Wednesday 17 October 2012

Misi Mencari 'Imam'! (9)




BAB 9

Aku rasa, hidup aku selama seminggu ini macam roler coster. Memang mencabar mental. Malam yang keluar dengan Aysh tu, mak abah jemput Aysh berbual dulu. Macam-macam mak tanya. Abah releks sahaja. Mak nampak sedikit tidak senang dengan Aysh. Tak tahulah kenapa! 

Hujung minggu itu pula aku terpaksa meluangkan masa melayan keluarga Haji Halim. Mujurlah abah tak memaksa untuk memberi peluang kepada anak teruna Haji Halim, Ahmad Saufi. Bagi aku, Ahmad Saufi bukanlah tak baik atau pun taka da ciri-ciri yang aku senaraikan. Cuma hati ini tidak pernah memandangnya lebih! Terutama memandangnya sebagai seorang lelaki yang akan menjalani hidupnya dengan aku.

Pangkah di kelender abah sudah lebih seminggu. Kepala pula semakin sarat dengan jadual harian yang agak tunggang-langgang. Hero-hero aku semua dah balik rumah masing-masing. Dan rutin bekerja aku mula berjalan seperti biasa. Yang pasti kerja yang aku tinggalkan sudah melambak menanti untuk aku uruskan pula. Huh! Perhatian terhadap kerja pula! Uzma, sila fokus!

Abang Am duduk Gombak. Senang dia nak menjenguk anak-anak dia kalau ada apa-apa. Anak abang Am yang pertama, perempuan. Balkis namanya. Baru masuk darjah satu. Mulut dia sebiji macam abang Am! Yang kedua, Bakhri. Baru lima tahun. Tapi dia tak berapa nak sihat. Penghidap asma, tapi nasib baiklah tak teruk sangat.

Sebab itu juga cawangan induk Ellynash Frozen Food ada dekat Greenwood. Dekat dengan rumah abang Am. Aku jaga cawangan dekat Shah Alam, Syeksyen Tujuh. Baru sahaja pindah di sini. Cawangan yang aku jaga, boleh di katakan stor penyimpanan stok sebelum di edarkan. Kadang-kadang sahaja aku pergi induk. Sekarang, ada office sendiri, taklah aku merayap saja.

Abang Wan sibuk dengan tadika baru dia. Minat dia dah ke situ.  Duduknya di Kuala Selangor. Tunang dia orang sana. Dah nak kawin pun bulan April ini. Itu yang sibuk jodohkan aku sana sini. Biar majlis sekali. Jimat belanja. Kata abahlah! Dan yang penting, abang Wan sanggup tundakan tarikh persandingannya, semata-mata mahu bersanding dengan aku! Ermmm!

Abang Hairi, buka cawangan Ellynash Frozen di Johor dengan Khir. Aku dah pergi juga, tapi bukan lepak office, pergi bersuka-ria di Air Terjun Kota Tinggi! Hero aku dua orang tu tak terkata apa melihat perangai aku yang kadang-kadang memeningkan kepala mereka!

Masuk hari ni, sudah lima hari tak ada berita pasal Fauzan. Ini semua gara-gara family aku berkumpul. Apa lagi, cutilah! Fauzan tak ada nombor telifon bimbit aku, aku pula lupa mana aku campak kad yang dia bagi. Haru betul! Si Aysh? Tiap malam duduk bertenggek dekat depan rumah mak! Tak larat aku nak halang. Hero aku cukup suka si Aysh. Aku tak boleh kata apa! 

Semenjak aku habis bercuti, kerja aku jadi melambak. Invoice tempahan pula tak teratur mengikut tarikh. Bertambah kerja aku, satu pagi mengatur balik. Naik bepinar mata, pening kepala sebab tak larat nak hadap invoice yang tebal macam buku aku masa dekat universiti dulu. Yang tak tahannya, bila copy di setiap invoice bercampur aduk dengan original.

Inilah bahana aku tinggalkan kerja pada staff lelaki. Habis bertabur! Dekat office aku mejoriti lelaki. Yang perempuan cuma tukang cuci dengan penyambut tetamu sahaja. Itu pun aku yang minta. Abang Am memang tak benarkan staff perempuan uruskan stok. Kerja berat, biar lelaki buat. Setakat ini, cawangan aku cuma jadi tempat simpanan stok yang sampai dari kilang.

Kami buat perniagaan sejuk beku untuk roti canai segera, kuih muih melayu, dan baru-baru ni, Khir cadangkan buat keledek fries. Tapi masih dalam kajian. Aku tak mahu fikir banyak! Yang pasti, nak siapkan invoice pagi ini juga!


Nak kata aku berharap, tidak juga! Nak kata tak berharap, dari tadi aku asyik kerling telifon pejabat. Naik juling mata aku! Dan yang pasti aku tak faham kenapa aku perlu menjadi seorang penunggu! Huh! Bila? Mana dia? Tak nak callkah?

Bunyi telifon pejabat yang tiba-tiba, membuatkan aku cepat-cepat mengangkatnya! Tak menyempat tunggu deringan yang ke tiga aku dah jawap.

" Assalamualaikum! Kak Uzma!"

" Wa'alaikumsalam. La, Diah ke?"

" Kenapa pulak? Cepat je angkat? Tunggu panggilan client ke kak?" 

" Eh, mana ada! Pelik Diah call guna phone pejabat. Selalu guna handphone."
Sedaya-upaya aku sembunyikan rasa terkilan! Diah ni bukan boleh percaya. Kepala otak dia, ada macam-macam program yang aku tak duga! Setiap kata-kata aku, dia dapat menganalisis dengan baik. Sebab itulah dia sesuai menjadi setia usaha untuk CEO syarikat tempatnya bekerja.

" Yeke? Topup Diah habis la. Tu guna telifon office ni. Nak call handphone, akak faham jelah. Bising pula big bos Diah tu." Ujarnya sambil tergelak. Padanlah!

" Yelah! Ha, ada apa ni? Petang ni tak ada kerja ke duduk sibuk cari akak?"

" Tak ada, Bos Diah tengah cuti lagi. Ni Diah nak ajak akak teman Diah cari hadiah petang ni. Boleh?"

" Hadiah untuk siapa?"

" Adalah. Nanti petang Diah cerita. Akak jangan lupa jemput Diah dekat office tau."

Diah, Diah! Pandai sahaja cari aku. Siap suruh jemput lagi!

" Nanti tunggu tempat biasa. Akak tak nak tunggu lama-lama."

" Terima kasih kak! Jumpa petang nanti tau! Daa." Tak sempat aku nak jawap, Diah dah letak ganggang. Macam ribut! Aku menggelengkan kepala.


"Tadi kata nak cari hadiah? Dah 1 PKNS awak dok pusing. Nak cari apa sebenarnya ni?" Aku dah kepenatan melayan kerenah Diah. Dia ni memang suka mengelek barang dari satu kedai ke kedai yang lain. Belinya tak jugak!

" Hari lahir abang angkat Diah hujung minggu ni. Dia jemput pergi rumah. Takkan Diah nak datang dengan tangan kosong! Akak rasa, bagi tali pinggang je okey tak?"

Macam nak telan budak sorang ni! Kalau dari tadi pilih tali pinggang aku rasa, kami dah balik pun! Sengaja betul dia menguji tahap kesabaran aku!

"Kalau Diah nak beli tali pinggang je, kenapa setiap kedai Diah masuk?"

" Ala kak. Saja je. Diah nak bagi akak buat senaman percuma buat akak! Takkan tak nak terima kot!"

Rasa macam nak luku-luku saja kepala si budak Diah ni! Semenjak dua ni dia aktif sangat menggiat aku. Memang tak makan saman! Aku sengaja menghadiahkan pandangan sinis buat Diah! Diah pula terkulat-kulat bila tengok aku tak senang. Hah! Padan muka!

" Okey-okey! Diah tahu akak penat. Kejap lagi Diah belanja akak makan dekat Bugger King." Siap di kerdip-kerdipkan matanya. Nak menggampu aku betul.

" Diah pergi beli tali pinggang yang Diah nak tu. Akak tunggu dekat bangku tasik depan ni."

" Baiklah kakakku sayang. Jumpa Diah dekat sana. Paling lama pun 30minit je."

Aku menganggukkan kepala, dan melangkah meninggalkan Diah di PKNS. Macam-macam kalau melayan Diah! Dari aku terus mengikut dia mengukur kedai di sini, baik aku ambil angina di tasik.


" Ehem! Ehem! Hai sorang je?" Sapa satu suara.

Pantas aku menoleh. Dia melemparkan senyum pada aku.

Aku perhatikan pakaian yang di pakainya, baju t-shirt addidas, seluar sukan pendek separas lutut, berkasut sukan, sapu tangan tersangkut di bahu. Dan ada satu botol air mineral di tangan. Jelas manik-manik peluh menitis di serata tubuh tegap itu. Baru lepas berjoging mungkin. Aku hadiahkan senyuman buatnya.

" Apa hai, hai? Salam mana? Assalamualaikum!" Sengaja aku tekankan suara aku bila memberi salam. Dia hanya tersengeh. Segak! Hah? Aku puji dia?

" Wa'alaikumsalam. Boleh saya duduk?"

" Tak ada pula signboard kata kerusi dekat sini untuk pameran?" Dia tergelak mendengar jawapan aku. Aku hanya tersengeh. Dia duduk di kerusi batu berhadapan dengan aku.

" Saya takut kalau kerusi batu ni patah sebab tak dapat tampung berat rindu saya pada awak."

" Amboi! Manisnya mulut, macam madu! Tak hal tiap malam duduk menebeng dekat depan rumah mak! Lagi nak rindu? Tak laku lah!"

" Malam tadi tak dapat tahu. Hero semalaya dah pulang ke sarang. Saya malu nak pergi serang sorang."

" Yelah tu. Saya pun tak harap awak datang menebeng tiap hari!"

Aku tengok muka Aysh sedikit berubah.

" Tak apalah awak. Saya nak balik dulu. Jumpa lagi!"

Tak sempat aku nak halang, Aysh dah pergi. Dia pula jadi ribut? Aku dah tak faham! Haih! 

Beria-ia Diah mengajak aku pergi ke Bugger King. Nak tak nak bawa jugalah. Tapi sebab dah nak masuk maghrib, aku ajak Diah solat dulu. Sampai di Masjid Negeri ada lagi setengah jam sebelum masuk waktu. Aku dan Diah sepakat untuk menghabiskan masa dengan membaca Al-Quran. Sekurang-kurangnya, dapat juga pahala. Dari duduk bercerita hal dunia, ada juga baiknya aku cari pahala.

Usai solat, Diah mula merengek lapar! Macam budak kecik! Mata aku meliar tengok orang yang keluar dari masjid. Mana tahu terserempak dengan dia. Tapi, hampa. Bukan sahaja batang hidungnya  tak nampak, bayang pun tak kelihatan!

Aku suruh Diah yang bawa kereta. Dari tadi dia sibuk sangat bercerita pasal abang angkatnya, Farshi. Tapi, satu apa pun tak masuk dalam kepala aku! Diah ni, elok dari abang angkat, mahu juga terangkat status jadi isteri Farshi. Farshi siapa? Aku pun tak pernah jumpa! Diah kata, Farshi dulu kerja dekat Sabah. Baru awal tahun dia balik sebab mama angkat Diah, yang juga mama Farshi sakit.

" Kak. Jom. Dah sampai. Akak ni, sempat lagi menunglah!"

Terkedek-kedek aku keluar kereta dan menyaingi Diah. Dah lapar sangatlah tu. Tak menyempat aku nak mengejar! Kami duduk di bahagian dalam Bugger King.

" Diah oder je apa-apa set untuk akak. Akak malas nak melangut dekat kaunter tu."

" Okey!" Cepat saja si Diah berlalu menempah pesanan.

Aku tengok, dekat Bugger King ni ada wifi. Dah lama tak melawat facebook aku. On line sekejaplah! Aku guna handphone C-3 je. Bukan yang canggih manggih pun. C-3 ni pun terkial-kial aku nak guna. Lagilah kalau guna yang touch screen. Mahu sebulan aku belajar nak guna!

Buka saja facebook, berderet-deret komen dan like. Dalam inbox pun dah bayak yang aku tak check. Mana yang aku rajin aku baca dan balas. Tak rajin, bersawang la messages tu dekat inbox. Aku malas nak baca komen atau inbox. Buat status dah cukup. Lagi pun aku melepak dekat sini bukan nak berwifi. Tapi, nak makan!

Cakap pasal wifi, aku teringat soalan yang pernah di tanya seorang kawan. Apakah persamaan wifi dan juga wife? Nak tergelak pun ada bila kawan aku bagi tahu jawapan. Dah tentu pelikkan? Benda nak di samakan dengan manusia. Jawapannya hubungan! Tapi itulah persamaannya. Wifi menghubungkan hubungan. Wife pula perhubungan antara suami isteri! Heh!

Aku tengok Diah dah mula bayar makanan yang di tempah. Cepat-cepat aku update status aku.

Uzma Zulaika.
# Bersama dak Diah di Bugger King! Jom makan. Sori tak ajak! Sebab orang belanja.
*mood: dating! B-)

Siap saja update, Diah dah meletakkan makanan kami. Banyak betul! Sampai tiga set! Lapar betul ni!

" Kak! Kejap lagi, adik Abang Farshi join tau. Tadi masa oder, dia call. Diah cakap dekat sini. Dia terus cakap nak join. Tak apakan?"

" Laki ke perempuan?"

" Perempuanlah kak. Diah dah lama tak jumpa dia. Tadi dia cakap, dia ada dekat sini. Duduk rumah abang dia. Tapi, abang dia out station. Hari jumaat baru balik."

" Oh, tak apalah. Makan ramai-ramai, taklah bosan sangat. Balik-balik muka Diah."

" Amboi akak! Mulut akak ni, boleh tahankan!"
Diah buat muka tak puas hati. Konon protes. Aku gelak sahaja. Malas layan. Bukan tak tahu, dia tahu aku bergurau. Sambil menunggu, aku makan franch fries cicah dengan ice cream. Walaupun tak la sedap macam aku makan dekat McD. Tapi balun sajalah!

" Assalamualaikum Kak Diah! Lama tak jumpa akak! Rindu sangat!" Suara halus seorang gadis menegur Diah yang sedang sibuk mengunyah fries.
Haa, kau! Jadi jejak kasih kejap dua orang beradik angkat ni. Diah excited sangat sampai lupa jawap salam. Aku jawap dalam hati saja.

" Duduklah Fyna. Ni Kak Uzma. Kawan baik akak." Budak Fyna ni nampak ramah. Senyum memanjang. Muka ala-ala Shila Majid. Aku menyambut salamnya. Dengan sopan dia mencium tangan aku.

" Dah lama Kak Uzma kenal Kak Diah?"

" Lama jugalah. Dari umur Diah 16tahun, akak pula baru habis SPM. Kami jiran dulu. Tapi Diah ni rajin pindah randah. Mana tempat dia tak duduk?"

Fyna tergelak dengar cerita aku. Diah dah tersengeh.

" Memang kak! Dulu kami pun jiran juga. Walid kena pindah ke Sabah, terus susah nak jumpa kak Diah. Selalu dekat telifon sajalah."

" Eh, FB pun akak selalu tegur tau!" Sambung Diah tak puas hati.

" Memanglah FB, tapi masa kami mula-mula duduk sabah, manalah ada facebook. Apalah kak Diah ni!" Aku dah tergelak mendengar celoteh si Fyna. Dia dengan Diah memang sekepala. Patutlah boleh rapat!

" Dah, jangan nak borak je. Ni depan rezeki. Jom makan. Diah dah kelaparan dari tadikan?"

Cepat aku mengajak mereka makan. Bukan tak tahu dengan perangai Diah. Pantang berborak, tiga jam takkan cukup. Fyna dan Diah terangguk-angguk sambil masing-masing memulakan makan. Aku pun makanlah sekali. Takkan nak tengok saja!

Sudahnya, pukul Sembilan tiga puluh malam baru aku sampai rumah. Gara-gara terlalu asyik berbual. Diah balik dengan Fyna. Sebab aku balik dekat Bukit Subang. Diah duduk TTDI, rumah abang Fyna dekat Batu 3.

Betul-betul kepenatan. Usai solat isyak, aku terus tertidur. Hand phone yang melalak-lalak tengah malam tu aku biarkan. Tido lagi sedap! 

Sedar tak sedar, sudah hari jumaat. Aku betul-betul sibuk dengan urusan stok yang baru masuk. Lebih-lebih lagi, sejak abang Am mula buka pasaran ke negeri-negeri lain. Bertambahlah stok yang di simpan untuk memenuhi tempahan.

Yang memeningkan kepala, bila abang Am secara rasminya melantik Aysh sebagai pengurus pemasaran baru di syarikat kami. Sebelum ini dapat juga aku mengelak untuk jumpa dia. Tapi sekarang, pantang ada masa terluang dia sudah tercangok di depan pintu office. Abang Am buat tak faham! Dia kata, biar Aysh belajar tentang syarikat dari aku. Huh! Sungguh penat melayan kemahuan lelaki seorang ini! 


Aku dah tak berharap Fauzan cari aku. Tapi jauh di dalam hati, nama dia juga yang aku seru. Entah bila hati ini nak faham, yang aku perlu halakan jalan cinta aku kepada Aysh! Kenapa Aysh? Mamat tu dah minta izin bukan dekat hero aku je. Mak dan abah pun dah tahu. Aku tak ada pilihan melainkan mencuba. 


Aku mengemas rapi meja kerja aku. Fail sulit syarikat aku masukkan kedalam satu almari yang berkunci. Fail projek terbaru dan lain-lain aku susun kemas-kemas di dalam almari sebelah kiri meja aku. Dalam office ni, memang cukup serba serbi. Dah macam ruang tamu! Bukan macam bilik pejabat! Sebab atas meja kerja aku tak ada kertas atau alat tulis. Memang aku sengaja buat pejabat aku macam ni. Agak santai dan selesa buat aku.

No comments:

Post a Comment