BAB 1
Aku rasa, emak sudah naik muak
dengan semua alasan aku. Apa yang emak cadangkan aku bangkang habis-habisan.
Bukan aku tak turutkan apa yang emak aturkan, tapi apa yang aku buat bukannya
ikhlas datang dari hati! Bukan juga berniat mahu jadi anak derhaka. Tapi calon
yang mak kenalkan tidak pernah menepati
jiwa ini. Dan yang paling utama aku tak cukup bersedia untuk membuka hati aku
kepada mana-mana lelaki! Masih belum!
Semalam, elok sahaja aku keluar
office nak balik, muncul sorang lelaki perkenalkan diri dan mengajak aku minum
petang. Dia kata emak aku suruh jemput dan lepas minum petang dia hantar balik.
Kebetulan aku memang tak bawa kereta, emak kata nak guna! Rupanya ada plan di
sebalik peminjaman kereta aku. Ape jadi nak tahu? Sesuka rasa mamat tu saja,
ajak aku lepak mamak sampai pukul 7.30malam. Aku minta hantar balik dia buat
tak tahu je. Lastnya aku angkat kaki tinggalkan mamat tu kat mamak
sorang-sorang! Dan yang paling best sekali, aku balik tampa pengetahuan dia!
Padan muka!
Bila aku dah sampai rumah, emak
kalang-kabut bertanya soalan kenapa aku hilang tiba-tiba. Memanglah rasa
bersalah pada emak, sebab mamat tu sibuk mencari aku bagai nak rak! Dan emaklah
yang menjadi mangsa panggilan hangitnya sebentar tadi. Aku hanya tersengeh
sumbing sebelum menerangkan keadaan sebenar. Abah yang dari tadi mengadap
berita di tv3 hanya menjadi pendengar. Faham sangat dengan perangai aku yang
suka meninggalkan ‘date’ kalau ada sesuatu yang tidak aku senangi!
Muka mamat tu memanglah market,
sopan, cakap pun taklah poyo sangat, ada juga perangai dia yang aku berkenan.
Tapi jadi reject bila aku cakap, nak balik atau cari surau untuk solat maghrib
sekejap. Mamat tu jawab, ‘nanti awak jamak la’. Dia ingat aku terdesak nak
berbual ke, sampai kena jamak solat aku tu? Sorry la! Sekali dia melambatkan
urusan aku dengan ALLAH, seribu kali aku tolak permintaan dia.
Maksudnya apa? Hoh! Tak fahamkah?
Aku lagi suka kalau lelaki yang ajak aku keluar seorang yang sempoi, tapi
pandai jaga masanya. Tak faham juga? Cerita dia macam ini, aku suka kalau
seorang lelaki yang menyukai aku, lebih sayang dan cintakan masanya dengan
ALLAH! Sekarang dah fahamkan? Ya lah, solat lima waktu, zikir, membaca
al-quran, dan yang paling penting, dapat mengimamkan solat.
Memilih? Apa masalahnya? Aku
memilih sebab lelaki pun pandai memilih juga! Ini tidak adil, tidak adil
untukku! Haaa! Masuk juga lirik lagu Yuna yang aku tak pernah hafal dekat sini.
Alaaa! Aku tak kisah sebenarnya, siapa lelaki itu. Asalkan dia tahu agamanya.
Macam lelaki juga. Dia orang nak
cari bini yang cantik jelita, pandai buat kerja, berdikari, beradab, sopan,
tertib, amanah, beragama, dan macam-macam lagi. Aku pun tidak terkecuali! Nak
juga aku dapat lelaki yang mampu jaga rumahtangga. Bukankah kedua belah pihak
harus menjalankan peranan masing-masing supaya rumahtangga itu aman dan
bahagia?
Bahagia? Apa yang aku tahu tentang
bahagia? Selama beberapa tahun ini aku hidup dengan melupakan kenangan bahagia
yang mungkin pernah aku kecapi satu masa dulu. Bahagiakah kenangan itu
sehinggakan aku mahu melupakannya? Kalau bahagia kenapa harus aku perjudikan
masa selama enam tahun ini untuk melupakannya? Bila di fikirkan kembali, apa
yang aku nak ingat lagi pada kenangan lalu yang juga telah buat aku sakit,
kecewa dan juga makan hati selama bertahun. Itu semua gara-garaku terlalu
percayakan kata manis seorang insan yang penah bergelar kekasih! Haiiihhh!!
Kenapa aku nak toleh ke belakang sedangkan sekarang aku dah mampu buktikan pada
semua, yang aku ini masih ada guna lagi?
Aku pasti! Emak dan abah berusaha
untuk mencari jodoh yang terbaik buat aku! Tapi bagi aku biarlah aku bersedia
dan juga tak ada rasa terpaksa dalam menjalinkan hubungan. Sebenarnya aku dah
serik! Tapi, melihatkan kesungguhan emak nak kenen-kenenkan aku dengan lelaki
yang tak pernh masuk dalam carta jiwa ni, baik aku buat tindakan yang boleh
membuatkan emak slowdown sikit pasal jodoh aku.
Biasanya bila muncul sahaja hari
ahad, aku akan membantu emak mengemas rumahnya dan juga halaman rumah. Tapi
hari ini, aku hanya membatu emak mengemas ala-kadar sahaja. Selesai mengemas,
cepat-cepat aku mencari pen dan kertas. Rangka rancangan yang hendak aku
laksanakan, supaya emak taklah bising sangat tentang jodoh! Dan dengan ini, aku
dah lancarkan misi mencari "imam"!
Emak dah geleng kepala tengok
perangai anak dara yang sorang ni tulis senarai "imam" yang di
kehendaki. Aku hanya mengenyitkan mata pada emak sambil meneruskan rancangan
aku.
Misi mencari "IMAM":
KEUTAMAAN!
1. Cintakan ALLAH!
(Ini wajib! Kalau tak sayang ALLAH
dan agama, sure bukan calon pilihan!)
2. Boleh jadi imam dalam erti kata
sebenar.
(Walaupun bukan imam dekat masjid,
dapat imamkan aku sekeluarga pun dah cukuplah. Aku pun takut kalau aku dapat
suami, imam masjid. Ya lah, aku ni bukan la alim sangat! Setakat hukum agama,
mak dan abah adalah hantar aku pergi belajar. Tapi nak jadi isteri kepada
seorang imam yang di sanjung tinggi tu? Huh!! Tak pernah terbayang! Perangai
pun agak-agak memeningkan kepala mak dan abah! Inikan lagi aku nak behave,
kalau betul dapat pak imam? Gelak guling-guling la adik-beradik aku nanti bila
tengok aku control ayu! Teeeeetttt!! )
3. Bertanggungjawab.
( Ini penting sangat! Lelaki yang
bertanggungjawab dapat memastikan keselamatan pasangan. Yang paling aku suka
kalau dengan adanya dia, aku rasa di lindungi, walaupun dia hanya berada dekat
dengan aku! Nak sangat rasa di lindungi dan, pasangan aku itu tahu dengan
tanggungjawabnya. Dan kalau boleh, aku nak dia pun dapat mengingatkan aku
tentang tanggungjawab aku juga. Taklah leka sahaja, aku ni bukan boleh percaya!
Pandai rancang, bila nak laksana boleh pula aku lupa! Perangai siapa yang aku
ikut pun, aku tak tahulah!)
4. Beradab.
( Maksudnya, pandai bawa diri dan tak
memalukan dirinya, keluarganya serta orang sekelilingnya! Aku paling tak suka
dengan lelaki yang suka buat pandai sendiri. Menyampah rasanya! Kadang-kadang
sempoi tu pelu, Cuma aku tak mahu lelaki yang terlalu skema atau terlalu over.
Yang sedang-sedang saja pun dah cukuplah!)
5. Berharta.
(Bukan aku mahu yang jutawan! Tapi
maksud berharta itu, dia kenalah ada Al-Quran dalam hidup! Tak paham? Nanti
korang fahamlah apa maksud aku. Tapi, keewangan kena ada juga. Bukan duit tak
penting, cuma, ia memastikan kami dapat meneruskan kelangsungan hidup! Nanya
pula kalau aku dpat suami yang tak ada sumber keewangan. Mahunya nanti kami
bernasikan pasir, berlaukkan batu dan bersayurkan kayu! Eerrrrkkkk!!! Lalukah
aku nak menelannya?)
6. Berfikiran rasional.
( Siapa pun suka kalau dapat
pasangan yang dapat menyelesaikan apa juga keadaan dengan tenang! Yang ini
susah nak dapat, payah nak cari. Sebab kena seimbangkan dengan perangai
gila-gila aku inikan? Dia tak ada perangai macam aku pun tak apa, asalkan aku
dan dia dapat bertenang jika kami dilanda masalah. Kalau salah sorang gelabah,
salah sorang dapat menenangkannya. Kan ke indah macamtu? Hehehe!)
7. Ada tindakan kimia!
( Yang ini aku suka! Sebab kalau
bolehlah, aku nak pasangan yang sama-sama dapat merasai nikmatnya alam
rumahtangga! Kata nak sehidup semati. Harus ada! Yang penting perkongsian yang
kami dapat rasakan walaupun aku atau dia hanya saling berpandangan. Dan kalau
aku teringatkan dia, dia pun teringatkan aku pada masa yang sama. Macam yang
penah aku tengok dalam television tu, bila pasangan dia rindu, salah seoang
akan terasa getarannya, dan akan membuat panggilan atau pergi mencari
pasangannya itu. Indahnyaaaaa!! Waahhh!!! Berangan sungguh aku ni!!)
8. Sabar.
( Mestilahkan? Kalau tidak, apa nak
jadi? Aku tak sanggup dapat pasangan yang panas baran! Mahunya terbalik rumah
kalau pasangan aku tu panas baran! Aku ni Nampak sahaja sabar, tapi kalau asyik
kumpul saja kemarahan aku, lama-lama meletup juga! Diam-diam ubi berisi!)
9. Keluarganya dapat terima aku
seadanya seperti mana dia terima aku!
(Heh! Nak kawin tau. Kena terima
pakej. Aku sanggup menerima si dia dan keluarganya, dan dia juga sama! Tak
mahulah ada masalah di kemudian hari. Perkahwinan baai aku adalah sekali dalam
seumur hidup. Jadi keluarganya juga harus sama-sama menerima aku seadanya.
Kalau tak sanggup, baik undur diri awal-awal. Jangan bina harapan palsu okey?)
10. Bersedia dalam apa juga
keadaan.
(Ngeri pun ada juga bila aku
senaraikan bersedia dengan apa juga keadaan ni. Tapi, aku takut juga kalau satu
hari nanti kami ada masalah, dan tak bersedia, mahu dua-dua menangis tak
berlagu! Masa hadapan bukan dalam ramalan aku atau dia. Sekurang-kurangnya aku
dan dia sudah bersedia dengan apa juga kemungkinan yang datang! Tak mahu nanti
kami sama-sama menyesal dan juga menyalahkan di antara satu sama lain.)
Siap je aku punya senarai untuk
kretiria imam yang aku kehendaki, mak minta satu copy. Aku tanya kenapa? Dia
jawap, biar dia simpan bukti permintaan tok imam aku tu. Cis! ‘Tok’ imam, mak
aku kata? Tak apalah, ‘tok’ pun, ‘tok’lah. Asalkan bakal "imam" aku
tak la jadi ‘TOK’ lagi. Tak sanggup aku nak bercucu express ni!
Mak tersengeh-sengeh sahaja bila
baca senarai aku tu. Aku pandang mak dengan pandangan yang penuh tanda tanya.
Mak bukan saja tak cakap apa-apa, malah dia terus sahaja masuk bilik dengan
membawa salinan permintaan aku tu. Aku dah tergaru-garu kepala memikirkan
muslihat mak. Senyuman mak tu ada something saja. Takut pula bila aku fikir!
ok..
ReplyDelete=)
Delete