Thursday 18 October 2012

Misi mencari 'Imam'! (15)



BAB 15

Sedang-sedang elok aku mahu melelapkan mata, Fauzan menghantar message. Ia jadi kebiasaan pula bagi kami kebelakangan ini. Bila nak tidur saja, aku dapat message daripadanya. Tersenyum-senyum aku melayannya.

+ Tengah buat apa? -Fauzan

- Nak tidur. Awak? -Uzma

+ Nak tengok bulan. Tapi tak nampak. :-) -Fauzan.

- Kenapa? -Uzma

+ Banyak awan. Awak, kalau awak tengok langit sekarang, agaknya kita tengok awan yang sama tak? -Fauzan

Aku tergelak. Mulanya malas nak bangun. Tapi, hati ni rasa di tarik-tarik untuk menjengah ke luar. Nak tengok langit!

- Tak tahu. Tapi dekat tempat saya nampak bulan. Tapi bulan sabit. -Uzma

+ Kata dah nak tidur? Kenapa tengok langit? -Fauzan

Aku terdiam. Apa nak jawap? Cepat-cepat aku tutup sliding door dan langsir. Baring balik dekat katil! Tak lama selepas itu telifon aku berbunyi, dan ianya panggilan dari Fauzan.

" Keluar rumah ke?" Itu soalan yang pertama keluar dari bibirnya.

" Taklah! Saya tengok dari balcony." Aku terdengar dia tergelak kecil. Tenang!

" Kita pandang langit yang sama! Indahnya kalau awak dengan saya."

" Berangan! Awak jangan berembun. Tak elok!"

" Kejap lagi saya masuk. Awak tidurlah. Esok saya call lagi."

" Okey! Selamat malam. Saya minta maaf ya kalau ada buat salah dengan awak."

" Saya maafkan. Dan saya juga minta maaf. Assalamualaikum Uzma Zulaika." Setelah menjawap salam aku memutuskan talian. Senyuman aku melebar. Fauzan betul-betul memahami. Tabiat aku dah jadi kebiasaan untuknya. Aku betul-betul selesa!

Aku tak tahu apa lagi kejutan yang akan menanti hari esok. Dan aku amat-amat berharap, aku dapat mengharunginya. Abang Wan hanya akan balik selepas majlis pertunangan aku. Maksudnya, Aysh ada banyak alasan untuk datang menebeng di sini!

Walaupun aku marah dan selalu tinggalkan dia di tengah-tengah perbualan, Aysh akan tetap datang menebeng! Penat aku perli, tapi dia tak pernah faham dengan perlian aku. Abah pula, selagi dengan Aysh, tak jadi masaalah! Tapi, itu pula masaalah buat aku! Dan entah bila aku tertidur! 

Kurang empat puluh lapan jam lagi status aku akan bertukar. Rasa berdebar jangan cakaplah. Duduk tak senang, bangun tak senang. Dan dalam beberapa hari ini, memang seperti di duga, Aysh duduk menebeng di rumah emak. Rumah aku memang dia tak dapat nak jejakkan kakilah! My home, my rules!

Mak dan abah dah mula cari perkhidmatan canopy untuk majlis kawin. Cuma survey saja. Tempah bila dah bincang betul-betul tarikh yang sesuai. Aku pula serahkan pada emak untuk buat yang terbaik.

Dengan adanya Aysh yang selalu berkunjung, aku dah tak dapat nak bergerak bebas. Nak jumpa Fauzan untuk urusan tempahan baju nikah pun terpaksa aku tunda. Dan abang Wan pula sibuk angkut aku pergi ke butik untuk cari baju pertunangan. Siapa punya idea? Ayshlah! Sangat membazir! Aku bukan nak pakai pun baju tu. Dan yang pasti, baju pertunangan aku, Fauzan yang pilih dan dah tergantung kemas dalam almari baju! Siap dah bergosok lagi! Tinggal pakai saja. Punyalah excited!

Aku sedah terbaring kepenatan lepas balik dari mencari baju dengan bakal tunang tak jadi. Terpaksa berpura-pura ikut kehendak Aysh! Aku betul-betul rimas! Lepas kes dengan Hamdan, si Aysh pula jadi masaalah! Betul-betul keluar mulut harimau, masuk mulut buaya. Buaya darat!



" Dik, dik, bangun. Cuci muka." Suara abang Wan sayup-sayup di hujung telinga. Aku kemalasan membuka mata. Bila masa aku terlelap pun aku tak perasan!

" Bangunlah! Cuci muka bersih-bersih. Atau mandi. Kita ada tetamu nak datang kejap lagi." Abang Wan menarik kedua tangan aku untuk duduk. Dengan badan yang terasa kesengalannya aku gagahkan juga untuk bangun. Mengantuk!

" Penatla bang. Lima minit lagi boleh?" Aku terkuap-kuap menahan mata. Abang Wan dah tergeleng-geleng.

" Bangun la. Dah pukul empat tiga puluh minit petang. Solat asar sekali. Dah siap, pakai baju elok sikit. Pergi rumah mak tau. Jangan lambat." Aku pandang muka abang Wan pelik. Dia tarik lagi tangan aku menyuruh aku bangun pula. Tuala mandi di sangkutkan dekat bahu aku. Pintu bilik air di buka dan memimpin aku untuk pergi ke bilik air.

" Dahla, Uzma tahu jalan sendiri. Abang keluarlah." Abang Wan tersengeh bila aku mula bersuara.

" Abang ingat nak kena panggil mak, suruh mandikan Uzma. Mujur nak mandi sendiri." Aku menjeling abang Wan. Dia tergelak sambil mengangkat tangan tanda mengalah! Haih! Sengaja sakat aku!

" Mandi dan solat! Abang tunggu dekat ruang tamu! Lambat..."

" Nak mandi macam mana kalau abang dok jadi pak guard dekat depan pintu bilik air ni? Cakap tu taknak pula stop! Dah, dah, dah, keluar sana! Bebel mengalahkan murai tercabut ekor!" Cepat-cepat aku potong ayat abang Wan sebelum dia membebel panjang. Abang Wan berundur sambil menutup pintu bilik air. Terdengar-dengar gelak tawa abang Wan! Entah apa yang dia sukakan sangat pun aku tak tahu.

Usai mandi dan bersolat, aku bersiap ala kadar. Kata abang Wan, ada tetamu. Entah siapa pula yang datang menjengah? Ke abang Am? Tapi, abang Am kata balik esok? Abang Hairi dan Khir mungkin sampai malam ni. Malas fikir banyak, aku pergi ke rumah emak.

Dekat garaj depan, ada dua buah kereta yang aku tak kenali. Entah siapa pula yang datang!

" Dah siap pun Uzma. Nasib baik tetamu baru sampai. Inilah Uzma Zulaika Dato', Datin."

Errkkk! Dato' dengan Datin mana pula ni? Aku kepelikan. Tapi, bila terpandang Aysh ada di situ, aku mula mengagak ini keluarganya. Abah menyuruh aku bersalaman dengan keluarga Aysh. Terpaksa aku hadiahkan senyum tampal! Sah-sah tak ikhlas! Terkejut punya pasal!

Aku bersalaman dengan mummy Aysh. Datin Hasnah. Hujung jari saja dia sambut salam aku. Tak mesra langsung! Daddy Aysh, Dato' Adam Dzulfikar, aku tak salam, mana boleh salam! Dan dua orang gadis yang umurnya mungkin awal dua puluhan, di kenalkan sebagai adik Aysh. Auni Hawa Dlaila dan Ayuni Hawa Dahlia. Nama nak gempak saja mereka ni.

" Kami datang nak berkenalan dengan keluarga Encik Zakri. Yalah, sepatutnya saya dan keluarga datang awal lagi, tapi masing-masing sibuk dengan kerja. Maaflah ya." Dato' Adam meminta maaf. Agak mesra juga orangnya. Tapi, bila tengok mummy Aysh, aku jadi tak sedap! Ibu Fauzan layan aku baik, tapi, mummy Aysh tengok aku macam tak senang! Orang kaya macam inikah gayanya?

Abah dan abang Wan melayan tetamu. Emak mengajak aku ke dapur menyiapkan air. Aku menurut sahaja. Kalau boleh memang tak mahu berdepan dengan keluarga Aysh! Rimas dengan perangai orang kaya!

" Uzma tahu?" Aku pandang mak yang tengah menyusun kuih ke dalam piring. Aku mendengus!

" Tak! Dan kalau boleh, Uzma macam taknak jumpa langsung keluarga dia."

" Dahla tu, mereka dah datang. Layan sajalah. Yang pasti, mak pun tak berkenan!"

" Entahla mak. Peningla!"

" Jangan fikir dulu. Sekarang bawa dulang ni, pergi layan tetamu. Mereka bukan datang buat kacau, kita kena layan elok-elok."

Dan aku menurut kata-kata mak. Senyuman tampal aku tu yang jadi peneman bila berhadapan dengan mereka. Aysh pula tak lepas memandang aku. Naik rimas pula! Kalaulah aku boleh tegur pelakuannya, akulah orang yang beruntung sekali! Aku jadi lega, selepas satu jam mereka meminta diri untuk balik. Dalam satu jam tu, abah dan daddy Aysh saja yang berbual. Yang lain senyap sunyi. Terutama mummy Aysh. Adik Aysh yang dua orang itu, sibuk dengan hand phone mereka. Tak hirau pun apa yang terjadi!

Bagi aku bagus juga mereka balik cepat-cepat. Sekurang-kurangnya, hati aku berhenti mengutuk! Betul-betul dosa kering! Apa boleh buat, bila hati aku betul-betul tak berkenan. Bukan saja tak berkenan dengan Aysh, malah dengan keluarganya sekali aku tak berkenan. Jauh panggang dari api, bila aku ingat kembali kreteria misi mencari ‘imam’ aku tu. Kalau keluarga macam inilah yang Aysh mahu bawa aku bergaul, aku sanggup kena marah dengan abang Wan seminggu!

Aku picit-picit kepala yang sudah mula pening. Tengkuk pula tegang. Mungkin terlalu banyak benda yang berlaku kebelakangan ini. Sudah lama aku cuba bertahan. Tapi entah kenapa selepas keluarga Aysh balik petang tadi, aku di serang sakit kepala.

Abang Hairi dan Khir, sampai lepas isyak tadi. Aku masih tak sempat untuk curi masa abang Hairi. Dari pandangan matanya, aku tahu, abang Hairi mahukan penjelasan. Mahukan update yang terkini tentang apa yang berlaku!

Ucapan salam di pintu bilik menyentakkan aku.

" Masuklah. Uzma tak kunci."

Pintu di buka dan abang Hairi tersengeh sebelum masuk ke dalam bilik. Dia menarik kerusi di meja solek dan duduk. Aku yang tengah baring tadi duduk menghadapnya. Sambil mengikat rambut aku yang sepanjang pinggang, mataku memerhatikan abang Hairi.

" Apa tengok-tengok?"

" Aik?! Tengok pun marah? Yela.. Dear dah nak bertunang, tak lama lagi nak kawin. Abang pandang pun dah tak boleh?" Ada nada rajuk dalam gurauannya. Aku menjeling! Geram!

" Orang sakit kepala ni. Penat, pening. Tak tahulah apa yang Uzma fikir."

" Hurm... Just tell me Dear. Sebelum Dear jadi milik orang lain, abang masih berhak untuk campur urusan Dear." Lembut pujukan abang Hairi. Aku termenung, sebelum membuat keputusan bercerita. Dengan abang Hairi, aku tak pernah berahsia. Cepat atau lambat sahajalah cerita itu sampai di pendengarannya. Selama ini, aku pasti, abang Hairi memang seorang yang amanah dalam menyimpan semua rahsia aku.

Aku ceritakan perangai Aysh, kehadiran keluarganya, ugutannya untuk memiliki aku, pandangannya yang membuatkan aku tak sedap hati, kata-katanya yang berbaur lucah, tak lupa rakaman video yang aku ambil. Abang Hairi beristighfar mendengar cerita aku. Sekejap-sekejap dia nampak mengetak giginya menahan marah.

Abang Hairi berjalan ke hulu, ke hilir. Sekejap-sekejap dia garu kepala, yang memang tak gatal. Aku tahu dia sedang berfikir. Itu memang tabiat aku dan abang Hairi bila ada masaalah atau berfikir. Bila tengok abang Hairi dah tak duduk diam, aku pun rasa macam nak join dia sahaja.

" Abang taknak dear kawin dengan mamat macam tu! Esok masa dia datang, dear tolak! Abang cover dear." Aku dah tersengeh. Abang Hairi memang sangat memahami. Selalu menyokong dan melindungi aku.

" Habis tu, abang Wan? Abah? Nak cakap apa dengan dia orang? Mak dah cuba cakap dengan abah. Tapi, abah tetap macam tu juga. Hari tu masa Aysh tak nak imamkan solat, abah diam je. Tak macam Fauzan!" Opss! Terlepas nama Fauzan!

" Fauzan? Fauzan yang dear penah cerita sebelum ni?" Nak tak nak aku mengangguk.

" Dia macam mana?"

" Macam mana apa?" Aku balas balik dengan soalan. Apa yang abang Hairi maksudkan?

" Yela, dia tak kisah Uzma nak bertunang? Did he fight for you, dear?"

" Hurm... Actually, we have plan. Bukan Uzma dengan dia saja. Tapi dengan Mak." Abang Hairi dah jungkitkan keningnya.

Aku ceritakan plan mak. Abang Hairi tergelak. Plan emak memang macam mustahil nak buat. Tapi, kalau ada abang aku yang tolong jalankan misi ini, aku pasti tak ada masaalah! Abang Hairi cakap, dia nak cucuk Khir join plan mak. Tapi, tak pasti kalau dia dapat pujuk abang Am. Aku sedikit lega. Sakit kepala yang aku alami tadi macam hilang tiba-tiba. Lega! 

Cuma, mungkinkah kami dapat menghalang Aysh supaya datang lewat sedikit? Emak bercadang supaya rombongan dari pihak Fauzan datang terlebih dahulu dari rombongan dari pihak Aysh. Dan masa itu, mak nak suruh aku pilih antara Fauzan atau Aysh. Dan sudah semestinya, undian tertinggi dalam carta hati aku adalah Fauzan. Jadi, masa itu, abah takkan nak mengamuk, dan abang Wan takkan nak menghalang. Malu saja kalau mereka buat kecoh!



" Abah, Uzma nak keluar kejap dengan abang Hairi." Aku terpaksa minta izin abah. Abah memang tak benarkan aku keluar sebenarnya. Oleh kerana ada abang Hairi, abah benarkan. Dalam hati, aku bersorak gembira!

Abang Hairi memandu kereta Honda Jessnya. Aku selaku co-driver sedap mengarah ke mana arah tujuan kami. Midvally Mega Mall. Agak jauh sikit dari rumah. Gara-gara nak kenalkan Fauzan dengan abang Hairi, apa pun aku sanggup. Lagi pun, abang Hairi wajib kenal Fauzan, untuk memudahkan plan mak nanti. Senang hati aku bila abang Hairi menyokong plan kami.

Aku masuk di kedalam Pizza Hut. Fauzan yang terlebih dahulu sampai menggamit kami ke tempatnya. Abang Hairi mengekori aku dari belakang. Setelah mereka bersalaman dan duduk, abang Hairi sibuk dengan menu card yang berada di hadapannya. Aku menyikunya. Dia tersengeh. Fauzan pula tetap murah hati dengan senyumannya.

" Abang, nilah Muhamad Fauzan Farshi. Fauzan, ni abang kembar saya. Azrul Zukhairi."

Mereka berbalas senyuman.

" So, Fauzan. Dah ready untuk drama esok? Penat mak dan Uzma berlakon dekat rumah. Tak tahu macam mana dia orang ni boleh tahan dengan perangai Aysh tu." Aku tergelak. Fauzan terangguk-angguk.

" Dah. Ibu pun tahu apa yang aunty plan. Lagi pun, ibu saya berkenan sangat dengan Uzma." Tenang dia menjawab.

" Malam ni saya nak buat drama pula. Harap-harap menjadilah."

Abang Hairi bercadang nak pujuk abang Am dan Khair malam ni. Video yang aku ambil adalah salah satu bahan untuk di gunakan dalam sesi pujuk memujuk nanti. Cuma abang Wan dan abah kami tak tahu lagi, dapat berterus terang atau tidak. Lagi pun masa sudah semakin suntuk untuk kami mengatur apa-apa strategi.

Abang Hairi rancak berbual dengan Fauzan, mereka agak serasi bersama. Semuanya terdiam seketika apabila di tegur oleh seseorang. Aku terkedu! Abang Hairi memandang aku, Fauzan pula nampak sedikit terkejut. Masaalah sudah datang! Aku mula berpeluh di tempat yang sejuk! Abang Hairi dah meraih tangan aku. Dia tahu aku mula menggelabah! 

" Buat apa dekat sini?" Agak keras suaranya ketika melemparkan soalan. Matanya memandang aku tajam! Aku cuba berlagak tenang!

" Aku ajak Uzma keluar ambil angin." Abang Hairi bersuara. Aku hanya mengangguk. Pertama kali aku melihat Fauzan agak tidak senang dengan kehadiran Aysh.

" Ambil angin kau kata Ri? Ni apa jantan ni buat dekat sini? Nak goda Ika? Ke korang rancang nak kawin lari?" Lancang sungguh bahasa Aysh! Aku dah menggenggam tangan abang Hairi. Kuat! Degupan jantung aku semakin laju. Bukan sebab takut. Tapi sebab terlalu marahkan Aysh!

" Eh, bro! Kau jaga sikit mulut kau! Adik aku bukan anak patung dan masih belum sah jadi milik kau! Jadi, dia nak jumpa siapa, kau jangan masuk campur!" Bentak abang Hairi pula. Suaranya sudah mula menarik perhatian. Nampaknya, kami akan menjadi tontonan ramai! Drama, drama, drama! Haih!

" Kau jangan nak ajar aku Hairi! Esok aku dah nak bertunang dengan dia. Oh! Patutlah aku ajak kau keluar, punyalah liat, alasan darah manis! Kau jangan ingat aku akan lepaskan kau Uzma! Tidak akan dan tidak mungkin!" Jari telunjuknya dah di halakan betul-betul depan muka aku. Aku memandangnya geram!

" Awak ni kenapa? Apa masaalah awak? Saya pernah ingatkan awak, yang kita tidak ada apa-apa hubungan langsung! Awak tak faham ke? TIDAK ADA DAN TIDAK PERNAH ADA!!" Membuntang mata Aysh memandang aku. Mungkin tindakan refleks, tangannya di angkat tinggi mahu menampar aku. Aku cuba mengelak sebelum...

Duussshhhh!!!

Aku terpisat-pisat memandang abang Hairi yang dah memeluk aku. Air mata dah mengalir deras! Fauzan pula dah berdiri. Nafasnya turun naik menahan perasaan marah! Tangan kanannya menggenggam tumbukan yang padu!

" Cilaka!" Dan kali ini Aysh cuba membalas tumbukan Fauzan. Tapi, belum sempat dia melepaskan tumbukan, badannya sudah di pegang oleh tiga orang lelaki yang dari tadi memerhatikan drama swasta kami!

" Hoi! Lepaskan aku la bodoh! Biar aku belasah jantan keparat tu!" Aysh dah meronta-ronta minta di lepaskan. Kebetulan guard yang bertugas sampai dan menyuraikan penonton drama tadi. 
“ Kalau saudara nak buat kacau dan pukul perempuan dekat depan kami, maaflah. Kami tak dapat benarkan. Baik saudara pergi!” Salah seorang lelaki yang memegang Aysh memberi amaran. Aysh tetap juga meronta-ronta. Mulutnya sudah tidak tahu dia. Makian dan cacian sudah bermain-main di bibirnya.

Aku masih tersedu-sedu. Nasib baik Fauzan cepat bertindak! Kalau tidak, sah-sah esok masa bertunang pipi aku ada blusher asli. Abang Hairi menenangkan aku. Fauzan pula sedang berbicara dengan salah seorang gaurd yang datang. Aku mengesat sisa-sisa air mata. Malu bila kejadian tadi menjadi tontonan umum. Aku bukanlah pelakon sampai berkali-kali dapat berada di tengah-tengah drama swasta. Tapi, sejak kebelakangan ini, kerap pula! 

8 comments:

  1. Terbaik!!!cpt update yg terkini weeeeee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... thank... hr ni dpt mskkn ptg sket.. pg sibuk la.. :)

      Delete
  2. Salam. tumpang tanya. takde sambungan lg ke cerita nie? menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam... sy da buka bab seterusnya pagi ni... =)

      Delete
  3. terbaik! seronak je bace cerite ni... mendebarkn. please... sambung.

    ReplyDelete
  4. bstttt.... cpt la update...
    xsabar nk baca nxt entry

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... dan di harap bersabar... next entry dah ade... selamat membaca.. =)

      Delete