Friday 18 May 2012

Erti Sahabat

Sahabat...
perkataan yg membawa seribu erti...
sahabat...
yg juga memberi kesan dalam hidupku...
sahabat....
yang mana hadirmu amat bermakna...
sahabat...
yg mana bila ku sebut nama mu, aku terus mengenangkanmu....

Sahabat...
kita telah berkongsi saat suka duka bersama,
mengharungi hari2 yg penuh dengan cobaan yg bukan sedikit,
juga bukanlah sekadar berkongsi suka,
malah duka yg aku rasakan kau pikul bersama....

Sahabat...
hadirnya kamu menyentuh hidupku,
tak pernah ku sangka kenangan sepeninggalanmu sungguh dalam,
mengimbau pengorbananmu,
sebagai sahabatku, kau membuatkan aku insaf,
wang ringgit, keringat, jasa, serta perhatianmu membuatkan aku terlalu menghargai hadirmu,
sumbanganmu tak pernah ku tertahankan,
gelak tawa serta gurau sendamu sudah ku anggap sebahagian dari hidupku.....

Sahabat....
Kau pergi jua,
kau pergi mengadap pencipta kita,
kau pergi meneruskan perjalananmu di 'alam' sana,
kau pergi lah sahabat,
kau pergilah menghadap penciptamu,
walaupun hilangmu membuatkan hidupku sunyi dan kaku,
ku relakan demi mu sahabat...

Sahabat....
Ku sentiasa menitipkan doa serta surah2 lazim kepadamu,
semoga ia dapat membantumu disana,
semoga sumbanganku ini dapat membalas setiap jasa dan keringatmu semasa d sisiku,
aku akan sentiasa mengenangmu sahabat...

Sahabat....
Amanlah kamu sekarang,
semoga apa yg pernah kau lakukan dapatku teruskan,
dapat aku panjangkan,
dapat aku pertahankan,
demi mempertabatkan erti sahabat....

(sajak yg d bacakan oleh my aunty semasa family day)

No comments:

Post a Comment