Tuesday 16 October 2012

Misi Mencari 'Imam'! (7)



BAB 7

Ini bukan rasa risau macam gaban nak beranak, atau kucing kehilangan anak! Tapi macam keluar mulut harimau, masuk mulut naga! Betul-betul tak masuk akal! Aku rasa, karpet dekat ruang tamu rumah aku boleh nipis kalau aku asyik berjalan tak henti dari tadi. Haih! Serabut!

Abang Hairi yang baru masuk dekat ruang tamu, aku pandang sinis! Geram yang amat sangat! Sangat-sangat hampeh! Takkan sebab abah dan mak nak pergi umrah bulan June tahun ini, mereka sepakat nak kawinkan aku? Mustahillah! Abang Hairi tarik tangan aku untuk duduk di sebelahnya. Aku hadiahkan  jelingan mahal aku kepadanya. Padan muka dia! Terkulat-kulat pandang aku.

" Meh, angkat kaki Dear, letak sini abang urutkan. Kesian kaki tu. Penat dah tawaf ruang tamu ni."
Aku toleh, abang Hairi tarik kaki aku pelahan dan mula mengurut tapak kaki aku. Nasib baik pakai seluar panjang! Muka Abang Hairi yang menahan tawa aku pandang dengan pandangan geram!

" Tak payah la nak tunjuk baik." Aku cuba menarik kaki aku, Abang Hairi memegang erat pergelangan kaki aku sampai aku duduk diam. Haih! Tak tahu ke aku tengah marah?

" Marah?"

" Kalau Abang?"

" Suka!"

" Yela, Abang je yang kawin macam tu!"

" Mana boleh! Abang lelaki, boleh jaga diri."

" Uzma pun boleh jaga diri juga!"

" Kamu perempuan la Dear! Mak abah pergi sebulan. Dengan perangai Hamdan yang meroyan cari dear, dear sanggup tinggal sorang-sorang?"

" Uzma tinggallah dengan Abang."

" Habis tu kerja macam mana? Kan Abang Am dah cakap, bulan June staf tak boleh cuti, kerja banyak. Nak kena siapkan akaun sebab hujung bulan tu dah nak buat audit! Lagi pun masa tu tempahan banyak. Tak kesian dengan Abang Am? Siapa nak handle tempahan kalau bukan Dear? Abang Wan pun sibuk dengan taska baru dia tu. Khir jangan harap la. Sekarang fikir! Nak abah cari calon ke, nak cari sendiri?" Tagas betul!

Aku dah tunduk. Terdiam. Bila abang Hairi dah membebel, memang aku tak boleh nak mencelah. Aku tarik kaki aku, bangun!

" Jom keluar! Pegi lepak mamak!"

" Aiikk?"

" Jomlah. Serabut ni!" Aku dah melangkah ke arah bilik. Nak bersiap! Abang Hairi masih lagi duduk dekat sofa. " Siap tau!" Jeritku lagi.


Akhirnya aku bawa rombongan Cik Kiah pergi mamak. Ni semua gara-gara Khir yang masuk rumah aku masa aku tengah siap-siap nak keluar. Bederetlah semua nak ikut! Konon nak cari ketenangan berdua dengan Abang Hairi, dah jadi berlima! Ceh!

Nasib baik mak dan abah malas nak ikut. Mana taknya, dah hampir 12malam. Aku apa kisah, asal boleh sahaja. Sampai mamak dekat Subang Perdana, aku terus pilih meja yang berada di luar. Sedap sikit duduk di sini dari dalam kedai, berangin. Dan dengan kerenah adik-beradik akuyang kecoh, tak mungkin aku selesa berada di dalam kedai yang masih ramai pengunjungnya. Abang-abang dan Khir berderet mengekor aku. Macam anak itik!

Semua tak berani nak buka cerita pasal mesyuarat tadi. Abang Am pula bukak cerita pasal anak-anak dia yang tengah nak membesar. Abang Am dah kawin dengan kak Sulaiha. Dah ada dua orang anak mereka. Tapi, sebab kak Sue tak dapat cuti, abang Am balik sendiri. Tengah-tengah seronok berbual, ada pula kawan Abang Wan datang menengur. Macam aku kenal. Tapi siapa?

" Ni Ika ke? Adik kau yang chubby tu? Sayang intan payung aku tu? Yang aku suka usik masa kecik tu? Lawa dah! Dah kawin belum?"

Haih! Suara mamat ni boleh tahan kuat! Siap tanya soalan bonus lagi! Takkan nak bagi satu kedai mamak tahu siapa aku? Malu!

" Inilah sayang kau Aysh! Tak kawin lagi. Tunggu kau pinang kot!" Abang Wan menjawab. Aku menjengilkan mata mendengan jawapan Abang Wan. Geram!

Gegak meja kami dengan gelak tawa diorang. Rasanya muka aku dah merah menahan malu. Jadi dialah Abang Aysh yang suka tarik tudung aku masa zaman aku sekolah menengah dulu. Patutlah macam kenal. Dah lain betul rupa dia. Dulu badan macam papan sekeping. Kene tiup angin pun boleh melayang! Sekarang nampak dah maskulin. Dengan janggut sejemput, cermin mata tak berbingkai. Memang dah smart sangat! Tergoda ke?

" Aku on saja! Lagi pun tak sempat cari. Mummy aku pun tak sabar nak bermenantu. Agaknya memang jodoh dengan sayang sorang ni lah kot"

Errkkk! Nak tersedak aku dengar ayat dia! Tak pernah bertapis dari dulu! Memang selamba badak dia cakap macam tu depan adik-beradik aku yang lain. Gila! Masa-masa macam ni? Aduh!

Adik-beradik aku semua dah tersengeh! Abang Hairi dah angkat-angkat kening! Seram! Bala, bala! Aku tahu maksud mereka! Dan seperti yang aku jangka adik-beradik aku bagi cadangan yang terbaik! Sesedap rasa, sesuka hati, limpa, hempedu, buah pinggang mereka sahaja menyuruh aku bagi peluang dekat si kerempeng Aysh a.k.a Adam Aysh Dzulkarnain! Eh! Dah tak kerempeng sekarang ni. Badan dah berketak macam badan Taylor Lautner dalam cerita The Twilight! Eh! Apa pasal aku puji si Aysh tu? Syuh, syuh, syuh!

Dan secara rasminya si Aysh tu dah masuk dalam senarai pendek misi mencari imam aku. Ini semua di atas desakan mereka. Bukan kerana aku yang rela! Mana tidaknya, adik-beradik aku dah warning, kalau cuba bagi peluang pada Aysh, mereka akan suruh abah jodohkan aku dengan anak kawan abah yang tengah cari calon tu! Cis! Macam dah tak ada pilihan lain!


Aku tetap pergi kerja macam biasa keesokan paginya, walaupun Abang Am dah bagi pelepasan dekat aku. Tapi, sakit hati punya pasal, aku tak mahu dua puluh empat jam menghadap perangai mereka. Marah tak habis lagi!

Jam dah menunjukkan tepat pukul satu tengahari. Aku kemas meja, dan capai beg duit utuk keluar lunch. Tiba-tiba telifon office berbunyi, mulanya malas aku nak angkat! Tapi, memikirkan mungkin panggilan dari supplier, aku angkat juga. Budak-budak office dah keluar lunch. Yang tinggal memang aku sorang. Nak tak nak, aku tak ada pilihan.

" Ellynash Frozen Food, selamat tengahari, boleh saya bantu."

" Ya, terima kasih. Boleh saya bercakap dengan Cik Uzma?" Suara memang aku tak kenal. Sah ni supplier!

" Ya, Uzma bercakap. Encik dari supplier ke? Kenapa dah lunch baru nak call? Staff  kita dah keluar lunch. Patutnya Encik hantarlah waktu bekerja! Sekarang tak ada staff dah!" Macam tak boleh nak tahan-tahan ayat aku ni. Talian di sebelah sana senyap sahaja apabila aku menembak tepat pada sasaran!

" Hello! Ada orang tak ni? Awak jangan buang masa lunch saya boleh tak?!"

" Err! Ada! Tapi Cik, saya bukan dari mana-mana syarikat supplier, saya..."

" Habis tu? Awak siapa?" Cepat pula aku potong ayat orang tu! Memang tak menyabar!

" Garangnya awak! Barulah saya tahu awak ni seorang yang banyak cakap dan semestinya garang!"
Pulak dah! Aku tanya lain, jawap lain. Ni yang buat aku tak puas hati. Haih!

" Awak jangan nak main-mainlah! Siapa ni? Saya nak keluar dah ni! Kalau lambat awak kena bertanggungjawab!" Ugut aku pulak.

" Baiklah, awak keluar dari office awak, pergi dekat parking. Saya tunggu dekat sebelah Myvi merah awak ni."
Selepas itu talian telifon di putuskan. Berkerut-kerut dahi aku memikirkan siapa. Tahu pula kereta yang aku pakai? Haih! Dah nak masuk waktu zohor ni!

Cepat-cepat aku pergi ke kereta. Tidak kelihatan pula bayang orang menunggu aku. Sah-sah kena prank call. Hampeh!

" Lambatnya awak?" Aku toleh kebelakang, tak ada orang, huh! Mana orang yang becakap ni?

" Dekat sinilah, kereta sebelah." Dia?? Huh! Nasib baik aku tak ada lemah jantung. Terkejut juga bila dengar orang tegur tiba-tiba, tapi tak nampak orangnya.

" Awak?! Buat apa dekat sini?"

" Jemput awak lunchlah! Masuk dulu kereta, panas ni."

Berkerut dahi ni. Nak masuk kereta dia? Oh! Dialah yang call tadi? Tapi, bukan aku kenal sangat pun! Mahunya dia colek aku. Macam mana? Aku cuma tengok sahaja mamat tu, yang tengah duduk dekat tempat pemandu kereta Honda Citynya.

" Saya naik kereta saya, awak naik kereta awak."

" Awak jangan banyak songeh boleh tak? Saya takkan nak colek awak! Dah tua macam ni, jual dekat sendikit pun bukan saya boleh kaya!"

Ceh! Terkena sebijik dekat batang hidung aku. Akhirnya dia keluar dari tempat memandu dan membuka pintu untuk aku. Tawakal sahajalah! Aku masuk ke dalam keretanya. Wangi! Bau lavender yang lembut buat aku jadi tenang sedikit.

" Kita solat zohor dulu. Baru saya bawa awak pergi makan. Boleh?" Aku hanya mengangguk.

" Kenapa senyap? Takut?" Aku pandang muka dia. Semalam tak sempat nak kelek lama-lama mamat ni. Yang pasti, sepasang matanya yang redup itu buat aku rasa tenteram. Lega!

" Mana awak tahu office saya?"

" Kad awak!"

" Apa yang menyebabkan awak cari saya?"

" Sebab jantung saya macam berhenti berdegup lepas saya jumpa awak."

" Maksud awak?" Aku pelik. Sebenarnya, dari pertama kali aku jumpa dia, jantung aku pun berdegup laju dari biasa. Aku fikir mungkin sebab takut! Mungkinkah?

" Saya pun tak tahu! Saya rasa, saya perlu jumpa awak lagi. Kenal awak! Sampai saya faham hati saya."
" Encik Fauzan. Jangan cakap pasal hati atau jantung dengan saya boleh tak?"

" Panggil saya Fauzan." Ujarnya. Aku tiba-tiba tak tahu nak cakap apa. Suasana dalam kereta jadi senyap! Keretanya dah mula masuk kawasan Masjid Negeri. Aku mengeluh!

" Jangan mengeluh! Tak elok. Saya ajak awak pergi solat dulu. Tak apakan?" Aku hanya mengangguk. " Nanti jumpa dekat tangga semalam."

Aku tetap mengangguk. Tak tahu kenapa, pertama kali dalam hidup aku, aku tak dapat nak berlawan cakap dengan lelaki ini! Dia memerhatikan aku yang dah termenung.

" Tak mahu keluar? Dah nak azan ni. Jom!" Dia dah keluar dari keretanya. Aku turut sama keluar.

" Terima kasih!" Entah kenapa ayat itu yang keluar dari mulut aku. Dia hanya menganggukkan kepalanya. Senyuman di bibirnya menggetarkan jantung aku lagi hebat dari tadi! Ah! Hati aku!! 

Satu perkataan sahaja yang mampu aku ungkap bila berada disamping Fauzan. Di lindungi! Entah kenapa aku rasa terlalu selesa, pada hal, dah dua kali aku rasa takut untuk berhadapan dengannya! Haih! Masalah hati ni! Sekarang hati aku pun dah tak nak dengar kata akal dan otak. Dan semua pemikiran tak elok tentang Fauzan, aku tutup jauh dalam kotak akalku.

Fauzan bawa aku makan dekat gerai tepi jalan syeksyen 2. Di situ selalu penuh dengan budak-budak UiTM, aku malas nak masuk! Tapi sebab Fauzan yang bawa, aku turutkan juga. Bila dia tersenyum, aku jadi takut! Sangat menggetarkan jiwa aku yang dah mula bergoyah ni.

Uzma! Jangan buat pasal, nanti giliran Aysh mana nak letak dia? Eh, apa pasal nak kena fikir si kerempeng tu? Bukan ke aku ada hak memilih? Tapi ugutan tu? Arrghh! Serabut tiba-tiba! Dahi aku dah berkerut memikirkan Aysh. Itu memang bala!

" Dari mula makan, sampai habis makan, saya tengok awak macam tak ada depan sayalah!" Tersentak aku, bila dengar suaranya yang sedikit garau, tapi boleh membuatkan aku tak tentu hala! Aku pandang muka Fauzan. Dia seperti mahukan penjelasan. Cukup dengan melihat wajahnya, aku tahu apa yang hendak di sampaikan! Ah! Pandailah kau Uzma!

Aku tersenyum, cuba menutup kegugupan aku tadi.

" Tak ada apa pun. Saya terfikir hero saya dekat rumah tu!" Hah kau! Keluar alasan yang memang aku pun tak duga akan keluar dari mulut comel aku ni! Inilah masalah aku! Mulut lagi laju dari akal. Haih!

" Hero? Awak dah ada anak ke? Dah kawin?" Macam nak tercekik balik makanan yang aku dah telan tadi! Dia ni!

" Err... Bukan anak! Tapi hero semalaya!" Nah kau! Sekali dah merapu, berkali-kali menipu. Aku tengok muka Fauzan dah berubah. Entah kenapa aku makin nak menyakat jejaka yang duduk di hadapan aku ini. Aku melemparkan senyuman, nakal!

" Hai! Awak ni kawan Diah kan? Radiah, betulkan?" Suara itu! Aku betul-betul tak sangka dia boleh cam aku selepas pertemuan semalam. Hamdan menghulurkan salam ke arah Fauzan. Rasanya muka aku ni kalau di toreh sekali pun tak berdarah! Pucat!

Aku memandang Fauzan. Fauzan juga seperti menanti jawapan aku! Idea! Datanglah! Tolong aku! Sebak yang datang tiba-tiba ini aku tahankan.

" Erm... Ia, kawan." Aku cuba berlagak senatural mungkin. Harap-harap Hamdan cepat pergi.

" Dah betullah! Dari tadi saya perhatikan awak. Macam saya kenal."

" Saya Fauzan, kawan Uzma!" Macam nak meletup gegendang telinga aku ni tiba-tiba Fauzan perkenalkan dirinya! Siap sebut nama aku! TIDAK! Aku nak menangis dah ni! Badan mula seram sejuk! Menggeletar!

Hamdan pandang aku, riaknya jelas terkejut! Lama kelamaan pandangannya bertukar seakan aku mahu di telan bulat-bulat! Fauzan pula tak tahu keadaan aku! Ya ALLAH! Tolong aku!

" Hamdan." Dia membalas, tapi dahinya berkerut sebelum menyambung kembali. "Jadi, awak Uzma? Uzma Zulaikha? Tapi..." Kata-katanya mati di situ bila aku bangun dengan pantas mencapai beg tangan aku! Aku perlu pergi dari sini!

" Uzma tunggu!" Serentak dua lelaki ini memanggil aku. Kuat, sampai pengunjung di sini mula memberi perhatian kepada kami! Sekali lagi? Argghh!

Fauzan dah berdiri betul-betul di sebelah aku. Dan, entah apa yang merasuk aku. Aku capai tangannya. Dia yang agak tersentak pada mulanya hanya menurut tingkah aku.

" Ya Hamdan. Saya Uzma. Perempuan cacat yang awak tinggalkan dulu. Perkenalkan Fauzan, bakal tunang, dan suami saya!" Laju sahaja ayat itu meluncur keluar. Hamdan nampak kaget! Fauzan mengeratkan genggaman tangan kami. Aku dapat rasakan dia mula faham situasi ini.

" Oh, inilah the one and only Hamdan yang buat hidup sayang merana dulu? I was wondering how he looks like! Maaf Encik Hamdan, kami minta diri dulu. Apa pun, saya rasa cukuplah pertemuan kita ini." Fauzan pula cuba menyelamatkan keadaan. " Jom sayang. Abang pun dah lambat nak masuk office."

Aku hanya mengikut langkah Fauzan. Nasib baiklah makanan kami sudah berbayar. Jika tidak, lambatlah aku dapat meloloskan diri. Sampai di dalam kereta, air mata yang aku tahan dan simpan dari tadi gugur juga. Fauzan mendengus kasar. Aku tak mampu menghiraukan Fauzan tika ini! Hancur harapan aku untuk tidak di kenali oleh Hamdan! Bermacam-macam andaian dan kemungkinan yang terlintas di dalam kepala aku tika ini. Aku tak mampu nak mengawal otakku untuk berfikir secara waras tika ini!

No comments:

Post a Comment