Friday 18 May 2012

Sesuatu Yang Awak Miliki...

Bila sy dah sukakn awk, sy harap, awk xterkejut dgn permintaan2 sy. Sebab perasaan sy bukan utk membebankn awk, juga bukan utk meminta awk bertanggungjawap. Jauh di sudut hati sy, sy mula sedar, hidup ini memang perlukn pasangan. Bukan krn dah menggatal, tp itulah lumrah kehidupan.

Awk bukanlah calon lelaki yg sy pernah nantikan utk menjadi kesukaan sy. Jauh pula menjadi kegilaan sy. Tapi, akhirnya, ALLAH menunjukkn kuasaNYA kpd sy. Hati yg keras pd insan bernama lelaki lebur juga.

Bukan dgn kata2 manis dan indah yg awk tuturkn kpd sy. Tp sifat yg tegas dan kejujuran yg awk berikan mula menawan jiwa. Selain itu, awk tunjukkan juga sifat kepimpinan awk. Mengimamkan solat adalah satu dr perkara yg membuatkn sy mula tergoda. Suara awk membacakan surah2 begitu mempersona, mengakhiri solat dgn zikir2 yg memuji2NYA lebih mengasyikkn.

Saat itu sy tahu, suara yg keluar dr bibir awk seakan2 irama yg indah dlm jiwa sy. Awk bukanlah lelaki yg memujuk rayu. Bukan juga lelaki yg akn membuktikan apa yg dia miliki. Tetapi awk menunjukknnya dgn cara hidup awk yg tersendiri.

Sebelum ini, luahan perasaan awk, sy pandang sepi. Walaupun rindu mula terbit di hati, sy tetap mahu bertahan. Bukan kerana apa, tapi sy mahu kita sama2 menikmati indahnya sebuah penantian.

Jwpn sudah sy beri. Tapi permintaan sy tetap mahu begini. Kita bercinta, tetapi berkawan. Tidak berjumpa walaupun berteman melainkan keluarga. Awk merancang dan sy berdoa, tp kita sama2 tahu ia kerja ALLAH.

Bersabar menantikan saat2 akan bersama agar jiwa dan hati tak berdosa. Menjaga tutur kata, ya kita perlu perhebatkannya. Kerana kita tak ada apa2 ikatan yg menghalalkan untuk terlalu menyintai.

Syg dan cinta ini yg buatkn sy begini. Sy bukanlah hebat dalam beragama, tetapi sy cuba menjaga selagi terdaya. Cinta pada sy bukan memiliki tetapi di miliki. Biarpn mereka memerli cr kita. Tp kita tahu batas2 yg kita miliki. Biarlah sy lambat dari berteman. Tapi sy yakin awaklah pemimpin sy. Semoga impian untuk bersatu bukan angan2. Semoga ianya jadi kenyataan. Amin...

No comments:

Post a Comment