Wednesday 17 October 2012

Misi mencari 'Imam'! (11)



 BAB 11

Dari jadi tetamu, aku jadi macam tuan rumah. Ini semua gara-gara ibu kenalkan aku sebagai bakal menantunya. Naik segan pula. Fauzan tersengeh-sengeh bila ibu menggandingkan aku dengannya. Rasa takut dengan harapan ibunya.

" Baguslah, ibu pun sukakan awak."

" Jangan beri harapan pada ibu." Dia tersenyum mendengar panggilan ibu dari aku. Hari ini, begitu murah senyumannya. Yang pasti banyak yang di tujukan khas buat aku sorang! Ah! Perasan lagi!

" Harapan ibu, harapan saya juga."

" Yakinnya? Habis tu, saya?"

" Awak hanya perlu mengaku. Minggu depan, sure saya hantar rombongan!"

" Rombongan apa?"

" Meminang awak!"

Aku cuba dapatkan kepastian darinya. Matanya cukup untuk menyampaikan message yang hatinya sudah di berikan kepada aku. Aku berbelah bahagi! Tak tahu jika keputusan dia harus aku pertimbangkan. Ada harapan yang di berikan, ada hati yang perlu aku jaga! 

Aku agak selesa berada di tengah-tengah keluarga Fauzan. Mengaminkan doa yang di baca olehnya membuatkan hati aku terasa tenang. Degupan jantung aku mula menyanyi-nyanyi lagu cinta buat imam yang mengimamkan solat Asar yang baru sahaja sudah.

Sikap kepimpinannya agak menyerlah, menyebabkan aku terjatuh sayang berkali-kali hari ini. Kelancarannya membacakan surah-surah Al-Quran membuatkan aku hanyut ke syahduan. Perasaan yang tidak mampu aku tafsirkan. Melihatkan makmumnya yang lebih dari 20 orang pada petang ini membuatkan hati aku kuat menyebut namanya. Keyakinannya membawa kami sujud padaNYA, betul-betul menggoda jiwa aku!

Petang itu, aku pulang ke rumah dengan perasaan yang sudah tetap! Cuma belum tiba masanya untuk aku menyulam harapan. Rasa bahagia yang hadir buat aku lupa dengan ke sakitan dan ke kecewaan lepas!


Aku pandang wajah emak. Abah masih tak beriaksi. Tetap dengan tasbih yang terus menerus bergerak memuji-NYA. Selepas Isyak tadi, abah suruh aku ke rumah sebelah. Ada perkara yang nak di bincangkan. Rupanya hal Hamdan masih berbangkit! Ah lelaki itu! Betul-betul buat aku sakit hati!


" Aunty, uncle, niat saya datang petang ini baik. Saya nak minta maaf di atas perbuatan saya pada Uzma. Saya menyesal dengan apa yang saya buat pada dia dulu. Saya harap sangat, uncle dan aunty dapat maafkan perbuatan saya."

Umairah mendengar ada ke sungguhan dalam ayat yang Hamdan tuturkan. Tapi, budak lelaki inilah yang mencaci satu-satu puterinya! Rasa meluat pula timbul dalam hati Umairah tika itu. ‘YA ALLAH! Aku tak patut menilai Hamdan. Hanya KAU sahaja yang mampu meletakkan hukuman padanya.’

" Uncle dan aunty maafkan kamu Hamdan. Tapi, uncle tak rasa kami dapat terima hajat kamu ke sini. Uzma berhak mendapatkan yang lebih baik dari kamu." Zakri yang dari tadi senyap sudah bersuara. Umairah lega bila dia sudah menetapkan keputusannya.
‘Mana mungkin aku mampu menerima Hamdan menjadi menantu lelaki kami. Dia dah cukup menyakitkan hati Uzma!’ Kata-kata itu hanya terdetik di dalam hati Umairah.

" Tak boleh ke, uncle dan aunty bagi saya peluang untuk perbetulkan apa yang pernah saya buat dulu? Saya merayu pada uncle dan aunty."

Terkejut dengan tingkah Hamdan yang sudah melutut dan memaut kaki Zakri membuatkan Umairah geram. Geram kerana Hamdan tidak faham dengan ayat Zakri yang terang lagi bersuluh tu!

" Hamdan. Kamu janganlah macam ni. Aunty rasa, baik Hamdan tahu. Kami dah terima pinangan utuk Uzma. Dia bakal berkahwin kurang dari tiga bulan." Zakri menganggukkan kepalanya bersetuju dengan kata-kata Umairah. Hamdan agak terkejut. Dia mengeluh!

Lebih baik begini! Biarlah Aysh yang jaga Uzma daripada Hamdan! Umairah tidak boleh meletakkan Uzma ke dalam tangan lelaki yang pernah melukakan hatinya. Nekad dengan menerima hasrat Aysh untuk menyunting Uzma!


" Mak, kan Uzma dah cakap, Uzma tak nak terima lagi Aysh tu. Kami baru berkawan." Aku lihat emak agak tersentak mendengar aku menegurnya.

" Mula-mula kawanlah. Lagi pun dia dah hantar tanda pun tempoh hari. Mak saja yang tak bagi tahu pada Uzma. Alang-alang dah jadi macam ni, terima sahajalah budak Aysh tu."

" Tapi mak..."

" Abah dah bagi tahu Aysh dan abang-abang kamu. Hujung minggu depan kita adakan majlis tunang, nikah lagi sebulan."

Aku pandang wajah abah. Terkejut!

" Kenapa kena dengan Aysh? Bukan ke perjanjian abah dengan Uzma sampai hujung bulan April? Ni baru 20 hari perjanjian tu, abah kata Uzma kena kawin bulan depan? Macam mana dengan Misi Uzma tu?"

" Batalkan misi Uzma tu. Abah dah tarik balik perjanjian tu."

" Abah!" Aku dapat merasakan keputusan abah kali ini muktamad!

" Selama ini, abah tak pernah nak paksa Uzma. Abah ikut semua kemahuan anak abah. Tapi, untuk kali ini, abah harap Uzma faham. Abah nak Uzma kawin dengan Aysh!"

Ketegasan dalam kata-kata abah buat aku terkedu. Mak mengusap bahu aku. Air mata aku amat murah malam ini. Kecewa kerana rasa cinta yang baru aku rasai kian menjauh. Di halang dengan arahan abah untuk aku menerima Aysh sebagai pasangan hidup aku!

Aku meminta diri untuk balik ke rumah. Dah tak larat nak menjawap dan mempertahankan diri. Aku betul-betul kecewa! Terasa hati aku di rampas dengan kejam oleh Aysh! Aku betul-betul tak rela!

+ Abang Hairi, i need u rite now! I don't love him! Help me please! -Uzma

Selang beberapa saat, panggilan abang Hairi menyapa hand phone aku.

" Assalamualaikum Dear."

" Wa'alaikumsalam. Abangg..!" Tika ini, aku sudah tidak mampu untuk bersuara lagi. Sedu tangisan aku mula kedengaran.

" Syyhhhh.. Sabar Dear. Jangan menangis macam ni. Istighfar dulu, tarik nafas panjang-panjang."

Setelah melakukan apa yang di suruh, aku terus mengadu. Menceritakan permintaan abah yang seperti menjatuhkan hukuman wajib kepada aku!

" Uzma dah jumpa imam tu"

" Imam mana?"

" Calon imam yang mampu buat hidup Uzma berwarna."

" Siapa? Abang kenal tak? Abah tahu?"

Aku ceritakan pula pertemuan demi pertemuan aku dengan Fauzan. Abang Hairi menjadi pendengar setia aku malam ini. Dia turut mengeluh mendengar cerita aku. Yang pasti, aku dah tersepit di tengah-tengah arahan abah! 

+ Uzma Zulaika. -Fauzan.

Hanya nama aku yang tertera di dalam pesanan ringkas yang di hantar kepadaku. Serta merta aku mengesat air mata yang mengalir. Doa aku semasa bersolat istikarah sebentar tadi seperti di makbulkan! Terngiang-ngiang lagi doa itu jauh di dalam hati ini.

" Ya ALLAH! KAU dekatkanlah aku dengan ADAM yang layak memiliki aku. KAU pimpinlah aku dekat dengan pemilik tulang rusukku. KAU gerakkanlah hatinya untuk memberikan sokongan kepadaku. KAU bantulah aku untuk bersama dengannya. Aku tidak mampu menolak hasrat abah hanya kerana cinta yang baru mula bertapak kepada Fauzan. Aku tidak mahu menjadi anak yang tidak mendengar kata terhadap arahan orang tua yang membesarkan aku. Aku juga tidak mahu kecewa bila salah memilih.

Jadi, KAU bantulah aku hambaMU, gerakkan hati pemilik tulang rusuk aku. Tak kira bila, di mana, bagaimana, dan bersama siapa, aku memohon pada MU, YANG MAHA MENGETAHUI, tunjukkanlah jalan kepada hati ini. Siapakah dia yang layak memiliki cinta aku, yang lebih layak bergelar suami serta pemimpin buat aku. Samaada di antara Muhamad Fauzan Farshi bin Fathi Hilmi dan Aysh Adam Dzakwan bin Adam Dzulfikar atau orang lain. Amin, amin ya rabbal alamin."

- Ya! -Uzma.

Lama aku tunggu tidak berbalas. Ah! Tak mungkin Fauzan masih berjaga masa ini. Dah jauh malam. Aku memperkemaskan telkung dan sejadah. Al-Quran juga aku simpan di tempatnya. Tasbih pemberian arwah Tok Wan Zakaria aku capai. Dalam hati mula memujiNYA. Aku berharap, semoga kering air mata ini dan sembuhlah luka di dalam hatiku.

Di saat mata aku mula lelap, panggilan dari Fauzan pula yang masuk. Cepat aku mengangkatnya sebelum ianya di putuskan.

" Assalamualaikum." Suaranya yang sedikit garau menyapa gegendang telinga aku.

" Wa'alaikumsalam." Bergetar suara aku menyambut salam darinya.

" Saya ganggu awak tidur?"

" Tak. Saya belum tidur."

" Kenapa tak tidur lagi? Dah hampir pukul 3pagi."

" Saya solat."

" Oh. Solat? Lambatnya."

" Kalau saya tak nak cerita?"

" Terpulang." Suaranya tetap di dalam tona yang sama. Tidak memaksa!

" Kenapa awak call?"

" Saya tak boleh tidur!" Suara garau itu bernada manja. Aku tersenyum. Bagaimanakah aku mahu menghentikan detak jantung yang berdenyut memanggil namanya?

" Kenapa call saya kalau tak boleh tidur?"

" Sebab sejak dari lepas Isyak tadi, saya teringatkan awak. Kuat sangat!"

" Awak.."

" Dengar dulu Uzma." Pintasnya cepat sebelum sempat aku menghabiskan ayat aku. " Saya tak tahu kenapa bila semakin pagi, saya terus-terusan mengingati awak. Sampai saya tak dapat nak kawal hati saya. Sebab tu saya message. Bila awak balas, saya rasa gembira sangat! Tapi, saya pelik. Rasanya macam awak ada masaalah. Hati saya tak tenteram bukan sahaja sebab rindu, tapi saya rasa awak tengah bersedih."

Aku menghelakan nafas. Mungkinkan dia merasakannya? Ah! Hati. Kau mainkan aku kah?

" Kenapa awak terlalu yakin?"

" Uzma. Semenjak hari pertama saya kenal awak, hati saya yakin, awak memang di takdirkan buat saya. Tak pernah saya rasakan perasaan seperti ini dengan mana-mana wanita yang saya kenali. Saya tahu, awak pernah kecewa. Izinkan saya menggantikan ruang yang pernah luka itu."

" Awak. Jangan berharap. Perkara ini tak semudah yang awak sangkakan."

" Awak tak yakin dengan saya?"

" Bukan sebab itu!" Aku mengeluh di hujung bicara. Susah untuk aku berterus terang!

" Habis tu? Apa lagi masaalah awak? Diah cakap, awak masih solo."

" Entahlah. Mungkin solo sampai sabtu depan."

" Maksud awak?" Agak suaranya.

" Tadi, Hamdan datang rumah. Dia nak pinang saya."

" Awak terima dia balik? Semudah.."

" Tak! Dan tak mungkin!" Cepat aku memintas kata-katanya!

" Jadi, apa masaalahnya Uzma?" Ada keluhan kecil di hujung ayatnya.

" Abah suruh saya terima pinangan Aysh. Minggu depan rombongan mereka datang meminang. Bulan depan kawin." Semudah itu ayat itu terluncur keluar dari bibir aku. Aku menanti dia bersuara. Senyap! Aku resah menanti. Hanya hembusan nafasnya yang aku dengar.

" Dahlah awak. Jangan letakkan harapan pada saya lagi." Aku bersuara bila dia masih senyap.

" Tak Uzma. Saya rasa ia masih belum terlambat. Masih ada seminggu."

" Jangan bina harapan jika awak tak mampu nak ubah keputusan abah saya. Pertama kali abah bertengas dengan keputusannya. Saya tak mahu menjadi anak yang ingkar!"

" Awak, jangan cepat berputus asa. Saya masih ada. Dan saya yakin awak pun ada perasaan yang sama. Tolong jangan bunuh perasaan kita."

Aku mengeluh lagi. Entah kenapa aku merasakan perjalanan ini terlalu jauh. Harapannya kepada hubungan ini terlalu besar.

" Dahlah awak. Kita stop dulu sampai sini. Dah hampir empat pagi. Saya nak tidur."

" Kita macam mana?"

" Kita tidur dulu. Esok petang saya jumpa awak."

" Dekat mana?"

" Awak jemput saya dekat rumah. Saya beri alamat pada awak nanti. Sekarang, kita tidur. Saya penat sangat."

" Okey, kita tidur. Assalamualaikum Uzma."

" Wa'alaikumsalam." Aku terus mematikan talian. Tidak sanggup untuk terus menunggu lama. Dan sekali lagi air mata aku gugur! Murah sungguh air mata aku malam ini!

Tabahlah Uzma! Semuanya akan baik-baik sahaja

4 comments:

  1. Assalam..napa tiada sambungan untuk novel ini..tertunggu next entry..please sambung. TQVM

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam... sambungan mmg dah ada... biasanya sy akan update 2 episode kehadapan bila penulisan siarkan cerita ni... jadi... kalau awk nk bc sambungannya, kena tunggu lepas minggu raya ni... insyaALLAH sy akan unhide episode seterusnya.... terima kasih meluangkan masa menjengah... =) dan selamat menyambut hari raya aidil fitri... :)

      Delete
  2. Replies
    1. saya akan update dalam minggu ni.. insyaallah... =)

      Delete