak? Nak?

" Cik Uzma, macam mana?" Soal Murni lagi.

" Suruh dia masuk pejabat saya." Terpaksa buat keputusan. Ikutkan, aku malas nak menghadap Haris, tapi kalau aku tak jumpa dia, aku takut dia datang mengganggu lagi.

Pintu bilik aku di ketuk. Selepas mempersilakan Haris masuk dan duduk, aku minta Murni hantarkan air buat kami. Tak pasal-pasal Murni jadi tea lady!

" Ya Encik Haris. Ada apa yang penting sampai cari saya di pejabat?" Soalku tampa bertapis. Dia tersenyum. Kumis nipisnya nampak kemas.

" Saya ada urusan di Saleng tadi. Alang-alang dah dekat, saya singgah. Susah sangat dapat cakap dengan awak di telifon, saya cari di pejabat."

Aku memandang wajahnya yang tenang.

" Maaflah, saya sangat sibuk mingguni. Saya harap awak faham sangat. I have my own life. So, as a friend, boleh tak awak faham situasi saya?"

" Awak dah ada kekasih Uzma?" Tiba-tiba, itu soalan yang terkeluar dari bibirnya.

" Apa kaitannya dengan awak?"

" Saya sukakan awak. Dari pertemuan kita yang pertama, hati saya betul-betul sukakan awak."

" Encik Haris, tolonglah. Saya tak ada masa untuk bercakap tentang hal peribadi sekarang."

Dia memandang aku sayu. Aku rasa serba salah. Memang gayanya yang agak memaksa buat aku tak selesa. Tetapi entah kenapa, perasaan benci tidak wujud untuknya! 

" Saya harap Encik Haris..." Belum pun aku habis bercakap dia cepat memotong.

" Haris. Panggil saya Haris. Awak bataskan perbualan kita, dengan memanggil saya Encik."

Aku pandang wajah Haris. Ada kesungguhan dalam kata-katanya.

" Baikla Haris, saya harap awak faham keadaan saya. Kalau awak betul-betul nak kawan, jangan serang saya dekat pejabat macam ni. Ini tempat saya cari rezeki. Apa pekerja saya cakap nanti? Tolonglah, saya tak selesa." Aku memohon pengertiannya.

" Saya terlalu memaksa awak?" Soalannya membuat aku terdiam. Dia menarik nafas panjang. Mungkin sudah faham situasi aku.

" Saya tak selesa. Awak mungkin boleh jadi kawan yang baik. Tapi jangan buat saya rasa terpaksa."

Dia mengangguk lagi. Bagi aku, dia seorang lelaki yang matang. Tentu permintaan aku ini tak keterlaluan. Sekurang-kurangnya aku masih sudi berkawan dengannya.

Pintu bilik aku di ketuk dari luar. Hudzaifah berdiri di tepi pintu sambil menjengah dinding kaca bilik aku. Aku menggamitnya masuk. Senyumannya di lemparkan.

" Cik Uzma, maaflah saya tak tahu ada tetamu." Aku tersenyum. Haris agak kekok melihat Hudzaifah masuk bersama fail yang penuh di tangan.

" Tak apa. Unexpected guest."

Hudzaifah mengangguk. Dia berjabat salam dengan Haris. Mungkin terasa agak tidak selesa, Haris bangun mahu meminta diri. Sebelum keluar, dia seperti mahu menyatakan sesuatu. Tetapi niatnya terbantut bila Hudzaifah turut memandangnya.

Hudzaifah memandang aku. Aku menjungkit bahu.

" Okeylah Cik. Ini costing untuk product baru tu, ini pulak perbandingan harga product yang dah ada dekat pasaran. Saya tak tahu Cik nak tak, tapi saya bawa semua."

Aku menggangguk.

" Tak apa, bagus juga kamu bawa semua. Saya nak selesaikan hari ni mana yang sempat. Nanti panggil Izzati dengan Fitri. Kita kumpulkan apa yang mereka dah buat." Hudzaifah mengangguk.

Hari itu, aku kembali tenggelam dengan kerja yang datang. Hudzaifah pula sibuk menerangkan costing yang di buatnya. Cerita tentang Haris, tergantung begitu sahaja.

***

Aku sampai rumah agak lewat petang. Khir masih dekat pejabat menyiapkan tugasnya. Ikutkan penat, aku malas mahu membuat majlis esok. Tapi, mengenangkan fitnah yang tersebar, keadaan itu perlu di perbetulkan.

Selesai mandi dan solat maghrib, aku mencapai Al-quran. Rasa kesal mencengkam hati aku. Dah beberapa hari aku tak sempat mengalunkan ayat-ayat suci Al-quran. Membacanya dengan tertib dan mengikut ilmu tajwid yang aku pelajari sedaya upaya. Kekhusyukan membaca ayat-ayat suci membuatkan aku terus mengalunkannya sehingga setengah juzzuk.

Elok sahaja habis membaca Al-quran, azan isyak berkumandang di surau berdekatan. Aku terus menunaikan ibadah itu tampa berlengah. 

No comments:

Post a Comment