Tuesday 16 October 2012

Misi Mencari 'Imam'! (5)



BAB 5
Suara memberi salam dan ketukan pintu rumah yang agak bingit itu buat aku tersentak. Eh! Menung jauh pulak. Ni semua gara-gara misscall tadi dan juga leka membelek album yang ada gambar Hamdan! Haiih! Baik aku buka pintu cepat. Siapa? 

" Ada pun!" 

Emak memandang aku Sambil menggelengkan kepalanya. Pelikkah? 

" Adalah. Kenapa pula tak ada? Mak ni dah kenapa ketuk pintu rumah Uzma macam nak robohkan je?" 

" Aik! Dia boleh tanya kita pula!" 

" Yela. Kenapa?" 

Betullah aku tak faham. 

" Tengok jam pukul berapa? Kata nak makan. Abah dah bising!" 

Makan? Abah? Alamak!! Cepat-cepat aku tengok jam. Dah hampir pukul lapan tiga puluh minit malam. Haddes! 

" Mak dengan abah makan dulu. Uzma nak solat dulu." 

Emak sudah menggelengkan kepalanya sekali lagi apabila mendengar jawapan aku. Setelah emak berlalu. Aku cepat-cepat menunaikan kewajipan aku. Nanti bising pula abah! Aku bukan takut abah bising pasal tak solat. Tapi takut abah kena gasterik sebab lambat makan! Baikkan aku ni! Haha!

Selalunya pukul tujuh empat puluh lima minit malam aku sudah terpacak dekat meja makan rumah mak. Ni semua sebab termenungkan kisah lamalah ni. Kenapalah masa-masa ni kenangan aku dengan Hamdan muncul? Huh! 


" Kak Uzma. Dari semalam lagi Diah nak tanya pasal status akak dekat facebook tu. Apa kes kak?" 

Masa lunch inilah si budak Radiah ni nak tanya soalan bonus macam ni. Terbantut selera aku nak makan! Huh! 

" Diah, kau ni P.A. akak ye?" 

Diah menggelengkan kepalanya. 

" Akak ni. Buat lawak pulak. Akak mana ada P.A." 

" Setiausaha?" 

" Pun bukan!" 

" Kerani?" 

" Bukan jugak!" 

Aik! Menjawap! Dia tak tahu ke aku tak nak jawap soalan tu. Aku pandang muka blur Diah. 

" Kalau akak tak nak jawap soalan yang best sangat tu boleh tak Diah?" Haaa. Kan senang dah terus-terang. 

" Ala. Ceritalah. Diah bukan radio bergerak macam Sihah tu. Boleh la kak." 

Boleh pula keluar nama si Sihah, budak penyambut tetamu dekat pejabat si Diah tiba-tiba. Ya lah, dengan mulut Sihah yang agak lepas dan juga suka menjaja cerita membuatkan aku dan Diah selalu sangat berhati-hati apabila mahu bercerita apabila Sihah. Masalah sekarang ini, budak Sihah tu bukan ada dekat sini yang kami nak babitkan dia!

 Aku tarik nafas panjang dengar celoteh si Diah. Dia memang tak akan berputus asa selagi aku ak bercerita tentang perkara sebenar. Nak, tak nak aku ceritalah juga. Kejap-kejap dia menganggukkan kepala, kejap-kejap dia gelak. Aku yang cerita dah macam penglibur-lara pula! Tak tahu mana yang kelakar sampai si Diah siap tersengeh-sengeh macam kerang busuk! Rasa macam nak sekeh-sekeh je kepala dia! 

" Kak! Terbaikla abah akak tu. Kalau Diahla kan. Diah memang sokong je apa abah akak buat." 

" Diah!" Nak tercekik aku! Aku pandang Diah ni kecik, besar, kecik, besar je. 

" Jap la kak. Orang tak habis cakap lagi."

Cepat sahaja dia pintas, sebelum aku mula membebel. 

" Akak jangan la macam ni. Dah lama Diah kenal akak dan keluarga akak. Apa yang abah akak buat ni dah patut sangat." 

" Maksud Diah?"

" Dah lama akak menderita. Bukan sebab lelaki je. Yang sokong akak selama ni, keluarga akakkan? Tak kesian ke dekat abah dengan mak akak ke? Sampai bila akak nak membujang?" 

" Akak tak faham apa maksud Diah." Aku memandang wajah Diah serius, meminta penjelasan. Dengan tenang Diah hanya tersenyum sumbing sambil menjawap persoalan aku.

" Akak. Diah rasa, akak perlu tahu ni. Abah akak dah jumpa dengan Abang Hamdan kot. Sebab semalam Diah terserempak dengan abang Hamdan. Dia tanya akak." Diah memandang wajah aku, memancing riaksiku pula.

Oh! My! Hamdan?! Kenapa tak ada orang pernah bagi tahu aku tentang ni. Hamdan dekat sini? Bila dia balik Malaysia? Aku dah rasa macam itik tercabut bulu je bila dengar nama Hamdan! Tak boleh jadi ni! Kenapa masa ni dia muncul? 

" Kak. Akak masih nak dekat abang Hamdan ke?" 

" Haih! Apa yang Diah merapu ni?" 

" Dah tu? Akak tak nak terima pun cadangan abah akak. Akak larikan diri dari lelaki-lelaki yang nak rapat dengan akak. Habis tu macam mana nak jalankan misi mencari "imam" akak tu? Kita tak boleh adakan hubungan dari satu arah je. Akak pun kenalah berusaha. Jangan lari! Kalau akak lari, nanti jodoh akak tak dapat nak kejar, siapa rugi? Akak bukalah hati tu. Bukan untuk Diah. Bukan untuk mak abah akak. Tapi untuk diri akak. Cuba akak fikir, dulu akak bercinta bahagia ke? Kalau tak, masa ni lah akak boleh cari. Kalau susah nak cari, akak tunggulah tiga bulan lagi. Senang kerja abah akak. Akak terima je calon imam yang abah akak pilih!" 

Nah kau! Kena dengar ceramah sekejap dengan budak Diah ni. Aku terkulat-kulat lepas tu. Siap cakap aku lari pula! Mana ada lari selama ni. Aku elok sahaja berjalan! Macam-macam! Diah! Diah! 

Tapi betul juga cakap Diah. Aku tak pernah buka hati aku pada lelaki sejak kecewa dulu. Aku betul-betul menolak kehadiran mereka yang nak menjalinkan hubungan lebih dari biasa. Itu memang aku akui. Walaupun aku sedar tentang itu, aku tetap juga tidak melakukan apa-apa perubahan. Bila pula aku nak mulakan perubahan yang mungkin akan mengubah hidup aku ye?

Hoh! Si Diah ni ada pasang CCTV ke apa ha? Banyak juga dia tahu. Tapi sedihlah! Aku tak tahu mana aku buang kunci hati aku ni! Aku betul-betul tak dapat cari dekat mana kunci tu. Ke, aku tak pernah dapat balik kunci tu? Takkanlah! 

Suasana dekat warung yang sedikit bingit membuatkan aku mula rimas. Lebih-lebih lagi, sekarang memang masa kemuncak. Aku cepat-cepat menghabiskan makan dan mengajak Diah pergi ke masjid berdekatan. Manalah tahu aku dapat ‘hidayah’ nak buka hati ni. Aku tersengeh sendiri. 

Entah kenapa aku rasakan diri aku ni macam di perhatikan. Penat aku tertoleh-toleh mencari kelibat sesiapa yang aku kenali. Tapi tidak kelihatan! Diah pula, sudah melangkah meninggalkan aku! Bukan nak tunggu. Laju betul! 


Usai solat zohor, aku melepak dekat depan tangga Masjid Negeri. Diah suruh aku tunggu sebab dia sakit perut. Malas nak tunggu dalam kereta! Panas! Mata aku melilau-lilau tengok orang yang keluar masuk masjid. Semua membawa hala tuju masing-masing di ‘Rumah ALLAH’ ini. Menunaikan tanggungjawab kepada-NYA.

Rasa malas nak masuk pejabat semula. Tapi si Diah ni macam mana pulak. Hadoi! Suruh dia ponteng sahajalah! Sedang aku menglamun, terasa seperti ada seseorang duduk di sebelah aku. Ni mesti Diah. Siapa lagi yang mahu menempel dekat aku kalau bukan Diah? Tanpa menoleh aku bangun dan terus mengajaknya beredar. 

" Dah ke? Jom kita pergi SACC mall." Ujar aku sambil laju melangkah. Dan dia hanya menurut sahaja langkah aku.

Bila sampai di kereta, aku tercari-cari kunci kereta yang se ingat aku berada di dalam beg tekung. Manalah aku campak tadi?  Tak jumpa pun!

" Diah, kunci...."

Aku menoleh ke belakang ke arah Diah, tapi bukan Diah yang dekat belakang aku. Hai! Pelik! Bukan Diah ke yang duduk tadi? Sejak bila Diah jadi lelaki? 

" Mana Diah?"

Soalku pelik. Mamat yang ikut aku tu pulang gelengkan kepala dia. Siapa pulak dia ni? Dari mana dia datang ni? Aku dah mushkil. Pencolek ke? Muka aku dah berubah! Pucat! Takut woo! Aku tak kawin lagi! 

" Habis tu awak buat apa ikut saya? Awak nak colek saya ke?" Aku cuba menjarakkan diri aku dengan mamat tu. 

" Dah awak ajak. Kata nak pergi SACC mall tadi? Jomlah. Panas ni." Mamat tadi melindungi kepalanya dengan sapu tangan. Gila! Siapa ajak dia ni? 

" Eh, sedara. Saya tak kenal awak! Bila saya ajak awak? Awak ni Diah ke?" 

" Bukan!" 

" Habis tu?" 

" Three!" Selamba sahaja dia jawap sambil menyengih. Aku rasa dah nak meletup dah zarah-zarah kemarahan dalam badan aku bila tengok muka mamat yang tak aku kenal ni. 

" Saya tak kenal awak. Boleh tolong pergi tak?" 

" Tapi, nak pergi mana?" 

" Pergi sahajalah mana-mana, asal bukan depan muka saya." 

" Oh! Okey!" Aku tengok mamat tu pergi ke sebelah kiri aku. 

" Eh, eh! Kenapa awak beralih dekat sebelah saya pulak?" 

" Dah awak tak bagi saya ada depan muka awak. Saya beralih la kat sini."

Lagi-lagi dia buat muka tak bersalah. Aku bagi jelingan maut aku dekat dia. 

" Awak nak apa ni?"

Aku geram dengan perangai dia. Tengah panas, ada pula mahluk yang naikkan suhu kemarahan aku. 

" Mahal la jelingan awak tu. Saya suka!" Ujarnya sambil tersenyum! Sebiji macam orang utan dekat Zoo yang baru dapat makanan! Tak faham betul! 

" Maaf, saya tak ada masa nak layan orang tak betul macam awak." 

" Marahnya Cik... Cik? Apa ya?" 

" Uzma!" Opss! Terbabas! Haih! Aku menekup mulut aku dengan kedua belah tangan. Geram kerana terlepas juga nama aku pada lelaki yang tidak aku kenali sama sekali. Malah aku tak berniat langsung untuk mengenalinya! Perangkap betul la mamat ni! Geramnya! 

" Nice name! Cik Uzma. Okeylah, saya nak berkenalan dengan awak. Boleh?" 

" Gila!" 

" Eh, belum cukup gila lagi ni. Tapi hampir gila sebab awak muncul, buat degupan jantung saya naik gila!" 

Huh! Lelaki! Tiba-tiba aku teringat nasihat Diah. Memang aku jual mahal! Tapi patut ke nak bekenalan cara ni? 

" Kita dekat masjid Cik Uzma! Takkan saya nak ada niat tak baik?" 

Kenyataannya membuatkan aku terfikir kembali. Ya tak ya kan? Bukan dekat shopping complex pun. Tak rugi aku berkenalankan? 

" Nama awak?" 

" Muhammad Fauzan." Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam poket bajunya. Di hulur kepada aku. " Business kad saya." 

" Terima kasih Encik Fauzan." Aku pula menghulurkan business kad aku. 

" Terima kasih Cik Uzma. Saya minta diri dulu ya. Ada jodoh kita jumpa lagi. Assalamualaikum!" 

" Waalaikumsalam!" Aku perhatikan langkah Fauzan. Orangnya agak tinggi dari aku, kemas, berpakaian pejabat dan yang pasti mempunyai mata yang redup. Aku kelek kad yang Fauzan beri. 

Muhammad Fauzan Farshi.
Penasihat kewangan.
Syarikat NzY.
01******** 

Boleh tahan! Kalau ada apa-apa nasihat kewangan, bolehlah aku cari dia. Tambahlah lagi kawan aku. 


" Hah kak! Kat sini rupanya! Penat Diah cari!" 

" Opocot kau!" Haih! Nasib baik aku tak merapu. Dari mana sahaja lah Diah ni muncul. Diah dah tergelak-gelak tengok aku melatah! Hampeh! 

" Akak tenung apa tu? Meh Diah tengok." Kad tu dah bertukar tangan. " Fauzan? Siapa ni?" 

" Ntah! Baru kenal." 

" Wah! Hebat! Akak ni, kat masjid pun jadikan?" 

" Amboi mulut! Nantilah akak cerita dalam kereta. Panas ni." 

" Kunci dekat saya. Sorry!" Kan dah jumpa! Sabar sahajalah Uzma.  

 Diah tersengeh bila dengar cerita aku pasal Fauzan. Rasanya dia lagi excited dari aku. Adake dia cakap calon pertama dah ada. Fauzan tu? Mamat yang entah muncul dari mana tu? Huh! Takut sebenarnya tengok Fauzan tu. 
Sampai sahaja dekat SACC mall, aku pusing dekat parking basement. Agak susah nak dapat parking dekat dalam ni. Tapi nak buat macam mana, dah aku memang suka pun parking sini. Redup! Yang pasti seram juga! Dapat sahaja parking aku dan Diah cepat-cepat naik atas. 

Kami bukan pergi shopping pun. Cuma meronda-ronda buang masa. Dah kata pun nak ponteng! Tiba-tiba Diah cuit aku. Dia memuncungkan bibirnya ke satu arah. Apalah yang budak ni maksudkan. Aku tercari-cari apa yang di tunjukkan oleh Diah. 

Rasa macam hilang nafas sekejap! Baru cerita dah muncul depan mata! Aku betul-betul tak larat nak melangkah bila aku pasti, dia memang menuju ke arah aku! Tolonglah bukan ke sini! Bukan masa ni! Rasa macam nak menangis dah ni! Mak! Tolong Uzma! Abah!

No comments:

Post a Comment