Friday 12 October 2012

Misi Mencari 'Imam'! (2)

BAB 2

Sudah seminggu aku lancarkan misi. Abah yang mulanya tak ambil pusing langsung, tadi dah mula risik-risik dekat emak pasal misi aku. Bukan apa, kawan sekerja abah, minta abah tolong carikan jodoh untuk anak terunanya.. Dan aku? Tentulah antara senarai pendek abah! Hai Uzma! Abah pun dah masuk line?

" Mak! Abah serius ke nak suruh saya kenal dengan anak kenalan abah tu?" Muka emak macam pelik je bila tiba-tiba aku tanya soalan yangg tak ada dalam sillibus otak dia masa tu.

" Kenapa kamu tanya? Nak kenal ke? Abah baru je tanya-tanya. Tapi mak dah tunjuk senarai Tok imam kamu tu."

"Hah!? Mak bagi abah baca ke? Adoi la mak... Oh.. Mak...!!" Aku dah tergeleng-geleng kepala. Rasa terkejut dengan tindakan pantas emak kesayangan aku ni memang boleh buat aku sakit jantung!

" Lah! Apa salahnya, abah tak marah. Dia mintak copy misi kamu  je, dan mak dah bagi tadi." Emak pandang aku sekilas sebelum dia menyambung bacaanya. Entah apa yang menarik sangat dalam majalah yang di baca pun aku tak tahu!

Perangai emak aku ni memang satu saja yang tak dapat nak di kikis sejak aku kecil sampai besar. Dia pengumpul majalah yang berjaya! Dari majalah masakan, kepada majalah wanita, sampailah maskulin pun dia beli! Aku tak tahu mana datang minat dia yang satu ni. Abah pula boleh layankan apa yang emak buat. Siap taja wang saku bulanan untuk beli majalah kegemaran emak. Bagi aku membazir saja! Cerita lebih kurang saja kalau majalah gossip dekat Malaysia ni. Artis tu kawin dengan Dato’ sana, artis sana cerai dengan artis sini. Sampaikan cerita hal rumah tangga pun masuk dalam majalah!

Dan aku, memang tak layan kalau bab-bab artis atau gossip! Sampaikan kawan-kawan lama aku bosan kawan dengan aku semata-mata aku tak layan gossip murahan. Murahankah? Murahanlah kot kalau setakat beli majalah hanya untuk baca kisah orang lain dan akhirnya jadi mesyuarat tingkap. Tak gemar betul aku bab-bab macam ni!



Ah! Uzma, masa macam ni pun masih nak kutuk emak lagi? Aku tergaru-garu kepala aku yang tak gatal ni. Emak masih khusyuk membaca tampa menghiraukan aku. Sedangkan sekarang aku rasa  macam nak pitam. Emak pula buat biasa saja, tapi aku dah rasa tak sedap hati! Habislah kalau abah dah tahu misi aku. Jangan abah cakap aku buat perangai budak-budak sudah. Aku dah macam cacing kepanasan bila tengok muka emak yang selamber, sedangkan aku perasan matanya kedang-kadang melirik kearah aku yang dah tak senang duduk dari tadi. Apa nak jadi ni? Berjaya ke misi aku kali ni? Aku betul-betul tak tau!

Aku melangkah ke dapur mencari air masak. Masa-masa macam nilah yang selalunya aku dapat melepak dengan emak. Tapi nampaknya hari ini ku kena ubah rancangan. Baik aku pergi window shopping dari memerap dekat rumah. Emak pun macam taknak layan aku saja. Eleh! Mentanglah abah dekat rumah, aku ada dengan tak ada, emak buat tak kisah saja.



Usai makan malam aku terus menuju ke ruang tamu. Sah-sah lepas balik dari berjalan sorang-sorang tadi mood aku dah baik. Tapi bila balik saja, abah bagi kejutan yang mampu menggugurkan usus-usus dalaman aku! Err! Usus boleh gugurkah?

Sekejap-kejap aku bangun, berjalan ke hulu ke hilir macam ayam betina kehilangan telur! Huh! Dah berkerut-kerut dahi fikir perjanjian baru dengan abah! Perjanjian apa? Haaa! Yang ini aku tak tahan, emak punya gelak suka dekat aku bila abah suruh tandatangan perjanjian tu. Officially, abah nak, nak juga aku ikut kata dia. Sebelum ini cakap mulut sahaja, selalu sangat aku buat muka tak bersalah. Kali ini, tak dapat aku nak bagi apa-apa alasan. Padan muka aku!

" Tak sudah lagi ke kamu ukur ruang tamu mak ni Uzma? Naik peninglah kepala mak ni!" Emak yang tiba-tiba muncul dekat ruang tamu sambil pegang majalah saji, membuatkan aku sedikit terkejut. Adoi la emak aku ni. Bukan nak bagi salam ke, hello ke, nasib baik aku tak termelatah! Haih!

" Mak! Bagi la salam ke apa, buat orang terkejut je."

" Amboi! Rumah mak, apa kena nak bagi salam ke tidak?"

" Ala mak ni, bukan ke elok kalau mak bagi salam? Doa yang baik-baik untuk Uzma."

" Tak payah mak nak bagi salam pun, mak dah doa yang baik-baik buat kamu. Mak nak anak perempuan mak yang sorang ni kawin."

Alamak! Emak aku dah mula nak bukak cerita dia la tu. Aku dah tergaru-garu kepala yang agak tak gatal ni.

" Mak, pujuk la abah tu. Uzma bukan tak setuju dengan perjanjian yang abah buat tu, tapi, tiga bulan tu kejap sangat la mak. Bagi la Uzma setahun. Kan Uzma perempuan. Takkan la nak jadi perigi cari timba?"

Emak menyengeh je dengar aku merungut. Suka betul orang tua aku ni bila menyaksikan aku di paksa abah menanda tangani perjanjian sebentar tadi.



PERJANJIAN MENCARI MENANTU HAJI ZAKRI DAN HAJJAH UMAIRAH.

1. Hanya TIGA bulan tempoh masa yang sah.

2. Wajib bawa jumpa abah dan emak bila tempoh tamat. Kalau dah jumpa sebelum tarikh tamat lagi bagus!

3. Lelaki itu haruslah mendapat kelulusan abah dan emak.

4. Uzma Zulaika tidak boleh bantah keputusan abah, jika tidak berjumpa calon dalam tempoh masa yang di berikan abah berhak mengahwinkan Uzma Zulaika dengan lelaki pilihan kami.

5. Kawin dalam masa 6 bulan ke 1 tahun selepas tarikh tamat tempoh.

P/S: Abah nak tengok calon menantu yang mengikut misi mencari "imam" yang Uzma Zulaika buat. Good luck!



Tandatangan abah dan aku termaktub dekat situ. Emak pulak jadi saksi. Wajah emak dan abah Nampak gembira bila aku terpaksa menurut sahaja. Bencinya! Sudahlah tarikh luput pencarian menantu ini tamat betul hujung bulan april. Maksudnya? Tak ada makna buat aku yang tengah serabut tahap gaban nak dapat anak!

" Apa yang susah perjanjian tu Uzma? Mak rasa abah bagi syarat tak lah banyak. Lima itu pun kamu dah tak senang duduk. Bukan suruh kawin dalam masa tiga bulan!"

Makin serabut pula aku, bila emak dah mula sokong lebih-lebih perjanjian abah itu. Mana emak tak suka, itulah doa dia siang malam bila dengan aku. Suruh kawin! Belum pun berjaya misi mencari "imam" aku, abah dah bagi plan yang agak mengganggu gugat hati dan perasaan aku. Mana aku nak dapat cari calon yang sesuai ini? Di mana, di mana? Argh! Serabutnya!

" Dah la tu Uzma. Cubalah kamu duduk diam-diam sikit. Mak ingat dah tak ada budak kecil dalam rumah ini, tak adalah mak rimas tengok budak main kesana, kemari. Sudah-sudahlah tu ukur ruang tamu mak ni."

" Mak ni. Uzma tengah risau ni mak. Tiga bulan je abah bagi, tak sampai seratus hari pun. Mana Uzma nak cari "imam" yang macam Uzma senaraikan tu."

" Ada la tu mana-mana nanti. Dahlah. Tak kuasa mak duduk sini. Penat membebelkan anak dara tua sorang ni."

Hoh! Dah kena sebijik dengan emak aku. Ala, aku tak la tua mana. Baru je masuk dua puluh tujuh tahun bulan januari hari tu. Emak bukan tak tahu, orang sekarang ni umur tak jadi masalah. It's just a number, tu la kata kawan aku kat facebook. Haih! Cakap pasal facebook, dah lama aku tak update status aku. Mesti para pengelike tegar dan stalker tak bergaji aku tu tengah bosan sebab tak ada kerja! Okey! On line time!



Uzma Zulaika

Minggu lepas aku dah lancarkan misi mencari "imam". Dan yang menyebabkan aku rasa nak gelak guling-guling sambil menangis bila pagi tadi, abah paksa aku tandatangan perjanjian mencari menantu! Sangat terbaik! Tapi, tiga bulan weiihh! Mana nak cari calon? Anda mahu? Argh! Tekanan! =,="

Kan panjang lebar status aku ni. Kejap je naik status, dah berderet yang like. Yang pantas bagi komen pon ada! Diorang ni memang get ready dekat news feed saja ke ha? Pelik betul. Tengok tu, tak sampai seminit naik status dah berderet pengomennya. Memang terbaik dari ladanglah dia orang ni! Berdebar pula rasanya nak baca komen-komen dekat status aku tadi. Haiiihh!! Kenapalah aku buat status macam ni? Malu pula aku nak membalasnya nanti! Menyesal pulak!

Hamtaro Cute: perjanjian pulak ke awak? Kesian. Mak abah awak tak sabar nak bermenantu tu. Hehehe.

Hasyim Ahmad: kan ada saya, tak payah susah-susah cari. Esok pun dah settle masalah awak. ;-)

Uzma Zulaika: terima kasih daun keladi en. Hisyam. Isteri kat rumah yang tengah sarat tu mana kamu nak sorok? Madu u? TAK RELA! Hamtaro: menantulah sangat! :/

Azrul Zakhir: akak! Abah dah bagi tau Khir. Tahniah dan good luck tau. Tak sabar nak berabang ipar. :-P

Hamtaro Cute: Uzma, saya pasti awak akan jumpa. Selamat mencari! :-)

Nur Jannah: Good luck Uzma! :-)

Lily Andark: Ada orang nak kena kawin! I lolike! ;-)

Uzma Zulaika: Arrggghh! TIDAK! Tekanan cenggini. OUT dulu! Assalamualaikum! @,@"

Aku ingat lepak dekat facebook dapat la cari jalan. Rupanya, lagi bertambah serabut! Someone! Tolong la selamatkan aku! Aku tau ada seseorang kat luar tu buat aku! Cepatlah muncul!

4 comments:

  1. uzma zulaika- moge misi anda berjaya!

    ReplyDelete
  2. bila next entry 17 nk kua... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. an nisa... entry yg dah sy keluarkan ade sampai 19 dah.. cuba check betul2.. mesti ade.. =)

      Delete