Saturday 13 October 2012

Misi Mencari 'Imam'! (3)



BAB3

" Abang buat apa kelendar besar tu?" 

" Awak rasa kalau saya tampal dekat sini, Uzma nampak tak?" 

" Laaah! Besar macam tu kalau tak nampak nanti saya suruh dia buat cermin mata, tak pun saya sediakan kanta pembesar bagi dia guna. Budak tu bukan rabun pun, bang. Jadi, ini untuk Uzma la ni ye?”

 Umairah tersenyum-senyum melihat kelakuan suaminya. Bersungguh betul suaminya kali ini.

" Hai, suami kamukan memang bijak! Dah tiga puluh dua tahun kita kawin Mai. Inilah cara terakhir saya untuk lembutkan hati Uzma tu. Lepas peristiwa enam tahun lepas, dia terus tak mahu berkawan rapat sangat dengan lelaki. Risau saya tak dapat menantu lelaki!"

“ Ya lah, bang! Saya tahu abang memang bijak. Kalau tak takkan abang dapat pikat saya.”
Zakri tergelak besar mendengar kata-kata Umairah. Dia masih ingat bagaimana dia bersungguh semasa mahu memikat hati isterinya itu. Mereka bercita selepas berkahwin, tetapi perangai keras kepala Umairah pada awal perkahwinan memang menguji kesabaran Zakri. Bersungguh dia memikat isterinya itu, dan berkat kesabaran dan helah muslihat yang dapat mencuit hati si isteri, akhirnya mereka bahagia.

‘Suami aku ni boleh tahan jugak ideanya. Dah tua macam inilah dia tunjuk bakat terpendam nak mengenakan si anak.’ Umairah terus memerhatikan suaminya memangkah besar tiga tarikh pada kelendar yang di tampalnya tadi. Dia pasti rancangan Zakri akan Berjaya kali ini!

‘Uzma, mak dah tak sabar nak mulakan persiapan kenduri kawin anak perempuan mak.’ Betul-betul seronok hati Umairah melihat Zakri turut masuk campur hal pasangan anak perempuan mereka. Kalau tidak, selalunya Zakri banyak memenangkan Uzma bila dia memperkenalkan mana-mana anak kawannya kepada Uzma.

“ Hari tu abang ada cakap pasal anak Haji Halim yang nak cari bakal isteri untuk anak teruna dia tu apa ceritanya, bang?”

“ Dia ada juga tanya Uzma, tapi saya tak bagi jawapan apa-apa pun. Saya suruh dia datang hujung minggu ni dengan isteri dan anak dia. Nanti awak jangan lupa bagi tahu Uzma, hujung minggu ni jangan pergi mana-mana.”

“ Ya lah, bang! Nanti saya ingatkan Uzma. Bukan abang tak tahu perangai anak dara abang yang sorang tu. Liat benar bila kita suruh dia kenal dengan calon yang kita pilih. Bukan kita nak buat dia merana, tapi saya betul-betul tak faham apa yang dia fikir tentang perkahwinan. Mengelak tak sudah!”

Zakri tersenyum mendengar rungutan isterinya. Uzma Zulaika sememangnya sudah banyak mengelak dari topik perkahwinan. Tapi kali ini Zakri yakin yang Uzma akan mengikut perjanjian yang sudah di tanda-tangan olehnya. Satu-satunya puteri tunggal dalam keluarga mereka, dan juga satu-satunya anak yang agak sukar di mengertikan perangainya. Harapan serta doanya, semoga hati Uzma Zulaika terbuka untuk menerima insan yang bergelar suami apabila tiba masanya.


Balik saja dari office, benda pertama yang aku nampak bila masuk rumah ialah kelendar warna biru, dah siap berpangkah tiga tarikh. Badan aku yang agak-agak penat ni jadi tak penat pula tengok kelendar tu. Yang pasti, kelendar tu baru saja di letakkan di situ.

" Assalamualaikum! Mak! Uzma dah balik."

Terkocoh-kocoh aku tengok emak datang. Ni mesti tengah masak! Apron masih tak buka, dengan senduk dekat tangan, sekali pandang aku tengok mak aku ni macam nak pergi bergaduh pun ada juga. Aku menyengeh saja apabila mak sudah menghampiri.

" Wa'alaikumsalam." Cepat-cepat aku salam dan cium tangan, dua pipi dan dahi emak. Jangan kata aku nak mengampu pulak ya. Ini memang dah jadi amalan aku. Wajib buat macam ini!
Sebenarnya, aku duduk sebelah rumah abah je. Tapi aku memang pengunjung setia rumah emak dan abah macam aku duduk sini. Sampaikan abah pernah perli, suruh aku upah orang tebuk dinding antara rumah abah dan rumah aku untuk buat pintu. Tapi aku? Apa aku kisah. Abah tu gurau dia memang macam tu sejak azali.

" Siapa punya kerja tu mak?" muncung mulut aku mencerun ke arah kelendar tadi.

" Itu? Haaa. Abah!" Jawap emak sambil tersenyum dengan kening yang di angkat sebelah!

" Pulak?"

" Apa pulak-pulak? Tu remainder la. Abah cakap. Bagus kan idea abah. Bernas! Mak suka!" Nak terbeliak bijik mata aku dengar ayat emak aku sorang ni. Sukalah tu aku tersiksa! Oh, TIDAK! Tolonglah aku!

" Biar betul mak ni. Abah yang macam tak kisah tu yang buat? Ke mak cakap abah, tapi mak yang buat ni?"

" Apa yang mak buat?" Suara abah dah kedengaran. Cepat-cepat aku bangun dan salam abah, sebijik macam aku buat dekat emak tadi. Tak kurang, tak lebih. Hormat woo…

" Tu, kelendar awak la. Dia kata saya yang letak kat sana." Belum sempat aku nak jawap, mak dah mencelah.

" Eh! Abah yang penat-penat adjust tempat, pangkah tarikh, mak kamu pulak dapat nama?"

" Abah ni saja je nak perli Uzma ke ni?"

" Apa pulak perli. Ni nk bagi kamu ingat. Nanti jangan pulak kamu buat-buat hilang ingatan. Abah bagi yang besar punya!" Aku tengok abah ni memang dah serius tahap gaban nak beranak betul ni. Sebijik! Adoi! Abah ku sayang.. Kenapakah? Apakah? Siapakah? Tidak!

" Erm! Yela. Abah mak, Uzma balik dululah. Malam nanti datang balik nak makan pulak."

“ Ha! Sebelum mak terlupa, hujung minggu ni kamu jangan buat plan apa-apa. Kita ada tetamu.” Aku yang dah bangun memandang emak dengan wajah yang sedikit pelik.

“Siapa pula ni mak?”

“ keluarga Haji Halim. Dia nak dating melawat. Katanya dah lama sangat kita tak berkumpul ramai-ramai. Anak dia yang kerja dengan Tabung Haji dekat Madinah tu dah balik kerja dekat sini. Itu yang dia nak ajak anak dia sekali nanti. Sebelum anak dia sibuk, inilah masa yang sesuai. Nanti boleh kamu kenal-kenal. Mana tahu dia calon yang sesuai. Tak payah nak cari jauh-jauh.”

Jawapan abah membuatkan aku sedikit terlopong. Ini betul-betul misi abah nak suruh aku kawin cepat. Aduh! Nak kata tak mahu nanti sah-sah aku kena bebel dua puluh empat jam, selama tujuh hari seminggu!

“ Insyaallah! Kalau tak ada kerja, Uzma adalah dekat rumah.”

 Itu sahaja yang mampu aku ungkapkan. Senyuman senget aku sedekahkan dekat mak dan abah. 
Nampak sangat tak ikhlas! Aduhai hati! Beg tangan dan juga beg laptop aku capai. Setelah meminta izin sekali lagi aku cepat-cepat angkat kaki.

Nanti lama-lama duduk dekat abah dan mak , mahu je aku pitam dengan rancangan-rancangan masa depan dan soalan-soalan bonus yang tak bertapis tu. Nasib baik abang-abang dan adik lelaki aku tak ada. Kalau tidak sah jadi bahan.
Hoh! Tak larat. Badan dah kepenatan. Nasib baik dah solat asar. Oh, my bath tab! I'm comming!


Siap je mandi, aku tengok handfon ada tujuh misscall. Bila check, tak ada pulak nama pemanggil. Haih! Siapa sahaja la yang nak call aku. Lantaklah sana, kalau penting mesti orang tu call balik. Aku memang tak akan call balik selagi aku tak kenal pemanggilnya. Nak jawab pun takut juga. Mana tahu 'orang tu' masih cari aku. Haih! Tak pasal je aku ingat kisah lama.

Kalau boleh aku tak nak dah kenang benda dah lepas. Enam tahun aku bina keyakinan diri dan tak rapat sangat dengan mana-mana lelaki. Dan aku masih ingat lagi, dulu ada kawan aku nasihat, jangan bercinta sebelum kawin. Rugi je! Yela, rugi masa, duit, top up, dan yang paling merugikan adalah sejarah tercipta. Sangat menjenggelkan!

Bagi aku dengan insan yang berbeza jantina hanya akan ada perkataan kawan, teman, sahabat, Friends dan yang seangkatan dengannya sahaja. Tak ada nak rapat sangat sampai boleh jadi kawan baik, kawan tempat meluah perasaan dan yang sewaktu dengannya. Kenapa ya? Sedangkan aku tahu berkawan dan membantu kawan tak salah. Tapi, aku tetap tak mahu melangkaui batasan seorang kawan sahaja buat insan yang berjantina lelaki!

Sebenarnya aku dah penat dan tak larat nak merawat hati yang telah di lukakan oleh insan yang bergelar kekasih. Takut juga bila aku kecundang dengan cinta pertama, dan akan kecundang juga dengan cinta yang seterusnya. Ada baiknya kalau aku cari orang yang dah bersedia untuk berkahwin. Bukan nak yang suka-suka bercinta dan ikut trend saja. Lebih-lebih lagi umur aku bukanlah belia remaja lagi! Tapi, bila fikir balik. Apa kaitannya dengan aku yang menghukum semua lelaki yang mahu mendekati aku? Serikkah? Kalaupun aku serik, bukankah manusia ini bermacam-macam ragamnya?

Manusia boleh berubah sekelip mata sahaja apabila mereka mendapat ‘hidayah’. Macam itu jugalah aku sebenarnya. Sebelum ini, maksud aku enam tahun lepas, aku meletakkan kepercayaan kepada insan yang bernama lelaki bukanlah sedikit. Agaknya sebab kebodohan aku menilai hati dan perasaan manusialah aku bertindak seperti itu. Dan nyatanya aku seakan menyesali tindak-tanduk dan juga perbuatan aku yang telah mencintai insan yang tidak menghargai cinta yang aku berikan.

Sehingga aku menghukum lelaki lain? Menghukumkah aku, jika aku hanya melarikan diri daripada mereka? Bukan aku tak berkawan langsung dengan mereka. Malah aku masih boleh berkerja dengan di kelilingi oleh lelaki sahaja. Keadaan itu berbeza barangkali! Meletakkan kepercayaan kepada rakan sekerja bukan di ‘ikat’ dengan perasaan seperti hubungan lelaki dengan perempuan. Ia perlu di lakukan atas dasar mencari rezeki! Tentu sahaja berbeza dengan bercinta!

Ah! Biarlah apa juga yang orang kata atau lebelkan aku saat ini. Yang pasti, aku sudah cukup rapat dengan adik-beradik lelaki aku. Malah abang aku yang juga lelaki menjadi kawan rapat aku selain dari Radiah. Aku tak perlu takut dengan masa hadapan yang akan datang. Yang perlu aku lakukan adalah terus mengharungi hidup ini tampa menoleh dan melakukan kesilapan yang sama!

Mengimbau kembali saat aku merasakan kehilangan separuh dunia aku, sudah cukup buat aku sedar! Betullah orang kata, melupakan kesakitan yang di bina berdasarkan kebahagiaan akan menimbulkan kebencian yang paling dalam. Dan nyatanya ia benar-benar terjadi ke atas aku! Sekental dan setabah mana hati aku menepis semua kenangan lama, tidak akan menjadikan aku kuat untuk berdepan dengan Hamdan. Dan yang aku takuti, saat apabila kami bertemu. Tidak kiralah samaada di rancang atau tidak di sengajakan. Dia adalah senarai mahkluk terakhir yang akan aku senaraikan di muka bumi ini untuk aku temui. Kalau tak masuk dalam senarai langsung pin itu tak menjadi satu asalah buat aku!

Bangkitnya aku bukan dari kekecewaan yang sedikit menyebabkan aku tekad! Aku akan hanya membenarkan hati ini di usik oleh orang yang benar-benar layak sahaja! Ya! Macam kretiria yang aku senaraikan tempoh hari. Aku perlu kuatkan azam untuk mencarinya! Sudah cukup lama aku hanya melarikan diri dari memberi ruang untuk mana-mana lelaki. Dan saat ini aku perlu membuka sedikit sahaja ruang itu. Siapa yang dapai menghilangkan rasa sakit ini, mungkin juga dia jodoh yang ALLAH takdirkan buat aku.

2 comments: