Tuesday 24 September 2013

Kamu Hadir (7)


" you look ok.. and mybe after 2 days you can disscharge.." ucap doktor Tan yang merawat aku sambil tersenyum... aku mengangguk-anggukkan kepala ku...

" jaga makan... luka kat kepala you ni tak ada apa-apa masalah i rasa... x-ray yang baru i tengok pon tak ada apa-apa masalah... just bila you balik nanti pastikan you pergi cuci luka-luka you di klinik dan pastikan you jaga pemakanan you..i got to go... ade next operation yang i kena handle... so you take care... see you tomorow okey?" nasihatnya panjang...

" okey... i will.." ucapku sambil terus tersenyum mengiringi langkah doktor cina yang mula melangkah pergi di iringi 3 orang doktor lain serta seorang ketua jururawat...


trriieett...triieeettt... bunyi telifon bimbitku menandakan ada message masuk... siapa pula kali ini... dah hampir setengah bulan aku mendapatkan rawatan di hospital ini, dan ramai juga rakan-rakanku yang datang melawat serta memberi message kata-kata semangat..

' salam... buat hanni yang abang rindui... harap hanni dah bertambah pulih... maaf selepas hanni sedar abang tak sempat nak melawat hanni.. sekarang abang di kedah menghadiri kursus.. seminggu lagi abang balik..abang harap hanni tak marahkan abang lagi... nanti abang balik, abang akan jumpa hanni... rindu nak menatap wajah mu sayang... sampai jumpa lagi... abang sayang hanni selamanya..'

aku terkedu... bukan ke abang dah kawin?? buat apa nak bersayang lagi dengan hanni bang??? hanni bukan sapa-sapa kalau nak di bandingkan dengan istri abang... hatiku merintih sayu... masuk kali ni dah hampir 10 message yang di beri kepadaku.. tapi tak pernah sekali pun aku membalasnya... biarlah....

cinta kita tak mungkin akan bersatu... hanni dah merelakan abang pergi... janganlah di cari cinta ku ini lagi....

************************

sudah sebulan aku keluar hospital, dan sebulan tu jugalah aku duduk di rumah kak hana di seremban... bukan aku tak mahu pulang ke rumah ibu di johor, tapi aku tak mahu abang Andy menjejaki aku di sana... cukuplah messagenya yang berbaur cinta dan rindu yang singgah ke handfon ku... aku tak mahu berhadapan dengannya... aku masih tak kuat untuk berhadapan dengannya...

walaupun aku tahu in keputusan aku, tapi keputusan yang telah aku buat itu benar-benar memberi kesan yang amat mendalam terhadapku... bayangkan sahajalah sudah 2bulan aku tak memandang wajahnya selepas kejadian itu... rindu yang aku tanggung sungguh menyiksakan...

" haa***... menung apa lagi Rissya ni... dah sebulan dekat rumah akak ni menung je kerja kamu... kamu ada masalah ke? akak tengok perangai Rissya dah lain... pelik betul lah... ni ika call pun Rissya dah tak nak cakap... kamu berdua ni bergaduh ke? sampai ika yang rapat dengan kamu pun kamu tak layan..." panjang lebar pulak kakak aku sorang ni berleter.. aku tersenyum memandangnya yang sedang menuangkan air kopi untuk minum petang kami...

" mana ada kak.. malas la layan ika tu.. selalunya gosip je yang dia tau... ni mesti bising nak ajak cari kerja.. Rissya malas nak kerja lagi kak...  kesan kemalangan hari tu pun masih tak hilang sakitnya..." jawapan ku panjang lebar cuba menyembunyikan kenyataan yang sebenarnya..

aku malas nak jawap panggilan ika bukan sebab dia suka bergosip, tetapi sebab aku tak nak dia menceritakan keadaan abang andy kepada ku... aku tau, pasti sahaja dia mencari-cari peluang untuk bercerita tentang kekasih hati ku itu..

" yelah tu... macam lah akak tak kenal Rissya... 24 tahun tau akak kenal.. ni mesti ada sebab lain... ko saja je nak buat akak tertanya-tanyakan??" serkap kakak ku... aku hanya tersengeh sambil mengelengkan kepala ku...

" pandailah akak... Rissya tak cakap apa-apa tau.. akak je yang lebih-lebih.." ujarku masih lagi tersenyum cuba menyedapkan hati kakak ku tu...

" haa... lupa nak cakap... ibu call akak pagi tadi... suruh Rissya balik johor hujung minggu ni..WAJIB..." aku tergelak mendengar kakak ku menekankan ayat terakhirnya tadi... pastilah ibu bimbangkan aku... semenjak aku kemalangan sekali sahaja aku jumpa ibu serta adik beradikku yang lain...

" okey... balik... akak jangan risau k..." sambil mengenyitkan mataku...

" jangan risau... akak dan abang lan akan hantar kau balik... boleh jumpa ibu sekali... hari tu masa jumpa ibu pon tak sempat nak borak sangat.. ni kalau akak hantar kau, boleh la akak borak-borak dengan ibu.." aku hanya tersenyum gembira... tak payah naik bas nak balik... ni yang buat aku sayang dengan kakak aku yang sorang ni... haahaha***... aku masih lagi tersengeh-sengeh...

************************************

" kak... ibu buat kenduri ke? kenduri apa ni? sampai berkhemah-khemah bagai... semalam ibu call tak cakap pun nak kenduri..." bebel ku apabila melihat rumah ku telah di penuhi dengan barang-barang serta khemah-khemah yang dah tersusun di hadapan rumah.. aku menggaru-garukan kepala ku...

" kenduri untuk kau la... doa selamat sekali... kan kau dah habis belajar dan dah sihat dari kemalangan hari tu... tu pun nak tanya lagi..." aku memuncungkan bibirku tanda protes... tak bagi tau pun nak kenduri.. mana aci macam ni... saja nak buat suprise dekat aku...

" dah... dah... geli abang nak tengok muncung kamu tu... cantik sangat ke?"

usikan abang lan buat aku bertambah-tambah muncung... kak hana tergelak melihat telatah ku... sambil kami mengeluarkan barang-barang dari bonet kereta, aku terlihat kelibat ibu di pintu hadapan... lantas tergesa-gesa aku mendapatkan ibu... aku peluk dan cium wajah ibuku sebelum menyalami tangannya...

" amboi-amboi... banyak cantik anak dara sorang ni... barang tak siap angkat lagi dah lari ye.." suara abang lan menyebabkan aku tersengeh..

" ibu... tengok la abang ni.. bukan banyak pun barang tu... nak angkat  pon nak suruh Rissya jugak..." aduku pada ibu.. ibu tersenyum melihatkan telatah kami...

" dah masuk... Rissya tidur bilik fitri... bilik kamu barang penuh... tak sempat nak suruh ayah dengan fitri kemaskan... esok je kamu masuk... pegi mandi dulu... nanti dah siap jumpa ibu dekat ruang tamu..." panjang arahan ibu..

aku menjelirkan lidah ku kepada abang lan... tergelak dia melihatkan keletah ku... cepat-cepat aku masuk ke bilik fitri yang berada di sebelah tangga berhampiran dapur...

bersambung jugak.... ~_^v

No comments:

Post a Comment