Friday 23 November 2012

Misi mencari 'Imam!' 18



BAB 18

Beberapa minit selepas menghantar client, Khir masuk ke pejabat aku dengan membawa sepotong Tiramisu! Dia tersengeh.

" Jom celebrate!"

" Celebrate apa?"

" Perbincangan yang berjaya sekejap tadi." Ujarnya sambil menghulur sudu kepada aku.

" Ceh! Kedekut! Sepotong je dik?" Aku menyambut sudu yang di beri dan menyudu sedikit Tiramisu masuk ke dalam mulut! Sedap!

" Hoi kak! Tak baca doa!" Sergah Khir. Aku tersengeh, cepat-cepat aku membaca doa. Khir menggeleng. " Pantang jumpa tiramisu. Doa pun lupa baca." Aku tergelak mendengar rungutan Khir.

" Terima kasih! Lain kali beli sebiji untuk akak!" Usikku. Khir mencebik.

" Amboi! Taste dia. Sebiji tiramisu je dah dekat seratus tau kak, kalau dekat Secret Recipe! Kopakla macamni!"

Aku tergelak sakan.

" Kedekut!"

" Dah jangan banyak cakap. Khir ambik balik karang kek ni." Ugutnya pura-pura mahu menarik piring kek di hadapan aku.

" Marah pulak?"

" Mana ada. Khirkan baik." Ujarnya sambil mengenyitkan mata.

" Kalau Khir baik, bagila akak call abang Fauzan." Aku tiba-tiba mengacahnya. Khir memandang aku. Entah kenapa nama Fauzan yang sering bermain dalam kepala aku ni. Dia mengeluh. " Apa mengeluh ni? Tak elok."

" Kak. Khir tahu akak betul-betul sayang abang Fauzan. Tapi, kalau akak suruh Khir tipu abah, Khir minta maaf."

Aku tersenyum pahit. Kalaulah Khir dapat baca hati aku.

" Tapi, semalam abang Fauzan ada send video, dia e-mail kat Khir. Untuk akak. Yang tu abah tak cakap tak bolehkan? Bukan dia contact akak. Tapi dia bagi dekat Khir. Jadi tak salah kalau Khir bagi dekat akak. Betul?" Ujarnya sambil menghulurkan tumb drivenya pada aku. Aku terpinga-pinga.

" Tak mahu Khir simpan. Khir tak tengok tau. Terus download masuk dekat sini."

Pantas aku menganbil tumbdrive dari tangannya. Dia tersengeh.

" Terima Kasih. Sayang betulla akak kat Khir!"

" Dah dapat sayanglah! Cuba tak dapat. Khir la adik yang tak kesiankan kakak."

" Eh, siapa kata? Pandai buat cerita!" Khir mengekek suka. Aku pula berdebar-debar mahu melihat video yang di hantar oleh Fauzan!

" Kak. Sebenarnya, kek ni abang Fauzan suruh Khir beli untuk akak. So, memandangkan Khir tolong, tak salahkan Khir makan sekali?" Ujarnya sambil mengenyit mata.

Kek tiramisu yang tinggal suku itu aku pandang!

" Hampeh!" Tak sempat aku nak mencubit lengan Khir, dia dah lari keluar dari pejabat aku. Gelak tawanya masih kedengaran dari dalam bilik aku.

Aku menggelengkan kepala. Keletah Khir yang kadang-kadang buat aku pening kepala. Tetapi hari ini, dia membuatkan aku tersenyum gembira. Tak sabar aku nak tengok video! 

Hari ini, aku masuk pejabat agak lewat. Dan benda pertama yang aku nampak sebaik saja masuk bilik aku, sejambak bunga carnation warna pink! Pink? Alahai! Siapa punya taste ni? Carnation ni memang la cantik. Tapi aku suka warna merah menyala tu. Aduhai! Siapalah yang suka membazir ni?

Intercom aku tekan, menghubungi penyambut tetamu.

" Ya, Cik Uzma. Ada apa yang boleh saya bantu?"

" Cik Murni, benda warna pink dalam bilik saya ni datang dari mana?"

" Erkk! Pink? Apa tu Cik Uzma?"

" Bunga ni. Bunga warna pink."

" Oh! Yang tu, tadi kedai bunga yang hantar. Cik baca la kad tu. Saya dapat tadi terus letak dekat meja Cik. Tak baca pun."

Aku mengeluh.

" Okeylah macam tu. Terima kasih Cik Murni."

" Sama-sama Cik Uzma."

Lepas letak ganggang telifon, aku membelek-belek bunga carnation yang di hantar sebakul ini. Kad yang terselit aku baca.

* Selamat berkerjasama Cik Uzma. Harap awak sudi berkenalan dengan saya.

Ikhlas,
Haris.

Berkerut dahi aku memikirkan Haris. Siapa? Pintu pejabat aku di tolak. Siapa lagi yang suka buat edisi terjah kalau bukan Khir. Dia masuk dan duduk depan aku.

" Perjanjian dah siap. Tadi Khir dah call Encik Haris. Dia kata nanti dia datang. Dia minta kita set place, luar office untuk tandatangan perjanjian."

" Haris? Yang minta kita supply roti canai frozen dekat semua cawangan mini market dia?"

" Yela. So, bila ni?"

" Petang ni la. Pagi ni akak nak semak update tempahan yang kita dah dapat. Oder sekarang macam dah lebih dari target bulanan. Kena oder stok lebih dekat kilang."

" Okey! Khir tak dapat join kalau petang. Jadi boleh tak akak handle sendiri. Just nak tandatangan je. Akak bawa Fitri ye."

" Okeylah. Just make sure Fitri tahu." Khir mengangguk. Matanya sudah terancap pada jambangan bunga di tepi meja kerja aku.

" Hai. Ada peminat nampak?" Aku menjelingnya.

" Tak kenal. Haris ke apa entah nama." Aku hulurkan kad tadi kepada Khir. Khir menyambut dan membacanya. Berkerut dahinya.

" Encik Haris ke kak? Wah! Baru dua hari lepas jumpa, hari ni dah dapat bunga." Aku pula yang berkerut bila Khir mengatakan Encik Haris.

" Haish! Khir ni. Tak mungkinlah!" Aku pula menafikannya. Khir tergelak.

" Tak percaya, petang ni tanya dia. Okeylah kak. Nanti Khir suruh Izzati setting tempat dan inform akak."

Selepas Khir keluar, aku termenung. Haris? Buat sesak kepala betul la. Adoi.



Aku duduk menunggu kedatangan Encik Haris di Secret Recipe. Dekat sahaja dengan pejabat. Fitri pula sibuk minta aku beli kek bawa balik pejabat. Boleh tahan membodeknya dia ni. Menu kad yang berada di dalam tangan, aku belek lagi, mencari-cari apa yang menarik untuk di makan.

" Dah lama sampai?" Tegur satu suara di hadapan aku. Encik Haris sudah berdiri di hadapan aku. Aku bangun dan mellemparkan senyuman kepadanya. Fitri bersalaman dengannya. Dan aku bersalaman dengan pembantu Encik Haris.

" Tak lama. Baru saja. Jemputlah duduk." Ujar aku. Encik Haris tersenyum. Uihh! Tergugat sekejap!

Kami meneruskan agenda kami petang itu dengan lancar. Encik Haris pula nampak lebih mesra dari pertemuan kami yang pertama. Aku pulak jadi kekok! Kenapa kekok? Sebab aku rasa memang dialah yang hantar bunga carnation pink tu dekat aku! Macam mana aku tahu? Haih! Dia dari mula sampai dok tersenyum penuh makna. Aku pulak naik seram!

Fitri dan pembantu Encik Haris, Fiza bangun pergi ke kek kaunter. Katanya nak cuci mata. Kalau ada yang berkenan mahu di bungkus. Aku jadi tak sedap duduk berdua dengan Encik Haris!

" Dah dapat bunga saya?"

Nak tersedak lemon tea yang aku sedut sekejap tadi. Tak warning betul mamat ni! Cepat-cepat aku mengelap bibir aku. Dia tersenyum! Hampeh! Aku menarik nafas panjang. Cool Uzma, cool!

" Jadi, betullah bunga carnation pink tu dari Encik Hariz?" Dia tersenyum dan mengangguk.

Aku dah tak senang duduk! Lama pula Fitri ni belek kek! Aku tertoleh-toleh Fitri yang rancak berbual di kerusi depan kek kaunter. Patutlah! Mengayat!

" Pink ke? Saya oder warna unggu."

" Yerp! Pink. Err... Encik Haris, janganlah membazir macam tu lagi. Bunga tu bukan saya boleh makan." Nak tak nak keluar juga alasan. Tak suka dengan pemberian itu! Membazir!

" Oh! Saya tak tahu nak bagi apa. Pembantu saya yang bagi cadangan. Lepas ni saya beri benda yang boleh di makan. Boleh?"

" Eh! Tak apa, tak bagi apa-apa pun boleh." Sedaya upaya aku menolaknya. Dia menggeleng.

" Jangan tolak niat baik saya Cik Uzma. Saya ikhlas mahu mengenali awak."

" Err... Encik jangan macam ni. Saya tak selesa. Cukuplah hubungan kita tentang kerja saja. Saya tak mahu libatkan personal dengan kerja." Aku masih bemberi alasan.

" Susahnya saya nak berkawan dengan awak. Atau awak memang tak sudi berkawan dengan saya?"

Aku mula pening. Permintaan Encik Haris yang tiba-tiba buat aku jadi risau. Takut kalau keinginannya tak dapat aku tunaikan.

" Macam inilah Encik Haris. Saya terima berkawan dengan Encik. Tapi, dengan syarat, jangan beri apa-apa macam bunga atau sebagainya. Boleh?" Terpaksalah aku menerima.

" Alhamdulillah. Terima kasih. Saya cuba tak bagi awak apa-apa."

Aku mengangguk. Dia tersenyum. Setelah itu dia meminta diri. Aku menarik nafas lega! Bala apa yang menanti aku lepas ni? 

" Kan betul Khir cakap."

Aku mencebik. Kakinya yang di naikkan di atas sofa aku tolak ke bawah. Aku duduk di sebelahnya sambil mata aku terancap pada cerita di television.

" Akak bukan taknak berkawan dengan Haris tu dik."

" Dah tu? Kawan sajakan? Bukan nak buat apa."

" Khir cakap memang senang. Tapi belum-belum lagi dia dah hadiahkan bunga dekat akak. Tu bukan gaya mat romeo ke?"

" Akak kata tadi dia ikut suggestion pekerja dia. Tak semestinya dia mat romeo kak!"

Ada betul jugak kata Khir ni. Kadang-kadang aku rasa macam aku ni terlalu banyak berfikir. Tengah kami melayan cerita di television, loceng rumah berbunyi. Aku memandang wajah Khir. Siapa?

" Pegi tengok siapa tu Khir?"

Malas-malas Khir bangun. Aku menolak badannya. Dia mendengus! Malaslah tu. Siapa pula yang datang malam buta macam ni?

" Kak, naik pakai tudung. Bawak purse akak sekali."

Muka Khir agak keruh. Aku sudah pelik dengan arahannya. Tapi menurut sahaja. Aku berdebar-debar sepanjang masa kembali ke ruang tamu. Bila aku turun bawah, ada 5 orang lelaki siap bersongkok dan berketayap memandang ke arah aku. Riak muka masing-masing macam tidak senang aku semakin pelik.

" Assalamualaikum Cik. Kami dari Pejabat Agama Islam Kulaijaya. Kami dapat laporan yang dekat rumah ni ada yang bersekedudukan. Lepas intipan kami dua tiga hari ini, kami dapati cik ni duduk berdua dengan teman lelaki cik."

Menyirap darah ke muka aku. Zarah-zarah kemarahan mula menyerbu muka aku! Rasa betul-betul terhina. Khir yang baru turun dari biliknya memandang aku pelik.

" Boleh kami dapatkan pengenalan diri? Kalau ada surat nikah lagi bagus." Ujar salah sorang yang bersongkok.

" Saya minta maaf semua. Jemput duduk dulu. Rasanya ada salah faham dekat sini." Khir mula bersuara. Pandangan sinis mereka membuatkan aku jengel! Mereka duduk di sofa. Aku hanya berdiri di samping Khir.

" IC akak bagi dekat Khir."

Aku menghulurkan kad pengenalan aku kepada Khir. Khir pula menyerahkan kepada salah seorang dari mereka. Kad pengenalan kami di teliti. Mukanya berkerut. Mesti dah baca bin dan binti kami orang yang sama, dan alamat yang sama. Dia menyerahkan kad pengenalan kami kepada rakan sekerjanya. Wajahnya juga berubah!

Aku pasti mereka sudah tahu yang aku dan Khir adalah adik beradik! Entah siapalah yang buat laporan tidak berasas ni. Buat aku malu betul!

" Err... Kami minta maaf Encik Azrul, Cik Uzma. Kami hanya menjalankan tanggungjawap. Bila ada yang melaporkan, kami kena buat siasatan dan serbuan."

Aku geram! Siasatan konon! Dah cakap aku bersekedudukan sekejap tadi lagi nak cover!

" Encik-encik memang patut datang. Tapi, ini ke cara encik-encik semua menyiasat? Tiba-tiba datang rumah kami, dan menuduh kami bersekedudukan. Encik semua ni janganlah main-main."

Muka mereka berubah bila aku bersuara. Nafas aku dah turun naik. Aku geram. Khir juga sudah mengetakkan gigi.

" Kami minta maaf mengganggu kamu berdua. Kami terpaksa menjalankan tugas. Cik perlu faham juga tugas kami." Lelaki yang bersongkok itu bersuara lagi.

" Macam inilah encik semua. Kami adik-beradik. Jadi sekarang apa tindakan yang boleh encik semua ambil?" Khir pula bertanya.

Mereka semua berpandangan.

" Kalau macam ni, kami tak akan dakwa atau buat apa-apa laporan. Sebab ternyata kamu adik beradik. Jadi, kami minta diri dulu ya. Terima kasih di atas kerjasama kamu."

Mereka berlima bangun dan berjabat salam dengan Khir. Bila bersaing dengan aku, masing-masing minta maaf. Aku pula mengangguk saja. Kalau ikutkan malu, memang aku tidak mahu memaafkan! Tapi, aku tak mahu memberi beban kepada mereka bila di akhirat!

Khir mengiringi mereka keluar. Aku terduduk di sofa. Lemah lutut dengan kejadian yang tak di duga. Walaupun aku dan Khir tak melakukan apa-apa kesalahan, tapi aku tetap menggigil! Tak tahu samaada menggigil kerana marah atau kerana geram. 

Kena tangkap khalwat dengan adik sendiri? Haha! Hebat betul kisah hidup aku semenjak kebelakangan ini. Tak sangka ada juga manusia yang mahu melaporkan kami. Setahu aku, semenjak aku berpindah, belum ada seorang pun jiran atau pun orang sekeliling yang datang bertanyakan siapa aku. Atau mungkin kerana aku kurang mesra alam untuk bergaul?

Nak di katakana aku kuarang bergaul, ada jugalah aku berkenalan dengan kawan-kawan jogging di Hutan Bandar tu. Tapi kebanyakan yang aku kenal adalah cina. Melayu ni manalah rajin sangat nak bangun pagi dan berjoging. Aku pun kalau tak kerana mahu kekal sihat, mungkin tak menjejakkan kaki di sana.

2 comments:

  1. bila nk sambung cite nie.. cite nie sgt menarik.... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. linda... terima kasih awak... saya dah letak next episode... maaf la... kali ni lewat... saya agak sibuk... :) ape pon selamat membaca...

      Delete