Friday 15 June 2012

Saya Tahu Niat Awak! (sambungan bukan niat saya)


Awak!

Perkataan rindu dalam hati saya dah menggunung! Lepas saya dapat surat awak, mak call bagi tahu saya awak dah pindah. Kemana awak pergi? Betulke awak dah bertunang seperti yang awak khabarkan?

Awak,

Dah berbulan-bulan saya cuba jejak awak di facebook. Tapi, tak ada seorang pun yang tahu. Di rumah lama awak pun dah berganti penghuninya. Saya cuba risik pada mereka. Tapi hampa! Mereka kata, awak jual rumah tu. Kenapa awak jual? Kan awak sayang sangat rumah tu? Rumah yang awak minta saya buat interiornya hanya tinggal kenangan.

Awak,

Betullah orang kata, kalau kita dah kehilangan seseorang tu, barulah kita sedar yang kita menyayanginya lebih dari yang kita sedari. Itulah keadaan saya sekarang! Saya dah kehilangan awak! Dan kalau boleh, saya nak cari di mana sahaja awak berada. Saya betul-betul menyesal! Meninggalkan awak tampa kata putus satu hari dulu, membuatkan saya merasakan diri ini terlalu bodoh!

Awak,

Ingat lagi tak tempat melepak kita dekat pondok sebelah tasik? Awak selalu menangis kalau ada masalah. Saya pula tak pandai pujuk, kalang-kabut saya cari tissu buat awak. Sebab tu tiap kali keluar dengan awak, saya akan pastikan bawa tissu bersama. Tapi, saya tak pernah rasa awak menyusahkan saya! Saya rasa kenangan dengan awak sangat indah! Sampai sekarang saya tak pernah lupakan awak!

Awak,

Sebelum saya pindah dulu, awak pernah tanya soalan tentang hubungan kita. Ya! Saya ego! Masa tu, saya tak mahu mengaku cintakan awak! Sebab saya takut orang lain perlekehkan saya! Bila orang kata kita pasangan kekasih, saya suka sangat! Tapi depan awak, saya buat-buat marah! Saya tak tahu apa yang dah saya buat, sampailah hari saya berpindah! Saya takut nak berterus terang!

Awak,

Saya tahu tindakan saya yang marah-marah buat awak kecil hati. Lebih lagi saya tak bagi tahu awak saya nak pindah! Saya tak sanggup jumpa awak! Nak berdepan dengan awak! Saya takut hati saya rapuh dan tak jadi berpindah! Saya tak sanggup, sebab awak, saya lepaskan peluang mencapai impian saya! Dan yang paling saya takut, awak minta saya melamar awak!

Awak,

Saya kejam sebab menghukum awak sebelum ianya terjadi. Saya takut pada bayang-bayang yang saya sendiri cipta. Tak sangka hubungan kita menjadi renggang hanya kerana sikap saya yang mementingkan ego! Bodohnya tindakan saya!

Awak,

Mesti awak banyak menangis dalam jangka masa tu. Mesti awak mula membenci saya masa tu. Dan semestinya sebab itu juga awak terima pinangan lelaki lain. Lelaki yang tak menyakiti awak dengan ke-egoan yang menggunung seperti saya!

Awak,

Tengahari tadi, saya terserempak dengan adik awak. Penat saya pujuk dia bagi number handphone awak. Tapi, hampa. Dia kata, awak dah tak pakai handphone. Dari sinar mata adik awak, saya pasti ada sesuatu yang dia sembunyikan dari saya. Saya ajak borak dan minum bersama pun dia dah tak sudi. Agaknya, benci sangat dia dengan saya!

Awak,

Saya demam hari ni. Tadi, kawan saya belikan bubur nasi McD. Serta merta nama awak yang terlintas dalam kepala! Dulu, pantang saya demam, awak rajin belikan bubur nasi. Paksa saya pergi klinik, makan ubat dan minun air masak! Rindunya saya pada awak!

Awak,

Saya dah tak sanggup nak tanggung rindu pada awak. Rindukan muka awak yg bujur sireh tu. Rindukan gelak tawa awak. Yang paling saya rindu adalah senyuman awak! Saya tahu, saya bersalah sebab tak dapat lupakan awak. Awak dah ada dia! Tapi, izinkan saya mencintai awak, walaupun sekejap!

Awak,

Tadi, saya dapat messege dari adik awak. Dia bagi alamat baru rumah awak, dan minta saya datang petang ini juga! Meloncat suka saya bila mendapat peluang ini! Saya janji pada awak, saya tidak akan mempersiakan peluang ini. Awak tunggu saya! Petang ni kita jumpa!

Awak,

Saya dah ada dekat kawasan rumah awak. Ramai tetamu awak petang ni. Yang lelaki bersongkok, dan yang perempuan bertudung. Awak buat kenduri ke? Kenapa saya tak sedap hati? Saya teruskan melangkah memasuki rumah awak. Kaku kaki saya, bila abang awak menyambut saya dan membawa saya ke ruang tamu.

Di ruang tamu, ramai yang mengerumuni sekujur tubuh yang sudah kaku. Abang awak kata, itu awak. Saya dah tak dapat nak melangkah lagi. Saya dah tak sanggup berhadapan dengan kenyataan ini. Gugur air mata jantan saya!

Saya tak sangka, ini kesudahannya. Melihat jenazah awak terbujur kaku di hadapan mata. Bacaan yaasin dah memenuhi di segenap rumah awak. Saya tahu, ini kenyataan. Akhirnya, awak tinggalkan saya dulu. Dalam keadaan saya yang benar-benar yakin dengan cinta saya pada awak! Tapi, saya sedar! ALLAH lebih cintakan awak dari cinta saya pada awak!

Awak,

Talkin terakhir yang di bacakan tadi buat air mata saya tidak berhenti mengalir. Tamatlah hubungan awak dengan dunia, dan bermulalah perjalanan yang baru untuk awak di alam sana. Saya hanya mampu meredhakan pemergian awak.

Ya ALLAH... KAU ampunilah dosa-dosanya. KAU tempatkanlah dia di sisi hamba-hambamu yang beriman. Dia dah kembali kepadaMU. Semoga apa yang dia lakukan di dunia, mendapat redhaMU. Amin!

P/S: rekaan semata2..

No comments:

Post a Comment