Tuesday 25 June 2013

SEDEKAHLAH WALAU SECEBIS SENYUMAN


Ada hamba ALLAH berkata bila ditanya bab sedekah “Nak lepas makan diri sendiri pon susah kenapa nak bersedekah pulak”. Maafkan lah hamba ALLAH itu, sesungguhnya kami dari org yang jahil.


KENAPA kita perlu bersedekah??

- Ianya amalan Rasullah.

- Membersihkan harta pencarian.

- Menyucikan diri drpd dosa-dosa kecil.

- Menjauhi diri kita dari bala dan penyakit.

- Mendatangkan kegembiraan kepada fakir dan miskin serta mengikis perasaan cemburu mereka kepada orang kaya.

- Allah memberkati harta kita dan menambahkan rezeki yang tidak disangka-sangka.


ALLAH berfirman dari surah SABA Ayat 39 “Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.”

Berdasarkan ayat tersebut menerangkan bahawa ALLAH maha pemurah lagi maha Kaya dan berkuasa memberi hidayah kepada hambanya untuk berbuat baik.

Kita harus menjentik pemikiran kita bukan menunggu kita berharta baru nak bersedekah, dikuatiri bila kaya dan senang kita akan lupa kesusahan orang lain. Bukan nak tunggu bulan puasa baru nak bersedekah, sedangkan maut tu berada dimana-mana. Marilah kita hidupkan amalan bersedekah walaupon sepuluh sen. Sekiranya kita tidak mampu bersedekah dengan harta, senyuman sudah memadai untuk menyinari keresahan orang lain. Jom mulakan bersedekah dengan SENYUM. Sesungguhnya senyuman itu sedekah.



cc: Gee Mnosskah

Ikhlas dr KAMI

Make the homeless SMILE
Misi Bantu Gelangdangan Sekitar KL
28 JUNE 2013

fb group # HELP PROJECT

Takdir Kita


17 December 2012

Naufal memandang kalendar yang tersangkut di satu sudut bilik. Walaupun matanya sudah semakin rabun, tapi dia masih dapat melihat tarikh dan bulan yang terpapar di kalendar tersebut. Rasanya hari yang berlalu semakin pantas. Sedangkan dia, semakin tidak bersedia untuk berhadapan dengan kenyataan. Walaupun dia cuba untuk menyangkal dan menafikan takdir, ia tetap akan berlaku juga. Matanya di pejam rapat, cuba menafikan perasaan tidak bersyukur dengan musibah yang menimpa diri. Sedaya upaya dia cuba membuang rasa itu dari terus bermain di fikiran. Ya! Masih ada masa untuk aku bernafas di bumi yang indah ini. Alhamdulillah, ya ALLAH!

Pintu bilik Naufal di buka dari luar. Nazimah melangkah sambil membawa makanan untuk makan tengahari. Dia tersenyum sambil meletakkan makanan bersebelahan dengan katil Naufal.

“ Masa untuk akak makan.” Ujarnya sambil mengangkat kepala dan meninggikan bantal untuk Naufal bersandar. Setelah memastikan Naufal selesa dengan keadaannya, barulah Nazimah duduk sambil meletakkan napkin di atas dada Naufal. Senyuman di bibir nazimah tetap mekar. Masih juga manis, walaupun Naufal tahu, Nazimah sudah kepenatan berkejar kesana-kemari menguruskan urusan harian serta menjaganya.

Senyuman Nazimah dibalas. ‘Ah, Nazimah terlalu banyak berkorban demi aku! Terlalu banyak sehinggkan aku hanya mampu berdoa, semoga satu hari nanti dia dapat yang terbaik dalam hidupnya.’ Wajah Nazimah di tenung, penuh simpati.

“ Akak makan okey, Zimah suapkan. Hari ni akak kena makan lebih dari semalam. Zimah nak akak ada tenaga, dan kalau ALLAH izinkan, Zimah nak akak sihat.” Walaupun ada nada kesayuan pada suaranya, dia tetap cuba mengawal perasaan itu. Naufal sedar akan itu, tapi dia tidak mahu menjejaskan mood mereka.

“ Zimah masak apa?” Soal Naufal perlahan.

“ Zimah buatkan sup sayur dengan bubur. Akak dah tak nak makan lauk, jadi Zimah buat vegetarian khas buat akak. Makan tau. Penat Zimah masak.” Ujarnya sambil menyudukan sup sayur itu kedalam mangkuk bubur . “ Kalau akak tak makan juga kali ni, tak taulah macam mana lagi Zimah nak masak.”

“ Zimah tahukan, akak bukan sengaja tak nak makan. Akak minta maaf, kalau Zimah terasa.” Ujar Naufal sayu. Dia tahu Nazimah sudah banyak bersabar dengan kerenahnya. Dan dia masih sabar melayan kemahuan Naufal, walaupun tahu mood Naufal kadangkala tidak menentu.

“ Yang penting, akak makan dulu. Zimah akan suapkan akak, tiap kali akak nak makan.” Ujarnya dengan nada yang bersemangat. Naufal tersenyum mendengarnya. Dia terus menerima suapan demi suapan yang di hulurkan kepadanya sehingga hampir habis separuh mangkuk bubur.

“ Zimah, dah dulu. Akak rasa dah tak boleh nak telan. Akak taknak muntahkan apa yang dah akak makan ni.” Ujar Naufal sampil menggelengkan kepala apabila Nazimah mahu meneruskan suapan.

Cepat-cepat dia menghulurkan air masak kepada Naufal dan mengusap-ngusap belakang badan Naufal. “ Akak rehat dulu, Zimah bawa makanan ni pergi dapur. Kejap lagi Zimah naik, kita borak-borak ya. Oh, ya! Surat akak Zimah dah poskan tadi. ”

“ Terima kasih. ” Ujar Naufal sambil mengangguk perlahan. Dia memerhatikan Nazimah mengemas makanannya dan melangkah keluar. Pantas dan sangat tangkas tindakan Nazimah. Dan Naufal sangat cemburu dengan keadaan itu.

Tanpa dia sedari, air matanya menitis perlahan. Perasaannya begitu sensitif kebelakangan ini. Layanan dan sokongan keluarganya sangat besar ertinya. Sudah sebulan dia tidak larat untuk melakukan rutin harian. Yang banyak menguruskan dirinya adalah keluarganya. Rasa bersyukur kerana di kurniakan keluarga yang sangat prihatin tentang dirinya membuatkan dia kuat untuk melawan perasaan serta sakit yang di rasakan.

***
Hujung Oktober 2011

“ Shah! Perlahanlah sikit, aku dah tak larat ni.” Naufal sedikit menjerit memanggil Shahrul yang agak jauh meninggalkannya di belakang. Peluh di mukanya, di lap dengan tuala kecil yang memang di bawa jika pergi berjoging. Suasana petang di Taman Tasik Perdana, sangat mendamaikan walaupun terletak di tengah-tengah Badaraya Kuala Lumpur.

Naufal sudah berjalan untuk mendapatkan Shahrul yang sudah berhenti menantinya di sebuah bangku batu di hadapan tasik. Botol air masak yang sememangnya dia bawa sudah suku di teguknya.

“ Kau ni, baru 2 round dah tercungap tak cukup nafas kenapa? Selalu stamina kau fit lagi dari aku.” Tegur Shahrul apabila Naufal melabuhkan punggung di sebelahnya.

“ Ntah la. Aku pun pelik. Semenjak dua ni, kepala aku tak tahan pula bila lari banyak-banyak. Migrain aku mesti datang. Itu yang tak larat nak kejar kau.”

“ Sakit kepala lagi? Ubat yang aku bagi hari tu mana? Dah habis?” Soalnya prihatin. Tangannya di kibaskan kearah Naufal yang seperti kepenatan dan kepanasan.

“ Ada lagi, tapi dah nak habis. Nanti habis aku belilah dekat Farmasi. Kau jangan risau.” Ujarnya sambil tersenyum. Shahrul sememangnya seorang yang sangat prihatin. Dia selalu menghabiskan masa kosongnya dengan Naufal. Sehinggakan ramai yang menganggap Naufal adalah kekasihnya. Shahrul tidak pernah kisah dengan kata-kata orang, baginya, selagi dia selesa berkawan dengan Naufal, apa yang perlu dia risaukan.

“ Aku dah agak dah.” Dia membuka beg galasnya, dan mengeluarkan sebungkus plastik kecil yang belogo farmasi. “ Nah, ni aku dah belikan. Dekat dalam tu ada pil untuk menstrual pain sekali. Dah nak sampaikan tarikh menstrual kau.”

Ayat terakhir Shahrul yang bersahaja itu membuatkan muka Naufal kemerahan menahan malu. Cepat-cepat dia mencapai bungkusan ubat dari tangan Shahrul. Malu!

“ Tak payah nak malu sangatlah dengan aku. Benda macam ni kau tak payah nak sorok. Aku tahu kau luar dalam.” Ujarnya bersahaja.

Dengan pantas satu ketukan tepat mengenai lengan tangan Shahrul. “ Aduh! Sakitlah! Kau ni nak belasah aku ke ape?” Ujar Shahrul sambil mengusap-ngusap lengannya yang perit dik kerana pukulan dari botol air yang berada di tangan Naufal.

“ Kalau ya pun kau tahu, jangan la cakap kuat-kuat. Kau nak ishtiharkan dekat satu Taman Tasik ni ke yang aku dah nak period? Melampau la kau ni.”

“ Aik? Takkan benda macam ni pun nak marah.” Muka Shahrul di kerutkan sebelum dia memetik jari. “ Ada juga malu kau ya, aku ingat selama lebih 11tahun kita kawan, inilah kali pertama kau marah aku pasal period pain kau.” Ujarnya sedikit tergelak.

“ Eh! Malulah! Aku tetap perempuan okey!”

“ Aku ingat kau dah lupa. Yelah, aku ingat lagi masa sekolah dulu, kau selalu buli aku belikan pad kau kalau kau lupa bawa. Aku ni jugak nak kene tebalkan muka pergi beli tau. Dahlah dengan baju sekolah. Makcik yang jaga kedai tu senyum-senyum je masa aku nak bayar. Mesti makcik tu fikir bukan-bukan.”

Kata-kata Shahrul di sambut dengan gelak-tawa Naufal. Sememangnya Naufal sedar, dia selalu meminta pertolongan yang bukan-bukan dari Shahrul. Tapi, ia tidak membuatkan persahabatan mereka putus, malah mereka menjadi semakin rapat seperti belangkas. Naufal sangat menyanjungi Shahrul dalam satu hal, walaupun sudah bertahun perkenalan mereka, Shahrul tidak pernah melangkaui batas.

Jika mereka keluar berjalan-jalan, Shahrul tidak lupa untuk mengingatkannya waktu untuk bersolat. Keluar pula tidak akan sampai melangkaui 12 tengah malam. Malah, Shahrul tidak pernah sesekali cuba untuk mengambil kesempatan keatas Naufal.  Memegang tangan Naufal juga boleh di kira dengan jari. Itupun kerana terdesak mahu memimpin Naufal ketika demam teruk atau semasa Naufal cedera. Mahu di dukungnya, Shahrul tidak berani. Yang hanya mampu dia lakukan hanyalah memimpin Naufal yang sudah lemah untuk melangkah. Yang pasti, masa itu Shahrul sudah rasa sangat bersalah kerana menyentuh Naufal tanpa izin.

“ Semalam aku jumpa Johan. Dia tanya, bila kau nak pergi hospital.” Soalan Shahrul membuatkan Naufal sedikit tersentak.

“ Eh! Aku lupa! Sepatutnya aku pergi hospital minggu lepas. Tapi sibuk sangat dengan projek baru tu, aku tak sempat nak pergi. Nantilah aku call dia balik. Setkan appointment baru.” Ujar Naufal sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Shahrul hanya tersengeh melihat keletahnya.

“ Kau kalau ada appointment, kenapa tak cakap dengan aku, kalau tak aku boleh ingatkan.”

“ Tak apalah. Lagi pun aku nak pergi ni untuk checkup je. Kan tiap 3 tahun aku buat. Ini pun aku ingat nak buat lewat sikit. Projek baru tengah banyak sangat.”

“ Yelah! Jangan tak buat sudah. Aku ingatkan je. Taknak nanti kau kata aku dah tak sayang kau pulak. Kita ni sayang dekat dialah, sampaikan pesan Johan pun kita ingat.” Ujarnya bersahaja.

Naufal yang dari tadi merenung langit tersentak mendengar kata-kata Shahrul. Ayatnya yang hanya dapat di dengari kadang-kala itu membuatkan dia sedikit berdebar. Kenapakah perasaan yang datang ini semakin hari semakin berbeza? Berdebar-debar dan sangat mengujakan. Kenapalah hatinya mula tertarik pada sahabat baik sendiri? Kelakuan Shahrul yang terlalu mengambil berat, membuatkan dia merasakan yang Shahrul ada menyimpan perasaan terhadapnya.

“ Pandailah kau nak bodek aku. Ayat manis kau tu, geli lak aku dengar.” Ujarnya sambil tergelak untuk menutup perasaan yang di rasai saat itu. “Yelah! Malam ni aku call Johan, bagi tahu yang aku pergi buat checkup lambat sikit dari selalu.”

“ Tak adalah nak bodek sangat. Kalau aku bodek kau pun bukan dapat apa. Baik aku bodek Nazimah, dapat jugak la makan kek dia buat sekali sekala.”

“ Ceh! Makan saja kau tahukan?” Naufal menjeling sedikit kearah Shahrul yang sudah tersengeh dan menahan gelak di sebelahnya.

“ Aku cakap saja. Adik kau lagi pandai jaga perut aku dari kakak dia. Haha!” Ujarnya sambil melepaskan tawa yang dari tadi di tahannya.

“ Hampeh la kau ni. Suka kutuk aku! Dahlah, aku nak balik ni. Dekat pukul 7 dah ni. Kau tak nak balik ke ? ke nak ajak aku berjemaah dekat tasik ni?” Naufal mencapai botol air dan juga beg sandang yang di bawanya tadi, bersiap-siap untuk pulang.

“ Nak baliklah ni. Okeylah, apapun jumpa petang esok. Aku tak sempat lunch dengan kau esok, aku kena pergi Shah Alam pagi tu. Nanti terkejar-kejar pulak nak makan dengn kau.” Ujarnya sambil bangun dan mengiringi langkah Naufal menuju ke arah kenderaan mereka.

“ Bawa motor elok-elok. Jangan nak merempit pulak. Karang mak kau bising dekat aku kata aku tak nasihat.”

“ Biasalah wei, anak jantan la katakan!” Ujarnya sambil menyarungkan helmet di kepala.   “ Kau drive hati-hati. Nanti ada apa-apa wassap aku macam biasa. Bye! Assalamualaikum.”

Naufal hanya menjawap salam Shahrul dalam hati sahaja. Dia memerhatikan Shahrul yang mula menyusur keluar. Lalu dia terus menghidupkan enjen kereta dan juga keluar dari kawasan Taman Tasik, membawa haluan masing-masing menuju ke rumah.

***

Naufal memandang screen laptopnya. Draf kerjanya masih berbaki suku lagi untuk di siapkan. Matanya sudah mula pedih, kepalanya mula berat dengan macam-macam maklumat. Dia mengurut-ngurut bahunya sedikit untuk mengurangkan ketegangan yang mula di rasainya. Penat duduk, dia bangun sebentar menuju ke pantry untuk membuat air.

Masuk sahaja di pantry, Shuhada dan juga Melly sedang rancak berbual.

“ Rancaknya korang ni. Kerja dah siap ke?” Tegur Naufal pada Melly.

“ Saya punya bahagian sudah Cik Naufal. Yang tinggal nak semak balik maklumat dengan pengurusan marketing saja yang tak buat lagi. Encik Fauzi kerja luar. Esok baru dia ada.” Jawap Melly sambil tersenyum senang hati.

Shuhada pula adalah accountant syarikat. Naufal malas mahu bertanya lebih, nanti ada pula bunyi yang tak sedap di dengar keluar dari mulut Shuhada. Dia tidak tahu kenapa Shuhada kurang menyukainya. Sedangkan, setahu Naufal, dia tidak pernah sesekali memusuhinya. Jika moodnya baik, maka baiklah layanan yang akan di beri kepadanya.tapi jika angin rebut melanda, dengan staff atasan juga Shuhada berani bersuara.

“ Okeylah tu, dah siap. Saya masih ada lagi sikit nak buat. Tapi kepala dan mata ni dah mula mengada-ngada nak rehat. Tak sedap pula badan ni.” Ujar Naufal sengaja berbahasa basi.

“ Yelah, Buat perlahan-lahan sikitlah Cik Naufal. Fail project tu nak submit pun minggu depankan. Ada masa lagi” Jawapan Melly tadi mengundang senyuman sinis dari Shuhada. Naufal mula rasa tidak sedap hati melihatnya. Dia hanya tersenyum memandang Melly.

“ Okeylah Melly, saya masuk bilik dulu. Lama-lama dekat sini saya ganggu you all berbual pula.” Ujar nNaufal sambil membawa segelas air teh panas dan juga beberapa keping biskut ke dalam biliknya.

Sambil merehatkan badan, Naufal sengaja menghantar wassap kepada Shahrul. Mencari teman bual, jika lelaki itu tidak sibuk. Harapnya Shahrul ada masa untuk melayannya.

Naufal: Assalamualaikum! Pakcik! Kau sibuk ke?

Shahrul: Waalaikumsalam. Tak sangatlah. Aku baru balik dari site ni. Kau buat apa?

Naufal: Dekat office buat apa lagi. Kerjalah! Haha!

Shahrul: Untunglah boss kau. Dapat pekerja berdedikasi. Mesti company kau untung juta-jutakan. Ada pekerja yang rajin macam kau.

Naufal tergelak membaca message dari Shahrul itu. Sengaja mahu mengenakan dirinya.

Naufal: Amin! Kan bos sayang aku. Rajin buat kerjalah katakan! Haha!

Shahrul: Rajin sangat! Sampai aku pun boleh tersayang kat kau! Hahahaha!

Naufal tersentak membaca message dari Shahrul itu. Tiba-tiba perasaannya jadi hangat. Dadanya mula berdebar. Excited juga membaca bait-bait ayat yang mula membuai perasaan. Sedangkan ia bukanlah kata-kata cinta. Tetapi, perasaannya sudah seperti di sirami dengan kata-kata cinta.

Aduh! Sudah jatuh cintakah? Naufal tertanya-tanya. Umurnya yang sudah menjangkau 27 tahun itu tidak pernah pun sekali merasakan indahnya saat bercinta. Jangankan pula tahu bagaimana di landa cinta. Bagaimanakah perasaan itu pun dia tidak tahu!

Naufal: Gediklah kau. Cakap je kau sayang aku. Entah-entah kau dah ada awek, yang kau sorok dari aku tak?

Shahrul: Eh! Mana nak datang awek pulak? Bukan ke tiap hari aku dating dengan kau je? Bila aku ada masa nak cari awek. Kau sorang dah cukuplah.

Ayat Shahrul kali ini betul-betul membuatkan Naufal keliru. Keliru dengan perasaannya, juga keliru dengan ayat Shahrul yang cukup berbeza dari gurauan yang sebelum ini.

Naufal: Kau ni, agak-agaklah nak mainkan aku. Aku tahulah aku ni mana ada pakwe. Inikan pulak lelaki yang nakkan aku. Kau jangan la main-main.

Sharul: Mana ada aku main-main. Betullah aku memang SAYANGkan kau! Bukan macam adik dengan abang, atau kawan dengan kawan. Tapi….

Sekali lagi Naufal terkedu. Perkataan sayang yang di berikan itu di besarkan seperti memberi penekanan keatas ayat itu. Betulkah apa yang di bacanya? Shahrul sayangkan Naufal? Sumpah! Naufal tidak menyangka yang Shahrul akan mengatakannya seperti itu. Sayang sebagai apa pula? Kawankah? Kekasihkah? Tapi apa?

Naufal: Kau ni, buat aku suspen jekan. Dahlah. Malas nak kacau kau. Aku nak sambung kerja. Daa Shah! Assalamualaikum!

Shahrul: Okey, apapun aku lupa bagi tahu. Lepas-lepas ni aku tak dapat teman kau jogging macam selalu. Petang ni pun aku tak sempat. Nanti aku message kau lagi okey! Waalaikumsalam. Take care!

Senyuman Naufal mati tiba-tiba apabila membaca message terakhir dari Shahrul. Kenapakah? Bermacam-macam soalan mula bermain di kepalanya. Akhirnya, petang itu, Naufal langsung tidak dapat menumpukan perhatiannya pada kerja-kerja pejabat.

***
December 2011

Shahrul: Aku sibuk sekarang. Kau tak faham ke? Dah berapa kali aku bagi tahu! Kau ni tak faham jugakkan? Suruhlah Johan teman kan kau, diakan doktor, dah memang itu pun tempat kerja dia. Tidak pun kau ajaklah Nazimah ke. Aku betul-betul tak boleh!

Message dari Shahrul itu membuatkan Naufal merasa kecil hati. Masuk kali ini sudah lima kali Shahrul menolak ajakkannya untuk keluar. Sama ada menemankannya pergi ke hospital, ke rumah kenduri kawin kawan sekolah mereka, mahu pun sekadar duduk-duduk berjumpa seperti selalu.Maksudnya hampir sebulan mereka tidak berjumpa. Sama ada Shahrul cuba menjauhkan diri atau dia betul-betul sibuk, Naufal tidak tahu.

Naufal: Kalau ya pun kau sibuk, takkan tak ada masa nak jumpa aku dah? Tak apalah, aku tahulah jaga diri aku. Aku ajak kau sebab aku dah lama tak jumpa kau. Kalau itu pun menyusahkan kau aku minta maaf Shah. Okeylah, aku ada hal ni. Nanti bila-bila aku message kau lagi. Assalamualaikum.

Naufal merenung handfon Samsung Wandernya. Tetap tiada balasan. Kalau sebelum ini, sesibuk manapun Sharul, dia tetap akan menjawap salamnya. Tapi kali ini Shahrul mula berubah. Ya! Semenjak hari itu, dia mula merasakan perubahan pada diri Sharul. Selepas pertemuan mereka yang terakhir semasa reunion bekas pelajar sekolah menengah mereka. Naufal mula di landa berbagai perasaan, rindu terutamanya!

Naufal ingat lagi pertanyaan-pertnyaan yang di lemparkan kepadanya tentang hubungan mereka. Pada mulanya Naufal buat tidak kisah. Tapi, melihatkan kepada riaksi Shahrul, dia seperti tidak selesa. Kenapakah Shahrul berkelakuan seperti itu pun Naufal tidak pasti. Yang pasti, wajah Shahrul berubah apabila ada yang bertanya tentang hubungan kami.

“ Akak ni dah kenapa?” Teguran dari Nazimah membuatkan Naufal tersentak. Cepat-cepat dia melemparkan senyuman kepada satu-satunya adik perempuan yang di miliki.

“ Mana ada apa-apa. Kenapa Zimah tanya?”

“ Yelah, dari tadi menung. Lepastu renung handfon tu macam nak telan kenapa?”

Naufal tergelak mendengar pertanyaan Nazimah itu. “ Mana ada nak telan handfon ni. Bukan boleh makan pun.”

“ Alah, akak ni. Sekilas ikan di air memanglah Zimah tak pasti mana yang jantan, mana yang betina. Tapi, kalau sekilas Zimah pandang akak, Zimah tahu akak ada masalah. Cuba akak cerita. Selama ni akak ada masalah, cerita dekat Zimah, okey je?”

“ Haishhh!” Budak tak habis belajar lagi tak yah nak sibuk hal akak. Akak tahu nak selesaikan.”

“ Aik!!! Apa kena Zimah tak habis  belajar dengan masaalah akak ni? Ni mesti masalah cintakan? Kenapa? Gaduh dengan abang Shah ke kak?”

“ Mana ada cinta… apa pulak kaitan cinta dengan abang Shah ni?”

“ Lagi mahu tanya! Bukan akak tengah asyik masyuk bercinta dengan abang Shah ke?”

“ Zimah ni pandai jekan. Siapa yang buat cerita ni?”

“ Siapa buat cerita tak penting kak. Yang pentingnya akak tu. Tahu ke dah jatuh cinta dekat abang Shah?”

Naufal mengerutkan dahinya. Tidak faham dengan ayat yang di luahkan oleh Nazimah.

“ Mana ada. Akak jatuh cinta. Akak biasa je.”

“ Yelah kak. Biasalah sangat. Dah berapa lama abang Shah tak call akak? Ke dia minta putus?”

“ Apa melalut sampai ke situ pula? Tak ada apalah. Abang Shah sibuk je. Akak minta teman pergi buat checkup hari rabu ni. Tapi dia sibuk. Tak dapat nak teman.”

“ Pasal itu je? Hurmmm… Zimah ingat pasal apalah tadi. Tak apalah kak. Nanti Zimah teman. Hari rabu tu Zimah tak ada kelas. Dah semester akhir ni kelas Zimah tak banyak. Boleh nak teman akak. Boleh Zimah buat checkup sekali.”

Naufal tersenyum mendengan kesanggupan Naimah menemannya. Dia bukan takut untuk pergi ke hospital. Cuma dia tidak suka dengan suasana hospital yang di penuhi dengan pesakit dan juga pelawat. Rasa seperti dia pun turut sama sakit!

***

“ Result pasal migrain kau keluar minggu depan. Nanti kau datanglah ambil. Atau kau nak aku ambilkan. Nanti aku pas je dekat kau.”

“ Tak apa, aku datang ambil. Tak mahu la susahkan kau. Hari ni kau dah teman aku pun dah kira bagus. Nazimah cakap dia nak temankan aku. Tapi last minit dia ada kelas ganti pula.”

“ Aku tak kisah. Lagi pun Shah dah pesan dekat aku, suruh temankan kau. Sayang betul dia dekat kau kan?”

“ Bila pulaklah Shah pesan dekat kau?”

“ Adalah dua tiga hari lepas. Aku kebetulan jumpa dia, dia baru balik main footsal dengan officemate dia.”

Naufal menganggukkan kepalanya. Dia sudah tidak tahu jadual harian Shahrul sebulan ini. Kemana dan di mana juga Shahrul sudah tidak memberitahunya. Berubah benar tingkahnya. ' Shah, apa dah jadi dengan kau?'

“ Okeylah kalau macam tu. Thanks ya, kau nak aku belanja lunch tak ni?”

Johan tersenyum sambil mengangguk. “ Cadang memang macam itulah. Aku off hari ni. So, on call ni tak kisah nak pergi mana. Jom lunch! Lapar pulak bila kau sebut pasal belanja!”

Naufal tergelak melihat telatah Johan. Sememangnya, antara Shahrul dan Johan, dia terlebih dahulu mengenali Johan. Tetapi, dia lebih senang berada di sisi Shahrul. Kerana Johan agak agrasif orangnya. Dan tidak salah jika dia katakan perangai Johan yang agak playboy itu membuatkan dia gerun! Ayat manis berbuga-bunga itu membuatkan Naufal seram mendengarnya! Tapi yang baiknya Johan, dia sangat pandai menjaga hubungan persahabatan. Sebab itulah mereka tetap berhubung walaupun perangai Johan yang kadang-kala seperti ulat bulu dapat daun itu tetap bertahan.

Dengan pakej wajah yang seperti model Korea, yang menjadi pujaan ramai buat masa sekarang ini lebih membuatkan Johan di kenali ramai di tempat kerjanya. Sehinggakan ada di antara rakan sekerjanya yang sering menitipkan salam buat Johan darinya. Sehingga kadangkala terbit perasaan rimas!

Usai makan, Johan mengajak Naufal menonton wayang. Bagaikan orang mengantuk di sorongkan bantal, Naufal menurut. Hari rabu tiket murah sikit. Selalunya dia akan pergi menonton wayang sebulan paling kurang sekali. Tapi, semenjak Shahrul melancarkan perang mogok yang Naufal sendiri tak tahu apa puncanya, dia sudah tidak ada teman tengok wayang lagi. ' Shah! tolonglah jangan buat macamni dekat aku!' rintih hati kecil Naufal.

Hari itu Johan menghabiskan masanya bersama Naufal. Walaupun Naufal sedar banyak mata yang memerhatikan langkah mereka, dia tetap tidak ambil peduli. Sudah biasa menjadi perhatian apabila berjalan bersama dengan Johan.

***

“ Assalamualaikum.” Salam di beri beberapa kali sebelum pintu rumah keluarga Shahrul di buka. Aunty Suraya menyambut kedatangan Naufal dengan senyuman.

“ Waalaikumsalam. Naufal rupanya. Aunty ingat siapalah tadi. Masuklah Naufal, masuk.”

Naufal menanggalkan kasut dan masuk sambil menjinjing sepelastik buah pulasan dan rambutan yang sudah masak ranum.

“ Ni Aunty, Umi kirim.” Naufal menghulurkan buah tangan yang di bawanya.

“ Susah-susah Naufal saja. Dari mana ni?”

“ Naufal dari rumah. Buah ni semua dari dusun buah Umi yang dekat Kuala Selangor tu.”

“ Alhamdulillah, merasalah Aunty buah dari dusun ya.” Ujar Aunty Suraya sambil tersenyum gembira. “ Kalau Shah ada ni, mesti dia suka. Dah seminggu pindah ni, apa cerita pun Aunty tak dengar. Hari mula dia pindah, ada juga dia call bagi tahu dah sampai. Tapi sampai hari ni dia senyap saja. Dia ada call Naufal ke?”

Soalan dari aunty Suraya membuatkan Naufal terdiam seketika. Mencerna ayat-ayat yang di dengarinya. ‘Shahrul tiada? Pindah? Kemana? Bila? Sampainya hati kau Shah tak bagi tahu aku!’

“ Tak ada jugak Aunty. Samalah macam Aunty, dia sibuk tak. Maklumlah tempat baru.”

“ Budak bertuah tu! Geram Aunty. Dia dapat naik pangkat, lepas tu di arahkan pindah jauh nun dekat Perlis. Dan dan tu nak pindah baru dia bagi tahu Aunty. Geram betul Aunty di buatnya.”

Rungutan Aunty Suraya membuatkan Naufal lebih terkejut. Sudahlah dia sudah lama tidak dapat berjumpa dengan Shahrul, ini pula mendapat berita yang lelaki itu sudah berpindah! Patutlah semasa Naufal mengatakan dia akan menghantar sedikit buah kepada keluarga Shahrul, dia menolak mentah-mentah. Kecewa dengan berita yang di dengarinya, Naufal mahu cepat keluar dari rumah keluarga Shahrul.

“ Tak apalah Aunty. Nanti dia call Auntylah tu. Jangan risau.” Ujar Naufal sambil melemparkan senyum. “ Aunty Naufal tak boleh lama ni. Nanti bila-bila Naufal singgah jenguk Aunty lagi ya. Dah petang sangat ni. Umi bising pula kalau Naufal balik dah Maghrib.” Dia menghulurkan tangan dan bersalamnan serta mencium tangan Aunty Suraya. Tubuhnya di rangkul olehh Aunty Suraya tiba-tiba.

“ Ialah, Bawa kereta elok-elok. Nanti bila-bila datanglah. Shah tak ada ni, jangan pula Naufal segan nak jenguk Aunty. “

“Insyaallah. Naufal balik dulu ya. Assalamualaikum.” Ucapnya sambil melangkah menuju ke arah kereta. Aunty Suraya yang menghantarnya sehingga ke pintu pagar, melambaikan tangan melihat Naufal beredar.

Di dalam kereta, Naufal sudah mengalirkan air mata. Sebak dan sedih mengingatkan tentang tidakan dan perangai Shahrul yang sudah banyak berubah. Ketara sungguh penolakan Shahrul terhadap kehadirannya sekarang. Malah, jarak yang Naufal rasakan selama jarang berhubung ini menyatakan dan mengesahkan bahawa dia sudah jatuh cinta kepada lelaki itu. Perasaannya itu bukanlah main-main, dan bukan juga sedikit. Dia yakin bahawa sudah lama dia menyukai Shahrul.

' Shah! Aku rindu kau! Rindu sangat!'

Naufal sedar, rindunya semakin kuat terhadap lelaki itu apabila jarak mereka semakin jauh. Lebih-lebih lagi apabila mereka sudah sangat jarang berbalas message. Inikan pula panggilan telifon. Dia mula rasa tertipu dengan kata-kata Shahrul yang mengatakan sayang kepadanya. Adakah Shahrul hanya memainkan perasaannya dan hanya mahu mengusik jiwa perempuannya?

Malam itu Naufal menelifon Johan bertanyakan tentang perpindahan Shahrul. Johan sendiri terkejut apabila Naufal mengadu bahawa Shahrul tidak memberi tahu akan hal itu kepada Naufal. Sedangkan, setahu Johan, Shahrul sudah mengetahui arahan berpindah dua minggu sebelum dia di suruh melapor diri. Naufal semakin kecewa dengan apa yang di dengarinya. Dia faham sekarang, yang Shahrul sudah mula mahu menjauhkan diri darinya. Dan dia juga faham jika itu yang Shahrul mahukan, dia akan cuba lakukan. Walaupun terasa susah untuk menghindari perasaan sayang dan cinta yang kian bercambah, Naufal harus akur dengan keadaan yang terjadi diantaranya dengan Shahrul.

***

“ Naufal, Abah tanya tu. Kenapa diam saja?” Soalan abang Naim membuatkan Naufal sedikit mengeluh.

“ Abah nak Naufal buat macam mana? Abah rasa  Naufal perlu terima ke pinangan ni?” Naufal memandang wajah Abah, Umi dan abang Naim silih berganti. ' Shah, apa aku nak buat? Perlukah aku terima pinangan ini? tapi, sekarang kau sangat jauh dari aku. jauh segala-galanya.'

“ Abah tak paksa anak-anak abah dalam soal nikah kawin ni. Yang abah mahu, Naufal bahagia bila abah nikahkan Naufal nanti.” Ucapan abah membuatkan abang Naim dan Umi menganggukkan kepala. “ Lagi pun, pihak lelaki minta tempoh setahun. Jadi dalam tempoh tu Naufal bolehlah berkenalan dengan bakal suami Naufal. Walaupun abah dan keluarga kita tahu, Naufal sangat rapat dengan Shahrul. Tapi, abah tak tahu pula kalau persahabatan Naufal sudah melangkaui sampai bercinta. Lebih lagi sekarang dah dekat 4bulan abah tak nampak shahrul datang sini. Jadi, abah buat kesimpulan yang kamu berdua hanyalah berkawan. Sebab itu juga abah mahu bertanya tentang pinangan ini.”

Naufal menundukkan mukanya. Dia betul-betul tidak tahu mahu membuat keputusan. Tapi, mendengarkan harapan keluarganya, dia rasa serba salah. ' Aku perlu mengakhirkan hubungan yang tak jelas ini dengan kau Shah, maafkan aku jika penantian yang aku lakukan beberapa bulan ini masih tidak cukup untuk melembutkan hati kau seperti dulu.'

“ Naufal ikut keputusan Umi dan Abah. Kalau Abah dan Umi rasa calon itu sesuai untuk Naufal, Naufal akan terima. Naufal akan mengenalinya. Insyaallah! Dengan izin ALLAH Naufal buat yang terbaik. Naufal bukan cuba, tapi Naufal buat. Naufal tak mahu cuba kerana Naufal takut nanti Naufal putus asa.” Putus naufal akhirnya. Dalam keterpaksaan Naufal memutuskannya. Dia tidak mahu tterus menanti sesuatu yang tak pasti dari Shahrul. lebih lagi bila Shahrul tidak pernah mengungkapkan kata-kata cinta. Jadi, bukan sala Naufal, jika suatu hari nanti Shahrul menuntut kasih sayangnya.

'Sampai sini sahaja aku akan tunggu kau, Shah! Cukuplah sampai sini sahaja!'

“ Alhamdulillah. Kalau itu yang Naufal mahu, kami akan beri tahu pihak lelaki. Nanti abah bagi tahu bila rombongan pihak lelaki akan datang.” Ucap abah gembira. Umi juga turut tersenyum bahagia. Abang Naim juga nampaknya agak berpuas hati dengan jawapan Naufal berkongsi rasa bersama. Cuma naufal merasakan masih ada yang tidak beres. Masih ada yang tidak kena. Cuma dia tidak tahu apa.

***

Jun 2012

Hari ini Naufal sudah bergelar tunangan orang. Berita pertunangannya hanya di ketahui oleh saudara-mara yang terdekat dan teman rapat Naufal sahaja. Masing-masing menunjukkan rasa gembira dan meraikan berita baik yang terjadi. Majlis pertunangannya di sambut dengan suasanan yang agak ceria dan meriah dengan kehadiran sanak saudara terdekat.

Menerima calon pilihan keluarga bukanlah satu paksaan buat Naufal. Lebih lagi bila dia sudah putus hubungan untuk berhubung dengan Shahrul. Jadi, buat masa ini, fikirannya hanyalah di tumpukan kepada masa hadapan yang bakal di bina nanti. Mengenali Mohd Zulmi membuatkan dia senang dan tenang menerima kehadiran lelaki itu. Seorang lelaki yang murah dengan senyuman serta tenang dalam tuturnya. Dia juga seorang yang sangat petah bersuara, memandangkan kerjayanya sebagi peguam syariah menampakkan yang dia seorang lelaki yang sangat berkarisma.

“ Akak, Tahniah! Semoga akak bahagia dengan pasangan akak nanti.” Ucap Nazimah sambil memeluk serta menghadiahkan ciuman sayang di pipi mulus milik Naufal.

“ Terima kasih. Zimah cakap macam tu, macam akak dah nak kawin pulak. Baru tunang la, Zimah!”

Nazimah ketawa mengekek mendengar komen dari Naufal. “ Sama je. Zimah doakan akak bahagia.” Ujarnya sambil meramas jari Naufal mesra.

“ Insyaallah. Doakan akak dapat jadi seorang isteri yang baik, bagi bakal suami yang baik juga. Amin.”

“ Amin.” Sambut Nazimah pula. “ Abang Naim cakap, abang Zul ada dekat bawah. Jom la turun. Boleh kita ambil gambar. Naufal menurut langkah Nazimah turun ke ruang tamu yang menempatkan tetamu dari pihak Zulmi dan juga keluarganya. Mujur ruang tamu agak besar. Jadi, tidaklah terlalu bersesak-sesak. Lebih lagi abah menyewa dua khemah di halaman rumah yang di jadikan tempat tetamu menjamu selera.

Naufal melayan tatamu yang datang dengan perasaan yang ceria. Dia mahu mengabadikan hari itu sebagai hari yang gembira di dalam diari hidupnya. Masing-masing menegurkan yang dia dan juga Zulmi adalah pasangan yang sesuai. Dalam hati Naufal mengucapkan rasa syukur di atas doa dan juga restu dari saudara mara.

Walaupun Naufal merasakan badannya tersangat letih, tapi dia menggagahkan diri untuk melayan tetamu yang hadir demi meraikan majlisnya. Baginya, biarlah penat sedikit, asalkan semua berjalan dengan lancar.


***

“ Alhamdulillah! Sedar pun.” Suara abang Naim kuat di sebelah Naufal membuatkan Naufal sedikit kaget. Terpisat-pisat bangun dari tidurnya. Dan dalam keadaan yang masih mamai, dia merasakan kepalanya sakit. Migrainnya kali ini sudah menyebabkan Naufal tidak larat mahu berfikir.

Naufal memandang wajah yang kerisauan di dalam bilik yang agak asing buatnya. Baru dia sedar yang dia bukan berada di biliknya.

“ Naufal dekat mana?” Itulah soalan pertama yang berjaya keluar dari mulutnya.

“Hospital Pantai.” Jawab Nazimah. Umi dan abah yang duduk di sofa di sudut bilik tersenyum memandang Naufal. Walaupun senyuman umi dan abah itu bukanlah senyuman kegembiraan, sekurang-kurangnya senyuman itu dapat membuatkan Naufal lega.

“ Macam mana akak boleh ada dekat sini?”

“ Akak tak ingat? Semalam akak penat sangat kot. Sampai tidur malam mengigau. Tapi pagi tadi masa Zimah kejut akak, akak tak bangun. Lama kami kejut. Sampailah abang Naim call abang Johan. Suruh tengokkan akak.”

“ Johan?” Soal Naufal tiba-tiba.

“ Naufal pengsan sebenarnya. Pengsan dalam tidur. Itu yang Johan kata. Dia kata migrain Naufal dah teruk, jadi petang ni dia nak buatkan MIR dan CT scan buat Naufal. Sebab itu tadi abah dan abang Naim uruskan terus Naufal masuk Hospital. Senang rupanya nak bawa org tak sedarkan diri ni pergi hospital ya, Umi. Kalau tidak, semua nak berteman.”  Ujar abah tiba-tiba.

“ Johan cakap apa lagi?” Tanya Naufal ingin tahu. Setahunya pagi tadi dia menunaikan solat subuh. Selepas solat dia merasakan kepalanya tersangat berat sehinggakan tidak mampu untuk berjalan. Dia baring sebentar di katil dan bila sedar, dia sudah berada di hospital. ' Ya ALLAH! Ujian apakah ini?'

“Dia tak berani nak cakap apa-apa. Sebab itu petang ni kamu kena buat ujian. Yang dia kata tadi mungkin, tapi abah pun tak berani nak pandai-pandai cakap.”

“ Dia kata Naufal sakit ke abah?” Soal naufal masih cuba mengambil tahu. Dia mula merasakan ada sesuatu yang tidak elok akan di perkatakan olah Abah. Naufal masih memandang Abah yang berada dalam keadaan serba-salah.

Abah menarik nafas dalam-dalam sebelum memandang wajah Umi dan Naufal silih berganti. Susah baginya untuk menyampaikan berita yang dia sendiri sukar untuk menerimanya, inikan pula mahu meluahkan kepada tuan punya badan. Sunguh dia rasa terbeban.

“ Johan syak Naufal ada brain tumor. Tapi dia tak kata conform. Just dia kata dia syak saja. Sebab kamu pernah mengadu pasal kerap sakit kepala dan selalu muntah-muntah. Dia kan dah suruh Naufal datang jumpa dia dekat hospital, tapi Naufal kata dekat dia, Naufal sibukkan.”

Pucat muka Naufal mendengar berita itu! Brain tumor? Macam mana pula selama ini migrain yang di alaminya boleh menjadi brain tumor? Seperti tidak percaya sahaja berita yang di dengarinya Naufal terdiam. Tidak tahu mahu memberi riaksi yang bagai mana. 

Umi yang dari tadi duduk bersebelahan dengan abah sudah bangun mengusap belakang badan Naufal. Ibu mana yang tidak sedih melihat anak yang di jaga selama 28tahun jatuh sakit. Sedangkan di gigit oleh nyamuk hatta seekor pun hatinya sudah pedih, inikan pula mengetahui yang anaknya itu berkemungkinan menghidapi salah satu penyakit yang merbahaya.

“ Sabar. Kita masing-masing pun tak conform. Apa pun petang ni Naufal buat ujian yang Johan atur. Apa pun, kita doa banyak-banyak, berserah pada ALLAH yang Naufal hanya ada migrain biasa sahaja.” Ujar abah menenangkan keadaan yang mula di landa kesedihan.

“ Abang nak Naufal kuat. Tak mahu lemah bila hadapi dugaan macam ni. Naufal masih ada keluarga yang akan sokong Naufal, tak kiralah sama ada Naufal sihat atau pun sakit.” Ujar abang Naim pula. Nazimah pula hanya menundukkan kepalanya dari tadi. Sedaya upaya dia menahan sebak di dalam hatinya. Sedih mengenangkan satu-satunya kakak yang di miliki kini menghadapi ujian.

“ Zimah pun kena kuat untuk sokong kakak. Apa pun keputusan lepas MIR dan CT scan nanti, kita kena bersatu hati. Sama-sama bagi sokongan kalau keputusan yang keluar tidak berpihak pada kakak.” Ujar Umi sambil memeluk bahu Naufal. Terasa sokongan yang tidak berbelah bahagi dari keluarganya membuatkan Naufal sedikit bersemangat! Semoga apa yang akan di dengarinya nanti akan membawa berita yang lebih baik.

***

“Cancer of the brain is usually called a brain tumor. There are two main types. A primary brain tumor starts in the brain. A metastatic brain tumor starts somewhere else in the body and moves to the brain. Brain tumors can be benign, with no cancer cells, or malignant, with cancer cells that grow quickly.” Doktor Joshua menerangkan ketegori brain tumor kepada Naufal.  “ So, for ur case Miss Naufal, we call it primary brain tumor. Tumor you ni cepat merebak, sebab itu kami tak dapat nak kesan dari awal. sebelum ni, you buat checkup pun tak pernah buat MIR dan CT scan. Jadi agak sukar untuk mengesannya. You pernah bagi tahu yang sintom yang you dah alamikan? So, itu memang sintom biasa bila you dapat sakit macam ni.”

Naufal yang sudah tenang dari tangisannya terus mendengar penjelasan dari Doktor Joshua. Sesedih mana pun dia, yang terjadi akan terus terjadi. Dia sudah tidak banyak pilihan. Rela atau tidak, dia sudah di sahkan menghidapi salah satu penyakit berbahaya yang boleh membawa maut. Dan dia juga tidak di galakkan menjalani pembedahan kerana tumor yang ada sudah mula merebak ke tulang belakangnya. Dia sedar, jika inilah ketentuan dari-NYA, dia harus akurr dan pasrah.

Air mata Naufal sudah cukup banyak yang mengalir. Radiation terapi dan chemotherapy pun bukanlah pilihan yang terbaik. Doktor hanya memberikan sedikit tempoh hayat yang mungkin mampu di kecapinya. Paling lama pun mungkin 6 bulan ke setahun sahaja dia mampu hidup. Itu pun jika bernasib baik, dia mampu bertahan selama setahun. Jadi, dia hanya di sarankan mengambil pil penahan sakit dan beberapa jenis pil lain sahaja. Terapi yang di jalankan hanya akan membuatkan Naufal tersiksa. Harapan untuk memulihkan naufal sangat tipis, malah hampir tiada, kecuali dengan kuasa ALLAH yang memulihkannya.

Naufal tahu, ia Cuma anggaran sahaja. Tetapi memandangkan apa yang di alaminya semakin menjadi-jadi, Naufal merasakan hidupnya tidak lama lagi. Hanya berbekalkan semangat dan juga azam untuk bernafas hari esok, Naufal nekad untuk tidak mengambil apa juga jenis rawatan terapi. Dia tidak mahu menghabiskan sisa hidup yang tinggal hanya di atas katil hospital. Dia mahu berada di tempat yang dia rasakan benar-benar selesa.

Abah dan umi yang menemaninya dari tadi juga turut merasakan apa yang Naufal rasakan. Umilah yang paling tidak dapat menanggung perasaan. Melihat sahaja air mata terbit di mata Naufal, Umi turut sama tersedu menangis sambil memeluk Naufal. Abah pula menahan kesedihannya sambil mendengar penerangan doktor.

Petang itu, abang naim datang bertemankan Nazimah dan juga Johan. Mata Nazimah sudah sembab dan juga merah akibat menangis. Johan pula nampak sedih. Abang Naim sahaja yang masih menunjukkan semangat yang kuat. Sebolehnya dia mahu menahan perasaannya di hadapan Naufal. Dan seperti seorang abang yang bertanggungjawab, Naim menguruskan segala prosedur untuk mengeluarkan Naufal dari hospital.

“ Kau tak mahu bagi tahu Shah pasal hal ini ke?” Tiba-tiba sahaja soalan itu meluncur keluar dari mulut Johan.
Naufal hanya menggelengkan kepalanya. Banginya, cukuplah jika Shahrul sudah mengetahui berita pertunangannya. Dia tidak mahu berkongsi saat dukanya bersama dengan insan yang pernah dia sayangi satu ketika dahulu.

“ Kau tolong rahsiakan dulu dari dia. Aku tak nak dia datang dekat aku sebab simpati. Aku tak nak dia kesiankan aku. Cukuplah selama ini dia dah jaga aku. Kali ni, aku tak nak dia bersedih sebab aku juga.”

Johan menggelengkan kepalanya. Tidak faham dengan permintaan Naufal yang satu itu.

“ Tolong aku Johan. Kau mesti Rahsiakan dari kawan-kawan kita. Aku nak hidup gembira sampailah aku tak ada nanti. Tolonglah tunaikan hasrat aku yang satu ni.”

Dalam keadaan terpaksa, Johan menganggukkan kepalanya. Pedih memikirkan bahawa suatu hari nanti, dia akan kehilangan seorang sahabat yang dekat dengannnya di usia yang masih muda.

“ Aku janji. Insyaallah aku buat macam yang kau nak. Tapi aku nak kau janji satu benda dengan aku.”

“ Apa dia?”

“ Kalau kau sakit, kau jangan rahsiakan dari aku. Biarlah kau rahsiakan dari orang lain, tapi dengan aku kau kena bagi tahu.” Ujar Johan dalam nada yang sangat sebak. Air matanya hampir menitis apabila meluahkan hasratnya.

“ Insyaallah. Aku percayakan kau Johan. Aku nak kau tolong aku lagi satu benda. Kau tolong jumpa Zulmi dengan abah dan abang aku. Aku nak kau terangkan situasi yang aku alami. Aku nak kau pulangkan cincin ni pada dia. Aku tahu, abah dan abang Naim tak sanggup nak putuskan pertalian yang masih baru di ikat ini. Tapi, aku tak mahu dia sedih bila aku tinggalkan dia nanti.” Kotak cincin yang berada di hadapan Naufal di serahkan kepada Johan.

Johan yang mendengar permintaan Naufal tidak dapat membendung perasaannya. Gugur air mata lelakinya apabila mendengar permintaan Naufal, yang baginya sungguh susah untuk dilakukan. Seumur hidupnya, dia belum pernah memutuskan mana-mana hubungan sahabatnya. Tapi kini, dia di amanahkan untuk memutuskan talian pertunangan yang belum pun mencecah sebulan! Johan hanya menganggukkan kepalanya. Dia tidak mampu menolak, mahu pun membangkang keputusan Naufal. Dia tahu, menghalang keputusaan yang dia sendiri sudah tahu akibatnya membuatkan dia betul-betul di landa kesedihan.

***

Oktober 2012

Selepas 3bulan di sahkan menghidap barah otak, kesihatan Naufal bertambah teruk. Pandangannya sudah mula kabur, pendengarannya juga sedikit sebanyak sudah terjejas. Tubuhnya yang dahulunya cantik berisi, kini sudah mula kurus. Pipinya yang gebu juga sudah mula cengkung, matanya yang bundar juga sudah mula kehilangan cahaya.

Naufal tersenyum melihat Johan sedang asyik bergelak ketawa bersama abang Naim. Semenjak dia keluar hospital, Johan rajin datang menjenguknya dan membawanya keluar. Kadang-kala Johan membuat temu janji dengan kawan-kawan lama mereka. Naufal gembira apabila Johan tidak sekali pun memecahkan rahsianya kepada rakan-rakan yang lain. Nyata, pandangannya terhadap Johan juga berubah dalam sekelip mata. Dulu dia pernah menyangka yang Johan akan meninggalkannya seperti apa yang di kakukan oleh Shahrul, tapi dia silap.

Kunjungan demi kunjungan yang di lakukan oleh Johan tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa dia akan meninggalkan Naufal. Dia tetap setia menjadi peneman Naufal berbual, berrgurau senda dan bergelak-tawa. Jauh dalam hatinya, dia sangat terharu dengan penerimaan Johan. Juga terharu dengan persahabatan yang setia dari insan yang bergelar lelaki.

“ Kau ni, menung je. Apa yang kau fikir?” Soalan Johan yang tiba-tiba duduk di hadapannya menyentakkan lamunan.

“ Tak ada apalah. Seronok tengok korang gembira. Aku pun turut merasakan kegembiraan korang semua.” Jawab Naufal sambil tersenyum.

“ Baguslah. Aku suka tengok kau senyum macam ni. So, sekarang ni kau nak buat apa lagi? Dah macam-macam aktiviti yang aku buat dengan kau. Kau ni tak penat ke?”

Tergelak Naufal mendengar pertanyaan Johan itu. “ Aku dah penatlah Johan. Lepas ni aku nak duduk rumah pulak. Nak selalu mengaji dan beribadah. Aku nak habiskan masa-masa aku dengan keluarga aku pulak. Tapi kalau kau tak malu, datanglah selalu.” Dalam seriusnya, terselit juga ayat untuk mengenakan Johan.

“ Aku baru je nak feeling tadi. Kau dah usik aku pulak. Yelah! Aku datang tiap hari sampai kau bosan tengok muka aku nanti.” Guraunya pula.

“ Datanglah. Nanti kalau kau rindu aku, jangan nak salahkan aku pulak! Aku taknak bertanggungjawab.” Ujar Naufal lagi. Johan hanya menganggukkan kepala. Dia tidak mahu melanjutkan bualannya yang sudah mengarah kepada perasaan sedih.

“ Okeylah, kalau macam tu aku nak bagi task dekat kau. Mulai hari ni, kau kena tulis surat dekat aku. Setiap hari aku nak kau tulis satu. Lepas tu kau bagi surat tu dekat aku. Aku nak simpan.”

“ Eh! Kenapa pulak?”

“ Yelah, kalau aku ridukan kau aku boleh la baca surat kau.” Ujarnya bersahaja. Naufal hanya tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.

“ Okey! Deal! Nanti aku tulis untuk kau. Jangan jadi perkasam sudah. Aku punya message selalunya kau baca pun dah sehari lambat, inikan pula kalau surat!” Ujar Naufal sambil mengejek Johan.

“ Dah kawan kau ni doktor, bukannya kerja office hour. Manalah aku fikir pasal message ni. Nyawa orang dekat tangan aku. Kalau aku fikir message, mana pula melayangnya nyawa patent aku tu?” Ujarnya tergelak-gelak. “ Tapi, serius, aku nak surat dari kau.”

“ Ya, nanti aku buat.” Jawab Naufal sambil tersenyum. “ Jo, aku rasa penat sangat. Boleh kau minta abang Naim papah aku masuk bilik tak?”

“ Aku papah, kau taknak pulak?” Gurau Johan bersahaja sambil mengacah mahu memegang tangan Naufal.

“ Gediklah kau! Pergilah panggil abang aku.”

“ Okey, okey. Gurau sikit pun dah kena marah. Apalah nasib akukan.” Ujarnya sambil melangkah mendapatkan abang Naim yang sedang rancak bermain ping pong bersama dengan Nazimah di halaman rumah.

***

20 December 2012

Seperti yang di janjikan, hari ini Naufal menyerahkan berpuluh sampul surat yang di tujukan kepada Johan. Johan yang menerimanya pada mulanya agak terkejut. Tetapi menerimanya dengan hati yang terbuka. Naufal yang agak lemah hari itu tetap berwajah ceria melayan kerenah Johan. Naufal lebih banyak tersenyum dari berbual, tapi itu pun sudah cukup buat Johan bergurau dengannya.

Abah yang berada di hadapan Naufal hanya memerhatikan tingkah 2 sahabat yang sedang bercerita, walaupun Naufal tidaklah mampu untuk berbual lebih dari selalu. Tetapi dia tetap melayan Johan.

“ Uncle, Naufal panggil Uncle dan aunty. Saya ke depan sekejap panggilkan abang Naim dengan Nazimah.”

Abah segera mendapatkan Umi dan pergi ke sisi Naufal. Naufal tersenyum melihat kedua orang tuanya yang sudah berada di sisi. Tangan Umi dan abah di capai dan di usap lembut. Di ciumnya perlahan tangan kedua orang tuanya.

“ Abah jaga Umi dan keluarga kita baik-baik ya. Naufal rasa hari ni Naufal penat sangat. Lagi pun, janji Naufal untuk kembali sudah hampir tiba. Naufal Cuma nak minta ampun dan maaf dari abah dan Umi. Naufal harap, segala apa yang Naufal buat atau makan atau ambil, Umi dan abah halalkan. Naufal bahagia dia anugerahkan ibubapa macam umi dan abah.” Di saat itu abang Naim, Nazimah dan juga Johan sudah berdiri di sisi Naufal.

Nazimah duduk di hujung kaki Naufal. Tangannya mengurut perlahan kaki si kakak. Johan dan Naim pula berada di sebelah Naufal. Masing-masing fokus terhadap apa yang akan di perkatakan oleh Naufal. Seperti sudah mengetahui, masa mereka untuk bersama akan berakhir.

“ Abang, Zimah, jaga Umi dan abah. Naufal rasa, Naufal dah tak sempat nak buat umi dan abah hidup bahagia di atas kebahagiaan Naufal. Jadi, lepas ni, jagalah mereka buat Naufal. Dan Naufal nak minta maaf pada semua. Halalkan apa juga yang pernah Naufal buat.” Di saat itu, Nazimah dan juga Naim sudah tidak dapat membendung air mata. Nazimah tergeleng-geleng sedaya upaya menolak perasaan sedih yang semakin berat menghimpit hatinya. Abah dan umi sudah menangis mendengar pesanan dan permintaan Naufal.

“ Johan pun macam tu ya. Sampaikan salam Naufal buat semua rakan kita. Dan jangan lupa Naufal minta maaf dari mereka kerana terlalu berahsia.” Nafas naufal yang tadinya stabil sudah mula berat. Ayatnya sudah mula tersangkut, sangkut.

“ Naufal nak tidur dulu. Penat sangat. Assalamualaikum semua.” Sebelum memejamkan matanya, Naufal masih lagi sempat mengucap dua kalimah syahadah. Dengan suara yang amat perlahan dia melafazkannya.

Umi panik apabila Naufal sudah  menutup matanya. Nadi Naufal di periksa. Masih ada denyutan, tetapi sangat perlahan. Dan selang beberapa minit selepas itu, hembusan nafas yang perlahan itu sudah mula hilang dan terus berlalu begitu sahaja.

Nazimah sudah menangis di pelukan abangnya. Manakala Umi pula duduk di sebelah jenazah Naufal yang baru menghembuskan nafasnya. Abah dah terduduk di sisi katil. Melihat pemergian puteri hati keluarga, membuatkan hatinya luluh. Yang mampu mereka sekeluarga lakukan adalah menguruskannya sebaik mungkin. Menghantar Naufal untuk perjalanan yang seterusnya dengan redha. Dan sentiasa mengirimkan doa dan juga ayat-ayat Al-Quran untuk bekalannya.

Hari itu, kematiannya sudah tertulis,
Hari itu, dia meninggalkan semua kenangannya di dunia,
Hari itu, dia teruskan perjalanannya,
Semoga hari itu, berjalan dengan sempurna buat sesiapa yang menguruskannya.




~~Selesai~~


P/S: hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah pergi.