Showing posts with label bukan niat saya. Show all posts
Showing posts with label bukan niat saya. Show all posts

Friday, 15 June 2012

Saya Tahu Niat Awak! (sambungan bukan niat saya)


Awak!

Perkataan rindu dalam hati saya dah menggunung! Lepas saya dapat surat awak, mak call bagi tahu saya awak dah pindah. Kemana awak pergi? Betulke awak dah bertunang seperti yang awak khabarkan?

Awak,

Dah berbulan-bulan saya cuba jejak awak di facebook. Tapi, tak ada seorang pun yang tahu. Di rumah lama awak pun dah berganti penghuninya. Saya cuba risik pada mereka. Tapi hampa! Mereka kata, awak jual rumah tu. Kenapa awak jual? Kan awak sayang sangat rumah tu? Rumah yang awak minta saya buat interiornya hanya tinggal kenangan.

Awak,

Betullah orang kata, kalau kita dah kehilangan seseorang tu, barulah kita sedar yang kita menyayanginya lebih dari yang kita sedari. Itulah keadaan saya sekarang! Saya dah kehilangan awak! Dan kalau boleh, saya nak cari di mana sahaja awak berada. Saya betul-betul menyesal! Meninggalkan awak tampa kata putus satu hari dulu, membuatkan saya merasakan diri ini terlalu bodoh!

Awak,

Ingat lagi tak tempat melepak kita dekat pondok sebelah tasik? Awak selalu menangis kalau ada masalah. Saya pula tak pandai pujuk, kalang-kabut saya cari tissu buat awak. Sebab tu tiap kali keluar dengan awak, saya akan pastikan bawa tissu bersama. Tapi, saya tak pernah rasa awak menyusahkan saya! Saya rasa kenangan dengan awak sangat indah! Sampai sekarang saya tak pernah lupakan awak!

Awak,

Sebelum saya pindah dulu, awak pernah tanya soalan tentang hubungan kita. Ya! Saya ego! Masa tu, saya tak mahu mengaku cintakan awak! Sebab saya takut orang lain perlekehkan saya! Bila orang kata kita pasangan kekasih, saya suka sangat! Tapi depan awak, saya buat-buat marah! Saya tak tahu apa yang dah saya buat, sampailah hari saya berpindah! Saya takut nak berterus terang!

Awak,

Saya tahu tindakan saya yang marah-marah buat awak kecil hati. Lebih lagi saya tak bagi tahu awak saya nak pindah! Saya tak sanggup jumpa awak! Nak berdepan dengan awak! Saya takut hati saya rapuh dan tak jadi berpindah! Saya tak sanggup, sebab awak, saya lepaskan peluang mencapai impian saya! Dan yang paling saya takut, awak minta saya melamar awak!

Awak,

Saya kejam sebab menghukum awak sebelum ianya terjadi. Saya takut pada bayang-bayang yang saya sendiri cipta. Tak sangka hubungan kita menjadi renggang hanya kerana sikap saya yang mementingkan ego! Bodohnya tindakan saya!

Awak,

Mesti awak banyak menangis dalam jangka masa tu. Mesti awak mula membenci saya masa tu. Dan semestinya sebab itu juga awak terima pinangan lelaki lain. Lelaki yang tak menyakiti awak dengan ke-egoan yang menggunung seperti saya!

Awak,

Tengahari tadi, saya terserempak dengan adik awak. Penat saya pujuk dia bagi number handphone awak. Tapi, hampa. Dia kata, awak dah tak pakai handphone. Dari sinar mata adik awak, saya pasti ada sesuatu yang dia sembunyikan dari saya. Saya ajak borak dan minum bersama pun dia dah tak sudi. Agaknya, benci sangat dia dengan saya!

Awak,

Saya demam hari ni. Tadi, kawan saya belikan bubur nasi McD. Serta merta nama awak yang terlintas dalam kepala! Dulu, pantang saya demam, awak rajin belikan bubur nasi. Paksa saya pergi klinik, makan ubat dan minun air masak! Rindunya saya pada awak!

Awak,

Saya dah tak sanggup nak tanggung rindu pada awak. Rindukan muka awak yg bujur sireh tu. Rindukan gelak tawa awak. Yang paling saya rindu adalah senyuman awak! Saya tahu, saya bersalah sebab tak dapat lupakan awak. Awak dah ada dia! Tapi, izinkan saya mencintai awak, walaupun sekejap!

Awak,

Tadi, saya dapat messege dari adik awak. Dia bagi alamat baru rumah awak, dan minta saya datang petang ini juga! Meloncat suka saya bila mendapat peluang ini! Saya janji pada awak, saya tidak akan mempersiakan peluang ini. Awak tunggu saya! Petang ni kita jumpa!

Awak,

Saya dah ada dekat kawasan rumah awak. Ramai tetamu awak petang ni. Yang lelaki bersongkok, dan yang perempuan bertudung. Awak buat kenduri ke? Kenapa saya tak sedap hati? Saya teruskan melangkah memasuki rumah awak. Kaku kaki saya, bila abang awak menyambut saya dan membawa saya ke ruang tamu.

Di ruang tamu, ramai yang mengerumuni sekujur tubuh yang sudah kaku. Abang awak kata, itu awak. Saya dah tak dapat nak melangkah lagi. Saya dah tak sanggup berhadapan dengan kenyataan ini. Gugur air mata jantan saya!

Saya tak sangka, ini kesudahannya. Melihat jenazah awak terbujur kaku di hadapan mata. Bacaan yaasin dah memenuhi di segenap rumah awak. Saya tahu, ini kenyataan. Akhirnya, awak tinggalkan saya dulu. Dalam keadaan saya yang benar-benar yakin dengan cinta saya pada awak! Tapi, saya sedar! ALLAH lebih cintakan awak dari cinta saya pada awak!

Awak,

Talkin terakhir yang di bacakan tadi buat air mata saya tidak berhenti mengalir. Tamatlah hubungan awak dengan dunia, dan bermulalah perjalanan yang baru untuk awak di alam sana. Saya hanya mampu meredhakan pemergian awak.

Ya ALLAH... KAU ampunilah dosa-dosanya. KAU tempatkanlah dia di sisi hamba-hambamu yang beriman. Dia dah kembali kepadaMU. Semoga apa yang dia lakukan di dunia, mendapat redhaMU. Amin!

P/S: rekaan semata2..

Friday, 18 May 2012

Bukan Niat Saya.......



awak....

awak tau tak saya sayang sangat dekat awak? awak tau tak saya cuba sembunyikan perasaan saya dekat awak selama ini? dan awak jugak tau tak bayak soalan yang saya nak tanya pada awak tapi saya pendamkan... awak buat saya macam kekasih awak... awak layan saya macam sayalah cinta hati awak... tapi... saya masih tak tau kedudukan saya kat hati awak...

awak...

saya cuba jadi yang terbaik dalam hidup awak... tapi saya tahu, saya bukan lah yang terbaik untuk awak... banyak kelemahan saya awak... saya pernah berharap awak dapat membimbing saya... tapi saya tahu awak tak mampu... (mungkin awak tak didik dengan agama yang sempurna.. sbb tu saya takut nak sandarkan harapan...) saya tahu... saya bukan lah yang terbaik dalam bab-bab agama... tapi saya masih tahu hukum halal dan haram... awak juga pasti begitukan? pasti tahu hukum-hukum agama kita....

awak...

saya rindukan awak... saya rindu cara awak melayan saya... awak bukan lah lelaki yang suka-suka menyentuh tangan saya... bahkan awak takkan senang-senang nak pegang pipi saya kalau saya menangis depan awak... awak mesti cepat-cepat cari tisu dalam porch bag  awak, kalau tak ada, awak akan cari dalam hand bag saya... awak betul-betul menjaga saya... awak akan pastikan kita bergembira apabila kita keluar berdua... tapi... kita tetap kawankan awak? adakah tempat saya dalam hati awak?

awak...

malam tu, saya betul-betul tak tahan... saya nak tahu jawapan awak... sebabtu saya ajak awak chat dalam fb dengan saya... mula-mula kita borak macam biasa... sampailah tiba-tiba awak cakap awak sayang saya... saya nak tahu sejauh mana awak sayang saya... sebab itu saya tanya... awak anggap saya sebagai apa? kalau kita kawan baik, awak pasti akan terus terang dengan saya... mula-mula awak jawap, awak sayang saya bukan macam adik beradik... lepastu awak cakap saya pon bukan kawan bagi awak... malah lebih... saya dah gembira dapat tahu jawapan awak... tapi... lepas saya tanya lebih macam-mana... awak tak nak jawap... awak senyapkan saya... awak buat tak tau je dengan saya....

awak...

lepas malam tu... awak layan saya lain sangat... kejap-kejap awak hepi borak dengan saya.... kejap-kejap awak marah-marah saya... saya tak paham la kenapa awak buat perangai macam tu... saya ada buat salah ke dengan awak? saya tak tahu apa salah saya... awak marah pon tampa saya tahu hujung pangkal cerita... saya masih sabar melayan kerenah awak sebab saya sayang sangat dekat awak....

awak....

sampai hati awak tak bagi tahu saya... kenapa awak tak bagi tahu saya awak pindah tempat kerja... jauh pulak tu... awak dah pergi baru awak bagi tahu saya... lepas tu awak tak jumpa pon saya buat kali yang terakhir sebelum awak pindah... saya menangis petang tu... saya tak dapat mengawal perasaan saya... sampai hati awak ketepikan saya... siapa saya pada awak? awak tolong la jawap saya... kenapa awak layan saya macam ni? salah ke saya nak tahu jawapan awak? salah ke saya sebab sayangkan awak... dan mungkin saya dah pun cintakan awak... bukan sedikit perasaan saya pada awak... dah mendalam rasa ini dalam hati saya...

awak...

saya tak mahu awak sedih bila tahu keadaan saya... semalam saya pergi hospital... tengok keputusan ujian makmal pasal migrain saya... CTscan saya nyata tak menyebelahi saya wak... keputusannya amat memeranjatkan... semua ujian saya dah buat... tapi jawapan tetap sama... dalam kepala saya ada satu benda asing yang di panggil barah... saya tak tahu macammana boleh jadi macamni... selama ini saya ingat sakit kepala saya ni cuma sebab migrain... tapi nyata ia bukan... sekarang semua dah terlambat... saya akan cuba buat rawatan yang mana boleh... operation bukan lah pilihan utama dalam kes saya sebab barah dah merebak ke tulang belakang saya....

awak....

selamat tinggal... awak akan tetap menjadi memori saya... suka duka yang awak kongsikan bersama saya akan saya jadikan kenangan... saya tak tahu sampai bila saya dapat bernafas kat bumi ALLAH ini... saya doakan umur awak panjang... saya akan berusaha melawan penyakit ini walaupun nyata saya dah tak ada harapan... awak carilah pendamping yang sesuai untuk awak... saya dah tak mampu nak menggembirakan awak... sekarang saya dah tutup akaun facebook saya... saya harap awak tak cari saya lepas ni... simpan kenangan kita tau awak...

awak...

saya akan sayang awak sampai akhir nafas saya... surat yang saya kirim baru-baru ini pasti awak dah baca... maafkan saya sebab menipu... saya buat semua ini untuk kebaikan awak... saya sanggup awak membenci saya... sebab saya tahu awak akan dapat lupakan saya kalau saya buat macam tu.... selamat tinggal awak... doakan saya nanti... saya hanya mampu doakan kebahagiaan awak... saya dah tak mampu nak bahagiakan awak....

Ya ALLAH... KAU dengarlah rintihanku... KAU kurniakanlah kebahagiaan dan kesempurnaan hidup untuknya... aku hanya mampu berserah pada-MU... kerana aku tahu KAU MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG.... jika aku pergi untuk menghadap-MU, KAU ampunkanlah dosa-dosa aku... KAU permudahkanlah segala urusan mereka yang menyemadikan aku... dan KAU lindungilah keluargaku, ibu bapaku, sahabat handaiku, serta seluruh umat islam...

Huhuhu.. Love th