Thursday 18 October 2012

Misi Mencari 'Imam'! (13)

BAB 13

Aku dengan emak tetap keluar shopping barang untuk majlis tunang aku. Barang yang aku beli bukan untuk Aysh! Tapi untuk Fauzan! Bertunang atau tidak, aku terpaksa beli untuk menutup mata abah! Ini semua idea emak!

Duit abah langsung aku tak mahu usik. Biarlah aku gunakan duit aku sendiri. Walau macam mana pun, aku perlu tunjukkan pada abah yang aku membuat persiapan. Sehinggalah emak dapat menguruskan masaalah aku!

" Fauzan jadi datang?" Eh, emak aku ni. Boleh pula bertanyakan Fauzan.

" Kejap lagi mak. Dia pergi solat Zohor dulu." Emak tersenyum.

" Bagus dia ya?"

" Apa yang bagus mak?" Soalku pelik.

" Hari tu, masa kita keluar dengan Aysh, mak yang tanya dia dah solat belum. Kita pula nak kena ingatkan dia. Kalau tak ingatkan, entahkan solat, entahkan tidak."

" Isk! Mak ni. Tak baik cakap macam tu." Dalam diam, aku mengakui kata-kata mak. Takut untuk fikir yang bukan-bukan!

" Mak pun tak suka perangai Aysh tu. Tak tahulah kenapa. Tak sedap hati bila dia muncul tiba-tiba." Aku tersengeh bila emak mula membebel. Emak aku ni boleh tahan. Senyap je. Rupanya dalam diam dia perhatikan aku.

Aku cuba mencari kelibat Fauzan. Jam di tangan aku kerling. Dah pukul dua petang. Sekejap lagi sampailah kot. Emak sibuk mengunyah buggernya.

Mata aku terancap di muka pintu McD. Serentak dengan itu, emak mencuit aku.

" Siapa perempuan tu?" Berkerut aku tengok aksi perempuan yang tak cukup kain tu meliang liuk di sisi Aysh. Asyh memeluk pinggang si gadis mesra! Mereka khusyuk berbual di selang dengan gelak tawa yang amat menjelekkan telinga aku.

Mak dah beristighfar. Aku tersengeh! Sumbing! Dalam diam aku memanjat kesyukuran. Baguslah emak ada.

" Mana handphone kamu?"

" Nak buat apa?"

" Haish! Apa guna teknologi canggih? Ambil video la!"

Emak aku ni betul-betul canggih! Pantas aku merakam aksi-aksi Aysh bersama pasangannya. Emak tiba-tiba bangun!

" Mak nak pergi mana? Uzma tak habis rakam."

" Teruskan rakam. Mak nak pergi tegur pasangan merpati tu."

Nak tergelak bila emak cakap macam tu. Macam edisi terjah pulak! Aku teruskan merakam! Dengan penuh semangat emak melangkah! Drama apalah yang emak aku nak lakonkan sekejap lagi? 

Nak tergelak aku tengok muka Aysh bila emak tegur dia. Sampai tertolak gadis yang duduk melekat di sebelah dia. Nasib baik tak tergolek! Malu! Tapi, aku teruskan merakam!

Yang pasti, Aysh tak tahu aku ada berhampiran dengannya dan sedang merakam aksinya yang hot tak ingat tu! Bagus juga idea emak! Aku tergelak bila gadis yang bersama dengan Aysh marah-marah lepas emak pergi. Emak bukan buat apa pun. Tegur sahaja. Tapi, tindakan spontan Aysh menyebabkan aku tak kering gusi!

" Dah jom! Sementara Aysh tak perasan Uzma dekat sini, baik kita pergi dulu. Mak ada plan A." Ah! Sudah! Sejak bila emak pandai nak buat plan untuk aku? Aku mengejar langkah emak yang sudah laju menuju kearah kereta!

" Dah call Fauzan? Bagi tahu tukar tempat?" Aku menggeleng.

" Belumlah! Dah tadi mak suruh Uzma jadi paparazi tak bertauliah. Mana nak sempat." Emak tergelak mendengar rungutan aku.

" Mana handphone kamu? Meh mak callkan dia."

" Dalam bag!" Aku tengok emak sudah memegang handphone aku. Belum sempat mendail, hand phone aku dah berbunyi!

" Aysh!" Ucap mak sambil menyuakan hand phone kepada aku. " Jawab, tapi jangan cakap dengan mak. Kantoi plan mak nanti."

Nak tak nak aku jawab jugalah.

" Ika dekat mana?"

" Tengah drive! Nak pergi jumpa mak. Tapi tak jumpa lagi. Baru keluar office." Pandai sungguh aku menipu!

" Aysh nak jumpa boleh?" Huh! Pandai pula minta izin? Dasar lelaki! Aku jeling ke arah emak. Terus aku tekan butang loudspeaker. Emak yang tolong pegangkan hand phone untuk aku.

" Saya janji dengan mak! Nanti saya call mak tanya boleh tak awak join. Saya call awak balik?" Saja aku nak ambil hati. Tak pasal kantoi mak ada dengan aku!

" Err! Tak apalah kalau Ika keluar dengan mak. Saya jumpa Ika esok ke?"

" Hurm! Tengoklah!" Aku pandang emak, emak dah tersengeh mengejek! Boleh tahan juga emak aku ni! " Okeylah Aysh. Saya tengah drive ni."

" Okey, okey! Hati-hati sayang!"

Cepat-cepat emak matikan talian bila Aysh panggil aku sayang! Aku dah geli tekak mendengar suara gatal Aysh!

" Huish! Gelilah mak dengar! Saja nak cover bila buat salah. Tu tengoklah, cakap nak keluar dengan mak pun dia tak berani!" Emak dah merungut. Aku tersengeh saja! Kali ni aku tengok emak dail nombor Fauzan pula.

" Wa'alaikumsalam." Emak diam sebentar. " Aunty ni. Uzma drive. Ada sebelah ni." Dan emak tergelak kecil. Entah apa yang mereka bualkan. Aku terus pergi ke giant syeksyen tiga belas.

Emak sibuk pilih sayur! Bukan sambung cari barang untuk majlis tunang aku. Majlis tunang? Emak kata buat saja. Tapi nanti emak cerita bila Fauzan sampai. Sementara itu, kami cari barang dapur dan sayur.

Fauzan dah menunggu aku dan emak di kafeteria. Siap dah oderkan air dan kuih lagi. Emak nampak senang dengan Fauzan. Aku betul-betul lega!

" Banyak aunty shopping?"

" Bolehlah! Sementara abah Uzma bagi kad kredit ni, dapat aunty beli lebih sikit!" Aku tergelak mendengar jawapan emak.

" Kenapa tukar tempat?" Aku tahu soalan itu Fauzan tujukan kepada aku. Emak tersengeh. Aku menggaru-garu kepala yang tak gatal.

" Kami lari! Kalau tunggu dekat McD, takut ada drama lain pula." Fauzan dah pelik. Tapi bila emak cerita pertemuan kami dengan Aysh, barulah dia faham. Aku hanya menyokong cerita emak. Tapi, video yang aku ambil, tak pula aku tunjuk.


Bersemangat aku mencari barang-barang untuk majlis bertunang! Kalau abah tahu emak buat plan yang tak berapa nak matang ni, mahu naik darah tinggi abah!

Fauzan pula, terima sahaja cadangan mak. Kami menjengah juga kedai pengantin. Mak dah cadang nak suruh aku ambil pakej sahaja. Aku yang tak tahu apa-apa menurut sahaja.

" Jom, cari cincin!" Aku mengikut langkah Fauzan memasuki kedai Emas Poh Kong. Dia dah mula memilih dua tiga bentuk cincin. Emak pun sama galak nak memberi pendapat. Tapi, aku berkenan dengan cincin belah rotan yang simple saja. Fauzan pula nak bagi dua-dua cincin yang ada batu. Yang pasti harganya mahal!

Lama-lama, emak menyuraikan kekusutan kami. Satu saja cincin berbatu, satu lagi belah rotan. Emak kata nikah nanti kalau nak bagi, bagi ikut yang Fauzan suka. Aku tersengeh! Dan Fauzan menurut permintaan emak!

" Eh! Aunty!" Aku dan Fauzan yang tengah jalan agak belakang sedikit terkejut! Hamdan sedang menegur emak.

Haih! Semua nak muncul hari ini ke? Kalau aku ada sakit jantung, dah lama aku masuk ICU! Tak larat nak menerima kejutan demi kejutan!

Hamdan agak terkejut melihat kehadiran Fauzan. Jelingannya terhadap Fauzan dah cukup menyatakan yang dia tidak senang!

" Hamdan dah kenal dengan Fauzan? Ni bakal tunang Uzma."

" Err! Ya, dah pernah jumpa." Mukanya agak tegang tika itu. Aku sengaja melemparkan senyum bahagia!

" Jomlah mak. Dah nak masuk waktu Asar. Kita pergi masjid terus. Hamdan, jomlah pergi masjid sekali." Sengaja aku mengajaknya. Fauzan sekadar mengangguk.

" Tak apalah, saya ada urusan lain. Saya minta diri dulu ya." Setelah bersalam dengan Fauzan, Hamdan terus pergi.

Aku tersenyum puas! Padan muka Hamdan! Dia ingat aku tak mampu hidup tanpa dia? Kau silaplah! 

Abah nampak puas hati bila nampak aku bersungguh-sungguh buat persiapan pertunangan! Aku buat biasa sahaja. Tak mahu kantoikan plan emak. Dalam lega, ada juga aku rasa takut. Takut abah tahu plan emak sebelum tiba masanya!

Emak lepak dekat rumah aku saja bila dah siap angkut dan kemas semua barang. Abah pula keluar pergi jumpa kawan-kawan surau. Katanya nak minta dua tiga orang kawannya membantu semasa majlis tunang tu nanti. Aku dah kecut perut! Majlis tunang dah macam majlis akad nikah! Abah betul-betul membazir!

" Mak, selamat ke nak buat plan mak tu? Mahu abah batalkan terus macam mana?"

" Tak adanya dia nak batalkan! Mahu malu kalau dia buat macam tu."

" Uzma takut la, abah tu nampak je kelakar. Tapi bila kena dengan perangai tegas dia tu, terkencet Uzma nak puaskan hati abah."

Kegusaran aku ni berasas juga. Kalau tiba-tiba malam tu abah mengamuk. Habis aku! Yang tahu plan ni aku dan Fauzan saja. Tanpa sokongan para hero semalaya aku tu, terselamat ke plan A emak ni? Aku dah termenung. Emak releks saja. Bukan dia yang bertunang, manalah dia nak risau macam aku!

" Dah, jangan nak menung sangat. Fauzan pun dah sanggup nak join plan mak ni. Tak payah fikir banyak. Sampai masanya, mak nak Fauzan yang jadi suami anak perempuan tunggal mak ni." Aku tersengeh. Emak memang faham gelodak hati aku. Cuma kadang-kadang aku saja yang degil!

" Kalau Aysh ajak keluar macam mana?" Baru aku teringat dengan ajakan Aysh. Emak garu-garu dagunya. Berfikir!

" Kamu cakap, tak mahulah. Senang cerita."

" Mahu Uzma kena marah dengan abang Wan lagi nanti."

" Apa susah, Uzma cakap saja, mak tak bagi keluar. Nak dekat bertunang ni darah manis. Kalau nak bincang apa-apa, datang rumah mak. Senang mak dan abah pantau."

" Abah cakap apa pula nanti? Selama ni Aysh minta izin, abah beri kebenaran tanpa tanya pun kemahuan Uzma, mak."

" Abah balik nanti, mak slow talk dengan abah. Uzma jangan risaulah, mak tahu suami mak."

Lega bila mak banyak menyokong tindakan aku. Memikirkan perbuatan Aysh, aku jadi geram. Dasar buaya darat! Dengan aku yang tutup litup ni pun kau nak, dengan yang tak cukup kain pun kau cekup! Tahulah aku kenakan kau!


" Akak! Dah mula buat persiapan ke?" Suara Fyna yang ceria di hujung talian membuatkan aku tergelak. Tentu Fauzan dah beri tahu keluarganya.

" Tadi baru beli barang. Tapi tak gubah lagi. Akak tak tau nak gubah!"

" Itu tak jadi masaalah. Esok, Fyna datang tolong buat gubahan."

" Eh, tak elok la macamtu. Nanti apa ibu cakap?"

" Ibu okeylah kak. Tadi Fyna dah cakap nak tolong akak. Lagi pun abang dah cerita masaalah akak. Pandailah Fyna cover bila ada abah akak." Senang hati aku, bila keluarga Fauzan tak banyak songeh. Terima keadaan aku seadanya.

" Terpulang pada Fyna. Tapi datang malam tau. Esok akak masih kerja lagi."

" Okey kak. Fyna datang dengan kak Diah. Kalau dapat berkampung semalam dekat rumah akak pun Fyna sanggup."

" Akak tak ada masaalah. Jemput datang tau."

Setelah puas mendengar celoteh Fyna, barulah aku dapat bercakap dengan Fauzan. Tak banyak yang kami bualkan. Yang pasti, aku akan menemuinya lunch hour esok!



Aysh sudah duduk menanti aku di meja taman mini dekat rumah mak. Aku kira, mak dah cakap dengan Aysh yang aku tak di benarkan keluar berduaan dengan dia.

" Kenapa mak tak bagi saya bawa awak keluar?" Kan? Itulah soalan pertama yang keluar dari bibirnya selepas abah bangkit untuk memberi ruang pada kami untuk berbincang.

" Salah ke?" Soalku pula. Matanya terancap di wajahku. Entah apa yang di perhatikan olehnya. Segera aku mengalihkan pandangan aku ke arah kolam ikan milik abah.

" Tak kata salah. Tapi dekat sini tak ada privacy la." Dia mula menunjukkan rasa tidak senang dengan arahan mak. Aku dah agak! Dasar lelaki!

" Baguslah mak tak bagi. Kan orang kata, pasangan nak bertunang dan kawin berdarah manis. Tak elok kalau keluar selalu. Lebih lagi kalau berdua."

" Tak pernah pula saya dengar." Nak terbeliak mata aku dengar jawapan dia. Semahunya dia mahu membawa aku keluar.

" Awak yang tak pernah dengar. Sekarang dah dengarkan? Jangan pula cakap tak pernah dengar lepasni." Dia tersengeh. Geram pula aku melihat senyuman kambingnya itu. Teringat-ingat pada aksinya tengahari tadi! Tiba-tiba aku tersenyum!

" Awak senyumkan apa? Tak sabar tunggu malam pertama ke?" Terus mati senyuman aku! Hampeh! Ada pula itu yang dia fikirkan.

" Tolong sikit ye awak! Tak ada maknanya saya nak fikir sampai ke situ!" Geram betul aku dengan pemikiran Aysh tika ini. Nak saja aku luku-luku kepalanya!

" Tapi, kena fikir juga. Bulan depan dah nak nikah. Takkan Uzma tak fikir?"

" Nak fikir apa?"

" Macam mana nak bagi layanan batin pada saya!" Dengan selamber je mamat ni bercakap!

Muka aku dah merah menahankan marah! Malu pun ya juga! Tak ingin aku fikir! Lebih-lebih lagi kau bukan pilihan aku!

Aku mencebirkan bibir! Malas nak layan. Nanti, entah apa lagi yang dia mahu aku fikirkan. Yang pasti, Aysh Adam Dzakwan dah aku tolak jauh-jauh dari senarai suami pilihan! 

Abah seronok melayan Fyna! Ni semua sebab Fyna pandai ambil hati abah. Mula-mula saja abah macam tak suka, bila tahu Fyna adik Fauzan. Tapi, bila si Fyna pandai cuit hati tua abah, dia dilayan macam Diah juga.

Oleh kerana aku tak ada adik beradik perempuan, abah memang tak kisah kalau aku bawa kawan perempuan ke rumah. Tapi dengan syarat, adik beradik aku tak ada di dalam rumah yang sama. Abah dan mak agak tegas dalam bab ini. Aku betul-betul beruntung! 


" Akak, petang ni abang datang ambil tau. Akak tak payah hantar. Ibu pun ikut rasanya." Macam berdebar pula bila Fyna beritahu ibu akan turut sama. 


" Ibu dah tahukan majlis tu macam mana?" Aku memperlahankan suara bila bercerita tentang plan mak. 


" Akak jangan risau. Ibu kata, nak ziarah saja. Pasal hal tu, ibu cakap, abang dah dewasa. Pandai buat keputusan. Jadi, Fyna tak rasa ibu marah." Aku menarik nafas lega. Cuma perkara ini agak rumit bila dengan abah. Berdebar betul aku ni. 


2 comments:

  1. tak de smbungan ke sis... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaALLAH ada... nnt sempat sy update... skrg tengah fokus nak habiskan type cerita ni dan edit semua.. doakan sy dapat siapkan manuskrip cerita ni, sbb karyaseni tawarkan untuk meneliti cerita ini.. =)

      Delete