Wednesday, 17 October 2012

Misi Mencari 'Imam'! (10)





 BAB 10

" Jika teringat tentang dia. Jauh di mata dekat di hati. Tak ada..."

" Sedap suara! Anak dara tak elok menyanyi tengah jalan macam ni." 

Terkejut dengan teguran yang tiba-tiba sehinggakan terlepas kunci kereta dan beg tangan aku. Huh! Ingat hantu mana tegur!

" Assalamualaikum awak!" 

Ujar aku sinis! Dia tergelak sebelum menjawab salam yang aku beri. Suka-suka dia nak muncul bila. Aku mengutip kunci dan beg tangan yang jatuh tadi. Dia bersandar di pintu pemandu Myvi kesayangan aku.

" Awak! Do you mind, move forward. Saya nak balik. Kalau awak rasa nak jadi model kereta, jangan pilih kereta saya yang buatan Malaysia ni. Mungkin lagi sesuai dengan kereta Honda City awak tu."

Dia tersenyum.

" Amboi. Marah ke awak?"

" Marah kenapa?"

" Manalah saya tahu. Tapi, ayat awak tadi buat saya rasa awak sedang marahkan saya."

Dia memandang tepat ke arah wajahku. Rasa macam nak tembus pandangannya. Debaran di dada jangan tanya. Aku cuba mengalihkan pandangan aku supaya tidak terus memerhatikan dia yang bersama pesona yang mula membuka kunci hati aku. Ah! Bukan kau orangnya! Tak mungkin!

" Terpulang. Boleh tolong beralih tak?"

Tapi dia tetap tenang berpeluk tubuh di situ. Tak berganjak!

" Kenapa marah sangat ni? Awak tak nak jumpa saya?"

" Perlukah?"

" Perlu!!" Suaranya di tekankan kuat! Sungguh yakin! Bergetar lagi jantung ini. Ah! Hati!

" Saya tak ada sebab untuk jumpa awak. Pergilah. Bagi saya balik."

" Tak! Selagi awak tak faham kenapa saya tunggu awak petang ni, dekat sini."

Aku mengeluh! Geram dengan perangai keras kepalanya!

" Awak nak apa dari saya? Seminggu lebih tak muncul. Tiba-tiba datang ganggu saya?" Aku geram! Wajahnya aku tatap. Dia pula mengeluh. Wajahnya mula keruh!

" Saya tunggu awak tiap hari minggu lepas. Tapi, tak muncul pun. Kereta tak ada. Saya rasa risau sangat! Takut apa-apa jadi pada awak."

Terkejut aku bila tahu yang dia datang menunggu aku di sini. Tapi kenapa hari ini baru muncul?

" Kenapa awak perlu risau? Saya bukan sesiapa pada awak!"

" Tak perlu risau? Awak, kan saya pernah cakap, saya akan jumpa awak selagi saya tak faham hati saya."

" Apa kaitan saya dengan hati awak?" 

Aku terfikir sesuatu. Tak mungkinlah!

" Awak. Saya tak tahu kenapa, lebih seminggu ni saya tak boleh hidup tenteram. Nama awak saja yang saya ingat. Wajah awak yang saya terbayang! Sikit pun, awak tak ingat dekat saya?"

" Encik Fauzan! Awak jumpa saya baru dua kali! Tolong jangan cakap benda yang saya tak faham. Lagi pun, saya tak nampak awak minggu ni. Tak pernah pula awak call saya dekat office. Tiba-tiba muncul, cakap pasal hati dan perasaan. Apa ni Encik Fauzan?"

" Uzma. Saya pergi Indonesia. Kerja saya yang buat saya ke sana. Sebab itu minggu ni saya tak ada. Ini pun dari KLIA, saya terus ke sini. Berharap awak tak balik lagi. Mujur awak ada."

Barulah aku perasan beg pakaian dan beg bimbit yang tersandar di sisinya. Mana nak perasan. Asyik marahkan dia!

" Awak tak perlu buat semua ini. Saya bukan sesiapa!"

" Macam mana saya nak bagi awak faham? Awak memang bukan sesiapa! Tapi awaklah seseorang! Orang yang penting buat saya!"

Aku pandang wajahnya tepat! Ada sinar rindu di matanya. Wajahnya yang sedikit kepenatan itu aku perhatikan. Ah! Aku tak pasti!

" Dahlah awak! Saya tak nak fikir semua ni."

" Saya nak kawan dengan awak! Kalau boleh, nak lebih dari itu!"

" Awak. Macamni lah. Awak balik dulu. Awak tentu penat. Kita jumpa minggu depan. Dah petang sangat ni."

Dia nampak sedikit kecewa. Beg bimbit dan pakaian di raihnya. Dia terus berlalu. Yang pasti, aku dah melukakan hatinya! Dah hati aku? Meronta hebat melihat dia pergi dengan hati yang kecewa! 

Aku mengekori langkahnya yang kurang bersemangat. Berhati-hati aku memandu. Kereta yang berada di belakang sudah pasti bengang dengan kelembapan pemanduan aku petang ni. Ah! Lantaklah kalau orang nak marah! Fauzan masih tak perasan ke aku ikut dia?

Nak pujuk, tidak? Perlukah? Melampau sangat ke aku tadi? Sampaikan dia macam tak perasan keadaan sekeliling? Kereta aku parking di tepi jalan sebentar. Aku membetulkan selendang yang aku pakai. Lantas keluar dari tempat memandu. Mengejar Fauzan yang sedang berjalan di bahu jalan dihadapan aku.

" Awak!" Dia masih tak beriaksi. Tak dengar kot. Aku cuba memintas langkahnya. " Awak, stop sekejap!" Dia terpinga-pinga, bila aku tiba-tiba muncul. Mukanya agak keruh! Aku di landa rasa bersalah.

" Awak nak balik mana? Saya hantar?" Ujar aku lagi. Dia memandang wajah aku pelik. Aku menunggu jawapannya.

" Tak perlu. Awak baliklah. Awak dah kepenatan. Saya lelaki. Tahu jaga diri." Hambar sungguh suaranya menyahut ajakanku.

" Ke, awak tak sudi naik kereta buruk saya? Nak bandingkan Honda awak, apalah sangat Myvi saya." Aku cuba juga memujuk.

" Tak perlu. Saya boleh tahan teksi." 

Dia tetap berkeras! Aku tak tahu kenapa aku taknak berputus asa. Kalau si Aysh merajuk. Jangan harap aku nak memujuk. Macam kejadian dekat tasik Shah Alam. Akhirnya, Aysh yang datang memujuk aku yang tak pernah merajuk dengan dia!

" Awak! Saya bukan nak colek awak! Awak lelaki, saya colek pun bukan laku kalau nak di jual!" Kan dah pulang balik ayat dia!

Serta merta mukanya berubah. Aku dah penat memujuknya di bahu jalan. Kalau orang lain pandang, mesti ingat kami suami isteri yang tengah bergaduh! Dan suami aku tekad nak lari! Huh! Jauh betul aku berangan!

Aku capai beg bimbitnya dan berpatah balik ke kereta. Aku memandangnya sekilas. Ha! Ikut pun! Aku tersenyum puas hati! Yes!

" Kunci kereta bagi saya." Dah berkerut dahi aku mendengar permintaannya.

" Saya bawa. Awak duduk sebelah." Ada senyuman di hujung ayatnya. Aku tersenyum. Kunci aku hulurkan. Dia dengan gaya yang bersahaja itu membuatkan hatiku berdegup hebat! Betul-betul tak bagi kerjasamalah hati ni!

***

Aku duduk di tangga tempat pertemuan pertama aku dengan Fauzan. Menanti Fauzan yang sedang solat. Kenangan perkenalan yang tak terduga di sini membuatkan aku tersenyum. Entah kenapa, mudah sangat aku menuruti langkahnya.

" Awak memang suka termenung!" Sapanya sambil duduk berdekatan dengan aku. Aku tergelak. Dia tersenyum. Getaran yang maha hebat berlagu dalam setiap urat sarafku.

" Dah solat?" 

Aku terkedu! Nak jawapke? Rasanya muka aku dah merah menahan malu.

" Saya A.B.C." 

Jawapku ringkas. Kalau faham, fahamlah. Tapi, jangan tanya apa-apa sudah. Aku memandang dia yang sudah bersandar pada tiang masjid.

" A.B.C? Oh, okey"

Aku sekadar mengangguk. Aku dapat melihat senyuman di bibirnya. Malunya! Tahu pula short form tu untuk apa. Mana dia tahu? Takut pula bila aku fikir balik! Entah-entah dia dah ada isteri? Huh! Lelaki sekarang!

" Saya ada emak, dan sorang adik perempuan. So, memang saya tahu apa itu A.B.C. Menjadi anak lelaki yang rapat dengan keluarganya, membuatkan saya faham lumrah wanita." Senyuman masih bersisa di bibirnya. Macam faham pula apa yang terdetik dalam hati ni.

" Awak nak saya hantar awak ke mana lepas ni?" Cepat-cepat aku menukarkan topik perbualan.

" Saya nak bawa awak dinner. Boleh?"

Aku mengangguk, dia masih tersenyum. Dia dah bangun menuju ke arah keretaku. Aku hulurkan kunci kereta.

" Awak cepat faham."

Berkerut dahi aku, tak faham. Dia menggoyangkan kunci kereta.

" Ini."

Aku tersenyum. Ah! Perbuatan aku yang spontan tadi boleh menjadi bicaranya. Melihat Fauzan yang amat santai memandu kereta, membuatkan aku tersenyum lagi. Dalam diam, terubat rindu aku padanya. Rindu?


Usai makan malam, hand phone aku melalak-lalak meminta aku mengangkatnya. Macam baby dah hand phone aku ni. Selagi tak angkat, selagi tulah dia nak berbunyi. Aku mengeluh kecil melihat nama yang tertera di skreen. Aysh!

" Angkatlah call tu. Kenapa taknak jawap?"

" Awak tunggu sekejap, saya pergi jawap call."

" No, no. Awak duduk je. Saya nak pergi tandas. Jawaplah call tu." Dia bangun dan memberi ruang kepada aku. Aku tak tahu, ianya alasan atau memang dia nak ke tandas.

Hand phone aku masih meminta perhatian aku jawap.

Selepas menjawap salam, aku mengeluh apabila Aysh melakukan soal siasat! Betul-betul rimas dengan soalannya yang agak mengongkong pergerakan aku!

" Aysh! Tolong faham. Kita masih dalam proses berkawan! Saya tak suka di kongkong! Hak saya untuk balik bila, jumpa siapa dan kemana. Selagi kita tak ada apa-apa hubungan. Jangan buat saya macam hak milik awak! Awak buat saya meluat!" Habis bercakap, aku terus tekan punat merah. Serta merta talian aku putuskan dan aku terus mematikannya. Tak mahukan gangguan!

Fauzan mendekati meja kami, mengajak aku pulang. Entah kenapa, aku sukakan gayanya yang bersahaja. Yang memahami. Yang buat aku tak senang duduk! Yang buat aku jatuh cinta! Jatuh cinta??? Mungkinkah hatiku telah di sapa oleh cintanya??? 

Hujung minggu itu, seperti yang aku janjikan, aku sudah berada di perkarangan rumah Fauzan. Orang ramai yang mula memenuhi ruang rumahnya membuatka aku kekok. Tak tahu mahu cari di mana, bertanyakan siapa dan menegur sapa dengan orang yang tak aku kenali!

" Kak Uzma kan?" Terkejut betul bila aku di sapa. Aku toleh ke belakang! Errkkkk!

" Fyna!"

" Dah betullah akak tadi yang masuk. Mana akak tahu rumah ni? Kak Diah mana?"

Berkerut dahi aku fikir apa yang aku tak faham. Sudahlah malu datang bertandang ke rumah Fauzan tak hilang-hilang. Sekarang muncul pula si Fyna dan bertanyakan tentang Diah! Diah? Aduh! Apakah?

" Fyna dah jumpa kawan special abang rupanya." Rasa terkejut dengan teguran Fauzan. Aku pandang muka Fyna. Dia meraih tangan Fauzan. Mesra! Aku cuma tersenyum. Senget! Fyna adik Fauzan rupanya! Aduh! Kecilnya dunia.

" Ni kawan abang? Yang abang kata nak kenalkan dekat kami? Laa! Kalau yang ni, Fyna dah kenal la, bang."

" Errkk! Kenal dari mana?" 

Dia pula terkejut! Aku hanya menjadi pemerhati sementara Fyna bersoal jawap dengan Fauzan. Mata aku ni dah menggedik menelek penampilan Fauzan yang jauh lebih bersemangat dari pertemuan kami yang lepas.

Di sebabkan aku nak pujuk hati dialah aku ada dekat majlis jamuan makan merangkap kenduri doa selamat yang akan di jalankan selepas Asar. Yang aku tahu, majlis itu sahaja. Rupanya hari ini merupakan hari lahir Muhammad Fauzan Farshi. Tak pula aku sangka Fyna ni adik Fauzan. Dan Farshi yang selalu di ceritakan oleh Diah tu, orang yang ada depan mata aku ni. Dunia ni memang kecil. Cakap pasal Diah, aku tercari-cari kelibatnya!

" Apa yang awak cari? Saya dah dekat sebelah pun masih cari orang lain?" Bisiknya lembut. Mak!! Hati Uzma kena curi! Wajah Fauzan yang nampak lebih kemas dari semalam itu aku pandang sekilas. Debaran semakin hebat bila bau wangian badannya dah menerjah rongga hidung.

" Saya cari Diah."

" Kenapa cari Diah? Saya awak tak cari?"

" Dah awak ada dekat sebelah saya. Takkanlah saya cari."

" Kalau saya tak ada?"

" Awak nak pergi mana?" Aku dah pelik. Fauzan masih tersenyum. Fyna dah pergi melayan saudara maranya. Sesekali aku nampak dia mencuri pandang ke arah kami. Tersenyum-senyum melihat Fauzan yang nampak mesra melayan aku.

" Kemana sajalah! Awak cari tak?"

" Kenapa perlu cari awak?"

" Awak tak cari saya ke selama beberapa hari lepas?" Kami dah berbalas soalan. Nampaknya, Fauzan tetap cuba mendapatkan jawapan aku.

" Awak ingat saya ke?"

" Mestilah. Semenjak pertama kali awak bersuara, saya dah terpesona." 

Aku tak dapat nak sembunyikan senyuman aku bila dia mengakuinya. Bahagia! Rasa terawang-awang di udara sekejap! Hoi Uzma! Jangan nk beranganlah!

" Manis mulut awakkan? Lelaki memang macam ni ke?" 


" Awak jangan nak samakan saya dengan lelaki lain. Saya adalah masa depan awak. Dan tak akan sama dengan Hamdan, atau orang lain." 


" Kenapa awak perlu cakap semua ni? Dan kenapa babitkan Hamdan dalam perkenalan kita?" 


" Sebab saya nak awak lupakan Hamdan. Saya nak awak tahu, saya betul-betul serius." 


" Awak, jangan cakap pasal ni sekarang. Kita dekat tengah majlis. Majlis awak. Saya tak selesa." 


" Awak, awak juga mengaku yang saya bakal tunang awak pada Hamdan. Izinkan saya rialisasikannya Uzma. Semperna hari lahir saya, saya mahu awak menjadi yang paling istimewa dalam hidup saya." 


" Not now Fauzan. Saya tak sedia." 


Terkejut dengan permintaannya, aku pergi mendapatkan Diah yang sedang ralit memandang ke arah kami. Aku tahan air mata yang mula bergenang. Tak tahu kenapa, aku terharu mendengar permintaannya. Diah yang menanti sudah menghadiahkan senyuman penuh makna melihat aku yang semakin mendekatinya. 


" Tak sangka akak dah kenal abang Farshi." 


" Akak pun tak tahu Diah anak angkat keluarga Fauzan." Aku cuba menceriakan suaraku. Fauzan aku pandang dari jauh. Kami berbalas pandang secara tak sengaja. Matanya penuh dengan harapan. Aku resah dengan perasaan yang baru hadir ini. 


" Jadi, akak tak nak ikut Diah sebab abang dah jemput akak ya? Patutlah Diah pujuk akak buat tak layan." 


Aku tersengeh saja mendengar celoteh Diah. Mahu tak mahu, mengaku sajalah. Dah tertangkap basah sebab ada di majlis yang sama, apa lagi yang perlu aku sangkal? 


Fyna mengenalkan ibunya kepada aku. Dia kenalkan aku sebagai teman istimewa Fauzan! Bukan kawan baik Diah. Diah pula menyokong kata-kata Fyna. Ibu Fauzan ni ramah orangnya. Aku yang baru kenal pun sudah sangat selesa berbual dengannya.

No comments:

Post a Comment