Tuesday 24 September 2013

Kamu Hadir (8)


" kenapa ibu buat keputusan sendiri... ayah pun sama... tak tanya pun kat Rissya... bukan Rissya marah.. cuma Rissya tak bersedia untuk semua ni... awal sangat la nak buat majlis... ibu dan ayah tolong la batalkan..." rayu ku apabila ibu menyatakan majlis yang akan berlaku.. kak hana, abang lan, abang azmi dan juga fitri adik ku hanya memandang wajah ku tampa memberikan apa-apa komen.. keputusan keluargaku itu betul-betul buat aku terkejut..

' suruh aku kawin masa ni?? gila apa?? abang Andy pun aku tak dapat lupakan lagi... nikan pulak aku nak kawin dengan lelaki yang aku tak kenal?? sape pulak la laki yang nak kawin dengan aku ni??'

" ayah rasa Rissya kenal dengan bakal suami Rissya tu... keluarganya datang hari tu pun kenal Rissya... sebab mak bapak budak laki tu kenal kamu lah kami terima... macam suka benar mereka nak bermenantukan kamu.. takkan lah tiba-tiba kami nak batalkan... tetamu kami dah jemput... Rissya nak kami buat macammana lagi ni?" soalan ayah bergema di corong telingaku begitu lirih...

benar kata ayah.. persiapan semua hampir siap.. malah ramai juga saudara-maraku yang dah tiba dari jauh... takkan aku nak batalkan... tapi hati aku tak rela.. terlalu cepat... kenal pun tidak... masakan aku nak bersuamikan lelaki yang tak aku kenali... berulang-kali persoalan itu bermain-main di kepalaku...

" ibu tak nak paksa... tapi Rissya fikirkan lah dulu malam ni... esok bagi tahu kami jawapan Risssya... ni cincin tunang dan cincin tanda... kalau setuju Ressya pakai... tak setuju nanti kami akan pulangkan.." tiba-tiba ibu bersuara kembali selepas itu aku lihat ibu bangun dan masuk ke bilik nya... aku terdiam... air mata ku hampir mentis... sebak... nafasku turun naik menahankan perasaanku yang bercampur baur..

************************************

malam itu aku tak dapat melelapkan mataku... cincin yang ibu berikan tadi aku pandang sepi... aku teringatkan impian ku ingin menjalankan upacara ini bersama abang Andy... tapi impan ku itu sudah musnah... tidak kusedari air mataku telah menitis..

aku pergi ke ruang tamu... pelamin berwarna hijau kuning itu ku pandang dengan seribu satu perasaan... cantik hiasan yang telah di buat.. kenapalah aku tak perasan akan pelamin itu ketika aku masuk tadi?? mingkinlah kerana tergesa-gesa masuk sebab malas nak angkut barang tadi??

aku masih lagi termenung di hadapan pelamin yang indah tu apabila tiba-tiba bahuku di tepuk lembut... aku menoleh ke arah tepukan itu... ibu.....

"kenapa tak tidur lagi?" soalan ibu tu buat aku tersentak... aku alihkan pandangan ku ke arah jam... 3.32pagi... lama juga aku berdiri di sini... cepat-cepat aku melemparkan senyuman kepada ibu.. lantas aku mengajak ibu duduk bersila di hadapan pelamin itu...

"Rissya tak boleh nak tidur bu... kepala ni asyik fikirkan apa yang ibu dan ayah sampaikan tadi... kalau boleh Rissya taknak hampakan ibu dan ayah... dah siap macam-macam dah untuk majlis tu... tapi Rissya tak tau nak buat keputusan..." ujarku jujur kepada ibu ku...

" Rissya ingat tak cerita ibu dulu? pasal ibu kawin dengan ayah Rissya?" soalan ibu membuatkan aku mengigati kembali cerita yang pernah aku dengar satu ketika dulu... ibu berkahwin dengan ayah bukan atas dasar cinta... malah mereka tak pernah berkenalan... tapi, selepas berkahwin ayah benar-benar menjaga ibu.. mereka juga bercinta selepas berkahwin.. aku mengaru-garukan kepalaku yang tak gatal... perlukah aku berkorban sebegitu sekali???

" Rissya.. ibu tahu berat kamu nak terima... tapi ibu rasa kamu patut terima.. dulu ibu pernah menghalang sekali... tapi tidak kali ini... semua keputusan atas tangan kamu... kamu dah dewasa... boleh fikir apa yang baik dan juga buruk.. tak ada orang tua yang nak halang kebahagiaan anak-anaknya... ibu tahu Wan anak yang baik... sebab itu ibu dan ayah terima pinangan Wan hari itu... maafkan ibu sayang..." ibu menghelakan nafasnya... berat... aku tahu ibu risaukan keputusan yang akan aku buat... mungkin juga keputusan ini akan membuatkan seluruh keluargaku malu... tambahan lagi semua persiapan sudah hampir siap... aku tak mampu membalas kata-kata ibu... mataku memandang wajah ibu yang menunjukkan kesayuan hatinya... ibu menyambung lagi bicaranya...

" walaupun ibu ayah akan dapat malu kalau Rissya tolak perkahwinan ini, kami redha... sebab Rissya anak kami... ibu tak nak menjual kebahagiaan anak ibu... tapi Rissya fikir-fikrkan lah... ibu nak masuk tidur...Rissya pun tidur ye sayang... tenangkan dirimu... Assalamualaikum.." ujar ibu sambil mencium dahiku sebelum berlalu..

*******************************

aku menarik nafas panjang-panjang... dari tadi aku lihat tak sudah-sudah tetamu datang dan pergi... semuanya mengucapkan tahniah kepada kedua orang tuaku... ada senyuman di bibir ayah serta ibuku... mungkinkah mereka hanya ingin menyedapkan hati para tetamu... kalaulah semua tetamu in tahu keadaan sebenarnya, pasti ibu dan ayah tak dapat tersenyum macam itu sekali...

debaran di dadaku lebih dari biasa, malah tak berkurangan pun... aku tak tahu sama ada ini adalah keputusan yang tepat atau tidak.. tapi yang pasti aku  perlu melakukannya.. ini lah masa depan ku... pintu bilik ku di kuak perlahan... ayah masuk di iringi tok kadi yang akan menikahkan ku sebentar lagi..

" Rissya... ni tok kadi nak tanya Risyya ni... Rissya jawap lah dengan jujur nak..." ujar ayahku lembut.. apa yang tok kadi itu tanya pun sebenarnya aku tak pasti butirnya... yang pasti debaran di dadaku tak berkurangan sehinggakan aku dapat mendengar setiap degupan yang berlaku...

" setuju tak pengantin?" soalan tok kadi itu sahaja yang aku dengari...

" saya setuju tok..." ujarku perlahan..

" Alhamdullah.. pengantin tak ada halangan nak terima pernikahan ini... sekarang tanda tangan di sini.." ujar tok kad tadi sambil menghulurkan pen di tangan ku... terketar-ketar jari ku menyambut pen yang di hulurkan... ayah mengusap bahuku...memberikan aku semangat... aku tahu ayah amat lega dengan keputusan ku itu... ada secebis senyuman di wajah tua ayah.. 

Bersambung..... =)

No comments:

Post a Comment