Friday 1 June 2012

kamu hadir 2



" ika***!! ikaaa***!!" jeritan aku tak ada sambutan pun dari ika... apa yang minah ni tengah buat? ni mesti buat tahi mata... hampeh punya member... tadi aku suruh dia tunggu dekat depan kolej seroja pon tak ada.. akhirnya muncul lak mamat hansome tu... ni mesti boleh jadi buliten utama buat ika kalau tahu aku dah kenal dengan mamat yang selalu bagi salam tu...

" weh ikaa... bangun la.. ko kenapa tak tunggu aku depan kolej seroja tadi? penat aku tunggu.. " ika yang baru bangun itu terkebil-kebil memandang ku...

'macam tak paham je minah ni dengan apa yang aku cakap...'

" ko dengar tak aku cakap apa?" soal ku lagi.. sambil melambai-lambaikan tangan ku di hadapan muka ika yang masih mamai.. aku duduk dihadapannya dan menghelakan nafas... melepaskan lelah...

" ko ni kenapa? kocoh sangat, balik-balik je dah panggil-panggil nama aku... selalu kalau aku tak tunggu depan seroja tu, pandai pulak ko balik sendiri... balik pon tak la kecoh macam ni..." ika yang mula menyedari perilaku aku petang itu mula mengerutkan dahinya...

' ni mesti kes mamai lagi... ika ni betul-betul pantang kalau ada masa terluang.. mesti nak membuta...' lantas aku pun membuka ceritaku setelah yakin ika dah tak mamai...

" aku ada cerita gempak ni... sure ko terkejut punyalah kalau aku cakap aku dah tahu siapa mamat yang selalu bagi salam kat aku tu.." ujarku sambil tersenyum... keningku, ku jungkit-jungkitkan untuk menarik minatnya... masakan ika mahu melepaskan peluang untuk mendengar buliten utama yang jarang-jarang aku perdengarkan untuknya... selalu ika lah yang banyak berceloteh... macam bertih jagung kalau di layan... mata ika membulat mendengar kata-kataku... tak percaya...

" betul... tadi dia dah borak dengan aku... hehehehe****.. ko percaya tak?"

" betul ni? sapa mamat tu? dia nak apa kat kau... mamat hensome yang selalu bagi salam tu kan? ko sure ke bukan orang lain?" laju sahaja soalan demi soalan yang muncul dari bibir nipis ika...

' kan aku dah agak... dia mesti banyak tanya..' lantas ku ceritakan pertemuan aku dengan abang Andy sebentar tadi.. ika mendengar cerita aku dengan penuh minat.. dan kadang kala dia mencelah dengan pertanyaannya yang dah macam polis pencen tu...

******

dah 7 bulan aku rasmi jadi anak angkat keluarga abang Andy... mak dia yang aku panggil mama memang seorang yang amat baik dan mesra sekali... mereka menganggap aku macam anak diorang sekeluarga, layanan mereka kepadaku pula seperti keluarga kandung mereka sendiri... mana taknya anak perempun tak ada... dua-dua anak bujang... abang Andy ada sorang adik.. tapi lain ayah...namanya Eddy Irham...cute jugak abang Eddy ni... perangai lagi nakal dari abang Andy... selalu buli aku.. tapi rajin ambik aku bila aku tak ada kelas untuk pergi rumah diorang dan kadang-kadang bawak aku jalan-jalan sekitar KL...

aku ni bukan orang KL or selangor.. jadi banyak la tempat aku tak tahu... ada keluarga angkat macam diorang ni buat kerja aku bertambah senang... lebih-lebih pulak diorang ni manjakan aku... mama dan daddy  Irman memang baik pada aku... pantang aku kurang apa-apa pasti tertunai...bukan aku lupa pada keluarga aku kat johor tu... tapi mereka agak yang kurang perihatin dengan kewujudan aku, itu membuatkan aku ambil mudah terhadap mereka... balik ke johor pon tak sekerap aku bertandang ke rumah mama...

ibu dan ayah bukan tak tahu aku ada keluarga lain di sini.. tapi mereka tak pernah bercakap apa-apa... malah aku tak baik ke johor pun mereka tak kisah, asalkan aku pandai membawa diri... tapi tak aku nafikan, ibu masih lagi bertanyakan khabar aku dan kadang kala memberi nasihat.. aku sayangkan mereka walau apa pun orang kata, mereka tetap keluarga yang aku sayangi...

****

hari ni buka semester baru.. mama bising suruh aku duduk dekat rumahnya sahaja... meminta aku berulang dari rumahnya.. katanya abang-abang angkat ku boleh menghantar aku ke kelas... aku keberatan.. bukan apa, aku bukan ada apa-apa hubungan darah dengan mereka... ajakan mama aku tolak dengan lembut... moga mama faham keadaan ku ini... cukup lah masa-masa cuti yang aku luangkan bersama mereka...

trriieett***...triieeettt***...

sedang aku sibuk mengemas bilik sewa ku, satu message masuk ke kotak inboxku...

'sape lak ni... ni kalau tak mama, abang eddy... diorang ni mane boleh tengok aku senang sikit... jadual aku pon diorang hafal... nasib dah last semester... tak la banyak sangat kerja... cuma tesis dan kerja-kerja luar memang banyak...

''salam...Rissya buat apa? abang ganggu tak? abang nak jumpa Rissya boleh tak?'

jarang betul abang Andy message aku.. selalu aku yang message dia dulu.. pelik betul ni...lantas aku balas message abang Andy...

'salam... abang nak jumpa bila? Rissya tak ada kelas petang ni... sekarang dekat rumah...'

'abang ambil pukul 5 petang ni...tunggu dekat tempat biasa... malam nanti abang hantar balik rumah sewa balik...' balasnya..

'okey... nanti apa-apa inform balik...' aku pula membalas...aku tertanya-tanya apakah yang penting sangat nak di sampaikan kepada ku...tunggu je la petang ni... macam lah lame sangat... ni dah pukul 3.55 petang.. kejap je lagi...

*****

BERSAMBUNG!

No comments:

Post a Comment