Thursday 18 October 2012

Misi Mencari 'Imam'! (12)




BAB 12

" Abang. Betul ke keputusan kita ni?" Zakri yang baru sahaja duduk mengeluh. Umairah tahu Zakri berat hati untuk melepaskan Uzma.

" Saya tengok si Aysh tu dah bersungguh sayangkan Uzma. Uzma kena belajar sayangkan Aysh pula."

" Tapi, abang tak perasan ke, Uzma lain bila dengan Aysh?"

" Apa maksud awak dia lain?"

" Setiap kali Aysh datang, memanglah Uzma layan dia. Tapi, saya tengok dia layan acuh tak acuh saja."

" Biasalah tu. Sebelum ni kawan gaduh. Sekarang nak melangkah ke alam rumahtangga. Kita dulu pun macam tu juga."

" Hish! Kita lain bang. Memang dah kenal sebelum kawin, cuma tak berbalah macam mereka. Tapi, entahlah. Nak kata malu, tak juga. Nak kata suka tak nampak. Nak kata tak suka, saya pun tak dapat nak agak." Risau dengan layanan Uzma terhadap Aysh. Yang pasti Umairah tak nampak sinar cinta di mata Uzma! Ya! Semalam Umairah yang memandai cakap, uzma akan berkahwin. Tapi, tak sangka Zakri nekad memilih Aysh sebagai calonnya. Umairah betul-betul tak sedap hati. ‘Uzma, maafkan mak!’

" Dahlah. Awak jangan fikir sangat. Esok awak bawa Uzma cari barang untuk majlis minggu depan. Kad kredit saya tu bawa. Beli apa yang patut."

Umairah mengeluh lagi. Ini lagi satu masaalah. Pertunangan Uzma!


Aku bersiap ala kadar. Bila-bila masa sahaja Fauzan akan sampai. Tak tahu apa yang akan aku katakan padanya nanti. Harapan aku yang kabur untuk berdampingan dengannya. Mungkin hari ini adalah hari yang terakhir pertemuan kami.

Lagi-lagi aku mengeluh! Aku tahu tak elok mengeluh. Tapi dalam keadaan sekarang, aku tak tahu apa lagi yang harus aku lakukan.

Bunyi kereta yang berhenti di hadapan pagar rumah membuatkan aku bingkas bangun. Fauzan!

Pintu pagar aku buka dan menjemputnya masuk. Dekat halaman rumah sahaja! Tak mungkin aku bawa masuk ke dalam rumah! Aku nampak mak menjenguk di pintu rumah sebelah. Cepat aku mendapatkan emak.

" Mak, Uzma nak keluar kejap lagi. Ni kawan Uzma, Fauzan." Aku memperkenalkan Uzma kepada mak. Emak nampak agak keliru melihat Fauzan.

" Assalamualaikum Aunty."

" Wa'alaikumsalam. Jemput masuk dulu Fauzan. Abah Uzma ada tu dekat ruang bacaan tu."

Agak berdebar bila emak menjemput Fauzan masuk. Tapi takkan nak menghalang pula. Emak macam perlukan penjelasan.

" Duduk dulu Fauzan. Aunty panggil uncle kejap. Uzma ambil air dekat dapur." Aku hanya menurut kata emak. Memang kebiasaannya aku akan perkenalkan siapa juga kawan yang aku bawa dengan emak dan abah.

Gelas aku susun di dalam dulang. Air fresh orange yang aku buat tengahari tadi aku tuangkan. Kek coklat yang memang dah siap terpotong aku piringkan.

" Siapa Fauzan tu Uzma?"

Sapaan emak membuatkan aku tersentak. Aku pandang muka emak yang mahukan penjelasan.

" Kawan."

" Kawan je? Takkanlah sampai datang rumah?"

" Uzma tak tau mak. Keadaan dah jadi macam ni. Mak harap Uzma jawap apa?"

" Istimewa ke dia tu?"

Aku mengeluh. Emak masih menanti jawapan aku.

" Dia imam yang Uzma pilih mak."

Aku dengar emak beristighfar bila mendengar jawapan aku. Aku pandang wajah mak memohon pengertian.

" Dahlah, kita pergi depan. Mesti mereka dah tunggu."

Aku hanya mengangguk dan membawa dulang berisi air dan kek tadi. Abah dengan Fauzan tengah duduk berbual bila aku dan emak masuk ke ruang tamu.

" Jemput minum Fauzan. Air kosong je. Uzma tak cakap pun nak bawa kawan hari ni." Emak menjemput Fauzan. Aku tengok abah biasa saja melayan Fauzan.

" Tak apa aunty. Ni dah okey sangat ni. Saya yang nak datang. Jemput Uzma keluar. Sekali gus minta izin berkawan dengan Uzma." Aku agak terkejut mendengar Fauzan meminta izin tanpa ragu-ragu. Dan kenapa dia mengaku mahu membawa aku keluar? Bukan ke aku yang ajak dia?

Seperti faham apa yang aku fikirkan, dia menganggukkan kepalanya. Entah dari mana datangnya semangat itu, aku tersenyum memandangnya! Manis macam susu pekat yang mak selalu beli!

" Uncle tak kisah kalau niat kamu nak berkawan. Tapi, uncle harap kamu tak harapkan apa-apa dari Uzma."

" Saya ikhlas berkawan dengan Uzma, uncle. Dan kegembiraan dia, keutamaan saya."

" Baguslah kalau kamu fikir macam tu. Uzma, abah harap Uzma jaga maruah. Dah nak jadi tunang orang ni kamu jangan lupa pula. Tak manis keluar berdua dengan lelaki lain." Ada amaran dalam kata-kata abah. Aku menahan hati yang terasa amat pedih. Sekilas aku memandang kearah Fauzan. Dia agak tenang. Aku hanya menundukkan kepala. Sebak mengenangkan nasib yang aku sendiri tak pasti!

" Dah la abahnya. Fauzan datang cara elok. Bukan datang bawa anak kita ni kawin lari." Mak pula bersuara setelah melihat aku tak dapat nak menjawap kata-kata abah.

" Uncle, aunty. Saya tak mahu kedatangan saya ni buat keluarga uncle bergaduh. Niat saya ikhlas. Andai jodoh kami satu hari nanti, saya harap uncle dan aunty dapat merestui kami."

Sekali lagi aku terkejut mendengar ayat yang keluar dari bibirnya! Secara tidak langsung, Fauzan meminta restu dari abah! Aku betul-betul tidak menyangkakan dia senekad ini!

Abah menganggukkan kepala. Mak pula mengusap belakang badan aku lembut. Abah! Fahamilah hati Uzma, bah! 

Fauzan memandu keretanya dengan tenang. Dia seorang lelaki yang memenuhi cita rasa aku. Bukanlah seorang lelaki yang berlagak seperti Hamdi. Bukan juga lelaki yang agrasif seperti Aysh. Tetapi, tindak tanduknya yang tegas tetap menunjukkan rasa hati yang tetap. Tak keterlaluan jika aku katakan dia seorang yang matang!

" Awak nak senyap sampai bila?"

" Awak nak saya cakap apa?" Soalannya aku balas dengan soalan. Dia tersenyum. Baru hari ini aku perasan yang dia memiliki lesung pipit. Segak!

" Apa sahaja. Kecuali hal yang menyedihkan awak."

" Maksudnya?"

" Saya tak mahu awak menangis, keluar dengan saya petang ni."

Aku mengeluh. Kalau bukan hari ini kami bincangkannya, bila lagi?

" Cukuplah dengan mengeluh tu. Sejak semalam, sampai sekarang, dah berapa kali awak mengeluh? Awak boleh kira tak?"

Ya! Aku dah terlalu banyak kali mengeluh! Seperti tidak merelakan takdir yang ALLAH atur buat aku. Ya ALLAH! Apa yang aku dah buat ni?

" Maafkan saya. Kalau awak rasa terbeban dengan keadaan saya sekarang."

" Kenapa awak cakap macam ni? Saya tak anggap awak membebankan saya. Malah, kalau ia beban, saya sanggup pikul bersama dengan awak."

" Awak, kita tak ada apa-apa hubungan pun. Jangan cakap apa-apa yang memberi harapan. Saya taknak kita sama-sama terluka."

Suasana sunyi seketika.

" Percaya atau tak, saya sayangkan awak. Bukan seperti adik, kakak, emak, mahupun kawan. Semenjak saya faham perasaan ini, saya amat berharap dapat bersama dengan awak. Saya rasa, diri saya ni dah jadi sebahagian dari diri awak. Dan percayalah, saya ikhlas sayangkan awak." Dengan hanya mendengar kata-katanya itu, aku jadi terharu!

" Tapi, awak tahu saya tak mampu nak bersama dengan awak."

" Uzma Zulaika. Jangan mengingatkan saya pada benda yang tak jadi lagi. Beri peluang untuk kita." Aku menahan rasa sebak. Dan aku tak perasan sejak bila keretanya masuk kawasan parking di One Utama.

" Jangan yakin sangat Fauzan. Saya tak kata sayangkan awak lebih dari seorang kawan." Aku cuba untuk menidakkan perasaan aku.

" Awak tak perlu lafazkan perasaan awak. Saya tahu kita berkongsi rasa yang sama. Kenapa nak nafikan lagi Uzma? Saya taknak kita sama-sama menyesal."

" Lebih baik kita tak mulakannya, dari kita sama-sama terluka. Awak dah dengar apa yang abah cakap tadi. Tolonglah."

Kali ini, dia pula yang mengeluh. Aku perasan riaknya yang agak tidak senang dengan kata-kata aku. Ikutkan rasa hati, mahu saja aku memintanya masuk meminang. Tapi, aku tahu ini bukan caranya!

" Awak tunang saya! Dan akan terus menjadi milik saya Uzma. Tolonglah jangan buat keputusan sendiri."

Nak tergelak bila terkenang peristiwa itu. Memang Fauzan nekad mahu memaktubkan kata-kata aku sebelum ini.

" Saya suka awak tersenyum. Saya suka awak ketawa, gembira. Sebab bila awak melakukannya, saya dapat merasakan dunia kita tenang, ceria dan berseri." Dia cuba meraih semangatku.

Akhirnya, petang itu kami hanya berjalan-jalan. Tampa menyentuh lagi bab hati dan perasaan! Hanya sebelum aku menjadi milik orang lain. Ya! Sebelum aku menjadi milik sesiapa pun!


" Esok saya jumpa awak?"

" Saya tak pasti. Jangan berharap."

" Saya call awak malam ni."

" Okey. Bawa kereta elok-elok. Kirim salam pada ibu dan Fyna." Dia masih tersenyum memandang aku. Aku sudah bersedia untuk keluar dari kereta.

" Betul ni saya tak perlu masuk?" Dia bertanya lagi.

" Tak perlu. Lagi pun dah hampir maghrib. Mak dan abah tak ada ni." Dia menganggukkan kepalanya. Berat untuk aku melepaskannya pergi.

Aku menutup pintu keretanya. Tingkap sebelah penumpang dia turunkan.

" Take care!"

" Masuklah dulu. Saya pergi lepas awak masuk." Dia buat aku tersenyum. Perhatiannya membuatkan aku merasakan diri ini terlalu berharga.

Selepas menutup pintu, aku menjenguknya dari tingkap. Sesudah memastikan yang aku sudah masuk didalam rumah, dan selamat, barulah dia beredar. Bahagia? Haruslah! Tapi sampai bila? Masa berlalu begitu pantas. Sehinggakan aku tak sedar, yang aku perlu mengikut kehendak abah!

Selesai mandi dan bersiap untuk solat maghrib, aku menerima pesanan ringkas dari Fauzan, menyatakan yang dia sudah selamat sampai di rumahnya. Layanannya dan keperihatinannya membuatkan aku bahagia. Yang paling pasti, aku cukup tenang setelah bertemu dengannya! 


+ Uzma bersiap. Aysh ambil kejap lagi. Kita dinner. Ada yang perlu kita bincangkan. -Aysh.

Aku mula mengeluh kembali! Kenapa harus sekarang? Aku kepenatan melayan orang sekeliling aku dua tiga hari ni.

- Saya penat. Kita jumpa lain kali?-Uzma

+ Awak sedang melarikan diri Uzma! -Aysh.

- Tolong jangan mulakan. Saya penat. Kita jumpa lain kali, atau tak perlu jumpa langsung! -Uzma.

Aku perlu bertegas! Penat menurut kemahuan Aysh selama ini. Biarlah dia mengadu dengan hero-hero aku. Sampai bila aku nak takut mempertahankan hak aku? Biar kali ini Aysh mengalah. Bukan dengan memaksa!

Aku mencapai Al-Quran. Cuba menenangkan diri dengan mendekatkan diri kepada kekasih yang hakiki. Aku mahu mengadu pada-NYA. Bercinta dengan-NYA. Kerana yang pasti tika ini, DIA tidak pernah meninggalkan aku! 

" Abang tanya ni, kenapa Uzma diam?" Sergahan abang Wan membuatkan aku tersentak.

" Abang nak Uzma cakap apa lagi? Abang lebih percayakan Aysh, dari adik abang sendiri!"

" Aysh tak ada sebab untuk menipu. Kenapa Uzma ni? Abang rasa tak ada kurangnya si Aysh tu."

" Abang nak Uzma buat apa lagi? Salah Uzma sebab tak keluar dengan dia malam tadi. Tapi, abang tolong la faham. Uzma penat sangat semalam. Penat fizikal, penat mental. Kenapa abang tak cuba faham hati Uzma? Sekarang sebab Aysh, abang marah-marah macamlah Uzma buat salah besar sangat."

Air mata aku semakin deras mengalir! Abang Wan marah aku semata-mata aku tak ikut Aysh keluar semalam. Aysh tunggu depan rumah hampir dua jam malam tadi. Tapi aku tak larat nak melayan kehendaknya. Lebih lagi abah dan mak tak ada di rumah.

Dan sekarang, habis di adunya kelakuan aku pada abang Wan. Aku jadi geram! Aku tak inginkan lelaki yang ingin menguasai aku! Ini belum kawin dah pandai mengadu pada abang Wan. Dah ada ikatan nanti, apa nasib aku?

" Abang nak, Uzma call Aysh. Minta maaf sebab kelakuan Uzma yang tak matang tu!" Terkedu mendengar arahan abang Wan, aku pantas menekan punat merah! Serta merta talian putus! Aku rasa terluka dengannya! Talian hand phone aku matikan. Tak mahu ada gangguan lagi. Biarlah abang Wan marah! Aku dah tak sanggup nak bertekak dengan sesiapa pun.



Tengahari itu, emak muncul di pejabat aku. Mengajak aku keluar mencari keperluan pertunangan. Mata yang sembab ini aku cuba sembunyikan. Tapi, emak memang pakar! Selalu dapat mengesan gelodak hati aku!

Nak tak nak, aku ceritakan juga kejadian semalam dan panggilan telifon dari abang Wan. Emak mengeluh melihat keadaan aku. Dia meraih aku kedalam pelukannya. Terasa tenang sekejap.

" Kenapa tak pernah cerita?"

" Mak, anak-anak lelaki mak tu, bukan mak tak kenal." Emak menggelengkan kepalanya. Dia mengusap air mata aku yang masih bersisa.

" Uzma tak suka perangai Aysh mak. Apa hak dia? Sampai abang Wan marah macam salah Uzma besar sangat?"

" Mak tak sangka Aysh tu kuat mengadu. Patutlah mak tengok kalau Aysh datang, Uzma macam pelik."

" Uzma tak tahu mak. Mulanya dia okey. Tapi, sejak abah izinkan dia pikat Uzma, dia mula mengongkong apa yang Uzma buat. Dia buat macam-macam biar Uzma jatuh hati dengan dia. Tapi, hati ni tak terbuka buat dia!"

" Sebab hati Uzma dah terpikat pada Fauzan?" Serkap mak. Aku terdiam. Wajah emak aku amati, melihat jika ada riak kecewa. Emak tersenyum.

" Mak suka cara Fauzan. Datang minta izin macam semalam. Nampak dia ikhlas dan sayangkan anak mak ni. Dan kalau betul kamu suka dia, mak tak ada masaalah."

" Abah?"

" Nanti mak slow talk. Adik-beradik kamu pun nanti mak uruskan."

" Terima kasih mak!"

Aku terus memeluk mak. Erat! Terasa lega dengan janji yang emak buat. Semoga semua berjalan dengan lancar! 

No comments:

Post a Comment