Tuesday 24 September 2013

Kamu Hadir (6)


aku menarik nafas lega... 15 november 2008 tarikh perkahwinan yang telah di persetujui... sama dengan tarikh 2 kertas peperiksaanku, juga kertas yang terakhirku... aku bakal terlepas majlis gilang-gemilang keluarga mama... aku telah mengkhabarkan tentang keadaan ku kepada mama... dalam keterpaksaan mama merelakan aku tidak hadir... tapi pesanan nya aku perlu ada apabila majlis kenduri kesyukuran yang di adakan di rumah mereka... aku terpaksa bersetuju... peperiksaan yang terakhir... aku perlu fokus... inilah harapan terakhirku kini... untuk berjaya... akan ku buktikan kepada semua walaupun hati ku kecewa tetapi kejayaan aku tetap menjadi milik ku....hanya ini yang mampu menggembirakan aku...

panggilan telifon di telifon bimbitku dah masuk kali yang ke-8... aku hanya memandang nya sepi... Abang Andy... relakan lah takdir kita... aku tak mampu nak menjawap panggilan itu... tak sanggup nak melepaskan segala yang terpendam didalam hatiku kepadanya... biarlah aku menyampannya sendiri... aku pasti mampu....

memang!! aku memang menyayanginya... sehinggakan aku tak sanggup membayangkan hidupku tampa kehadirannya.. senyuman yang sering di lemparkan kepadaku... kata-kata cintanya... aksi-aksi lucunya semasa berada di rumah mama... hanya kerana mahu menyorokkan hubungan kami, macam-macam isyarat yang dia beri kepadaku untuk menyampaikan message nya...

aku tersenyum sendirian apabila teringatkan aksinya ala-ala superman apabila tiba-tiba mama dan daddy Irman muncul di hadapan kami... kalaulah masa tu dia dapat terbang, aku kira dia dah melarikan dirinya di atas awan yang biru...  senyuman ku mati di situ... alangkah bagusnya kalau cerita-cerita yang pernah dilihatnya di kaca television benar-benar terjadi... pasti abang Andy sudah terbang mendapatkan aku... seperti superman membawa ku terbang ke mana-mana negara yang hanya milik kami... tapi tu semua hanyalah khayalan  ku...

dah hampir 2 minggu aku mengelakkan diriku dan tidak menghiraukan message dan juga panggilan daripada abang Andy... aku takut untuk mendengar suaranya... aku takut aku tak mampu mempertahankan keputusan aku... lebih-lebih lagi aku lihat mama begitu gembira dengan perkahwinan yang bakal berlaku... segala persiapan telah mama atur untuk anak sulungnya itu... tak sanggup untuk memusnahkan apa yang telah mama sediakan... walaupun hatiku merintih sayu... menangisi takdirku dalam diam...

trriieett...triieeettt... tiba-tiba satu message masuk di peti message ku...

' salam... hanni tolong la selamatkan abang!!'

message itu ku baca dengan perasaan yang hancur... air mata ku menitis lagi... murah sungguh air mata ku tika itu... selang beberapa minit masuk lagi satu message...

' abang tahu hanni menangis... abang pun sedih... tolong lah angkat phone hanni... jangan siksa abang macam ni... hubungan kita tak boleh putus macam ni je... abang tak sanggup.. dia bukan pilihan abang... hanni tetap di hati abang walau apa pun yang jadi... tolong abang hanni...'

aku menangis seperti orang yang kena hesteria...menangis sambil menekupkan mukaku di bantal... abang tolonglah jangan kacau hanni lagi... tolong lah jangan hadir dalam hidup hanni lagi... izzati sangat baik untuk abang sakiti.... aku menangis dan tampa aku sedari aku tertidur...

**********************************************

" kau sure taknak pergi?" soalan ika memecahkan suasana yg sunyi sejak dari tadi...

" kau ni hilang akal ke apa? aku kan ade 2 paper hari ni... satu pagi... satu lagi petang..." jawap ku pantas sambil menyiapkan barang-barang yang perlu seperti kad matrik, slip peperiksaan dan juga peralatan tulis..

aku nekad... lepas paper ni terus bersiap balik kampung... biar aku layan kedukaan ku dekat kampung... ika masih tak tahu rancangan aku itu... moga dia maafkan aku kerana tak berterus-terang...

" aku pergi dulu... kau pergi kan majlis tu? kirim salam kat mama dengan daddy... cakap aku minta maaf banyak-banyak ak dapat nak pergi... cakap kat abang Andy dan izzati aku doakan diorang bahagia sampai akhir hayat..." ujarku lancar, dan terus berlalu pergi..

tak sempat ika nak membalas kata-kata ku tadi... aku tak mahu emosi mengawal ku hari itu.. aku perlu selesaikan kedua paper aku tampa apa-apa gangguan.. aku nekad... lantas langkah ku atur menuju ke universiti...

**********************************************

alhamdulillah... selesai juga aku menjawap ke dua-dua subjek yang padaku agak susah... langkah kaki ku,ku atur pantas ke arah rumah sewa ku di syeksyen 2 itu... aku perlu cepat bersiap... tak mahu menunggu ika yang pergi ke majlis perkahwinan abang Andy...

pastinya sekarang majlis persandingan sedang berlangsung... pasti abang Andy telah selamat menerima akad nikah untuk menjadi suami izzati yang cantik manis itu..

' abang... semoga abang bahagia... maafkan hanni... hanni tak sanggup nak pergi majlis abang... tak sanggup nak tengok insan yang hanni cintai bersanding dengan perempuan lain... tak sanggup nak berpura-pura gembira di hadapan mama, daddy Irman, abang Eddy, tetamu-tetamu mama dan yang pasti hanni tak dapat nak tengok senyuman bahagia izzati bila bersanding dengan abang... relakan hanni pergi abang...'

hampir sahaja menitis air mataku tika itu... kalau tak kerana aku di tepi jalan, mungkin air mata ku ini sudah mengalir deras...

aku pandang ke kiri dan kanan jalan sebelum melintas jalan besar itu... apabila aku pasti tiada kenderaan yang menghampir tempat ku melintas, pantas aku pun melintas...  tiba-tiba terasa badan ku melayang... selepas itu aku tidak tahu apa yang terjadi pada diri ku...

******************************

tit...tit...tit...tit...tit... tit...tit...tit...tit...tit...

bunyi itu betul-betul membingitkan telinga aku... aku cuba membuka kelopak mata ku... berat yang teramat sangat... aku teruskan mencuba... kabur... aku tak pasti dimanakah aku... apakah yang telah terjadi?? aku keliru... ku pandang di sebelah kanan ku... sebuah mesin yang di penuhi wayar itu mengeluarkan bunyi yang membingitkan telingaku tadi...

" alhamdulillah... sedar jugak kau Rissya... alhamdulillah..." suara itu... aku kenal.. tapi siapa??

aku keliru melihat keadaan ku yang terbaring di atas katil... kalau tak silap aku ni hospitalkan?? kenapa aku ada dekat sini?? aku masih lagi mencari-cari jawapan... bunyi mesin yang berada di sebelah ku, ku rasakan terlalu membingitkan... aku memegang kepala ku... sakitnya... apa bendanya ni??

" jangan tarik Rissya... itu bandage... Rissya ingat tak apa yang jadi pada ressya?" soal wanita yang berada di sebelahku mesra... siapa perempuan ni?? aku hanya mengelengkan kepalaku sahaja... cuba mengingatkan kembali semua tentang diriku...

" Rissya kemalangan sayang... kakak dapat tahu ada kereta yang langgar Rissya...kepala Rissya mendapat hentakan yang agak kuat... nasib baik pembedahan mengeluarkan darah beku berjalan dengan lancar... tapi Rissya dah tak sedar 3 hari... semua orang risaukan Rissya... Andy anak mama angkat Rissya lah yang paling risau... tiap kali masa melawat dia akan datang temankan Rissya..."

'Abang Andy?? sapa???' aku cuba menggati kembali nama-nama yang ada di dalam kepala ku...sakitnya kepala aku...samar-samar kenangan ku bermain di kepala...

'ibu... ayah... kak hana yang berada disebelahku, rupanya kakak sulungku... ika... fitri... azmi... mama...daddy Irham... abang Eddy... oh... ada rupanya insan yang bernama Abang Andy... tapi...' tiba-tiba air mataku mengalir... aku teresak-esak... kak hana yang sedang membetulkan cadarku tersentak apabila melihatkan aku yang tiba-tiba menangis..

" Rissya kenapa? sakit ke? nanti akak panggilkan nurse check ya..."  aku pantas menarik tangan kak hana..

" jangan kak... Rissya menangis bukan sebab tu... " kak hana mengerutkan dahinya tanda tidak faham...

"habis tu adik kakak menangis ni kenapa?" aku tak mampu membuka cerita tentang kisah ku... terasa sebak di dadaku... berat sekali.. aku hanya menggelengkan kepalaku lantas berpaling memandang kearah tingkap...

" kalau Rissya sakit bagi tahu akak... sekarang akak nak telifon ibu dan yang lain... bagi tahu Rissya dah sedar... ibu dengan yang lain risau sangat...familly kita datang 2 hari lepas... tapi malam tadi dah balik sebab ayah tak dapat cuti... nasib kakak dapat cuti dan abang lan kau bagi akak jaga... tunggu kejap tau... akak keluar..." aku hanya menganggukkan kepala ku...

kenangan antara aku dan abang Andy terputar kembali di layar memori ku..

bersambung lagi........ ~_^v

No comments:

Post a Comment