BAB 2
Sudah seminggu aku lancarkan misi. Abah yang mulanya tak
ambil pusing langsung, tadi dah mula risik-risik dekat emak pasal misi aku.
Bukan apa, kawan sekerja abah, minta abah tolong carikan jodoh untuk anak
terunanya.. Dan aku? Tentulah antara senarai pendek abah! Hai Uzma! Abah pun
dah masuk line?
" Mak! Abah serius ke nak suruh saya kenal dengan anak
kenalan abah tu?" Muka emak macam pelik je bila tiba-tiba aku tanya soalan
yangg tak ada dalam sillibus otak dia masa tu.
" Kenapa kamu tanya? Nak kenal ke? Abah baru je
tanya-tanya. Tapi mak dah tunjuk senarai Tok imam kamu tu."
"Hah!? Mak bagi abah baca ke? Adoi la mak... Oh..
Mak...!!" Aku dah tergeleng-geleng kepala. Rasa terkejut dengan tindakan
pantas emak kesayangan aku ni memang boleh buat aku sakit jantung!
" Lah! Apa salahnya, abah tak marah. Dia mintak copy
misi kamu je, dan mak dah bagi
tadi." Emak pandang aku sekilas sebelum dia menyambung bacaanya. Entah apa
yang menarik sangat dalam majalah yang di baca pun aku tak tahu!
Perangai emak aku ni memang satu saja yang tak dapat nak di
kikis sejak aku kecil sampai besar. Dia pengumpul majalah yang berjaya! Dari
majalah masakan, kepada majalah wanita, sampailah maskulin pun dia beli! Aku
tak tahu mana datang minat dia yang satu ni. Abah pula boleh layankan apa yang
emak buat. Siap taja wang saku bulanan untuk beli majalah kegemaran emak. Bagi
aku membazir saja! Cerita lebih kurang saja kalau majalah gossip dekat Malaysia
ni. Artis tu kawin dengan Dato’ sana, artis sana cerai dengan artis sini. Sampaikan
cerita hal rumah tangga pun masuk dalam majalah!
Dan aku, memang tak layan kalau bab-bab artis atau gossip!
Sampaikan kawan-kawan lama aku bosan kawan dengan aku semata-mata aku tak layan
gossip murahan. Murahankah? Murahanlah kot kalau setakat beli majalah hanya
untuk baca kisah orang lain dan akhirnya jadi mesyuarat tingkap. Tak gemar
betul aku bab-bab macam ni!
Ah! Uzma, masa macam ni pun masih nak kutuk emak lagi? Aku
tergaru-garu kepala aku yang tak gatal ni. Emak masih khusyuk membaca tampa menghiraukan
aku. Sedangkan sekarang aku rasa macam
nak pitam. Emak pula buat biasa saja, tapi aku dah rasa tak sedap hati!
Habislah kalau abah dah tahu misi aku. Jangan abah cakap aku buat perangai
budak-budak sudah. Aku dah macam cacing kepanasan bila tengok muka emak yang
selamber, sedangkan aku perasan matanya kedang-kadang melirik kearah aku yang
dah tak senang duduk dari tadi. Apa nak jadi ni? Berjaya ke misi aku kali ni?
Aku betul-betul tak tau!
Aku melangkah ke dapur mencari air masak. Masa-masa macam
nilah yang selalunya aku dapat melepak dengan emak. Tapi nampaknya hari ini ku
kena ubah rancangan. Baik aku pergi window shopping dari memerap dekat rumah.
Emak pun macam taknak layan aku saja. Eleh! Mentanglah abah dekat rumah, aku
ada dengan tak ada, emak buat tak kisah saja.
Usai makan malam aku terus menuju ke ruang tamu. Sah-sah
lepas balik dari berjalan sorang-sorang tadi mood aku dah baik. Tapi bila balik
saja, abah bagi kejutan yang mampu menggugurkan usus-usus dalaman aku! Err!
Usus boleh gugurkah?
Sekejap-kejap aku bangun, berjalan ke hulu ke hilir macam
ayam betina kehilangan telur! Huh! Dah berkerut-kerut dahi fikir perjanjian
baru dengan abah! Perjanjian apa? Haaa! Yang ini aku tak tahan, emak punya
gelak suka dekat aku bila abah suruh tandatangan perjanjian tu. Officially,
abah nak, nak juga aku ikut kata dia. Sebelum ini cakap mulut sahaja, selalu
sangat aku buat muka tak bersalah. Kali ini, tak dapat aku nak bagi apa-apa
alasan. Padan muka aku!
" Tak sudah lagi ke kamu ukur ruang tamu mak ni Uzma?
Naik peninglah kepala mak ni!" Emak yang tiba-tiba muncul dekat ruang tamu
sambil pegang majalah saji, membuatkan aku sedikit terkejut. Adoi la emak aku
ni. Bukan nak bagi salam ke, hello ke, nasib baik aku tak termelatah! Haih!
" Mak! Bagi la salam ke apa, buat orang terkejut
je."
" Amboi! Rumah mak, apa kena nak bagi salam ke
tidak?"
" Ala mak ni, bukan ke elok kalau mak bagi salam? Doa
yang baik-baik untuk Uzma."
" Tak payah mak nak bagi salam pun, mak dah doa yang
baik-baik buat kamu. Mak nak anak perempuan mak yang sorang ni kawin."
Alamak! Emak aku dah mula nak bukak cerita dia la tu. Aku
dah tergaru-garu kepala yang agak tak gatal ni.
" Mak, pujuk la abah tu. Uzma bukan tak setuju dengan
perjanjian yang abah buat tu, tapi, tiga bulan tu kejap sangat la mak. Bagi la
Uzma setahun. Kan Uzma perempuan. Takkan la nak jadi perigi cari timba?"
Emak menyengeh je dengar aku merungut. Suka betul orang tua
aku ni bila menyaksikan aku di paksa abah menanda tangani perjanjian sebentar
tadi.
PERJANJIAN MENCARI MENANTU HAJI ZAKRI DAN HAJJAH UMAIRAH.
1. Hanya TIGA bulan tempoh masa yang sah.
2. Wajib bawa jumpa abah dan emak bila tempoh tamat. Kalau
dah jumpa sebelum tarikh tamat lagi bagus!
3. Lelaki itu haruslah mendapat kelulusan abah dan emak.
4. Uzma Zulaika tidak boleh bantah keputusan abah, jika
tidak berjumpa calon dalam tempoh masa yang di berikan abah berhak mengahwinkan
Uzma Zulaika dengan lelaki pilihan kami.
5. Kawin dalam masa 6 bulan ke 1 tahun selepas tarikh tamat
tempoh.
P/S: Abah nak tengok calon menantu yang mengikut misi
mencari "imam" yang Uzma Zulaika buat. Good luck!
Tandatangan abah dan aku termaktub dekat situ. Emak pulak
jadi saksi. Wajah emak dan abah Nampak gembira bila aku terpaksa menurut
sahaja. Bencinya! Sudahlah tarikh luput pencarian menantu ini tamat betul
hujung bulan april. Maksudnya? Tak ada makna buat aku yang tengah serabut tahap
gaban nak dapat anak!
" Apa yang susah perjanjian tu Uzma? Mak rasa abah bagi
syarat tak lah banyak. Lima itu pun kamu dah tak senang duduk. Bukan suruh
kawin dalam masa tiga bulan!"
Makin serabut pula aku, bila emak dah mula sokong
lebih-lebih perjanjian abah itu. Mana emak tak suka, itulah doa dia siang malam
bila dengan aku. Suruh kawin! Belum pun berjaya misi mencari "imam"
aku, abah dah bagi plan yang agak mengganggu gugat hati dan perasaan aku. Mana
aku nak dapat cari calon yang sesuai ini? Di mana, di mana? Argh! Serabutnya!
" Dah la tu Uzma. Cubalah kamu duduk diam-diam sikit.
Mak ingat dah tak ada budak kecil dalam rumah ini, tak adalah mak rimas tengok
budak main kesana, kemari. Sudah-sudahlah tu ukur ruang tamu mak ni."
" Mak ni. Uzma tengah risau ni mak. Tiga bulan je abah
bagi, tak sampai seratus hari pun. Mana Uzma nak cari "imam" yang
macam Uzma senaraikan tu."
" Ada la tu mana-mana nanti. Dahlah. Tak kuasa mak
duduk sini. Penat membebelkan anak dara tua sorang ni."
Hoh! Dah kena sebijik dengan emak aku. Ala, aku tak la tua
mana. Baru je masuk dua puluh tujuh tahun bulan januari hari tu. Emak bukan tak
tahu, orang sekarang ni umur tak jadi masalah. It's just a number, tu la kata
kawan aku kat facebook. Haih! Cakap pasal facebook, dah lama aku tak update
status aku. Mesti para pengelike tegar dan stalker tak bergaji aku tu tengah
bosan sebab tak ada kerja! Okey! On line time!
Uzma Zulaika
Minggu lepas aku dah lancarkan misi mencari
"imam". Dan yang menyebabkan aku rasa nak gelak guling-guling sambil
menangis bila pagi tadi, abah paksa aku tandatangan perjanjian mencari menantu!
Sangat terbaik! Tapi, tiga bulan weiihh! Mana nak cari calon? Anda mahu? Argh!
Tekanan! =,="
Kan panjang lebar status aku ni. Kejap je naik status, dah
berderet yang like. Yang pantas bagi komen pon ada! Diorang ni memang get ready
dekat news feed saja ke ha? Pelik betul. Tengok tu, tak sampai seminit naik
status dah berderet pengomennya. Memang terbaik dari ladanglah dia orang ni! Berdebar
pula rasanya nak baca komen-komen dekat status aku tadi. Haiiihh!! Kenapalah
aku buat status macam ni? Malu pula aku nak membalasnya nanti! Menyesal pulak!
Hamtaro Cute: perjanjian pulak ke awak? Kesian. Mak abah
awak tak sabar nak bermenantu tu. Hehehe.
Hasyim Ahmad: kan ada saya, tak payah susah-susah cari. Esok
pun dah settle masalah awak. ;-)
Uzma Zulaika: terima kasih daun keladi en. Hisyam. Isteri
kat rumah yang tengah sarat tu mana kamu nak sorok? Madu u? TAK RELA! Hamtaro:
menantulah sangat! :/
Azrul Zakhir: akak! Abah dah bagi tau Khir. Tahniah dan good
luck tau. Tak sabar nak berabang ipar. :-P
Hamtaro Cute: Uzma, saya pasti awak akan jumpa. Selamat
mencari! :-)
Nur Jannah: Good luck Uzma! :-)
Lily Andark: Ada orang nak kena kawin! I lolike! ;-)
Uzma Zulaika: Arrggghh! TIDAK! Tekanan cenggini. OUT dulu!
Assalamualaikum! @,@"
Aku ingat lepak dekat facebook dapat la cari jalan. Rupanya,
lagi bertambah serabut! Someone! Tolong la selamatkan aku! Aku tau ada
seseorang kat luar tu buat aku! Cepatlah muncul!
uzma zulaika- moge misi anda berjaya!
ReplyDeletethanks hetty.. ikot cerita ni.. :))
Deletebila next entry 17 nk kua... huhu
ReplyDeletean nisa... entry yg dah sy keluarkan ade sampai 19 dah.. cuba check betul2.. mesti ade.. =)
Delete