Tuesday 25 June 2013

SEDEKAHLAH WALAU SECEBIS SENYUMAN


Ada hamba ALLAH berkata bila ditanya bab sedekah “Nak lepas makan diri sendiri pon susah kenapa nak bersedekah pulak”. Maafkan lah hamba ALLAH itu, sesungguhnya kami dari org yang jahil.


KENAPA kita perlu bersedekah??

- Ianya amalan Rasullah.

- Membersihkan harta pencarian.

- Menyucikan diri drpd dosa-dosa kecil.

- Menjauhi diri kita dari bala dan penyakit.

- Mendatangkan kegembiraan kepada fakir dan miskin serta mengikis perasaan cemburu mereka kepada orang kaya.

- Allah memberkati harta kita dan menambahkan rezeki yang tidak disangka-sangka.


ALLAH berfirman dari surah SABA Ayat 39 “Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.”

Berdasarkan ayat tersebut menerangkan bahawa ALLAH maha pemurah lagi maha Kaya dan berkuasa memberi hidayah kepada hambanya untuk berbuat baik.

Kita harus menjentik pemikiran kita bukan menunggu kita berharta baru nak bersedekah, dikuatiri bila kaya dan senang kita akan lupa kesusahan orang lain. Bukan nak tunggu bulan puasa baru nak bersedekah, sedangkan maut tu berada dimana-mana. Marilah kita hidupkan amalan bersedekah walaupon sepuluh sen. Sekiranya kita tidak mampu bersedekah dengan harta, senyuman sudah memadai untuk menyinari keresahan orang lain. Jom mulakan bersedekah dengan SENYUM. Sesungguhnya senyuman itu sedekah.



cc: Gee Mnosskah

Ikhlas dr KAMI

Make the homeless SMILE
Misi Bantu Gelangdangan Sekitar KL
28 JUNE 2013

fb group # HELP PROJECT

No comments:

Post a Comment