Thursday 18 October 2012

Misi Mencari 'Imam'! (14)




BAB 14

Aku membetulkan balutan kotak gubahan. Simple betul idea Fyna. Semua masuk dalam kotak lutsinar. Touch up sana, touch up sini dah jadi cantik. Tatap nampak kreatif. Fyna memang dah berangan nak buka wedding planner, bakat terpendam. Tapi kena tunggu habis belajar dulu! Fauzan tak mahu Fyna sia-siakan peluang untuk menuntut ilmu. Sebab itulah Fyna teruskan mengambil ijazah dalam bidang pengurusan perniagaan.

" Fyna, abang dan ibu dah sampai." Teguran aku membuatkan Fyna menghentikan kerjanya.

" Mana akak tahu?"

" Abang Fauzan message." Jawapku sambil mencapai selendang dan melilitnya di kepala. " Jom. Barang Fyna dah dekat bawahkan?"

" Ada dah! Kalau tertinggal, boleh Fyna datang lagi." Dia tersenyum memandang aku. " Lawa akakkan? Patutlah abah jatuh cinta."

" Eh, pandailah kamu. Akak biasa saja."

Fyna tergelak mendengar kata-kata aku. Sebelum turun, sempat juga dia mencuit pipi aku. Hampeh betul!

" Ibu! Rindu dekat ibu!" Aku terdengar suara Fyna nyaring menyambut ibunya. Macamlah berpisah lama.

Cepat-cepat aku turun dan mendapatkan tetamu. Ibu seorang sahaja yang berada di ruang tamu. Setelah bersalaman, ibu memeluk aku erat!

" Bakal menantu ibu." Bisiknya di telinga aku. Syahdu saja rasanya. Aku betul-betul tak sangka penerimaannya sungguh baik.

" Jemput duduk ibu. Uzma buat air sekejap." Ibu hanya mengangguk. Fyna tersengeh melihat aku. Dia mengekori aku ke dapur.

" Kak. Abang kene interview kat depan rumah!"

Cepat aku pandang wajah Fyna. Dia mengangguk.

" Dengan siapa? Abah?"

Fyna jungkit bahu.

"Tak tahu. Ada dua orang lelaki dekat luar tu. Fyna tak kenal." Cepat-cepat aku membawa minuman dan sedikit kuih yang aku buat tengahari tadi ke depan.

" Jemput minum dulu ibu. Uzma panggil mak dan abah dekat sebelah. Fyna teman ibu tau. Akak keluar sekejap je."

" Jangan risaukan ibu. Pergilah, nak juga ibu kenal mak abah Uzma." jawap ibu lembut. Aku melemparkan senyuman buat ibu dan Fyna.

Keluar dari pintu, mata aku melilau mencari arah suara yang sedang rancak berbual! Terkejut! Bila mereka samapai? Abang Wan dengan Aysh sedang berbual dengan Fauzan. Menggeletar kepala lutut! Apa lagi lepas ni?

" Uzma! Apa duduk tercegat dekat pintu tu?" Panggilan dari abang Wan, buat aku tersentak.

" Nak panggil mak dan abah ni. Ada ibu Fyna dengan Fauzan dekat dalam. Abang Wan bila sampai?"

Nak taknak aku datang juga dekat abang Wan dan yang lain. Tangan abang Wan aku capai dan menyalaminya. Aku perasan, mata Aysh dari tadi tak sudah-sudah memandang aku. Fauzan seperti selalu dengan gayanya yang tenang!

" Saing dengan Aysh tadi. Abang nak panggil adik, tapi abah cakap ada kawan perempuan adik dekat dalam rumah. Tak jadilah abang nak redah saja."

Aku mengangguk.

" Jadi abang dengan Aysh dah kenal Fauzan?"

" Dah tadi. Tak sempat borak pun Uzma dah keluar. Kawan?" Aku dah mula tak selesa dengan soalan abang Wan. Aysh pun menanti jawapan aku. Dia seperti mahukan penjelasan. Fauzan hanya tersenyum. Senyuman penyuntik semangat! Itu dah pasti! Haih! Berangan!

" Kawanlah. Eh, kejap, nak panggil mak dengan abah! Dah lama biar tetamu tak berlayan. Nak tanya bila semua dah tak ada buat apa-apa boleh?" Cepat saja kepala aku berputar mencari alasan! Tapi memang betul pun ada tetamu! Abang Wan cuma mengangguk.

Emak dan abah melayan keluarga Fauzan mesra. Tapi, aku tengok Aysh nampak macam tak senang duduk. Asyik menjeling bila aku berbual tentang benda yang ada kaitan dengan Fauzan. Yang pasti aku memang sengaja buat Aysh tak wujud! Padan muka!

Abah tak syak apa-apa pun. Cuma abang Wan macam pelik tengok ibu layan aku mesra. Aku pasti malam ni ada sesi soal jawab! Minta-minta aku tak salah cakap. Dan kalau terpaksa aku minta bantuan emak!

Selepas keluarga Fauzan balik, aku tengok Aysh masih bertenggek dengan abang Wan. Tak tahu kenapa aku rasa meluat sangat dengan dia. Lepas malam semalam, aku dah mengelak untuk berborak berdua dengan Aysh. Tak sanggup nak dengar dia berangan cerita dalam selimut! Huh! Benci! 

Aku cepat-cepat mengemas meja makan, pinggan mangkuk yang kotor aku cuci, lap dan simpan di tempatnya. Kalau boleh, hendak sahaja aku mempercepatkan kerja-kerja ini. Takut abang Wan atau Aysh duduk menahan aku. Belum sempat aku pergi, suara Aysh sudah datang menegur. Nak tak nak aku duduk di meja makan depan Aysh.

Abang Wan ambil air masak, selepas itu terus keluar dari tempat makan. Aku mengeluh. Mata Aysh tengok aku dah macam mata burung helang nak terkam mangsa. Gerun pula tiba-tiba! Dalam keadaan taka da sesiapa yang menemani aku dekat dapur ini, lebih membuatkan aku rasa terancam!

" Ika sengaja buat Aysh cemburu ke?"

Apa punya soalan ni? Aku dah kerut-kerut dahi.

" Cemburu? Maksud Aysh?"

" Bawa kawan lelaki datang rumah. Siap bawa keluarga dia, itu apa? Sengaja nak buat Aysh marah?"

" Laa! Salah ke Fyna datang tolong buat gubahan hantaran? Untuk majis tuning juga. Bukan Fauzan yang duduk berumah tangga dekat sini." Sedaya upaya aku berlembut. Ikukan hati, aku nak saja angkat kaki!

" Samalah tu. Adik ke, abang ke, mak dia ke, saya tak suka awak jumpa mereka!" Ada ketegasan dalam kata-katanya. Aku masih menahan sabar! Suka-suka dia nak marah aku!

" Eh, awak ni kenapa? Saya dengan awak ni nak kata kekasih pun tidak, tunang pun belum, isteri pun bukan! Kenapa saya perlu dengar cakap awak yang cemburu buta tu? Perlu ke?" Mata Asyh membuntang melihat aku. Muka dia yang putih tu dah naik merah menahan marah.

Dia ingat marah dia saja ke? Habis, aku ni apa? Patung ke? Aku menjeling ke arahnya. Geram!

" Awak bakal tunang saya Ika. Kita akan berkahwin sebulan lagi. Awak kena dengar cakap saya!" Suaranya sedikit keras menyatakan haknya. Aku merengus! Dasar tak sedar diri!

" Maaf sangat Aysh. Saya masih tak nampak yang awak layak jadi pemimpin saya. Datang dekat saya marah-marah. Dengan perangai cemburu buta awak tu. Menilai kawan saya sesuka hati awak. Awak ingat saya ni murah sangat ke harganya sampai awak ingat awak dapat kuasai saya?"

Aysh dah mengetakkan giginya menahan marah. Tangan aku di raihnya. Cepat aku menarik balik. Tapi tenaganya lebih kuat, sehingga aku terdorong ke arahnya! Nasib baik ada meja, kalau tak, free saja aku kena peluk!

" Lepaslah!!"

" Saya tak akan lepaskan awak Ika! Tak akan!!" Suaranya penuh dengan tekad untuk menguasai aku. Aku masih lagi menarik tangan aku. Terasa sengal pergelangan tangan, dek pegangan yang kuat dari Aysh. Kenapa masa-masa ni tak ada sorang pun yang menjenguk! Aku betul-betul rasa sebal. Emak, tolong Uzma!

" Awak ni gila ke? Sekarang kita tak ada apa-apa hubungan yang menghalalkan pelakuan awak. Baik awak lepaskan tangan saya sebelum saya jerit!"

" Jeritlah kalau berani! Lagi bagus! Cepat saya dapat kawin. Dan jauhkan awak dari lelaki dekat luar sana!"

" Gila!!"

" Saya memang gila! Gilakan awak!"

Aku dah mengeluh! Aysh memang bukan lelaki yang cepat berputus asa. Kalau boleh dia mahu aku menurut katanya. Aku rasa sebak! Janganlah aku terjebak dalam hidup Asyh! Aku tak sanggup!

Aysh melonggarkan pegangannya sebelum melepaskan tangan aku. Air mata aku sudah mula menitis. Sakit hati dengan perbuatannya! Cepat-cepat aku bangkit dan berlalu! Tak sanggup nak berhadapan dan menangis depan Aysh! Bukan dia faham bahasa aku pun. Kemahuan dia saja yang perlu aku turutkan. Sampai bila aku harus bertahan?

Aku jadi benci dengan Aysh! Geram dengan abang Wan! Kalau tak kerana abang Wan balik, Aysh tak akan berani keluar masuk rumah mak sesuka hati. Ni semua gara-gara abah dan abang Wan terlalu percayakan Aysh! Sedangkan, terang-terang Aysh tak mampu menjadi pemimpin yang aku hormati.

Masa solat maghrib tadi, abah minta Aysh mengimamkan solat. Tapi, jawapan dari mulut Aysh buat aku yakin dia bukan seperti Fauzan. Aysh kata, seeloknya abah yang bawa kami semua menghadap-NYA. Dan entah ilmu apa yang dia gunakan sehingga dapat membuatkan abah tak menyuruhnya lagi. Maghrib kami di imamkan oleh abang Wan, selepas penolakan dari Aysh! Buat malu sahaja!



Barang-barang hantaran aku kemaskan menjadi satu tempat. Bukan banyak pun. Aku siapkan 5 dulang, dan pihak lelaki 3 dulang. Yang pasti mak kata akad nikah nanti ada hantaran lagi. Aku ikutkan sahaja. Emak lebih arif.

" Dah siap semua?" Abang Wan yang berdiri di muka pintu bilik, menegur.

" Masuklah." Pelawaku. Abang Wan masuk dan duduk di birai katil. Aku masih duduk bersila mengemas barang-barang lebihan hiasan. " Dah siap tiga ni. Dua lagi belum. Satu kek dan satu lagi halwa. Mak dah tempah. Hari jumaat baru sampai."

Abang Wan hanya mengangguk.

" Baguslah. Abang senang hati lepaskan adik abang dekat Aysh. Sebab abang tahu, Aysh boleh jaga Uzma." Secara tidak sedar aku mengeluh. Aku pandang muka abang Wan. Mengharapkan agar dia faham gelodak hati aku.

" Uzma tak tahu nak cakap apa. Semua berlaku terlalu pantas. Yang pasti, Uzma tak kenal betul hati budi Aysh."

" Dah kawin, banyak masa untuk Uzma kenal. Mula-mula saja rasa susah sikit. Tapi, tak salah Uzma buka hati pada Aysh. Abang tahu dia sayangkan adik abang."

Huh! Sayang konon! Kenapalah abang Wan yakin sangat yang Aysh tu baik? Pandai betul Aysh pura-pura depan abang Wan! Dan yang pasti, sejak maghrib tadi, hati aku memang dah tertutup langsung buat Aysh Adam Dzakwan! 

" Abang yakin Aysh mampu jadi suami yang dapat bimbing Uzma?"

Abang Wan memandang aku, pelik. 


" Kenapa tanya macam tu? Adik tak yakin dengan dia?" 


" Entahlah. Tengok harapan abah, dengan abang Wan dah terlalu buat Uzma terbeban." Aku perlu jujur menyatakan perasaan aku! 


" Kenapa pula nak terbeban? Abang buat yang terbaik buat adik abang." 


" Terbaik tu, mungkin buat abang. Memang, Aysh kawan abang yang baik. Dia tak pernah buat abang kecewa. Sampaikan sanggup terima Uzma." 


" Maksud adik?" Aku menarik nafas panjang. 


" Entahlah! Abang pernah tanya kak Hani perasaan dia bila dah nak kawin ni? Perasaan abang pula?" 


" Mestilah seronok! Tak sabar nak jadi suami. Kak Hani pun sama. Selalu gembira dan ceria. Gementar tu ada, sebab abang kena pikul satu tanggungjawap yang sangat besar. Bukan untuk sehari, tapi sepanjang hayat. Insyaallah sampai syurga." Aku tersenyum. Abang Wan mengusap kepalaku. Aku tahu dia menyayangiku. 


" Itulah yang Uzma doa. Tapi, bila teringat Aysh yang jadi suami, Uzma tak dapat nak rasa semua tu." 


" Nanti, bercintalah lepas kawin. Lagi bagus!" 


" Memanglah bagus! Sebab abang tak kena macam Uzma!" Tiba-tiba aku nak membentak! Abang Wan memang tak faham! 


" Kenapa ni? Apa yang adik nak sampaikan. Cuba cakap terang-terang." Abang Wan cuba memujuk aku. 


" Err.. Err.. Kalaulah, tiba-tiba masa tunang tu Uzma tolak lamaran Aysh macammana?" 


" Nak tolak kenapa?" 


" Uzma cakap kalau." 


" Nak malukan abah dan mak ke? Orang dah tahu Uzma nak bertunang, tiba-tiba nak tolak pinangan Aysh kenapa?" 


" Entahlah!" Aku mengeluh lagi. " Abang cuba fikir, majlis hari sabtu ni. Tapi keluarga Aysh sorang pun tak pernah datang jumpa mak abah bincang kata nak hantar rombongan. Call pun tidak, message jauh sekali. Abang tak rasa pelik ke? Dulu, abang Am nak tunang dan kawin tak macam tu pun. Masa abang nak tunang pun abah datang jumpa keluarga kak Hani. Abang tak pelik ke dengan keluarga Aysh? Uzma pun tak pernah cakap dengan mummy dan daddy dia. Dan Aysh tak pernah cakap pasal keluarga dia." Abang Wan tergelak mendengar penjelasan aku yang dah panjang macam karangan darjah enam! 


" Laaa.. Ni pasal keluarga Aysh tak datang ke? Nanti abang bagi tahu dia. Selesai masalah!" Huh! Ke situ pulak! 


" Dahla. Orang nak tidur ni. Mengantuk!" Aku sengaja bagi alasan. Sedangkan mata ni tak mengantuk pun! Geram kerana abang Wan masih tak faham dengan apa yang mahu aku sampaikan.


" Aik? Mengelak? Okeylah. Pergi tidur. Abang pun nak tidur. Good nite dear." Abang Wan bangun dan mengucup dahi aku macam biasa, aku salam tangan abang Wan. 


" Nite! Uzma minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki!" Inilah kebiasaan aku dari kecil. Walau tak buat kesalahan, abah tetap suruh minta maaf sebelum kami masuk tidur. Abah kata, takut nanti ALLAH takdirkan tak panjang umur! Aku pula jadikan ianya kebiasaan! Benda baik! Bukan tak baik. 


Abang Wan membalasnya dan berlalu ke biliknya. Aku mengeluh. Masaalah kalau abang Wan tetap nak aku dengan Aysh! 

3 comments:

  1. salam......
    sambungannya bila pulak ye???

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam... sy akan masukkan dalam masa terdekat... =)

      Delete
  2. novel ni bla nak kuar sis.. dah lama tunggu... :(

    ReplyDelete