Saturday 24 November 2012

Misi Mencari 'Imam'! 19



BAB 19

Khir sedang bercakap di hand phonenya. Sekejap-sekejap dia menoleh ke arah aku. Tapi satu butir bicara pun aku tidak dapat dengar. Dia datang dan menghulurkan hand phonenya kepada aku.

" Abah " Ujarnya.

Aku menyambutnya. Setelah menjawap salam dan bertanya khabar, baru abah bertanyakan tentang penangkapan kami sebentar tadi. Suara mak pun kedengaran marah-marah bila aku cakap tidak mahu buat laporan. Abah tenang sahaja.

" Abah, cukuplah Uzma malu macam ni, malam ni. Uzma taknak kecoh-kecoh. Benda dah selesai."

" Kalau Uzma dah kata macam tu, abah tak mahu komen. Tapi, pastikan tak jadi lagi. Tak pasal saja kamu adik beradik kena tangkap basah." Abah tergelak-gelak di hujung bicaranya. Selepas berbual serba sedikit kami memutuskan talian.

Khir pandang aku sebelum tersengeh. Aku pula mencebirkan bibir!

" Kekasih gelap betulla akak ni."

" Woi! Mulut! Tak pasal kena tangkap basah!"

Mengekek Khir gelak.

" Tahu tak apa. Menggeletar kepala lutut Khir masa dia orang cakap mula-mula buka pintu tadi."

" Akak ingat kenapa tadi. Bila tiba-tiba orang tu cakap bersekedudukan, akak malu betul!"

" Siapalah yang buat laporan ye?"

" Entah! Malas akak fikir!" Aku cuma mengeluh. Macam-macam! 

Sampai ke tempat tidur aku masih tak habis fikir kejadian tadi. Tak ada ribut, tak ada taufan tiba-tiba jabatan agama serbu rumah ni. Nasib baiklah aku bukan jenis orang yang suka cari pasal. Kalau nak kata malu, siapa tak malu?

Lima orang lelaki masuk rumah ni tanpa usul periksa buat tuduhan aku dan Khir pasangan kekasih yang buat maksiat! Dengan penampilan muslimah aku ni, takkanlah orang yang melaporkan tu tak fikir? Bunyi hand phone menandakan message masuk menyebabkan aku tersentak.

+ Assalamualaikum. Dear buat apa? -Hairi

- Wa'alaikumsalam. Tengah menung je. Ada apa dah tengah malam msg? -Uzma

+ Aik! Takkan msg buah hati pengarang jantung abang pun nak kena soal siasat? -Hairi

- Taklah. Uzma penat. Pening dengan benda yang jadi dekat sini. -Uzma

+ Abang dapat tahu pasal tangkap basah tu. Kelakar betul. Mak marah betul dekat orang yang buat report. Abah pun kena marah dengan mak. -Hairi

Aku dah berkerut kening bila abang Hairi cakap abah kena marah dengan mak. Kenapa pula?

- Eh! Apa pasal? -Uzma

+ Lagi nak tanya ke? Pasal dear duduk sana, abang dekat sinilah. Mak kata, kalau tak sebab abah berkeras, tak jadilah peristiwa bersejarah macam ni. -Hairi

Aku tersengeh! Agak tak berpuas hati dengan berbalas message aku call terus abang Hairi.

" Mak cakap apa saja?"

" Amboi. Excited betul?"

" Mestilah. Macam-macam jadi dekat sini minggu ni saja."

" Mak cakap, kalau Dear jadi tunang dengan Fauzan, tak adalah Dear sampai pergi johor tu. Mak betul-betul bangkitkan nama Fauzan kali ni." Apa yang menyebabkan aku tersengeh pun, aku tak tahu.

" Abah kata apa?"

" Abah senyap saja. Tapi, hari ahad lepas masa on the way balik rumah, abang ada ternampak kereta Fauzan bersaing dengan kereta abang. Masa tu abang keluar dengan mak. Fauzan macam dari rumah kita je."

" Abang biar betul? Siapa dekat rumah?"

" Abah. Masa abang sampai rumah abah tengah siram bunga."

" Erm. Dia cari abang tak?"

" Kalau cari abang, dia boleh call abang, kalau abang tak ada. Ni tak call pun."

Berkerut dahi aku fikir pasal Fauzan pula.

" Dahlah. Tak tahu nak kata apa. Cakap pasal Fauzan, dia send rakaman video camera kat Uzma."

" Amboi. Abahkan pesan tak boleh berhubung. Beraninya?"

Aku tergelak.

" Dia tak bagi terus dekat Uzmalah. Dia send dekat e-mail Khir."

" Patutlah macam happy saja suara dia. Dah ada pengubat jiwa rupanya." Suara abang Hairi ceria menggiat aku. Aku hanya tersengeh! Macamlah abang Hairi depan aku.

" Bolehla. Abah tak kata cara tu tak boleh. Jadi tak salah kot."

" Yela. Abang pun takkan cakap pada abah. Pastikan Khir tak mengadu tahu."

" Itu abang jangan risau. Dia takkan bagi video tu kalau dia tak setuju." Yakin betul jawapan aku. Tapi, betul apa. Kalau Khir tak suka, awal-awal lagi dia tak perlu beri video itu dekat aku.

" Baguslah. Pandai-pandai kawal Khir tu. Rajin bebeno keluar malam."

" Uzma dekat sini dia jarang keluar malam la. Tahu kakak dia sorang dekat rumah. Abang jangan risau. Tak puas hati, Uzma komplen."

Abang Hairi tergelak.

" Yelah. Ha, dah dekat pukul dua belas ni. Bila nak tidur?"

" Kejap lagi. Esok, kalau abang contect Fauzan, jangan lupa kirim salam."

" Takkan kirim salam saja?"

Aku dah pelik.

" Habis? Nak kirim apa lagi?" Kepala yang tak gatal ni aku garu-garu.

" Tak mahu kirim rindu dan sayang?" Terdengar gelak tawa abang Hairi di hujung talian.

" Boleh juga. Kirim salam sekilo, rindu dua kilo, sayang berkilo-kilomiter. Boleh?"

Abang Hairi makin rancak tergelak! Aku hanya tersengeh. Sengaja aku cakap macam tu. Puas hati aku!

" Okeylah Dear. Abang nak masuk tidur. Esok abang sampaikan kalau contact si dia. Abang minta maaf ya Dear."

" Okey! Uzma maafkan. Uzma pun minta maaf. Peluk cium buat mak dan abah tau."

" Okey Dear! Selamat malam. Assalamualaikum."

Setelah menjawap salam aku mematikan talian. Lega dapat meluahkan perasaan. Mata yang semakin berat aku layankan. Dan entah bila masanya aku terlelap.



Aku mengelap cermin depan kereta Myvi kesayangan aku. Makcik jiran depan rumah dah terjengah-jengah di pintu pagar rumahnya. Aku sengaja menegur. Selama dua minggu lebih duduk dekat sini, aku tak sempat nak kenal dengan jiran sebelah menyebelah. Aku perkenalkan diri sebagai kakak Khir. Berubah wajahnya! Kenapakah?

" Maaflah aunty. Saya dah lebih setengah bulan dekat sini tak pernah bertegur sapa. Sibuk dengan urusan kerja. Maklumlah, baru bertukar kerja."

Wajah makcik tu macam serba salah. Tapi aku buat tak tahu. Takkan nak tanya pula?

" Tak apalah. Aunty ingat siapalah jiran baru ni. Tu yang terintai-intai. Selalu nampak kelibat pagi-pagi dah hilang. Malam baru balik. Sibuk sangat ke?"

Haish! Macam mammy jarum saja makcik ni. Aku hanya mengangguk.

" Tak apalah aunty. Saya nak pergi kerja dulu ni. Bila-bila kita berbual lagi. Jangan segan pula nak tegur ya." Sengaja aku berbahasa basi, sebelum melangkah ke kereta untuk pergi kerja.

Hai, hidup dekat mana pun kene berjiran. Mahu dengan tak saja aku ni bergaul.

Khir termenung. Memang kalau ikutkan hatinya, dia mahu marah pada Salman. Gila! Sebab mulut aunty Mahani, dia dan kak Uzma di tangkap basah! Kalau tak bertembung dengan Salman di Bank pagi tadi, dia tak tahu yang aunty Mahani yang buat laporan!

" Khir! Kau tak kerja ke?" Teguran yang tiba-tiba buatnya mencari siapa pemilik suara. Salman yang duduk di meja kaunter khidmat pelanggan mengangkat tangan. Oleh kerana pelanggan bank tak ramai, Khir duduk bersama Salman sebelum gilirannya sampai.

" Kerjalah bro. Aku mana boleh skip kerja. Kakak aku masih tak biasa dengan pengurusan dekat sini."

Berkerut muka Salman. Seperti berfikir sesuatu.

" Kakak kau? Bila masa kakak kau pindah sini? Hairi mana? Dah dekat sebulan tak nampak."

" Abang aku dah balik Selangor. Jaga cawangan sana. Kakak aku yang duduk dengan aku sekarang. Kau tak pernah jumpa kakak aku lagikan?"

" Oh! Perempuan yang selalu awal pagi dah keluar dan dah malam baru balik tu? Kakak kau?" Muka Salman sedikit berubah, macam muka bersalah!

" Yelah. Kakak aku. Uzma Zulaikha." Khir mengangguk-angguk.

" Khir, nampaknya aku dengan mak aku dah salah anggap ni."

" Kau apa hal bro?"

" Pasal Jabatan Agama yang serbu kau malam tadi. Aku betul-betul tak tahu. Mak aku yang bising suruh report. Mula-mula aku taknak. Tapi, bila kerap aku nampak, dan mak aku bising, aku buatlah laporan."

Berubah muka Khir! Tangannya sudah di genggam. Menahan geram. Kalau bukan di dalam bank, mahu sahaja dia menumbuk muka Salman.

" Kau? Kenapa kau tak tanya? Apa guna handphone kau kalau tak pandai guna?" Suara Khir sedikit kasar! Sakit hatinya memandang wajah Salman yang sudah terkulat-kulat.

" Aku minta maaflah bro! Aku tak terfikir pun itu kakak kau. Yelah, kau pun tak macam selalu. Malam-malam dah tak lepak sport center dengan geng kita. Mahu aku tak syak!" Agak bergetar suara Salman membela diri.

" Dah tahu macam tu, cuba kau ketuk pintu rumah aku. Tak pun telifon. Rumah kau dengan aku selang jalan raya je. Bukan jauh. Kau tahu tak yang kau dah fitnah aku dan akak aku."

Berubah muka Salman. Dia tahu itu kesalahannya.

" Aku betul-betul minta maaf. Aku tahu salah aku. Aku harap kau dapat maafkan aku."

Khir mendengus! Rasa geram masih bersisa. Entah kenapa hatinya benar-benar sakit. Nombornya sudah di panggil. Dia bangun sebelum memandang Salman.

" Entahlah. Kalau aku maafkan kau sekarang hati aku tak ikhlas lagi. Tengoklah nanti macam mana."

" Jangan macam ni Khir. Aku betul-betul rasa bersalah."

" Dahlah. Aku nak buat urusan aku. Urusan kita tangguh dulu."



Aku mengetuk pintu bilik Khir. Dari dinding kaca biliknya aku nampak dia termenung. Apa hal budak ni? Lunch tadi aku tegur pun tak banyak cakap.

Aku menolak pintu bilik Khir. Dia masih senyap tak terkutik walau seinci. Sah berangan!

" Assalamualaikum Azrul Zakhir!"

Khir yang termenung nampak tersentak. Selepas menjawap salam aku dia tersengeh. Tapi macam separuh hati saja.

" Kenapa akak masuk tak ketuk pintu?"

" Amboi! Lenguh tangan ni ketuk dik oi. Yang kamu menung ni kenapa? Ada masaalah?"

Wajahnya aku tenung. Entah kenapa aku rasa dia memikirkan sesuatu yang berat.

" Kak, akak boleh tak ikhlaskan hati maafkan orang yang serbu kita malam tadi?"

Berkerut dahi aku bila tiba-tiba dia mengungkit hal malam tadi. Aku menghela nafas.

" Ikutkan, siapa tak marah dik. Akak malu sangat bila ada orang buat laporan macam tu. Tapi, yang datang serbu kita tu akak rasa tak salah. Yang jadi salah bila pandangan dan kata-kata dalam hati mereka yang mengata kita malam tadi. Akak tak mahu kita bebankan mereka. Jadi, akak belajar ikhlaskan hati untuk terima apa yang berlaku. Akak ikhlaskan hati memaafkan mereka."

Khir terangguk-angguk.

" Khir pun cuba buat macam tu kak. Dengan mereka dah selesai, dengan jiran kita tak selesai lagi kak."

" Maksud Khir?"

" Masakan pokok bergoyang kalau tak ada yang goyangkan kak."

Aku mengeluh. Memang aku tak tahu siapa yang memulakannya. Dan aku tak berani menuduh!

" Khir tahu sesuatu yang akak tak tahu?"

" Baru tahu. Tadi Khir terserempak dengan jiran depan rumah kita. Dia mengaku, dia buat laporan." Suaranya lemah. Aku yang dah terkejut, menggelengkan kepala.

" Masyaallah! Kenapa sampai jadi macam ni?"

Khir menggeleng. Aku terdiam.

" Kita kena buat sesuatu Khir. Akak tak mahu kita kena fitnah. Tak elok kita biar saja benda macam ni jadi. Hidup berjiran, tak bolehlah macam ni."

" Nak buat apa?"

" Kita buat majlis makan-makan. Jemput jiran-jiran. Buat BBQ ke. Sekurang-kurangnya mereka dapat kenal akak. Fitnah tu tak tersebar. Macam mana?"

Khir terangguk-angguk. Akhirnya, petang itu kami cuma berbincang tentang majlis yang akan kami buat. Terpaksa juga aku pujuk Khir maafkan mereka yang tabur fitnah tu. Bagi aku, cukuplah dengan memaafkan mereka. Supaya beban di bahu aku juga tak berat, dan mereka tidak menanggung dosa. Cukuplah dengan apa yang dah terjadi! 

1 comment:

  1. baru marathon citer ni.. suka sgt dgn uzma.. hope ada smbungan secepat mungkin.. all d best..

    ReplyDelete