Friday 15 June 2012

Saya Tahu Niat Awak! (sambungan bukan niat saya)


Awak!

Perkataan rindu dalam hati saya dah menggunung! Lepas saya dapat surat awak, mak call bagi tahu saya awak dah pindah. Kemana awak pergi? Betulke awak dah bertunang seperti yang awak khabarkan?

Awak,

Dah berbulan-bulan saya cuba jejak awak di facebook. Tapi, tak ada seorang pun yang tahu. Di rumah lama awak pun dah berganti penghuninya. Saya cuba risik pada mereka. Tapi hampa! Mereka kata, awak jual rumah tu. Kenapa awak jual? Kan awak sayang sangat rumah tu? Rumah yang awak minta saya buat interiornya hanya tinggal kenangan.

Awak,

Betullah orang kata, kalau kita dah kehilangan seseorang tu, barulah kita sedar yang kita menyayanginya lebih dari yang kita sedari. Itulah keadaan saya sekarang! Saya dah kehilangan awak! Dan kalau boleh, saya nak cari di mana sahaja awak berada. Saya betul-betul menyesal! Meninggalkan awak tampa kata putus satu hari dulu, membuatkan saya merasakan diri ini terlalu bodoh!

Awak,

Ingat lagi tak tempat melepak kita dekat pondok sebelah tasik? Awak selalu menangis kalau ada masalah. Saya pula tak pandai pujuk, kalang-kabut saya cari tissu buat awak. Sebab tu tiap kali keluar dengan awak, saya akan pastikan bawa tissu bersama. Tapi, saya tak pernah rasa awak menyusahkan saya! Saya rasa kenangan dengan awak sangat indah! Sampai sekarang saya tak pernah lupakan awak!

Awak,

Sebelum saya pindah dulu, awak pernah tanya soalan tentang hubungan kita. Ya! Saya ego! Masa tu, saya tak mahu mengaku cintakan awak! Sebab saya takut orang lain perlekehkan saya! Bila orang kata kita pasangan kekasih, saya suka sangat! Tapi depan awak, saya buat-buat marah! Saya tak tahu apa yang dah saya buat, sampailah hari saya berpindah! Saya takut nak berterus terang!

Awak,

Saya tahu tindakan saya yang marah-marah buat awak kecil hati. Lebih lagi saya tak bagi tahu awak saya nak pindah! Saya tak sanggup jumpa awak! Nak berdepan dengan awak! Saya takut hati saya rapuh dan tak jadi berpindah! Saya tak sanggup, sebab awak, saya lepaskan peluang mencapai impian saya! Dan yang paling saya takut, awak minta saya melamar awak!

Awak,

Saya kejam sebab menghukum awak sebelum ianya terjadi. Saya takut pada bayang-bayang yang saya sendiri cipta. Tak sangka hubungan kita menjadi renggang hanya kerana sikap saya yang mementingkan ego! Bodohnya tindakan saya!

Awak,

Mesti awak banyak menangis dalam jangka masa tu. Mesti awak mula membenci saya masa tu. Dan semestinya sebab itu juga awak terima pinangan lelaki lain. Lelaki yang tak menyakiti awak dengan ke-egoan yang menggunung seperti saya!

Awak,

Tengahari tadi, saya terserempak dengan adik awak. Penat saya pujuk dia bagi number handphone awak. Tapi, hampa. Dia kata, awak dah tak pakai handphone. Dari sinar mata adik awak, saya pasti ada sesuatu yang dia sembunyikan dari saya. Saya ajak borak dan minum bersama pun dia dah tak sudi. Agaknya, benci sangat dia dengan saya!

Awak,

Saya demam hari ni. Tadi, kawan saya belikan bubur nasi McD. Serta merta nama awak yang terlintas dalam kepala! Dulu, pantang saya demam, awak rajin belikan bubur nasi. Paksa saya pergi klinik, makan ubat dan minun air masak! Rindunya saya pada awak!

Awak,

Saya dah tak sanggup nak tanggung rindu pada awak. Rindukan muka awak yg bujur sireh tu. Rindukan gelak tawa awak. Yang paling saya rindu adalah senyuman awak! Saya tahu, saya bersalah sebab tak dapat lupakan awak. Awak dah ada dia! Tapi, izinkan saya mencintai awak, walaupun sekejap!

Awak,

Tadi, saya dapat messege dari adik awak. Dia bagi alamat baru rumah awak, dan minta saya datang petang ini juga! Meloncat suka saya bila mendapat peluang ini! Saya janji pada awak, saya tidak akan mempersiakan peluang ini. Awak tunggu saya! Petang ni kita jumpa!

Awak,

Saya dah ada dekat kawasan rumah awak. Ramai tetamu awak petang ni. Yang lelaki bersongkok, dan yang perempuan bertudung. Awak buat kenduri ke? Kenapa saya tak sedap hati? Saya teruskan melangkah memasuki rumah awak. Kaku kaki saya, bila abang awak menyambut saya dan membawa saya ke ruang tamu.

Di ruang tamu, ramai yang mengerumuni sekujur tubuh yang sudah kaku. Abang awak kata, itu awak. Saya dah tak dapat nak melangkah lagi. Saya dah tak sanggup berhadapan dengan kenyataan ini. Gugur air mata jantan saya!

Saya tak sangka, ini kesudahannya. Melihat jenazah awak terbujur kaku di hadapan mata. Bacaan yaasin dah memenuhi di segenap rumah awak. Saya tahu, ini kenyataan. Akhirnya, awak tinggalkan saya dulu. Dalam keadaan saya yang benar-benar yakin dengan cinta saya pada awak! Tapi, saya sedar! ALLAH lebih cintakan awak dari cinta saya pada awak!

Awak,

Talkin terakhir yang di bacakan tadi buat air mata saya tidak berhenti mengalir. Tamatlah hubungan awak dengan dunia, dan bermulalah perjalanan yang baru untuk awak di alam sana. Saya hanya mampu meredhakan pemergian awak.

Ya ALLAH... KAU ampunilah dosa-dosanya. KAU tempatkanlah dia di sisi hamba-hambamu yang beriman. Dia dah kembali kepadaMU. Semoga apa yang dia lakukan di dunia, mendapat redhaMU. Amin!

P/S: rekaan semata2..

Kamu Hadir 5




Tengahari sabtu itu mama dan daddy menerima temamu yang tidak di duga, kawan lama mama datang menziarahi mereka... hasrat aku dan abang Andy terbantut seketika...

"hanni.. kita cakap petang ni lah.... mama sibuk sangat layan tetamu dia tu..." bisik abang Andy apabila aku melintas di hadapan dapur untuk menyiapkan hidangan tengahari itu..

" okey***... hanni ikut abang je.... lagi pun tamu lama tak jumpa kot... abang tak kenal ke uncle yang kat depan tu?cantik anak dia kan bang... kalau abang Eddy nampak ni mesti kelabu mata dia..." ujarku sambil tersengih panjang...

" haah la***.. romeo tu kalau jumpa awek cantik je pantang... nasib baik abang dah ada hanni... kalau tak***..." ujarnya nakal sambil mengenyitkan mata kearah ku...

" berani buat la..." ugut ku...

lantas aku cepat-cepat ke dapur menyediakan hidangan makan tengahari...aku memanggil mama serta tetamu yang ada ke meja makan... terdengar soalan dari tetamu itu bertanyakan siapakah aku... mama menjawap aku adalah anak angkatnye... senyuman senang hati menghiasi bibir tetamu mama itu...usai makan tengahari, mama mengajak aku,ika serta abang Andy bersama-sama berborak di ruang tamu... tuan haris nama tetamu mama, anak gadisnya yang comel itu bernama izzati husna.. comel... pujiku dalam hati..

****

" kami ni nak tanya pada awak ni mazni... janji arwah dulu pasal jodoh budak-budak ni... kalau anak kamu tu tak kisah, kami nak jalankan majlis secepat mungkin... ye lah diorang ni dah bertunang dari kecik lagi... tak elok lah kalau lama-lama..." mama tersenyum mendengar kata-kata yang terluah dari bibir tuan haris tadi... aku mengerutkan dahiku... ika pula memandang ku, agak pelik aksinya...

" anak saya ni tak ada masalah haris... setahu saya tak pernah pulak dia angkut mana-mana anak dara sebelum ni... kalau ada tentu kami dah tau..." ucap mama pula... aku semakin bingung... memandang wajah Abang Andy meminta penjelasan... abang andy hanya menjungkitkan bahunya...

" Boleh Andy? tengah bulan depan majlisnya?" soalan tadi benar-benar menyentak jantung aku... aku memandang wajah abang Andy keliru... majlis??? majlis apa pulak ni??? kawin ke??? sapa??? abang Andy dengan gadis manis tu ke?? jantung ku berdegup laju...menanti kata-kata seterusnya...wajah abang Andy bingung... aku tahu wajah itu... pasti dia pun keliru seperti aku...

"kamu lupa ke? mamakan pernah bagi tau masa kamu dah habis belajar dulu... ni tunang kamu......." aku dah tak dengar ayat mama yang seterusnya... aku tarik tangan ika meminta izin untuk keluar dari ruang tamu... abang Andy memandang langkah kami dari ekor matanya....

*****

ika yang dari tadi diam tiba-tiba bersuara...

"Rissya... kau sanggup ke?"

soalan itu betul-betul menusuk terus kedalam hatiku... aku masih kaku mengingatkan bait-bait kata mama serta tuan haris tadi... tak terduga dalam masa yang sama air mata ku menitis... laju... aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan... dadaku sebak.. berat sekali..

"ika... aku tak salah dengarkan?" soalku yang mula menangis.. ika pantas memeluk bahuku...

"apa salah aku ni? kenapa tiba-tiba muncul tunang abang Andy? mama tak pernah cerita kat aku pon.." ujar aku lirih... menahan sebak yang semakin menjadi-jadi...

"kau tak salah dengar Rissya... aku pun dengar benda yang sama... kau tabahkan hati... jangan nangis macam ni... mesti mama dengan yang lain pelik... nanti kau bincang baik-baik dengan abang Andy... mesti ada penjelasan yang munasabah... kau jangan ikutkan emosi... kita tak tahu hujung pangkal cerita.."

" kalau aku tau dia ada tunang ika... aku takkan terima dia... kenapa ni ika***??" soalan itu terluah di bibirku... ya Allah.. apalagi ujian mu... aku memandang wajah ika... sayu... hati ku seperti di belah-belah... degupan jantungku pantas.. nafasku tersekat-sekan menahan sendu...

" jom masuk bilik... tak elok kita kat dapur ni... nanti ada yang nampak...tadi aku nampak hazmi dengan eddy dah balik... kecoh kalau tahu kau menangis macam ni..." ika memapah aku ke arah bilik kami... sampai di bilik aku terus terjelapok di lantai... tak larat nak bergerak... lututku terasa lemah sekali untuk meneruskan langkah...

" ya Allah.. Rissya... kau ok ke?" risau sungguh ika dengan keadaan ku... aku terus sahaja menyembamkan wajah ku ke lantai bilik yang di lapisi dengan karpet.. aku tak dapat menahan sebak didada... esakanku kuat sampai seluruh tubuhku lemah... ika mengusap-ngusap kepala ku sambil cuba menyabarkan aku....

******

" kau pasti ke Rissya?" soalan ika itu ku pandang sepi... aku nekad meneruskan niatku... walau apa pun yang terjadi tiada siapa yang boleh tahu kami pernah berkasih... walaupun hatiku pedih menanggung derita, tetapi aku tak sanggup menjadi penghalang nya...

" kau tolong rahsiakan semua ni... aku taknak rasa bersalah dengan mama... mama tak salah... ni semua wasiat arwah papa abang Andy yang inginkan izzati menjadi menantu keluarga mereka... Abang Andy tak boleh nak tolak dia, ika... inikan wassiat terakhir arwah... aku tak nak porak-porandakan keluarga mereka..."

" tapi kau macam mana? takkan la Abang Andy sanggup lepaskan kau macam tu je...biar la abang Andy berterus terang ika... sampai bila kau nak mengalah je... dulu dengan keluarga kau pun kau mengalah... kali ni keluarga dia pun kau nak mengalah?"

" dulu lain ika***... dulu aku muda lagi nak bertunang... tapi sekarang aku paham kalau dulu tindakan keluarga aku betul... tapi sekarang aku tak nak abang Andy mengalami nasib yang sama... Eddy tak boleh ganti dia ika... Eddy anak daddy... bukan anak arwah papa abang Andy..."

aku dah tahu kisah di sebalik pertungan itu... dan aku tak sanggup memutuskannya hanya kerana kemahuan aku terhadap abang Andy... pastinya abang Andy menolak mentah-mentah cadangan ku untuk dia meneruskan perancangan kedua belah pihak yang telah di tentukan...

" tapi.. kau sanggup ke nak tengok diorang bersanding?"

aku melogo mendengar kata-kata ika tadi... memang itu bukan impian aku... melihat lelaki yang telah mencuri hati aku bersanding dengan orang lain... tapi macammana mungkin aku mengubah keadaannya... apa yang aku mampu buat sekarang adalah melupakan kisah cinta kami... aku perlu lakukannya... aku pergi meninggalkan ika yang masih termangu-mangu di dalam bilik...

****

"haa... kat sini pun kamu Rissya... mama nak ajak beli cincin ni... bagi cincin tunang dan cincin tanda untuk izzati... nak ajak abang-abang kamu memang tak terbeli lah... nanti ajak ika sekali.... mama naik bersiap... jangan lama-lama tau... marah daddy nanti..." aku betul-betul tidak menyangka apabila mendengar ajakan mama tadi... nak menolak, apa pula alasan yang perlu aku berikan?? ya Allah!!! tabahkan lah hati hambamu ini...

aku mengajak ika bersiap-siap untuk mengikut mama keluar... cuma aku tak bagi tahu tujuan kami keluar... aku tahu ika tak mungkin akan setuju kalau aku yang memilih cincin untuk perempuan yang akan berdampingan dengan abang Andy... tetapi ajakan mama itu agak sukar untuk aku tolak... mama tersenyum riang sambil berborak-borak mesra dengan daddy... kadang kala sahaja aku dan ika menyampuk perbualan mereka...

*****

sampai sahaja di depan kedai emas, ika terus menarik ku sambil meminta izin mama untuk bercakap sebentar... aku tahu ika dah tahu tujuan kami...

" kau ni gila***???? nak cari cincin untuk perempuan tu??" jergah ika garang...

" dia ada nama ika... nama dia izzati... bakal kakak ipar angkat aku.." ujar aku sambil tersenyum... senyuman ku agak terpaksa kalau nak di ikutkan.. tapi aku perlu teruskan lakonan ini...

" kau ni dah tak betul ke? sejak semalam petang lepas tahu cerita sebenar, lagak kau dah jadi macam ni... kau okey tak ni...?" aku masih tersenyum dan menarik ika kembali ke kedai emas tadi...

" jangan buat mama syak aku... kau jangan pecah tembelang... aku relakan asal mama happy... diorang tak salah.." ujarku sambil masuk kekedai emas tadi...

mama dan daddy Irman tersenyum gembira melihat kami... setelah memilih cincin yang berkenan, mama dan daddy mengajak aku dan ika pergi ke butik pengantin berhampiran... aku hanya menurut sahaja walaupun terasa jantungku bagai nak gugur... memilih barang persandingan dan juga barang hantaran... hancur hati aku apabila melihatkan persiapan-persiapan yang mama pilih untuk majlis itu nanti... hati ku terlalu sayu memikirkan siapa yang akan menjadi pasangan pengantin itu nanti...

bersambung.....

Thursday 7 June 2012

Janji Tertunai... =)




Assalamualaikum w.b.t. Salam ukhwah buat semua sahabat yang menjenguk ke blog aku yang tak seberapa ini... Entry kali ni cuma yang santai2 je... Sebenarnye, aku nak berterima kasih pada seseorang yang dah menunaikan janjinya kepada aku untuk removekan 1 daripada entry di blognya. Maaf juga kalau cara aku meminta dia lakukan agak kasar. Senang kata, aku main serbu saja blog miliknya... ^^"

Dia siapa? Aku pun tak mengenalinya siapa. Yang aku tahu bila aku tengok tajuk entrynya sama dengan cerita MMI aku, aku jadi tertanya-tanya. Siapakah gerangannya?Ingatkan semuanya hanya kebetulan...Tapi bila aku scroll kebawah, semuanya sama! Sebutir-sebutir perkataan yang aku type di dalam cerita MMI telah di siarkan oleh pemilik yang tak aku kenali. Rasanya aku dah ber emosi masa tu. Kalaulah aku rajin menjengah google  search, dah lama aku tahu ianya telah di siarkan.. Ermmm... Nak salahkan siapa? Aku pun bersalah dalam hal ini.. sebab aku terlalu percayakan para pembaca yang datang menyinggah untuk membaca hasil karya aku yang tak seberapa.

Yang aku tahu masa tu, aku perlu membiarkan tuan punya blog me'remove' cerita yang telah di copynya itu.. komen yang aku hantar tidak berbalas selama dua hari.. dan selama itu juga aku macam cacing kepanasan! Aku terlalu sayangkan cerita MMI tu... Tak sanggup membiarkan ada orang lain yang menyiarkannya selain di dalam facebook atau di blog aku ini sahaja... Aku tak tahu dari mana dia dapat membaca cerita MMI yang aku buat... Tapi bagi aku, dari mana dia dapat membacanya sudah tidak penting...  Yang penting entry di padam!

Setelah dua hari, aku mendapat balasannya. Aku kira, cara aku agak kasar... Dan dengan itu aku memohon maaf kepadanya jika aku telah membuatkan dia terasa hati dengan teguran aku. Yang pasti, aku tak mahu kami berdendam... Biarlah apa yang jadi semalam menjadi satu pengajaran buat kami bersama. Dua hari aku tak menjenguk blognya, dan tadi, bila aku buka, ianya telah di padamkan oleh pemilik blog.. aku menarik nafas lega, lega seleganya!

Sebenarnya, ramai antara kawan aku yang dah tahu tentang perkara ini meminta aku membuat tindakan yang jauh dari fikiran aku.. Tapi, setelah pendekatan yang aku lakukan itu berjaya.. Bagi aku berjaya okey... Hehehehe... Aku sudah puas hati... Dan harapnya, sesiapa pun yang menjengah dan membaca cerita aku ni, tak copy semua cerita-cerita yang aku buat ini.. aku pasti, korang pun tak suka kalau hasil usaha dan susah payah korang di ambil tampa pengetahuan, walaupun sebenarnya dia meletakkan link facebook aku di dalam entry itu... tapi aku tetap dengan pendirian aku yang tidak membenarkan ianya di siarkan atau di'share' oleh mana2 individu tanpa pengetahuan aku.

Aku bukan tak sukakan perkongsian.. Tapi, cukuplah kalau korang baca cerita aku ni di sini...  Tamak juga bukan sifat yang menjadi kegemaran aku.. Tapi bagi aku, ini hak aku, yang perlu aku pertahankan! Dan mana tahu kalau satu hari nanti aku di izinkan menyiarkannya dengan lebih meluas, ianya akan mendapat sambutan... Berangan sudaaa...

Hanya ini yang aku mampu berikan... Ucapan terima kasih dan satu entry khas buat dia yang dah menunaikan janjinya.. =))


cc: http://hairulharimaumalayaa.blogspot.com/

Kamu Hadir 4



"abang***...abang Andy***..!" kuat aku memanggilnya.. dia menoleh kearah ku yang sedang berdiri di tempat duduk kami tadi... langkah aku pantas menuju kearahnya... dia setia menantiku...

"maafkan hanni***... bukan maksud hanni nak kecewakan abang***..."

"tak apa***... abang faham***... hanni tetap adik abang***..." ujarnya dalam nada yang kecewa...

"hanni dah tak nak jadi adik abang dah lepas ni... hanni harap abang faham***..." ujarku berani... dia seakan tersentak... wajahnya semakin sayu...

"kalau ini yang hanni minta, abang redha dengan takdir kita... maafkan abang***..." lantas memalingkan badannya dan terus melangkah ke arah keretanya...

" kenapa abang tak gembira? masam je***... hanni salah jawap ke?" soalan ku tadi membuatkan dia berpaling***... pantas!!!

" apa maksud hanni? abang tak faham... hanni kan dah tolak abang***... jadi adik abang pon dah tak sudi... tak apalah***.. abang faham..." aku tergelak mendengarkan ucapannya... tahulah aku yang abang Andy ni memang tak faham bahasa aku... dia mengerutkan dahinya...

" hodohnya la abang hanni ni... macam dah jadi datuk-datuk dah...hahahahaha****...." aku tergelak lagi melihat rupanya... pasti dia baru nak memahamii ayat yang baru keluar dari mulut ku.. tapi***....

"hanni.....!!!! hanni main-mainkan abang!!!" ucapnya sambil mengejar aku... aku pantas berlari mengelak dari di pegang oleh abang Andy...kami berkejar-kejaran sebentar sehingga kami kepenatan dan duduk di sebelah kereta miliknya... pasti kalau ada yang melihat telatah kami tadi akan menggelengkan kepala...

"hanni terima abang?" soalnya sambil memaling kearah ku... nafas kami turun naik kelelahan selepas berkejar-kejaran tadi... aku tersenyum sebelum menganggukkan kepala ku...

"yahoooo***!!!!" jeritan abang Andy tak ku duga...

dia berdiri sambil meloncat-loncat kegembiraan... aku pula tertunduk malu melihatkan telatahnya yang seperti kebudak-budakan itu... aku tahu dia gembira dengan penerimaanku... malah hatiku juga turut berlagu gembira...malam itu sah lah hubungan kami sebagai sepasang kekasih...aku mendoakan semoga hubungan kami akan kekal sehingga hujung nyawa kami...

*******

dah empat bulan hubungan aku dengan abang Andy.. aku mula mempelajari kesukaannya dan juga kebenciannya... romantik jugak pakwe aku ni... tapi hubungan kami masih tak dapat di hidu oleh mama serta ahli keluarganya yang lain... pandai kami cover sebenarnya... kadang-kadang pernah jugak abang Andy tersasul depan mama... nasib baik la mama tak perasan.. kalau tak sah-sah dari awal lagi kami dah jadi bahan.. mungkin ke??

lagi sebulan aku akan menamatkan pelajaran aku... maka aku akan dapat ijazah yang aku idam-idamkan selama ini... abang  Andy bercadang akan berterus terang dengan keluarganya hujung minggu ini... dia bercadang ingin menghantar rombongan meminang selepas aku habis belajar, sebulan dari sekarang... dalam diam kami juga sudah pergi kursus perkahwinan... abang Andy cakap senang nanti... tak la kami kalang-kabut nak pergi kursus tu... aku ikutkan sahaja kehendaknya...

aku menanti hujung minggu ini dengan penuh debaran... mana tidaknya, hubungan yang macam adik-beradik pada pandangan mama dan yang lain akan bertukar... apakah penerimaan mereka kepada ku nanti.. pasti abang Eddy akan mengusikku...

trriieett***...triieeettt***...

bunyi message masuk di telifon bimbitku.. pasti abang Andy! aku tersenyum melihatkan namanya terpapar di skreen telifon ku...

'salam... hye hanni... abang sibuk sikit hari jumaat ni... jadi Eddy yang ambik hanni pergi rumah mama... abang harap hanni bersedia nak jumpa bakal mak mertua hanni tu... abang pon berdebar jugak ni... tapi abang kan lelaki...hehehehe.. *_^'

aku tersenyum meleret apabila membaca message yang di hantarnya... tapi dalam diam, jantungku berdegup kencang...

'salam... hye abang... hanni pergi sendirilah... tak nak la abang Eddy yang ambik.. nanti dia mesti ajak pegi jalan-jalan dulu sebelum balik rumah mama... hanni bukan tak nak dia ambil.. tapi abang tau je la perangai adik abang tu kalau pegi jalan-jalan macammana... hanni nak ajak ika sekali... bagi ada teman.. hehehe***'

aku menunggu balasan dari abang Andy dengan sabar... pakwe aku ni kalau sms bukan reti terus jawap... aku dah faham sangat dengan sikapnya yang satu itu... lagi-lagi kalau dia dekat pejabat atau dengan student dia... harapan sahaja lah nak dapat balasan dengan kadar yang cepat... tugasnya sebagai salah seorang pensyarah fakulti kejuruteraan di tempat aku belajar memang akan membuatkan masanya terbatas untuk berbalas message... tambahan pula dia sering membantu dalam kerja-kerja di syarikat daddy Irman.. itu yang membuatkan masanya denganku cukup terbatas...

****

ika yang sedang mengadap game di laptopnya aku cuit...

"weh***... hujung minggu ni aku pegi rumah mama... kau nak ikut tak?" soal ku...

ika yang khusyuk bermain game terhenti, dan memandang kearah ku... aku tau dia meminati sepupu abang Andy yang baik hati tu...kebetulan hazmi ada di rumah mama... mata ika bersinar-sinar mendengar ajakan aku...

" kau ajak aku ke ni? betul?" soalnya seakan-akan tak percaya...

" betulla... aku nak ko teman kan aku... esok nak bagi tau mama pasal kitorang... ko tau je la aku ni***... darah nervos lebih... hahahaha***..."

" ni sebab abang Andy kesayangan ko, ko ajak la aku... kalau tak****... hampeh****... bff ape cam ni..." ujarnya pura-pura merajuk...

" ala ko***... selalu aku ajak bukan nak... cakap menyampah ngan abang Eddy tu.. aku tau la dia seteru ko... tapi baik ape dia tu... ni hazmi ada***... ko tak rugi ke tak jumpa dia?" soal ku sengaja mencari minatnya... aku tahu ika betul-betul admire dengan sepupu abang Andy tu... nasib baik si hazmi tu baik... macam ada harapan je kawan baik aku ni jadi saudara dengan abang Andy...

"ye lah kau... saja lah tu nak pancing aku... kalau hazmi tak ada aku teman jugak la... bukan ke ko tu bff aku***... nanti jangan cakap sebab lelaki je aku nak teman ko..." aku tergelak mendengar jawapannya...

ika ni kalau marah pon aku tak kisah... pusing belakang kejap je dia dah baik... bukan macam aku... merajuk memang tak boleh nak pujuk... empat lima hari jugak aku senyap... baru la aku tegur balik... tapi aku memang susah nak merajuk pun... sebab itu lah abang Andy jarang buat aku merajuk... pernah jugak kami bergaduh dan aku merajuk... tapi tiap-tiap hari aku dapat bunga dan coklat tanda minta maaf...lama-lama marah ku surut lah...

bersambung.... ~_^v