Friday 21 June 2013

Intai-Intai Misi Bantuan Untuk Yang Memerlukan. ( HELP PROJECT)


Bulan puasa dah nak dekat... jadi, ada macam-macam aktiviti sukarela yang ada dekat luar sana... ada sesapa yang berminat boleh la join aktiviti sukarela... tak tahu dekat mana nak mula?? dengan siapa nak pergi?? apa yang nak kena buat???  tengok dekat luar sana ramai yang perlukan bantuan... tapi mereka bukanlah peminta sedekah... bukan juga kurang upaya.... tapi, nasib mereka tidak seperti kita.... 

jom intai-intai dan libatkan diri dengan aktiviti sukarelawan yang macam ni.... rasanya dekat Malaysia ni ada orang yang kurang bernasib baik... bukan semua orang boleh hidup senang macam apa yang kita ada sekarang... kadang-kadang nak makan pun susah... jadi, dekat sini ada satu aktiviti yang mungkin dapat menarik minat anda-anda di luar sana untuk menyertainya...

pengasas projek ni pun masih baru cuba-cuba menjinakkan diri dengan aktiviti sukarelawan seperti ini... jadi... jom la sama-sama menyumbang... kalau tak dapat nak pergi sama memeriahkan aktiviti ni, dapat hulurkan bantuan pun dah cukup baik... bukan susahkan?? bila di fikirkan balik... bila lagi kita nak bersedekah?? susah sangat ke nak bersedekah?? bukankah pahala bersedekah itu memang sudah di janjikan kepada kita yang memberi??

kumpul bantuan ramai-ramai... hasilnya kita bagi bantuan pada yang memerlukan... 

Putaran kehidupan.. sedar tak sedar itulah realiti... ia tidak dpt di lihat mahupun di sentuh.. tp kita dapat merasai kehadirannya... percayalah setiap kebaikan akan di balas dengan kebaikan... yakin Allah senantiasa akan menolong orang yang menegakkan kebaikan... ujian utk kebaikan adalah suatu nikmat yg tidak dpt di beli dengan wang ringgit mahupun nilai emas segunung... jgn ragu-ragu utk membuat kebaikan...- Firdaus Aripin

tangan memberi lebih baik dari menerima.. Moga ALLAH berkati rezeki kita.. Ameen.. - Gee Mnosskah


HELP PROJECT



Misi Bantuan Gelandangan. (Help Project)

Fokus utama kepada golongan gelandangan kota.
Platform bagi mengumpulkan golongan muda dan belia dalam program “charity”.

Tarikh : 28 jun 2013 

Butiran misi:
- membuat mereka tesenyum
- memberi makan kepada orang miskin gelandangan kota (200org)
- memberi keperluan asas - tuala (bergantung pd kutipan dana)
- motivasi dan kesedaran diri dari zone selesa
- pengisian aktiviti yang memberi maafaat kpd sekeliling
- penglibatan sukarelawan dari setiap peringkat amatlah di alu2kan
- sumbangan dana utk menjayakan misi ini amatlah di harapkan

Tentatif misi :

8.00pm : Berkumpul di Markas utk penyedian bungkusan makanan
9.00pm : Ketibaan Volenteer ke Markas
10.00pm: Taklimat dan pembahagian tugas (ada sikit jamuan)
10.45pm: Bergerak ke check point
11.00pm: Misi Bermula
12.30pm: Misi Tamat

* Lokasi Markas di Bukit Tunku, peta akan di beri utk memudahkan pergerakan ke Markas



Keperluan yang di perlukan:
1. Set Makanan
- Nasi dan lauk pauk
- Air Mineral dan buah
- Roti

* Anggaran cost keseluruhan RM1000 (RM5.00 x 200units)
* Dana terkumpul RM650 (as at 12/6/2013)

2. Tuala Bersih

*Anggaran cost keseluruhan RM2000 (RM10 x 200)
* Dana terkumpul RM0 (as at 12/6/2013)
Sebaran cadangan or pertanyaan amatlah d alukan...
Sebarang perubahan dan pembaharuan akan di beritahu
Sebarang sumbangan dana bolehlah rujuk kepada urusetia dibawah ini (fauzi&firdaus)

Contact person:
0193560188 -Mohd Fauzi
0193228605 -Firdaus Aripin




KAMI adalah kumpulan persendirian yang terdiri dari anak-anak muda yang inginkan satu kehidupan yang berlandaskan Akhlak Rasullullah. Kami tidak punyai banyak ilmu agama mahupun ilmu yang mendalam dalam bab2 agama... tapi kami cuba untuk mengikuti Akhlak Rasullullah (utk berubah ke arah yang lebih baik).

Kami sedar, seiring dunia moden dan maju,kita seringkali lupa dan leka. Kita tahu tapi kita hanya mampu lihat sahaja. Malu untuk membuat kebaikan, bergantung harap pada orang lain untuk membuat kebaikan... terlalu memilih untuk menghulurkan bantuan, terlalu berprasangka untuk membantu. Bisikan dan godakan syaitan dan iblis selalu menghantui fikiran kita.

Kami sedar, ada di antara kita yang mahukan perubahan untuk ke arah yang lebih baik tetapi tidak tahu memulakan dari mana. Termasuklah diri KAMI sendiri yang mahukan kehidupan yang di lebih baik dari hari semalam. Di sini kami mengajak anda semua untuk membuat kebaikan bersama walaupun kecil di mata kita. Mulakan selangkah kebaikan untuk semulia perubahan.

Tidak salah membudayakan salah satu Akhlak Rasulullah dalam kehidupan kita yang singkat ini.Lebih menarik jikalau ia boleh jadi satu HOBI yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.

Mari sama-sama memBUDAYAkan Akhlak Rasulullah (Saling Membantu/Menolong orang yang di dalam kesusahan).


Aktiviti yang pernah di jalankan:



Link group di facebook:

No comments:

Post a Comment