Tuesday 24 September 2013

Kamu hadir (9) akhir


' abang tak balik makan tengahari... sibuk sikit di pejabat.. tapi petang ni abang balik awal... kita makan dekat titiwangsa ye sayang... siap-siap tau... abang sayang sangat sayang... love you..'

aku tersenyum bahagia membaca message dari suamiku... benar... hidupku bahagia dengan pilihan yang telah keluargaku persetujui... suami ku seorang yang amat menyayangiku... aku benar-benar terharu dengan pengorbanan yang pernah dia lakukan kepadaku...

terima kasih suamiku kerana kebahagiaan yang telah aku kecapi kini... ya... dialah suamiku yang amat aku cintai sampai bila-bila pun... mungkin sehingga akhir hayatku nanti.. aku tersenyum gelihati apabila mengimbau kembali majlis pernikahan kami..

***************

aku terkejut melihat kehadirannya semasa majlis perkahwinan ku... apabila dia yang menyarungkan cincin di jari ku semasa majlis membatalkan air sembahyang benar-benar membuatku kaget... diakah suamiku?? izzati, mama, Daddy Irman serta abang Eddy tersenyum di hadapan ku... tidak lama selepas majlis membatalkan air sembahyang ika datang dan terus memelukku.. di sampingnya hazmi sedang tersenyum gembira... dia tak pula memarahi aku kerana tak penah menghiraukan panggilan serta message nya selama ini...

aku tertanya-tanya tentang keadaan yang berlaku... melihat izzati tersenyum gembira melihat aku yang bakal di sandingkan dengan suaminya... aku benar-benar keliru.. aku bermadu??? hampir menitis air mata ku... tak aku sangka aku bermadu dengan izzati yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan abang Andy beberapa bulan lepas...

genggaman tangan abang Andy terlalu kemas seakan-akan tidak mahu aku berenggang dengannya walau sekejap sekali pun... aku takut nanti perbuatan kami akan menyakiti hati maduku... walaupun izzati nampak tenang, tapi aku tidak tahu bagai manakah hatinya... mungkin di sebalik senyumannya itu ada dendam yang tersembunyi... sapa tahu??

*******************************

" kenapa dari tadi sayang abang ni senyap je? tak suka ke dapat kawin dengan abang?" bisikan abang Andy menyebabkan apa yang aku fikirkan melayang semuanya.. aku memandang abang Andy yang tersenyum memandangku... bahagiakah dia? soalan ini yang bermain-main di benakku kini...

" kenapa tanya soalan macam ni? abang kecewakan izzati ke?" bisik ku pula...

" ha'ah sayang... abang terpaksa buat macam tu... kalau tak, tak dapat lah abang kawin dengan sayang.." ucapnya di iringi dengan senyuman serta kenyitan di matanya... menyerbu darah merah kemuka ku... marah..!!! ya... aku benar-benar marah dengan jawapannya...

lantas aku melepaskan genggaman tangannya yang kemas di tangan ku... aku bangun dari tempat yang kami duduki itu, dengan pantas aku menuju ke bilik ku... kolam mata ku tak dapat nak di bendung kali ini... aku tak mahu tetamu yang datang melihat aku menitiskan air mata...

**************************

ketukan pintu itu bertalu-talu... aku tahu itu pasti suamiku, abang Andy.. aku terlalu kecewa tika itu... aku tak menyangka inilah jalan penyelesaian yang dapat aku buat... menerima perkahwinan ini kerana aku mahu lari dari mengingati abang Andy... tetapi kenapa dia yang menjadi suamiku... terhenjut-henjut bahuku menahankan esakan serta amarah di hati ku... bukan ini yang aku pinta... rintih ku dalam hati...

" Rissya... ni ayah... bukak pintu ni nak... kenapa kamu kunci pintu ni? suami kamu ni nak masuk... " suara ayah kedengaran di sebalik pintu bilik ku... ni tak aci...!!! bentakku... ada pulak dia panggil ayah suruh panggil aku... aku mengelap air mataku supaya tak terkesan... habis make up yang di tepek ke muka ku... serabut... tetapi dalam keterpaksaan aku membuka pintu juga...dengan muncung di bibirku, aku memandang suamiku dengan pandangan yang sinis... dia pulak menghadiahkan senyumannya yang paling manis untuk tatapan ku... aku terkaku sebentar...

ayah dah berlalu pergi apabila aku membukakan pintu untuk suamiku tu... pantas abang Andy masuk ke bilik pengantin kami....

" dah nak masuk maghrib ni... ramai dah balik... ika ikut mama balik hotel...abang segan nak ajak dia tidur sini...lagi pun malam ni abang pun akan balik hotel... ayah kata datang esok je masa majlis ramai-ramai... ayah minta abang bagi Rissya masa sendirian malam ni..."

'mesti lah nak kena balik... istri tuanya pasti tunggu di hotel...' gumamku dalam hati

aku hanya mencebikkan bibirku melihat pelakuannya itu... entah kenapa hatiku geram, tidak dapat menerima kehadirannya saat itu... sedangkan sebelum ini, wajahnyalah yang amat-amat aku nantikan..yang amat aku rindui siang dan malam... tetapi kenapa hari ini lain jadinya? terasa ada tangan yang melingkari pinggang ku... cepat-cepat aku tepis...

" sayang ni kenapa? marahkan abang ke?" soalnya sambil meninggalkan aku yang masih berdiri di tepi pintu, lalu duduk di birai katil... aku pula pergi duduk menghadap meja solek...

" kenapa abang nak kawiin dengan Rissya?" soalku... tiada lagi hanni yang menjadi perantaraan diantara kami...

" laaa.... kenapa tanya soalan macam ni? tentulah sebab abang cintakan hanni... abang nak kawin dengan sapa kalau tak dengan hanni?"

" habis tu kenapa abang kecewakan izzati?" soal ku pantas... dia tergelak setelah mendengar pertanyaanku tadi.. tentu sahaja aku masih lagi menunggu jawapannya... geram apabila dia tidak menghentikan lagi tawanya...

" abangggg****.....!!!" panggil ku keras... suamiku memandang kearahku masih lagi tersenyum... tetapi tawanya sudah bersisa...

" memang la abang dah kecewakan izzati... tapi, hanni lagi kecewa dengan abangkan?" aku mengerutkan dahiku lagi... masih tak berpuas hati dengan jawapannya...

" abang dah terus terang dengan keluarga abang dua hari sebelum majlis kawin tu dijalan kan... mama memang terkejut... kebetulan izzati dan keluarganya ada sekali masa tu... jadi mereka semua dah tahu hubungan kita sayang..." bulat mata aku mendengar penjelasan yang datang dari mulutnya...

" mama dah tahu sebelum abang kawin lagi?" soalan ku kali ni mengundang kerutan di dahinya...

" memang la mama dah tahu... kalau tak takkan la mama nak pinangkan istri abang ni.." jawap suamiku... aku masih lagi keliru...

" habis tu, apa pulak jadi dekat majlis kawin yang mama atur tu?"

" berjalan lancar seperti yang di rancang la... takkan nak batalkan pulak..."

" abang kawin?" potongku pantas sebelum dia menghabiskan ayatnya...

" memang la abang kawin... tapi bukan dengan izzati... tapi dengan Arissya Hanni.." jawapannya kali ini masih mengelirukan aku... majlis perkahwinan sebelum ini berjalan...jadi macammana? takkan diorang dah bercerai?

" sayang... abang tak kawin masa tu la... Eddy yang gantikan abang...sebab itu lah abang dapat kawin dengan sayang... tak sampai hati abang yang baik ni nak buat sayang bermadu.." ucapannya itu membuatkan hatiku girang... secara tidak sedar muncullah senyuman di bibirku ini...

" haa... kan comel istri abang kalau senyum macam ni... tak nangis-nangis lagi... abang janji sayang, kita takkan terpisah..." ujarnya sambil duduk melutut dihadapanku... tangan ku diraihnya sambil mencium tapak tangan ku... aku menjadi malu dengan keadaan kami... tak pernah aku mengalami perasaan ini... bahagia sekali...

" abang jahat!" ucapku tampa ku sedari... suamiku mengerutkan dahinya... meminta penjelasan...

" yela... dah tahu tak jadi kawin bukan nak cakap dekat hanni... siksa tau dalam dua bulan ni... rasa macam dah tak nak hidup pun ya..." cepat-cepat jari jemarinya menutup bibirku... ada air mata jernih di tubir matanya...

" maafkan abang sayang... masa tu kan sayang nak periksa.. abang tak nak ganggu... abang call pon tak nak angkat... macammana abang nak terangkan dekat sayang... tapi abang betul-betul terkejut masa hari kemalangan tu... tak sempat abang nak melintas jalan, sayang dah kene sambar dengan kereta.. abang ingat kalau tunggu dekat tempat yang selalu sayang lalu mesti abang jumpa sayang... tapi petang tu sayang yang buat suprise untuk abang... abang takut sangat masa sayang tak sedarkan diri... darah pulak banyak sangat yang mengalir... abang tahu masa tu, abang betul-betul tak boleh kehilangan sayang..." ucapannya itu membuatkan aku kaku... patutlah kak hana cakap, ada orang dengan aku masa kejadian berlaku... rupa-rupanya dia adalah suamiku sendiri...

barulah aku tahu apa yang terjadi sebelum majlis perkahwinan kami... aku benar-benar gembira di atas perkahwinan paksarela ku ini... kalau aku tak setuju dengan perkahwinan ini sudah pasti aku akan gigit jari...hahaha***... ini dah bukan kes kawin paksalah kiranya... sebab memang aku impiikan suamiku ini... jadi tak salah plihan orang tuaku... doa mereka untuk melihat aku bahagia memang akan tercapai memandangkan aku juga menyukai pasangan hidupku in...

mujur abang Eddy sanggup menggantikan tempat suamiku pada hari perkahwinan yang telah d atur sebelum ini... kalau tak pasti abang Andy yang aku sayangi ini tidak dapat berada di sisiku tika ini...

' dalam hati ada taman... bunga-bunga berkembang mekar... baja kasih sayang mengalir deras di setiap penjuru... disimbahi pula dengan cahaya percikan mercun dan bunga api... hatiku benar-benar berlagu riang....'

aku tersenyum gembira... lebih-lebih lagi suamiku... kini kebahagiaan mutlak telah menjadi milikku... semoga Allah mengekalkannya sehingga akhir hayat kami nanti... amin..

tamat sudah... thanks korang yg bace... ^_^v

Kamu Hadir (8)


" kenapa ibu buat keputusan sendiri... ayah pun sama... tak tanya pun kat Rissya... bukan Rissya marah.. cuma Rissya tak bersedia untuk semua ni... awal sangat la nak buat majlis... ibu dan ayah tolong la batalkan..." rayu ku apabila ibu menyatakan majlis yang akan berlaku.. kak hana, abang lan, abang azmi dan juga fitri adik ku hanya memandang wajah ku tampa memberikan apa-apa komen.. keputusan keluargaku itu betul-betul buat aku terkejut..

' suruh aku kawin masa ni?? gila apa?? abang Andy pun aku tak dapat lupakan lagi... nikan pulak aku nak kawin dengan lelaki yang aku tak kenal?? sape pulak la laki yang nak kawin dengan aku ni??'

" ayah rasa Rissya kenal dengan bakal suami Rissya tu... keluarganya datang hari tu pun kenal Rissya... sebab mak bapak budak laki tu kenal kamu lah kami terima... macam suka benar mereka nak bermenantukan kamu.. takkan lah tiba-tiba kami nak batalkan... tetamu kami dah jemput... Rissya nak kami buat macammana lagi ni?" soalan ayah bergema di corong telingaku begitu lirih...

benar kata ayah.. persiapan semua hampir siap.. malah ramai juga saudara-maraku yang dah tiba dari jauh... takkan aku nak batalkan... tapi hati aku tak rela.. terlalu cepat... kenal pun tidak... masakan aku nak bersuamikan lelaki yang tak aku kenali... berulang-kali persoalan itu bermain-main di kepalaku...

" ibu tak nak paksa... tapi Rissya fikirkan lah dulu malam ni... esok bagi tahu kami jawapan Risssya... ni cincin tunang dan cincin tanda... kalau setuju Ressya pakai... tak setuju nanti kami akan pulangkan.." tiba-tiba ibu bersuara kembali selepas itu aku lihat ibu bangun dan masuk ke bilik nya... aku terdiam... air mata ku hampir mentis... sebak... nafasku turun naik menahankan perasaanku yang bercampur baur..

************************************

malam itu aku tak dapat melelapkan mataku... cincin yang ibu berikan tadi aku pandang sepi... aku teringatkan impian ku ingin menjalankan upacara ini bersama abang Andy... tapi impan ku itu sudah musnah... tidak kusedari air mataku telah menitis..

aku pergi ke ruang tamu... pelamin berwarna hijau kuning itu ku pandang dengan seribu satu perasaan... cantik hiasan yang telah di buat.. kenapalah aku tak perasan akan pelamin itu ketika aku masuk tadi?? mingkinlah kerana tergesa-gesa masuk sebab malas nak angkut barang tadi??

aku masih lagi termenung di hadapan pelamin yang indah tu apabila tiba-tiba bahuku di tepuk lembut... aku menoleh ke arah tepukan itu... ibu.....

"kenapa tak tidur lagi?" soalan ibu tu buat aku tersentak... aku alihkan pandangan ku ke arah jam... 3.32pagi... lama juga aku berdiri di sini... cepat-cepat aku melemparkan senyuman kepada ibu.. lantas aku mengajak ibu duduk bersila di hadapan pelamin itu...

"Rissya tak boleh nak tidur bu... kepala ni asyik fikirkan apa yang ibu dan ayah sampaikan tadi... kalau boleh Rissya taknak hampakan ibu dan ayah... dah siap macam-macam dah untuk majlis tu... tapi Rissya tak tau nak buat keputusan..." ujarku jujur kepada ibu ku...

" Rissya ingat tak cerita ibu dulu? pasal ibu kawin dengan ayah Rissya?" soalan ibu membuatkan aku mengigati kembali cerita yang pernah aku dengar satu ketika dulu... ibu berkahwin dengan ayah bukan atas dasar cinta... malah mereka tak pernah berkenalan... tapi, selepas berkahwin ayah benar-benar menjaga ibu.. mereka juga bercinta selepas berkahwin.. aku mengaru-garukan kepalaku yang tak gatal... perlukah aku berkorban sebegitu sekali???

" Rissya.. ibu tahu berat kamu nak terima... tapi ibu rasa kamu patut terima.. dulu ibu pernah menghalang sekali... tapi tidak kali ini... semua keputusan atas tangan kamu... kamu dah dewasa... boleh fikir apa yang baik dan juga buruk.. tak ada orang tua yang nak halang kebahagiaan anak-anaknya... ibu tahu Wan anak yang baik... sebab itu ibu dan ayah terima pinangan Wan hari itu... maafkan ibu sayang..." ibu menghelakan nafasnya... berat... aku tahu ibu risaukan keputusan yang akan aku buat... mungkin juga keputusan ini akan membuatkan seluruh keluargaku malu... tambahan lagi semua persiapan sudah hampir siap... aku tak mampu membalas kata-kata ibu... mataku memandang wajah ibu yang menunjukkan kesayuan hatinya... ibu menyambung lagi bicaranya...

" walaupun ibu ayah akan dapat malu kalau Rissya tolak perkahwinan ini, kami redha... sebab Rissya anak kami... ibu tak nak menjual kebahagiaan anak ibu... tapi Rissya fikir-fikrkan lah... ibu nak masuk tidur...Rissya pun tidur ye sayang... tenangkan dirimu... Assalamualaikum.." ujar ibu sambil mencium dahiku sebelum berlalu..

*******************************

aku menarik nafas panjang-panjang... dari tadi aku lihat tak sudah-sudah tetamu datang dan pergi... semuanya mengucapkan tahniah kepada kedua orang tuaku... ada senyuman di bibir ayah serta ibuku... mungkinkah mereka hanya ingin menyedapkan hati para tetamu... kalaulah semua tetamu in tahu keadaan sebenarnya, pasti ibu dan ayah tak dapat tersenyum macam itu sekali...

debaran di dadaku lebih dari biasa, malah tak berkurangan pun... aku tak tahu sama ada ini adalah keputusan yang tepat atau tidak.. tapi yang pasti aku  perlu melakukannya.. ini lah masa depan ku... pintu bilik ku di kuak perlahan... ayah masuk di iringi tok kadi yang akan menikahkan ku sebentar lagi..

" Rissya... ni tok kadi nak tanya Risyya ni... Rissya jawap lah dengan jujur nak..." ujar ayahku lembut.. apa yang tok kadi itu tanya pun sebenarnya aku tak pasti butirnya... yang pasti debaran di dadaku tak berkurangan sehinggakan aku dapat mendengar setiap degupan yang berlaku...

" setuju tak pengantin?" soalan tok kadi itu sahaja yang aku dengari...

" saya setuju tok..." ujarku perlahan..

" Alhamdullah.. pengantin tak ada halangan nak terima pernikahan ini... sekarang tanda tangan di sini.." ujar tok kad tadi sambil menghulurkan pen di tangan ku... terketar-ketar jari ku menyambut pen yang di hulurkan... ayah mengusap bahuku...memberikan aku semangat... aku tahu ayah amat lega dengan keputusan ku itu... ada secebis senyuman di wajah tua ayah.. 

Bersambung..... =)

Kamu Hadir (7)


" you look ok.. and mybe after 2 days you can disscharge.." ucap doktor Tan yang merawat aku sambil tersenyum... aku mengangguk-anggukkan kepala ku...

" jaga makan... luka kat kepala you ni tak ada apa-apa masalah i rasa... x-ray yang baru i tengok pon tak ada apa-apa masalah... just bila you balik nanti pastikan you pergi cuci luka-luka you di klinik dan pastikan you jaga pemakanan you..i got to go... ade next operation yang i kena handle... so you take care... see you tomorow okey?" nasihatnya panjang...

" okey... i will.." ucapku sambil terus tersenyum mengiringi langkah doktor cina yang mula melangkah pergi di iringi 3 orang doktor lain serta seorang ketua jururawat...


trriieett...triieeettt... bunyi telifon bimbitku menandakan ada message masuk... siapa pula kali ini... dah hampir setengah bulan aku mendapatkan rawatan di hospital ini, dan ramai juga rakan-rakanku yang datang melawat serta memberi message kata-kata semangat..

' salam... buat hanni yang abang rindui... harap hanni dah bertambah pulih... maaf selepas hanni sedar abang tak sempat nak melawat hanni.. sekarang abang di kedah menghadiri kursus.. seminggu lagi abang balik..abang harap hanni tak marahkan abang lagi... nanti abang balik, abang akan jumpa hanni... rindu nak menatap wajah mu sayang... sampai jumpa lagi... abang sayang hanni selamanya..'

aku terkedu... bukan ke abang dah kawin?? buat apa nak bersayang lagi dengan hanni bang??? hanni bukan sapa-sapa kalau nak di bandingkan dengan istri abang... hatiku merintih sayu... masuk kali ni dah hampir 10 message yang di beri kepadaku.. tapi tak pernah sekali pun aku membalasnya... biarlah....

cinta kita tak mungkin akan bersatu... hanni dah merelakan abang pergi... janganlah di cari cinta ku ini lagi....

************************

sudah sebulan aku keluar hospital, dan sebulan tu jugalah aku duduk di rumah kak hana di seremban... bukan aku tak mahu pulang ke rumah ibu di johor, tapi aku tak mahu abang Andy menjejaki aku di sana... cukuplah messagenya yang berbaur cinta dan rindu yang singgah ke handfon ku... aku tak mahu berhadapan dengannya... aku masih tak kuat untuk berhadapan dengannya...

walaupun aku tahu in keputusan aku, tapi keputusan yang telah aku buat itu benar-benar memberi kesan yang amat mendalam terhadapku... bayangkan sahajalah sudah 2bulan aku tak memandang wajahnya selepas kejadian itu... rindu yang aku tanggung sungguh menyiksakan...

" haa***... menung apa lagi Rissya ni... dah sebulan dekat rumah akak ni menung je kerja kamu... kamu ada masalah ke? akak tengok perangai Rissya dah lain... pelik betul lah... ni ika call pun Rissya dah tak nak cakap... kamu berdua ni bergaduh ke? sampai ika yang rapat dengan kamu pun kamu tak layan..." panjang lebar pulak kakak aku sorang ni berleter.. aku tersenyum memandangnya yang sedang menuangkan air kopi untuk minum petang kami...

" mana ada kak.. malas la layan ika tu.. selalunya gosip je yang dia tau... ni mesti bising nak ajak cari kerja.. Rissya malas nak kerja lagi kak...  kesan kemalangan hari tu pun masih tak hilang sakitnya..." jawapan ku panjang lebar cuba menyembunyikan kenyataan yang sebenarnya..

aku malas nak jawap panggilan ika bukan sebab dia suka bergosip, tetapi sebab aku tak nak dia menceritakan keadaan abang andy kepada ku... aku tau, pasti sahaja dia mencari-cari peluang untuk bercerita tentang kekasih hati ku itu..

" yelah tu... macam lah akak tak kenal Rissya... 24 tahun tau akak kenal.. ni mesti ada sebab lain... ko saja je nak buat akak tertanya-tanyakan??" serkap kakak ku... aku hanya tersengeh sambil mengelengkan kepala ku...

" pandailah akak... Rissya tak cakap apa-apa tau.. akak je yang lebih-lebih.." ujarku masih lagi tersenyum cuba menyedapkan hati kakak ku tu...

" haa... lupa nak cakap... ibu call akak pagi tadi... suruh Rissya balik johor hujung minggu ni..WAJIB..." aku tergelak mendengar kakak ku menekankan ayat terakhirnya tadi... pastilah ibu bimbangkan aku... semenjak aku kemalangan sekali sahaja aku jumpa ibu serta adik beradikku yang lain...

" okey... balik... akak jangan risau k..." sambil mengenyitkan mataku...

" jangan risau... akak dan abang lan akan hantar kau balik... boleh jumpa ibu sekali... hari tu masa jumpa ibu pon tak sempat nak borak sangat.. ni kalau akak hantar kau, boleh la akak borak-borak dengan ibu.." aku hanya tersenyum gembira... tak payah naik bas nak balik... ni yang buat aku sayang dengan kakak aku yang sorang ni... haahaha***... aku masih lagi tersengeh-sengeh...

************************************

" kak... ibu buat kenduri ke? kenduri apa ni? sampai berkhemah-khemah bagai... semalam ibu call tak cakap pun nak kenduri..." bebel ku apabila melihat rumah ku telah di penuhi dengan barang-barang serta khemah-khemah yang dah tersusun di hadapan rumah.. aku menggaru-garukan kepala ku...

" kenduri untuk kau la... doa selamat sekali... kan kau dah habis belajar dan dah sihat dari kemalangan hari tu... tu pun nak tanya lagi..." aku memuncungkan bibirku tanda protes... tak bagi tau pun nak kenduri.. mana aci macam ni... saja nak buat suprise dekat aku...

" dah... dah... geli abang nak tengok muncung kamu tu... cantik sangat ke?"

usikan abang lan buat aku bertambah-tambah muncung... kak hana tergelak melihat telatah ku... sambil kami mengeluarkan barang-barang dari bonet kereta, aku terlihat kelibat ibu di pintu hadapan... lantas tergesa-gesa aku mendapatkan ibu... aku peluk dan cium wajah ibuku sebelum menyalami tangannya...

" amboi-amboi... banyak cantik anak dara sorang ni... barang tak siap angkat lagi dah lari ye.." suara abang lan menyebabkan aku tersengeh..

" ibu... tengok la abang ni.. bukan banyak pun barang tu... nak angkat  pon nak suruh Rissya jugak..." aduku pada ibu.. ibu tersenyum melihatkan telatah kami...

" dah masuk... Rissya tidur bilik fitri... bilik kamu barang penuh... tak sempat nak suruh ayah dengan fitri kemaskan... esok je kamu masuk... pegi mandi dulu... nanti dah siap jumpa ibu dekat ruang tamu..." panjang arahan ibu..

aku menjelirkan lidah ku kepada abang lan... tergelak dia melihatkan keletah ku... cepat-cepat aku masuk ke bilik fitri yang berada di sebelah tangga berhampiran dapur...

bersambung jugak.... ~_^v

Kamu Hadir (6)


aku menarik nafas lega... 15 november 2008 tarikh perkahwinan yang telah di persetujui... sama dengan tarikh 2 kertas peperiksaanku, juga kertas yang terakhirku... aku bakal terlepas majlis gilang-gemilang keluarga mama... aku telah mengkhabarkan tentang keadaan ku kepada mama... dalam keterpaksaan mama merelakan aku tidak hadir... tapi pesanan nya aku perlu ada apabila majlis kenduri kesyukuran yang di adakan di rumah mereka... aku terpaksa bersetuju... peperiksaan yang terakhir... aku perlu fokus... inilah harapan terakhirku kini... untuk berjaya... akan ku buktikan kepada semua walaupun hati ku kecewa tetapi kejayaan aku tetap menjadi milik ku....hanya ini yang mampu menggembirakan aku...

panggilan telifon di telifon bimbitku dah masuk kali yang ke-8... aku hanya memandang nya sepi... Abang Andy... relakan lah takdir kita... aku tak mampu nak menjawap panggilan itu... tak sanggup nak melepaskan segala yang terpendam didalam hatiku kepadanya... biarlah aku menyampannya sendiri... aku pasti mampu....

memang!! aku memang menyayanginya... sehinggakan aku tak sanggup membayangkan hidupku tampa kehadirannya.. senyuman yang sering di lemparkan kepadaku... kata-kata cintanya... aksi-aksi lucunya semasa berada di rumah mama... hanya kerana mahu menyorokkan hubungan kami, macam-macam isyarat yang dia beri kepadaku untuk menyampaikan message nya...

aku tersenyum sendirian apabila teringatkan aksinya ala-ala superman apabila tiba-tiba mama dan daddy Irman muncul di hadapan kami... kalaulah masa tu dia dapat terbang, aku kira dia dah melarikan dirinya di atas awan yang biru...  senyuman ku mati di situ... alangkah bagusnya kalau cerita-cerita yang pernah dilihatnya di kaca television benar-benar terjadi... pasti abang Andy sudah terbang mendapatkan aku... seperti superman membawa ku terbang ke mana-mana negara yang hanya milik kami... tapi tu semua hanyalah khayalan  ku...

dah hampir 2 minggu aku mengelakkan diriku dan tidak menghiraukan message dan juga panggilan daripada abang Andy... aku takut untuk mendengar suaranya... aku takut aku tak mampu mempertahankan keputusan aku... lebih-lebih lagi aku lihat mama begitu gembira dengan perkahwinan yang bakal berlaku... segala persiapan telah mama atur untuk anak sulungnya itu... tak sanggup untuk memusnahkan apa yang telah mama sediakan... walaupun hatiku merintih sayu... menangisi takdirku dalam diam...

trriieett...triieeettt... tiba-tiba satu message masuk di peti message ku...

' salam... hanni tolong la selamatkan abang!!'

message itu ku baca dengan perasaan yang hancur... air mata ku menitis lagi... murah sungguh air mata ku tika itu... selang beberapa minit masuk lagi satu message...

' abang tahu hanni menangis... abang pun sedih... tolong lah angkat phone hanni... jangan siksa abang macam ni... hubungan kita tak boleh putus macam ni je... abang tak sanggup.. dia bukan pilihan abang... hanni tetap di hati abang walau apa pun yang jadi... tolong abang hanni...'

aku menangis seperti orang yang kena hesteria...menangis sambil menekupkan mukaku di bantal... abang tolonglah jangan kacau hanni lagi... tolong lah jangan hadir dalam hidup hanni lagi... izzati sangat baik untuk abang sakiti.... aku menangis dan tampa aku sedari aku tertidur...

**********************************************

" kau sure taknak pergi?" soalan ika memecahkan suasana yg sunyi sejak dari tadi...

" kau ni hilang akal ke apa? aku kan ade 2 paper hari ni... satu pagi... satu lagi petang..." jawap ku pantas sambil menyiapkan barang-barang yang perlu seperti kad matrik, slip peperiksaan dan juga peralatan tulis..

aku nekad... lepas paper ni terus bersiap balik kampung... biar aku layan kedukaan ku dekat kampung... ika masih tak tahu rancangan aku itu... moga dia maafkan aku kerana tak berterus-terang...

" aku pergi dulu... kau pergi kan majlis tu? kirim salam kat mama dengan daddy... cakap aku minta maaf banyak-banyak ak dapat nak pergi... cakap kat abang Andy dan izzati aku doakan diorang bahagia sampai akhir hayat..." ujarku lancar, dan terus berlalu pergi..

tak sempat ika nak membalas kata-kata ku tadi... aku tak mahu emosi mengawal ku hari itu.. aku perlu selesaikan kedua paper aku tampa apa-apa gangguan.. aku nekad... lantas langkah ku atur menuju ke universiti...

**********************************************

alhamdulillah... selesai juga aku menjawap ke dua-dua subjek yang padaku agak susah... langkah kaki ku,ku atur pantas ke arah rumah sewa ku di syeksyen 2 itu... aku perlu cepat bersiap... tak mahu menunggu ika yang pergi ke majlis perkahwinan abang Andy...

pastinya sekarang majlis persandingan sedang berlangsung... pasti abang Andy telah selamat menerima akad nikah untuk menjadi suami izzati yang cantik manis itu..

' abang... semoga abang bahagia... maafkan hanni... hanni tak sanggup nak pergi majlis abang... tak sanggup nak tengok insan yang hanni cintai bersanding dengan perempuan lain... tak sanggup nak berpura-pura gembira di hadapan mama, daddy Irman, abang Eddy, tetamu-tetamu mama dan yang pasti hanni tak dapat nak tengok senyuman bahagia izzati bila bersanding dengan abang... relakan hanni pergi abang...'

hampir sahaja menitis air mataku tika itu... kalau tak kerana aku di tepi jalan, mungkin air mata ku ini sudah mengalir deras...

aku pandang ke kiri dan kanan jalan sebelum melintas jalan besar itu... apabila aku pasti tiada kenderaan yang menghampir tempat ku melintas, pantas aku pun melintas...  tiba-tiba terasa badan ku melayang... selepas itu aku tidak tahu apa yang terjadi pada diri ku...

******************************

tit...tit...tit...tit...tit... tit...tit...tit...tit...tit...

bunyi itu betul-betul membingitkan telinga aku... aku cuba membuka kelopak mata ku... berat yang teramat sangat... aku teruskan mencuba... kabur... aku tak pasti dimanakah aku... apakah yang telah terjadi?? aku keliru... ku pandang di sebelah kanan ku... sebuah mesin yang di penuhi wayar itu mengeluarkan bunyi yang membingitkan telingaku tadi...

" alhamdulillah... sedar jugak kau Rissya... alhamdulillah..." suara itu... aku kenal.. tapi siapa??

aku keliru melihat keadaan ku yang terbaring di atas katil... kalau tak silap aku ni hospitalkan?? kenapa aku ada dekat sini?? aku masih lagi mencari-cari jawapan... bunyi mesin yang berada di sebelah ku, ku rasakan terlalu membingitkan... aku memegang kepala ku... sakitnya... apa bendanya ni??

" jangan tarik Rissya... itu bandage... Rissya ingat tak apa yang jadi pada ressya?" soal wanita yang berada di sebelahku mesra... siapa perempuan ni?? aku hanya mengelengkan kepalaku sahaja... cuba mengingatkan kembali semua tentang diriku...

" Rissya kemalangan sayang... kakak dapat tahu ada kereta yang langgar Rissya...kepala Rissya mendapat hentakan yang agak kuat... nasib baik pembedahan mengeluarkan darah beku berjalan dengan lancar... tapi Rissya dah tak sedar 3 hari... semua orang risaukan Rissya... Andy anak mama angkat Rissya lah yang paling risau... tiap kali masa melawat dia akan datang temankan Rissya..."

'Abang Andy?? sapa???' aku cuba menggati kembali nama-nama yang ada di dalam kepala ku...sakitnya kepala aku...samar-samar kenangan ku bermain di kepala...

'ibu... ayah... kak hana yang berada disebelahku, rupanya kakak sulungku... ika... fitri... azmi... mama...daddy Irham... abang Eddy... oh... ada rupanya insan yang bernama Abang Andy... tapi...' tiba-tiba air mataku mengalir... aku teresak-esak... kak hana yang sedang membetulkan cadarku tersentak apabila melihatkan aku yang tiba-tiba menangis..

" Rissya kenapa? sakit ke? nanti akak panggilkan nurse check ya..."  aku pantas menarik tangan kak hana..

" jangan kak... Rissya menangis bukan sebab tu... " kak hana mengerutkan dahinya tanda tidak faham...

"habis tu adik kakak menangis ni kenapa?" aku tak mampu membuka cerita tentang kisah ku... terasa sebak di dadaku... berat sekali.. aku hanya menggelengkan kepalaku lantas berpaling memandang kearah tingkap...

" kalau Rissya sakit bagi tahu akak... sekarang akak nak telifon ibu dan yang lain... bagi tahu Rissya dah sedar... ibu dengan yang lain risau sangat...familly kita datang 2 hari lepas... tapi malam tadi dah balik sebab ayah tak dapat cuti... nasib kakak dapat cuti dan abang lan kau bagi akak jaga... tunggu kejap tau... akak keluar..." aku hanya menganggukkan kepala ku...

kenangan antara aku dan abang Andy terputar kembali di layar memori ku..

bersambung lagi........ ~_^v