BAB3
" Abang buat apa kelendar besar
tu?"
" Awak rasa kalau saya tampal
dekat sini, Uzma nampak tak?"
" Laaah! Besar macam tu kalau
tak nampak nanti saya suruh dia buat cermin mata, tak pun saya sediakan kanta
pembesar bagi dia guna. Budak tu bukan rabun pun, bang. Jadi, ini untuk Uzma la
ni ye?”
Umairah tersenyum-senyum
melihat kelakuan suaminya. Bersungguh betul suaminya kali ini.
" Hai, suami kamukan memang
bijak! Dah tiga puluh dua tahun kita kawin Mai. Inilah cara terakhir saya untuk
lembutkan hati Uzma tu. Lepas peristiwa enam tahun lepas, dia terus tak mahu
berkawan rapat sangat dengan lelaki. Risau saya tak dapat menantu lelaki!"
“ Ya lah, bang! Saya tahu abang
memang bijak. Kalau tak takkan abang dapat pikat saya.”
Zakri tergelak besar mendengar
kata-kata Umairah. Dia masih ingat bagaimana dia bersungguh semasa mahu memikat
hati isterinya itu. Mereka bercita selepas berkahwin, tetapi perangai keras
kepala Umairah pada awal perkahwinan memang menguji kesabaran Zakri. Bersungguh
dia memikat isterinya itu, dan berkat kesabaran dan helah muslihat yang dapat
mencuit hati si isteri, akhirnya mereka bahagia.
‘Suami aku ni boleh tahan jugak
ideanya. Dah tua macam inilah dia tunjuk bakat terpendam nak mengenakan si
anak.’ Umairah terus memerhatikan suaminya memangkah besar tiga tarikh pada
kelendar yang di tampalnya tadi. Dia pasti rancangan Zakri akan Berjaya kali
ini!
‘Uzma, mak dah tak sabar nak mulakan
persiapan kenduri kawin anak perempuan mak.’ Betul-betul seronok hati Umairah
melihat Zakri turut masuk campur hal pasangan anak perempuan mereka. Kalau
tidak, selalunya Zakri banyak memenangkan Uzma bila dia memperkenalkan
mana-mana anak kawannya kepada Uzma.
“ Hari tu abang ada cakap pasal anak
Haji Halim yang nak cari bakal isteri untuk anak teruna dia tu apa ceritanya, bang?”
“ Dia ada juga tanya Uzma, tapi saya
tak bagi jawapan apa-apa pun. Saya suruh dia datang hujung minggu ni dengan
isteri dan anak dia. Nanti awak jangan lupa bagi tahu Uzma, hujung minggu ni
jangan pergi mana-mana.”
“ Ya lah, bang! Nanti saya ingatkan Uzma.
Bukan abang tak tahu perangai anak dara abang yang sorang tu. Liat benar bila
kita suruh dia kenal dengan calon yang kita pilih. Bukan kita nak buat dia
merana, tapi saya betul-betul tak faham apa yang dia fikir tentang perkahwinan.
Mengelak tak sudah!”
Zakri tersenyum mendengar rungutan
isterinya. Uzma Zulaika sememangnya sudah banyak mengelak dari topik
perkahwinan. Tapi kali ini Zakri yakin yang Uzma akan mengikut perjanjian yang
sudah di tanda-tangan olehnya. Satu-satunya puteri tunggal dalam keluarga
mereka, dan juga satu-satunya anak yang agak sukar di mengertikan perangainya.
Harapan serta doanya, semoga hati Uzma Zulaika terbuka untuk menerima insan
yang bergelar suami apabila tiba masanya.
Balik saja dari office, benda
pertama yang aku nampak bila masuk rumah ialah kelendar warna biru, dah siap
berpangkah tiga tarikh. Badan aku yang agak-agak penat ni jadi tak penat pula
tengok kelendar tu. Yang pasti, kelendar tu baru saja di letakkan di situ.
" Assalamualaikum! Mak! Uzma
dah balik."
Terkocoh-kocoh aku tengok emak
datang. Ni mesti tengah masak! Apron masih tak buka, dengan senduk dekat
tangan, sekali pandang aku tengok mak aku ni macam nak pergi bergaduh pun ada
juga. Aku menyengeh saja apabila mak sudah menghampiri.
" Wa'alaikumsalam."
Cepat-cepat aku salam dan cium tangan, dua pipi dan dahi emak. Jangan kata aku
nak mengampu pulak ya. Ini memang dah jadi amalan aku. Wajib buat macam ini!
Sebenarnya, aku duduk sebelah rumah
abah je. Tapi aku memang pengunjung setia rumah emak dan abah macam aku duduk
sini. Sampaikan abah pernah perli, suruh aku upah orang tebuk dinding antara
rumah abah dan rumah aku untuk buat pintu. Tapi aku? Apa aku kisah. Abah tu
gurau dia memang macam tu sejak azali.
" Siapa punya kerja tu
mak?" muncung mulut aku mencerun ke arah kelendar tadi.
" Itu? Haaa. Abah!" Jawap
emak sambil tersenyum dengan kening yang di angkat sebelah!
" Pulak?"
" Apa pulak-pulak? Tu remainder
la. Abah cakap. Bagus kan idea abah. Bernas! Mak suka!" Nak terbeliak
bijik mata aku dengar ayat emak aku sorang ni. Sukalah tu aku tersiksa! Oh,
TIDAK! Tolonglah aku!
" Biar betul mak ni. Abah yang
macam tak kisah tu yang buat? Ke mak cakap abah, tapi mak yang buat ni?"
" Apa yang mak buat?"
Suara abah dah kedengaran. Cepat-cepat aku bangun dan salam abah, sebijik macam
aku buat dekat emak tadi. Tak kurang, tak lebih. Hormat woo…
" Tu, kelendar awak la. Dia
kata saya yang letak kat sana." Belum sempat aku nak jawap, mak dah
mencelah.
" Eh! Abah yang penat-penat adjust
tempat, pangkah tarikh, mak kamu pulak dapat nama?"
" Abah ni saja je nak perli
Uzma ke ni?"
" Apa pulak perli. Ni nk bagi
kamu ingat. Nanti jangan pulak kamu buat-buat hilang ingatan. Abah bagi yang
besar punya!" Aku tengok abah ni memang dah serius tahap gaban nak beranak
betul ni. Sebijik! Adoi! Abah ku sayang.. Kenapakah? Apakah? Siapakah? Tidak!
" Erm! Yela. Abah mak, Uzma
balik dululah. Malam nanti datang balik nak makan pulak."
“ Ha! Sebelum mak terlupa, hujung
minggu ni kamu jangan buat plan apa-apa. Kita ada tetamu.” Aku yang dah bangun
memandang emak dengan wajah yang sedikit pelik.
“Siapa pula ni mak?”
“ keluarga Haji Halim. Dia nak
dating melawat. Katanya dah lama sangat kita tak berkumpul ramai-ramai. Anak
dia yang kerja dengan Tabung Haji dekat Madinah tu dah balik kerja dekat sini.
Itu yang dia nak ajak anak dia sekali nanti. Sebelum anak dia sibuk, inilah
masa yang sesuai. Nanti boleh kamu kenal-kenal. Mana tahu dia calon yang
sesuai. Tak payah nak cari jauh-jauh.”
Jawapan abah membuatkan aku sedikit
terlopong. Ini betul-betul misi abah nak suruh aku kawin cepat. Aduh! Nak kata
tak mahu nanti sah-sah aku kena bebel dua puluh empat jam, selama tujuh hari
seminggu!
“ Insyaallah! Kalau tak ada kerja,
Uzma adalah dekat rumah.”
Itu sahaja yang mampu aku
ungkapkan. Senyuman senget aku sedekahkan dekat mak dan abah.
Nampak sangat tak ikhlas! Aduhai
hati! Beg tangan dan juga beg laptop aku capai. Setelah meminta izin sekali
lagi aku cepat-cepat angkat kaki.
Nanti lama-lama duduk dekat abah dan
mak , mahu je aku pitam dengan rancangan-rancangan masa depan dan soalan-soalan
bonus yang tak bertapis tu. Nasib baik abang-abang dan adik lelaki aku tak ada.
Kalau tidak sah jadi bahan.
Hoh! Tak larat. Badan dah kepenatan.
Nasib baik dah solat asar. Oh, my bath tab! I'm comming!
Siap je mandi, aku tengok handfon
ada tujuh misscall. Bila check, tak ada pulak nama pemanggil. Haih! Siapa
sahaja la yang nak call aku. Lantaklah sana, kalau penting mesti orang tu call
balik. Aku memang tak akan call balik selagi aku tak kenal pemanggilnya. Nak
jawab pun takut juga. Mana tahu 'orang tu' masih cari aku. Haih! Tak pasal je
aku ingat kisah lama.
Kalau boleh aku tak nak dah kenang
benda dah lepas. Enam tahun aku bina keyakinan diri dan tak rapat sangat dengan
mana-mana lelaki. Dan aku masih ingat lagi, dulu ada kawan aku nasihat, jangan
bercinta sebelum kawin. Rugi je! Yela, rugi masa, duit, top up, dan yang paling
merugikan adalah sejarah tercipta. Sangat menjenggelkan!
Bagi aku dengan insan yang berbeza
jantina hanya akan ada perkataan kawan, teman, sahabat, Friends dan yang
seangkatan dengannya sahaja. Tak ada nak rapat sangat sampai boleh jadi kawan
baik, kawan tempat meluah perasaan dan yang sewaktu dengannya. Kenapa ya?
Sedangkan aku tahu berkawan dan membantu kawan tak salah. Tapi, aku tetap tak
mahu melangkaui batasan seorang kawan sahaja buat insan yang berjantina lelaki!
Sebenarnya aku dah penat dan tak
larat nak merawat hati yang telah di lukakan oleh insan yang bergelar kekasih.
Takut juga bila aku kecundang dengan cinta pertama, dan akan kecundang juga
dengan cinta yang seterusnya. Ada baiknya kalau aku cari orang yang dah
bersedia untuk berkahwin. Bukan nak yang suka-suka bercinta dan ikut trend
saja. Lebih-lebih lagi umur aku bukanlah belia remaja lagi! Tapi, bila fikir
balik. Apa kaitannya dengan aku yang menghukum semua lelaki yang mahu mendekati
aku? Serikkah? Kalaupun aku serik, bukankah manusia ini bermacam-macam
ragamnya?
Manusia boleh berubah sekelip mata
sahaja apabila mereka mendapat ‘hidayah’. Macam itu jugalah aku sebenarnya.
Sebelum ini, maksud aku enam tahun lepas, aku meletakkan kepercayaan kepada
insan yang bernama lelaki bukanlah sedikit. Agaknya sebab kebodohan aku menilai
hati dan perasaan manusialah aku bertindak seperti itu. Dan nyatanya aku seakan
menyesali tindak-tanduk dan juga perbuatan aku yang telah mencintai insan yang
tidak menghargai cinta yang aku berikan.
Sehingga aku menghukum lelaki lain?
Menghukumkah aku, jika aku hanya melarikan diri daripada mereka? Bukan aku tak
berkawan langsung dengan mereka. Malah aku masih boleh berkerja dengan di
kelilingi oleh lelaki sahaja. Keadaan itu berbeza barangkali! Meletakkan
kepercayaan kepada rakan sekerja bukan di ‘ikat’ dengan perasaan seperti
hubungan lelaki dengan perempuan. Ia perlu di lakukan atas dasar mencari
rezeki! Tentu sahaja berbeza dengan bercinta!
Ah! Biarlah apa juga yang orang kata
atau lebelkan aku saat ini. Yang pasti, aku sudah cukup rapat dengan
adik-beradik lelaki aku. Malah abang aku yang juga lelaki menjadi kawan rapat
aku selain dari Radiah. Aku tak perlu takut dengan masa hadapan yang akan
datang. Yang perlu aku lakukan adalah terus mengharungi hidup ini tampa menoleh
dan melakukan kesilapan yang sama!
Mengimbau kembali saat aku merasakan
kehilangan separuh dunia aku, sudah cukup buat aku sedar! Betullah orang kata, melupakan
kesakitan yang di bina berdasarkan kebahagiaan akan menimbulkan kebencian yang
paling dalam. Dan nyatanya ia benar-benar terjadi ke atas aku! Sekental dan
setabah mana hati aku menepis semua kenangan lama, tidak akan menjadikan aku
kuat untuk berdepan dengan Hamdan. Dan yang aku takuti, saat apabila kami
bertemu. Tidak kiralah samaada di rancang atau tidak di sengajakan. Dia adalah
senarai mahkluk terakhir yang akan aku senaraikan di muka bumi ini untuk aku
temui. Kalau tak masuk dalam senarai langsung pin itu tak menjadi satu asalah
buat aku!
Bangkitnya aku bukan dari kekecewaan
yang sedikit menyebabkan aku tekad! Aku akan hanya membenarkan hati ini di usik
oleh orang yang benar-benar layak sahaja! Ya! Macam kretiria yang aku
senaraikan tempoh hari. Aku perlu kuatkan azam untuk mencarinya! Sudah cukup
lama aku hanya melarikan diri dari memberi ruang untuk mana-mana lelaki. Dan
saat ini aku perlu membuka sedikit sahaja ruang itu. Siapa yang dapai
menghilangkan rasa sakit ini, mungkin juga dia jodoh yang ALLAH takdirkan buat
aku.
Best.. Thumbs up :)
ReplyDeleteterima kasih awak.. =)
Delete