Wednesday 17 October 2012

Misi Mencari 'Imam'! (8)

BAB 8

" Siapa yang meninggal?"

Tercengang aku mendengar soalannya. Air mata yang bersisa aku lap dengan sapu tangan pemberian Fauzan sebentar tadi. Aku pandang wajahnya, pelik!

" Awak menangis macam isteri kematian suami! Ke, pagi tadi kucing kesayangan awak mati?" Barulah aku faham! Dalam soalan, ada sindiran! Dalam sindiran, ada makna! Dia betul-betul berbeza dengan lelaki lain! Entah dari mana datangnya senyuman di bibir aku ini. Fauzan juga tersenyum! Khas buat aku sorang! Hiah! Sah-sah aku berangan!

" Maaf! Tak tahu kenapa, rapuh sangat hati saya bila jumpa dia balik."

" Tak apa." Senyuman masih tersinggung di bibirnya. " Bila kita nak bertunang?"

" Awak!" Aku rasa darah merah dah naik ke muka! Panas! Yang pasti aku malu! " Maaf sebab itu juga."

Fauzan sudah tergelak keseronokan bila aku tak tentu arah. Aku tiba-tiba terpesona! Terpesona?? Ah!

" Awak hutang saya penjelasan. Mungkin awak boleh jelaskan bila kita jumpa lagi nanti!"
Dan dia mula mengharapkan pertemuan akan datang! Yang mungkin di rancang! 

Sejak dari balik lunch tadi, senyum aku masih tersinggung di bibir. Mood aku sungguh baik sampailah di rumah!

Abang Hairi pelik bila aku tegur dia dengan ceria. Kalau nak bandingkan dengan keadaan mood aku pagi tadi, petangi ni memang jauh berbeza! Khir dan Abang Wan tengah bermain badminton. Parking kereta yang sekangkang kera ni jugalah yang diorang pilih.

" Happynya orang tu! Dari sampai tadi, sampai sekarang senyum tak lekang." Abang Hairi dah tersenyum sambil mengajak aku duduk dekat meja batu sebelah taman bunga mak.

" Aik? Senyum pun salah?"

" Lain seri Dear petang ni. Ada apa-apa yang abang tak tahu ke?"

" Apa yg serinya? Tak ada apalah!"

Abang Hairi menggelengkan kepalanya. Aku tahu, dia tak puas hati dengan jawapan aku. Tapi, nak bagi tahu dia tentang Fauzan? Tidak sama sekali. Biarlah aku simpan dulu.

" Abang Wan!" Abang Hairi memanggil Abang Wan yang baru menyudahkan permainannya ke tempat kami melepak. Bukan Abang Wan yang datang tapi si Khir yang telebih dahulu duduk di sebelah aku.

"Kata tadi ada pesanan buat Uzma." Abang Wan yang baru duduk berdepan dengan aku mengangguk.

" Aysh call. Dia ajak Uzma dinner. Abang dah setuju. So, malam ni keluar dengan dia." Mati terus senyuman aku tadi. Rasa macam malas nak keluar!

" Alaaaa!"

" Apa pula ala? Pergi! Tu cuba tengok, pangkah tu dah berapa? Hari yang tinggal makin banyak ke, makin sikit?"

Soalan Abang Hairi buat aku tersentak! Aduh! Kalau bab nak paksa, aku selalu jadi mangsa! Kenapalah mak lahirkan ramai anak lelaki? Sekali diorang membebel, kalah perempuan! Huh!

" Tak boleh ke malam esok? Lusa ke? Tulat ke? Tungging ke?"

" No, no, no Dear! Tonight is the night! Pukul 8 bersiap. You go, or we force you!" 

Terangkat-angkat kening Abang Hairi bila Abang Wan mula mengugut. Ini betul-betul memaksa! Aku kegeraman! Aysh pun, macam tak ada hari lain! Aku merengus kegeraman! Mood yang tadinya ceria beransur-ansur menjadi mendung semendungnya paksaan adik-beradikku.



" Okey, dah sampai. Saya tak tau Ika suka atau tak. Tapi saya rasa makanan dekat sini memenuhi citarasa saya."

Aysh keluar dari tempatnya, dan membuka pintu untuk aku. Gentelman! Aku senyum jugalah. Tidak mahu buat perangai yang bukan-bukan. Nanti bising hero-hero yang menanti di rumah. Bukan senang nak puaskan hati mereka! Tadi masa nak keluar, abang Wan, dan abang Hairi bergilir-gilir menunggu aku bersiap! Macam-macam yang di pesan. Memang siksa! Geram dengan perangai abang-abang aku!

" Ika pernah pergi sini?"

" Tak pernah! First time."

" Dekat sini yang special ikan dan ayam bakar, tomyam, sup, dan kerabu. Ika pilih menu kita. Is that okey?" Aku mengangguk sahaja.

Aku meneliti menu yang pelayan beri sebentar tadi. Setelah memilih beberapa menu, aku memerhatikan keadaan kedai. Simple, tapi ada ciri-ciri melayu. Lapik meja menggunakan kain batik yang berbagai corak, tetapi dengan nada warna yang sama. Ada ruang duduk bersila yang di panggil Ambin. Pengaliran udara yang baik, bau lilin aromaterapi yang lembut buat keadaan menjadi tenang. Sangat selesa bila berada di dalam restoran ini.

" Sayang memang tak banyak bercakap ye sekarang?" 

Aku menoleh ke arahnya. Sayang? Aku agak terkejud dengan panggilannya itu. Amboi, sesedap rasa ajinamoto sahaja dia memanggil! Dia tak tahu nak minta izinkah sebelum memanggil aku dengan panggilan itu? Bagi aku, dia memang tak pernah sesuai dan mungkinkah tak akan sesuai memanggil aku dengan ganti nama itu!

Aysh tersenyum. Aku bukan tak suka dengan dia. Tapi, perasaan yang aku rasa bila berdua dengan Aysh, macam dengan abang aku. Ah, Uzma! Say something! Pilih topik!

" Taklah senyap sangat, tak tahu nak cerita apa."

" Mulakan dengan apa yang jadi dengan Ika lepas kemalangan dulu. Saya dapat tahu Ika lumpuh, dan sekarang, dah gagah berdiri depan saya. Sangat ajaib!"

Aku tersenyum, pahit! Tak tahu nak mulakan dari mana. Aku tak pernah berdua dengan Aysh. Selama ini, kemana aku pergi, sorang dari hero akan menyelit. Tapi, oleh kerana misi, aku terpaksa dan juga di paksa. Sekarang pula sudah di minta untuk bercerita tentang kisah kemalangan enam tahun dulu. Amat susah! Dia fahamkah dengan apa yang aku rasakan saat ini? Apa lagi yang harus aku ceritakan?

" Alhamdulillah. Familly semua amat memberi sokongan. Saya berjaya bangkit. Lagi pun doktor cakap, berkemungkinan sahaja. Tak pasti. Sebab tu saya usaha juga. Inilah hasilnya."

" Berapa lama ya Ika tak boleh bangun?"

" Dekat dua tahun juga."

" Lama tu!"

" Nak harungi rasa lama. Tapi bila dah sampai hari ni, rasanya semua tu baru berlaku semalam."

" Ika tabah. Itu saya tahu." 

" Yakinnya?"

" Yakinlah. Dulu kalau saya usik, Ika tetap akan bertahan. Itu yang saya suka."

Perbualan aku dengan Aysh semakin rancak. Aku mula menyenanginya. Dia tidaklah seteruk yang aku sangka. Walaupun Fauzan lagi berkarisma, tapi Aysh mempunyai tarikan tersembunyi. Hai hati! Kenapa perlu buat perbandingan antara mereka berdua?

Aku kekenyangan! Aysh tergelak melihat aku menolak sagu gula melaka yang baru sampai. Memang sedap makanan di sini! Aku betul-betul puas hati. Aku perhatikan gaya Aysh yang cuba menghabiskan pencuci mulut, sedangkan kami masing-masing sudah kekenyangan. Padan muka!

Macam ada tarikan, mata aku terarah ke pintu masuk restoran. Pasangan kekasih yang baru masuk ke dalam restoran ini membuatkan aku terus memerhati. Romantik! Terdetik kata-kata itu dalam hati. Bila aku perhatikan lelaki itu, aku seperti mengenalinya. Serta merta muka aku berubah. Aku dah tak senang duduk! Nafas aku terasa pendek! Huh! 

Dah memang sah! Mamat ni yang aku tinggalkan dekat mamak tempoh hari. Amboi, galaknya dia! Nasib baik aku dah reject! Tangan pasangan dia pun boleh tahan! Sekejap-sekejap, sibuk mengusap tangan mamat tu. Kalau duduk sebelah, entah apa lagi yang nak di pegang? Mata pun dah tak pandang kiri kanan. Asyik masyuk berkasih! Dah kawinkah?

Hai Uzma! Jangan prajudis! Mana tahu diorang memang dah kawin.

" Jomlah balik. Saya pergi settlekan bill." Ajakan Aysh buat aku tersentak. Ha! Itulah, dok skodeng orang lain, yang depan mata kata apa pun tak perasan!

" Jom. Saya nak tegur kawan sekejap." Aku bangun dan pergi ke meja Kadir, selang tiga meja.

" Assalamualaikum. Hai. Kadirkan?" Sengaja aku tanya, tak hal memang sah mamat tu! Dia memandang aku, kaget!

" Eh, awak!"

Eh awak? Hello pakcik! Aku bagi salam tak reti nak jawap ke? Huh!

" Saya sengaja tegur. Kebetulan dah nak balik. Ni wife ke?" Serta merta wajah gadis yang bersama dengannya berubah. Sah bukan!

"Kawan. Nama dia Isha!" Gugup jawapan dia. Haha! Suka betul aku. Aku tengok Aysh dah datang dekat.

" Hai Isha. Saya Uzma. Okeylah. Nak balik dulu, kawan saya pun dah siap tu. Bye!" Aku hulur salam pada Isha. Dia sambut nak tak nak sahaja. Apa aku kesah?

Dalam perjalanan balik, Aysh yang banyak bercerita, aku layan sahaja. Kepala otak aku masih ligat berfikir tentang pertemuan yang sekejap tadi. Memang tak sangka! Lepas tinggalkan Kadir hari tu, aku tak pernah terfikir akan berjumpa dengannya lagi. Nasib betullah!


" Abang tahu Uzma pergi mana?"
Umairah lihat Zakri tak kisah sahaja bila masa makan malam sebentar tadi, Uzma tak ada. Merajuk lagi ke budak sorang ni? Itulah seorang anak perempuan pun. Tapi, ragam yang seorang itu sudah cukup memeningkan!

" Dia keluar dinner." Zakri yang masih khusyuk mengadap buku agama di tangan di tatap.

" Keluar dengan siapa? Tadi anak bujang abang semua ada. Am anak-beranak pun ada. Tengah ramai-ramai macam ni, boleh dia dinner dekat luar?"

" Dia keluar dengan si budak Aysh. Awak ingat lagi tak kawan si Wan yang pakai cermin mata besar, badan kurus-kurus tu. Budak tu rajin kacau Uzma dulu. Ingat tak?" Zakri dah meletakkan buku bacaannya di riba. Umairah cuba mencernakan nama itu. Hah! Budak kerempeng yang selalu bergaduh dan mengusik Uzma tu?

" Budak kurus tu?"

" Yalah. Tapi dah tak kurus. Dah lawa badan dia sekarang. Anak-anak bujang kita tu dok kenankan si Aysh. Lagi pun, baik budaknya. Kita pun dah kenal hati budi dia."

" Eh! Abang ni! Dah dekat sepuluh tahun kita tak jumpa dia. Mana abang tahu dia budak baik? Tadi Uzma keluar, dia tak jumpa saya pun?" Umairah bersuara agak tidak puas hati. Ya lah, mana tahu orang sekarang. Bukan boleh percaya!

" Dia jumpa saya. Masa tu awak tengah sibuk dengan cucu awak yang dua orang tu."

" Kalau ya pun, panggillah saya. Saya ni mak dia. Takkanlah dia nak belakangkan saya!" Nada suaranya sedikit merajuk.

" Eh! Awak ni. Budak berdua tu pergi makan sahaja. Kenal-kenal dulu. Itu pun awak bising?"

" Alah, abang memang! Saya nak juga jumpa si Aysh tu."

" Dahlah. Kejap lagi dia balik, awak pergi jumpa. Jemput si Aysh tu masuk. Okey?" Mahu tidak mahu, Umairah terpaksa juga bersetuju dengan cadangan Zakri. Tapi hati tuanya seperti tidak senang dengan apa yang di dengarinya.

 Hati ibu mana yang suka kalau anak perempuan yang di jaga, di besarkan di hadapan mata keluar rumah malam-malam seperti ini. Tapi, apabila mengenangkan perangai Uzma Zulaika yang pandai menjaga diri, dia sedikit lega. Asalkan anaknya itu pulang ke rumah dalam keadaan selamat sudah cukup melegakan perasaannya.


No comments:

Post a Comment