Sunday, 3 June 2012

Sejenak aku terhenti





Kawan datang macam chipsmore... Kadang-kadang muncul, kadang-kadang hilang... Datangnya tak pernah aku duga... Aku terima dengan tangan terbuka... Tak pernah sekali terlintas dlm hidup aku untuk menyusahkannya... Malah, aku mahu dia merasakan aku tetap memberi perhatian kepadanya... Cuma, kadang-kadang aku tahu aku tak mampu...

Sahabat menanti macam paku menanti tukul..... Tak pernah aku duga, seorang kawan yang setia, telah menjadi seorang sahabat kepada aku... Sanggup membatu.... Sanggup mengenali diri ini yang tak sebagus mana dalam berkawan..... Tapi, aku terharu! Hadirnya kau, buat aku gembira... Dan kau mampu buat aku gembira....

Antara kawan dan sahabat, tak banyak beza.... Tapi, pelakuan dan perhatian itu yang membezakannya.... Aku tak mahu memaksa sesiapa menjadi kawan aku.... Malah untuk menjadi seorang sahabat untuk aku juga bukanlah aku paksa... Ianya terjadi bila kita ada ' tindakan kimia ' bila bersama...... Iakah?? Tapi, itu yang aku rasa....

Aku tak tahu apa yang aku mahu daripada semua ini.... Yang pasti, sekarang aku seperti mahu melepaskan semua..... Kenapa? Entahlah.... Keterbukaan aku mungkin..... Aku tak mahu memberi kesan yang tidak-tidak..... Kenapa aku rasakan mcmni? Sebab aku rasa dah terlalu banyak habiskan masa.... Mungkinkah.....? Hurmmmm.....

Memuaskan hati kawan-kawan dan sahabat memang aku suka.... Cuma, adakah mereka tahu apa perasaan aku tika ini? Entahlah..... Aku tak mengharapkan sesiapa memahaminya....

Andai aku berdiam, itu tandanya aku sedang memujuk diri.... Memujuk hatiku yang kurang enak.... Kecewa? Entahlah.... Aku bukanlah seorang yang mahu menghukum orang lain... Cuma aku rasa diri ini sudah terlalu banyak mengambil tahu... Sampaikan aku takut, tak mampu menjadi kawan serta sahabat yang memahami dalam hidup org sekelilingku....

Kau yang bernama kawan dan juga sahabat.... Hadirnya kamu dalam hidup aku, benar-benar aku hargai... Kerana saat datangnya kamu, aku pernah terharu... Kesudian kamu mengenali aku benar-benar membuatkan aku tersentuh.... Kerana aku tahu, kita berkawan dan bersahabat tampa syarat... Menerima hadirnya kamu dalam hidup aku dengan tangan yang terbuka, dan ia tak pernah kita bahaskan....

Aku masih tertanya kenapa saat ini aku seperti berjauh hati.... Tapi yang aku pasti, aku mahu memujuk diri..... Mungkin sampai bertemu lagi..... Andai kamu ingat lagi akan aku.... Terima kasih aku ucapkan.....

1 comment:

  1. last fragment....berjauh hati memujuk diri...???kawan dtg silih ganti....terpulang pd dr kite sdr...either nak upgrade or downgrade title kawan tu sdr.....harap irris hawani faham

    ikhlas dr uitmtkd 02-06

    ReplyDelete