Thursday 7 June 2012

Janji Tertunai... =)




Assalamualaikum w.b.t. Salam ukhwah buat semua sahabat yang menjenguk ke blog aku yang tak seberapa ini... Entry kali ni cuma yang santai2 je... Sebenarnye, aku nak berterima kasih pada seseorang yang dah menunaikan janjinya kepada aku untuk removekan 1 daripada entry di blognya. Maaf juga kalau cara aku meminta dia lakukan agak kasar. Senang kata, aku main serbu saja blog miliknya... ^^"

Dia siapa? Aku pun tak mengenalinya siapa. Yang aku tahu bila aku tengok tajuk entrynya sama dengan cerita MMI aku, aku jadi tertanya-tanya. Siapakah gerangannya?Ingatkan semuanya hanya kebetulan...Tapi bila aku scroll kebawah, semuanya sama! Sebutir-sebutir perkataan yang aku type di dalam cerita MMI telah di siarkan oleh pemilik yang tak aku kenali. Rasanya aku dah ber emosi masa tu. Kalaulah aku rajin menjengah google  search, dah lama aku tahu ianya telah di siarkan.. Ermmm... Nak salahkan siapa? Aku pun bersalah dalam hal ini.. sebab aku terlalu percayakan para pembaca yang datang menyinggah untuk membaca hasil karya aku yang tak seberapa.

Yang aku tahu masa tu, aku perlu membiarkan tuan punya blog me'remove' cerita yang telah di copynya itu.. komen yang aku hantar tidak berbalas selama dua hari.. dan selama itu juga aku macam cacing kepanasan! Aku terlalu sayangkan cerita MMI tu... Tak sanggup membiarkan ada orang lain yang menyiarkannya selain di dalam facebook atau di blog aku ini sahaja... Aku tak tahu dari mana dia dapat membaca cerita MMI yang aku buat... Tapi bagi aku, dari mana dia dapat membacanya sudah tidak penting...  Yang penting entry di padam!

Setelah dua hari, aku mendapat balasannya. Aku kira, cara aku agak kasar... Dan dengan itu aku memohon maaf kepadanya jika aku telah membuatkan dia terasa hati dengan teguran aku. Yang pasti, aku tak mahu kami berdendam... Biarlah apa yang jadi semalam menjadi satu pengajaran buat kami bersama. Dua hari aku tak menjenguk blognya, dan tadi, bila aku buka, ianya telah di padamkan oleh pemilik blog.. aku menarik nafas lega, lega seleganya!

Sebenarnya, ramai antara kawan aku yang dah tahu tentang perkara ini meminta aku membuat tindakan yang jauh dari fikiran aku.. Tapi, setelah pendekatan yang aku lakukan itu berjaya.. Bagi aku berjaya okey... Hehehehe... Aku sudah puas hati... Dan harapnya, sesiapa pun yang menjengah dan membaca cerita aku ni, tak copy semua cerita-cerita yang aku buat ini.. aku pasti, korang pun tak suka kalau hasil usaha dan susah payah korang di ambil tampa pengetahuan, walaupun sebenarnya dia meletakkan link facebook aku di dalam entry itu... tapi aku tetap dengan pendirian aku yang tidak membenarkan ianya di siarkan atau di'share' oleh mana2 individu tanpa pengetahuan aku.

Aku bukan tak sukakan perkongsian.. Tapi, cukuplah kalau korang baca cerita aku ni di sini...  Tamak juga bukan sifat yang menjadi kegemaran aku.. Tapi bagi aku, ini hak aku, yang perlu aku pertahankan! Dan mana tahu kalau satu hari nanti aku di izinkan menyiarkannya dengan lebih meluas, ianya akan mendapat sambutan... Berangan sudaaa...

Hanya ini yang aku mampu berikan... Ucapan terima kasih dan satu entry khas buat dia yang dah menunaikan janjinya.. =))


cc: http://hairulharimaumalayaa.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment