Friday 19 October 2012

Misi mencari 'Imam'! (16)

BAB 16

Keluar dari kereta, abang Wan sudah menanti aku dan abang Hairi. Mukanya agak keruh dan tegang. Dan aku tahu, pasti Aysh sudah menyampaikan berita yang tidak baik tentang kami! Abang Hairi berlagak biasa. Khir pula menjengah dari dalam rumah. Dia nampaknya tidak sabar-sabar, untuk mengetahui cerita kami.

" Masuk dulu. Kita bincang elok-elok. Jangan takut kalau kita di pihak yang benar." Kata-kata abang Hairi membuatkan aku sedikit tenang.

Aku amati muka abang Wan. Tetap keruh dan agak menakutkan! Aku gagahkan juga kaki menuju rumah emak. Abang Hairi berhenti di pintu sebentar, bersebelahan dengan abang Wan dan bercakap sesuatu yang aku tak dengari. Aku tak mahu menunggu di situ. Takut pula hati ni tak kuat, lebih-lebih lagi muka abang Wan keruh sahaja!

Masa aku masuk ruang tamu, semua ahli keluarga aku sudah ada. Abang Am, sampai tak lama selepas aku keluar rumah. Jadi, aku pasti semua orang, tahu tentang kejadian di Midvally tadi. Aku duduk di sofa yang kosong selepas bersalaman dengan semua. Kak Sue tersenyum memandang aku. Dia adalah antara orang yang selalu menyokong aku apabila di marah oleh heo dalam rumah ini.

" Baguslah kamu dah balik. Ha, sekarang cerita. Jangan cakap abah dengar satu pihak saja. Abah nak tahu cerita dari kamu berdua kenapa sampai bertumbuk tadi." Abah meminta penjelasan. Abang Hairi memandang aku. Aku sekadar mengangkat kening. Aku tahu dia faham!

Sesudah abang Hairi menceritakan kejadian tadi, abah mengeluh. Mak pula diam. Abang Am menggelengkan kepalanya. Abang Wan masih tidak berpuas hati. Khir pula senyap tak bersuara. Kakak ipar aku sudah membawa anak-anak pergi ke bilik rehat. Tak mahu anak-anaknya mengganggu perbincangan kami.

" Terpulang pada semua. Tapi, Hairi tak setuju Uzma tunang dengan Aysh. Belum apa-apa dia dah berani nak naik tangan. Kalau kami tak ada tadi, lunyai Uzma di kerjakan." Tegas ayat yang meniti di bibir abang Hairi. 

“ Kami, tu siapa saja?” Soal abang Wan sinis. Aku terpaku sebentar mendengar soalannya.

“ Saya, Uzma dan juga Fauzan.”

“ Sekarang muncul pula Fauzan. Siapa Fauzan tu Uzma?” Soalan abang Am menyentakkan aku.

‘nak jawap apa ya? Hurmmmm…’

“ Dia, kawan.”

Wajah abang Wan yang sudah menyinga. Tak tahu apa yang harus aku perkatakan dan harus aku pertahankan.

“ Abang Wan jangan nak slahkan Uzma sorang je, bang. Abang ingat Aysh tu baik sangat ke?” Tiba-tiba abang Hairi bersuara.

 “ Kalau setakat kawan, kenapa sampai nak bertumbuk dengan Aysh? Dari hari Wan jumpa budak Fauzan tu lagi, Wan dah tak sedap hati. Macam ada sesuatu yang Uzma sembunyikan dari kami. Uzma nak buat apa sebenarnya ni? Nak malukan kami?”

Aku memandang abang Wan. Dia yang juga memndang aku nampak masih tidak berpuas hati.

“ Kenapa semua orang nak menangkan Aysh? Kenapa tak tanya apa perasaan Uzma? Sekarang ni, Uzma yang nak kawin dengan Aysh, tahu. Tapi, apa yang Uzma boleh kata? Ikut semua arahan orang lain. Apa yang dah Aysh buat pada Uzma, ada yang tahu? Ada yang ambil tahu? Baik sangatlah Aysh tu pada pandangan mata semua. Sedangkan Aysh sibuk berkepit dengan perempuan lain pun, masih dikatakan baik? Selalu mengugut Uzma pun masih baik? Cakap benda lucah pada Uzma pun masih baik? Lelaki macam itu yang abang-abang dan abah nak Uzma terima?

Lelaki yang di minta mengimamkan solat berjemaah pun tak mahu! Itu yang adik-beradik mahu Uzma habiskan hidup sepanjang hayat Uzma? Tak cukupkah Hamdan dah buat Uzma macam dulu? Nak Uzma makan hati lagi? Jawapla abang Wan, abang Am, abah! Bukan niat uzma nak jadi kurang ajar. Tapi, terus terang, kalau esok abah dan adik-beradik semua nak Uzma bertunang juga dengan Aysh, Uzma buat. Tapi, kalau selepas ini ada apa-apa yang terjadi, Uzma tak rasa Aysh akan benarkan uzma balik jumpa keluarga Uzma sendiri. Sekarang, kalau abang Wan rasa tak puas hati, Uzma minta maaf. Maaf juga pada abah dan yang lain. Uzma tak mahu dan tak sanggup nak terima Aysh untuk jadi pemimpi Uzma, sepanjang hayat ini.”

Semua terdiam mendengar aku bersuara. Abang Wan yang dari tadi berkobar-kobar marahnya nampak terkejut. Abang Am dan Khir pula sudah tergeleng-geleng. Abah beristighfar panjang mendengar luahan hati aku. Emak menenangkan abah. Abang Hairi pula menunjukkan ibu jarinya ke arah aku. Aku yang sebenarnya agak gementar, mendapat sedikit kekuatan apabila abang Hairi tetap tersenyum menyokong tindakan aku.


" Kita dah jemput tetamu, orang dah tahu Uzma nak bertunang. Saudara-mara pun dah tahu. Takkan kita nak batalkan? Malu kita macam ni." Abang Am tiba-tiba bersuara. Aku pandang wajah emak. Emak mengangguk. Aku keluarkan hand phone dan serahkan kepada abang Hairi.

" Nah, semua tengok kejap video ni. Kalau semua rasa nak lelaki jenis ni jadi ipar kita, teruskan. Tapi, Hairi rasa, ada calon lain lebih sesuai."

Abah menggelengkan kepalanya. Wajahnya keruh! Dia memandang wajah aku dan emak. Ada riak kekesalan di wajahnya.

" Abah, Uzma tak salahkan abah. Uzma harap, semua dapat terima, Aysh memang tak sesuai buat Uzma." 
Abah hanya menganggukkan kepalanya. Mungkin faham, aku bukan cakap kosong tentang Aysh. Abang Wan nampak terkejut melihat video itu. Abang Am dan Khir juga tidak percaya dengan apa yang sedang mereka lihat.

" Abang Wan minta maaf dik. Abang tak tahu sampai macam ni Aysh punya perangai." 

Aku mengangguk sahaja. Suasana yang tadinya tegang, sudah beransur tenang. Aku sangat bersyukur apabila mereka dapat menerimanya dengan baik. Inilah yang aku mahukan. Perbincangan! Bukan hanya arahan dari sebelah pihak sahaja.  Petang itu juga, kami terus berbincang tentang apa yang akan berlaku esok. Aku baru dapat menarik nafas lega. Akhirnya! Aku tersenyum kemenangan! 


Aku duduk termenung di hadapan kolam ikan abah. Melihat gelagat ikan yang tenang berenang-renang di dalam air. Usai solat isyak, abang-abang aku sibuk menyusun meja dan kerusi. Abah menyewa dua khemah untuk majlis esok. Kemeriahan adik-beradik aku bergurau senda tidak dapat menarik minat aku untuk turut serta.

Lengan baju aku di tarik membuatkan aku tersedar. Balkis sedang memandang aku sambil di tangan kiri memeluk bantal busuknya. Aku melemparkan senyuman dan menarik dia untuk duduk di sisi aku.

" Mama kenapa menung dekat sini? Mama gaduh dengan babah ya?" Aku tergelak mendengar soalannya. Ah! Budak kecil, apalah yang nampak sehinggakan pandai bertanya begini?

" Mana ada. Mama dengan babah tak gaduh. Kish nampak ke mama gaduh?" Mata bundar milik Balkis menelek muka aku. Aku hadiahkan senyuman buatnya.

" Petang tadi Kish dengar babah cakap dengan bonda marah-marah." Aku mengerutkan dahi aku tidak faham.

" Mana Kish tahu babah marah mama?"

" Sebab nama mamakan Uzma. Kish ada seorang saja aunty nama Uzma." Aku tersenyum.

" Mama tak gaduh dengan babah atau siapa sahaja. Sekarang mama nak Kish masuk tidur. Esok kita ada kenduri."

Matanya membulat, yang pasti sangat comel! Dia bersorak ceria. Aku tergelak melihat keletah anak abang Am. Keperihatinannya membuatkan aku tersentuh. Kak Sue sudah muncul mencari Balkis. Walaupun baru pukul 9.30malam, kak Sue tetap mahu mendisplinkan anaknya supaya mendapat tidur yang tetap!

" Kish pergi masuk dulu. Tidur dengan adik. Bonda nak cakap dengan mama. Masuk tidur tau." Balkis mengangguk. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dan rutin meminta maaf. Abang Am dan kak Sue tetap mencontohi abah dan mak dalam mendidik anak. Rasa bangga menjelma apabila melihat pelakuan Balkis..

" Uzma tak apa ke majlis tunang dengan Aysh tak jadi?" Aku pandang wajah kak Sue. Dia antara orang yang rapat dengan aku. Tapi di sebabkan tugasnya sebagai pensyarah di UiAM dan menjadi ibu kepada sepasang cahaya mata telah membataskan masanya untuk di habiskan bersama dengan aku.

" Alhamdulillah, kak. Lega sangat. Walaupun tak jadi seperti yang di rancang, Uzma tetap bersyukur." Ada senyuman di bibir kak Sue. Dia terangguk-angguk.

" Dari awal lagi akak tak berapa berkenan dengan Aysh tu. Tapi tak beranilah akak nak cakap lebih-lebih. So, Fauzan macam mana?"

" Kenapa dengan dia?"

" Dah tahu majlis esok kita cuma buat doa selamat dan kenduri arwah tok Wan?"

" Dah tahu. Uzma cakap dengan ibu dia tadi. Nasib baik ibu dia okey kak. Baik pun baik. Uzma selesa dengan keluarga dia."

" Hurmm... Baguslah! Tapi, kenapa abah tak bagi gantikan saja pertunangan Uzma dengan Aysh, jadi Uzma dengan Fauzan?" Aku mengeluh. Aku pun tak faham. Abah yang beria-ia mahukan aku kawin cepat. Tapi sekarang, abah pula kata tak payah! Tangguh!

Ikut rasa hati, aku nak saja memberontak. Tapi, mungkin abah sudah ada rancangannya. Aku sebagai anak harus bersyukur! Untung abah batalkan majlis pertunangan aku dengan Aysh. Kalau abah tetap berkeras, habislah!



Tetamu yang hadir sudah mula berkurangan. Majlis kenduri doa selamat yang di bawa oleh imam surau terdekat berlangsung selepas solat zohor. Ramai saudara-mara yang datang mulanya terkejut bila di khabarkan majlis kami bertukar. Ada juga suara-suara yang tak enak di dengar menyebarkan gossip murahan.

Aku? Buat tak tahu saja. Bukan aku tak laku pun. Cuma aku mempunyai pilihan untuk tidak memilih Aysh! Dan sejak bermulanya majlis, wajah Aysh tidak pula kelihatan. Mungkin ke dia malu? Atau ada agenda lain? Selepas malam tadi, satu pun panggilan dari Aysh tak masuk dalam telifon aku. Mungkin abang Wan ada cakap sesuatu pada diakah?

Aku duduk sambil berbual-bual dengan saudara mara yang sedang bergurau senda. Inilah masanya aku nak bermesra dengan mereka. Nak cari masa lain untuk berkumpul selalu macam ni agak susah bila masing-masing sudah berkerjaya.

" Kak Uzma. Tadi siapa ye lelaki yang muka macam Shane Ward tu? Tapi dia ni edisi melayu la. Cakap melayu pun fasih, takkan lah Shane ward pulakkan?." Dila adik sepupu aku yang banyak mulut bertanya. Mata-mata yang lain dah terarah kepada aku menanti jawapan. Memang dia orang ni macam mak Jemah! Sibuk nak ambil tahu!

" Bakal tunang akak." Selamber aku balas. Muka masing-masing sudah tercengang-cengang. Yela, kata tak jadi tunang, alih-alih aku mengaku yang Fauzan bakal tunang aku!

" Eh, bukan calon akak dah lari ke?" Sapa Saiful adik Dila. Aku pula tercengang. Dia orang ni pandai betul buat cerita!

" Kamu semua ni dapat sumber cerita dari mana? Setahu aku, budak yang nak di tunangkan dengan Uzma ni bukan lari. Tapi uncle yang tak bagi datang. Semalam dia nak lempang Uzma tau! Belum apa-apa dah pandai naik tangan. Siaplah kalau aku jumpa dia. Patah riuk aku kerjakan!" Beremosi pula si Shahadan bercakap. Siap di kepal-kepal penumbuknya. Geram sangatlah tu.

" Kau tahu dari mana Edan?" Kali ni Kak Gina pula bertanya. Aku hanya mengikuti perbualan mereka.

" Hairi dan Khir cerita tadi. Tu pasal aku tahu. Kau orang janganla buat spekulasi bukan-bukan. Fitnah semua tu kalau tak tahu cerita sebenar!"

Aku tersenyum mendengar Edan membebel memenangkan aku. Aku terasa senang bila ada yang mula mempertahankan aku. Kehadiran Fauzan dengan ibu, sedikit sebanyak menimbulkan tanda-tanya. Lebih lagi apabila ibu melayan aku mesra, dan aku pula memanggil ibu Fauzan sebagai ‘ibu’.

Sepanjang majlis, Fauzan cuba menjarakkan dirinya dari aku. Tapi, apalah sangat kalau nak mengelak jika berada di satu tempat yang sama. Akhirnya kami juga mendapat perhatian. Abang Am dan Khir yang baru mengenali Fauzan juga nampak menyukainya. Abah dan emak hanya memerhatikan kami shaja. Tak ada komen yang tidak-tidak lagi dari abah.

Abang Wan melayan Fauzan juga seperti biasa. Mungkin sudah dapat menerima keputusan aku. Dia nampaknya bersungguh mahu mengenali Fauzan. Abang Hairi, bila berjumpa dengan Fauzan untuk kali yang ke dua ini, nampak lebih mesra dan macam berjumpa dengan kawan lama. Balkis dan adiknya juga nampak sukakkan Fauzan, lebih lagi kak Sue, yang sememangnya tidak sabar mahu bertemu dengannya.

Baguslah! Mereka semua nampak sudah boleh menerima kehadiran Fauzan dalam hidup aku. Ini semua adalah berkat kesabaran dan juga kesungguhan yang Fauzan tunjukkan untuk memikat aku. Yang sebenarnya sudah lama terpikat! Rasanya sebelum majlis di rumah Fauzan lagi. Mungkinkah masa pertemuan pertama? Ah! Sudah!


Kepenatan! Itu yang aku rasa saat ini. Selesai mengemas, aku sekadar duduk bersantai di hadapan telivison. Abang Hairi pula tersangat rajin memicit kaki aku. Rajin bukan main!

" Abang, bila balik Johor?" Abang Hairi mendongak, melihat kearah aku.

" Abang balik malam esok. Tapi minggu depan balik sini balik."

" Kalau Khir yang ganti tak boleh ke?"

" Tak boleh! Dia tu kalau duduk sini enjoy je. Tak fokus pada kerja. Tak pasal E.F.F. bermasaalah."

Aku mengeluh. Selesai satu masaalah, sekarang aku perlu terima keputusan keluarga aku. Pindah ke cawangan Johor menggantikan tempat abang Hairi. Rela atau tidak, keputusan itu sudah tetap!

" Berat hati nak tinggalkan Fauzan?"

" Eh, ada pulak cakap macam tu?"

" Habis? Kenapa macam berat sangat dengan permintaan abah? Bukan lama, sampai Dear kawin sajakan?"

" Kalau kawin."

" Kenapa pula ni?"

" Entah. Tak sedap hati. Abah tak pernah buat Uzma macam ni. Tiba-tiba suruh pergi jaga tempat abang." Rungutku. Abang Hairi tersenyum mendengarnya. Urutan di kaki aku tetap di teruskan.

" Hoit kembar! Korang ni kalau tak berkepit tak boleh ke?" Tiba-tiba kak Gina menegur kami. Abang Hairi tersengeh.

" Ala.. Kak Gina dengki!" Abang Hairi tergelak mendengar aku menjawab.

" Tak adalah aku nak dengki dengan korang. Ni apa cerita? Mengumpat akak ke?"

" Eh, kita orang tak mainla nak buat ketupat kak. Bincang hal kerja tadi."

" Korang adik-beradik, time ni korang nak cerita pasal kerja. Jom la lepak dekat luar. Jumpa kau orang setengah tahun tak sekali. Nak cerita kerja pulak." Kak Gina sudah mula membebel bila aku dan abang Hairi buat hal kami.

" Yela.. Kejap lagi kita orang keluar." Abang Hairi menyedapkan hati kak Gina.

" Keluar tau." Ujarnya sebelum beredar. Aku tergelak. Abang Hairi menghentikan urutannya.

" Dah, jangan fikir sangat. Kita masih tuan rumah. Tak elok biar tetamu tak terlayan." Abang Hairi bangun sebelum menarik aku untuk bangun.

Di luar rumah, masing-masing sedang  rancak berbual. Abang Am membawa set karaoke ke bawah kemah. Saudara aku yang masih melepak di situ sudah bersorak. Seronak dengan aktiviti yang di atur secara tiba-tiba oleh abang Am. Aku geleng kepala. Habislah! Jangan rukun tetangga datang atau ada jiran buat laporan kami mengganggu ketenteraman awam sudah! 

Abah dan emak memang tak ambil kisah tentang apa yang terjadi di luar ini. Kehadiran pakcik dam makcik aku yang kadang-kala dapat berjumpa membuatkan mereka sibuk bercerita. Aku menanti kehadiran Fauzan, yang katanya mahu datang sebentar lagi.

 


6 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Novel ni tak de sambungan ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam....

      ade sambungan...sy akan open entry seterusnya hujung minggu ni... sbb entry ni br semalam sy buka... =) terima kasih sheila saad...

      Delete
  2. bsttt.... xsabar nk tnggu next entry ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih an nisa... =) di harap kamu dapat menahan kesabaran ya... hehe... ace berangan2 dulu sebelum next entry masuk.. ;) sementara menunggu layan la dulu cerpen atau novel pendek kt blog sy ni dulu ye.. =))

      Delete
  3. bila novel ne nk kuar kat pasaran ekkk...?
    hihihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. an nisa... tak tau lagi... sy masih dalam proses siapkan manuskrip dan edit cerita ni.. sebab ada penambahan dekat beberapa bab... harapnya bulan ni sy dapat serah dekat editor... insyAllah... doakan sy tak sibuk sangat untuk siapkan semua ya... =)

      Delete